
Tak ramai orang yang perasan kewujudan buku AMANI Birth ni. Walhal buku ini sudah berada di pasaran sejak penubuhan AMANI Birth pada tahun 2012.
Buku ini ditulis oleh Aisha Al Hajjar sebagai pengenalan kepada program AMANI Birth; iaitu suatu program antenatal (pra-kelahiran) untuk mendidik bakal ibu bapa tentang proses mengandung dan melahirkan, yang mana program ini berpaksi pada kepercayaan dan keyakinan kepada Allah sebagai Tuhan yang telah menciptakan wanita dengan cukup sempurna untuk mengandung, melahirkan dan menyusukan anak.
Buku berbahasa Inggeris yang mengandungi kira-kira 250 halaman ini antara lain memuatkan biodata Aisha AlHajjar sebagai pengasas AMANI Birth, dan kisah kelahiran lapan anaknya yang sangat mengujakan dan mampu memberi inspirasi kepada bakal ibu bapa.
Buku ini juga mengandungi perbincangan ringkas tentang isu-isu berkaitan kelahiran seperti episiotomi, posisi ibu semasa melahirkan, kelahiran selepas tarikh jangkaan kelahiran (EDD) dan banyak lagi.
Siapa yang patut baca buku ni?
- Bakal ibu bapa yang mencari pengetahuan asas tentang kelahiran.
- Bakal ibu bapa yang mahu tahu apa yang mereka dapat belajar dari kelas kelahiran AMANI Birth.
- Ibu bapa yang mahu mendapatkan tips kelahiran dari bidan bertauliah.
– Liyana Helmy, AMANI Birth Educator and Doula
Jika anda mahu dapatkan buku ini, sentuh link Shopee ini: Buku AMANI Birth