Saya sering terima soalan macam ni;
AMANI Birth tu apa?
AMANI Birth tu homebirth kah?
Kalau nak buat AMANI Birth kena elak jumpa doktor dan abaikan pemeriksaan kesihatan ke?
Saya plan nak bersalin secara AMANI Birth, boleh bantu saya?
… dan soalan-soalan yang sewaktu dengannya.
Haa meh saya ceritakan apa sebenarnya AMANI Birth tu. Jom kita lihat poster di bawah.
AMANI Birth ni adalah suatu program pendidikan untuk bakal ibubapa. Dalam program ini, mereka akan belajar mengenal fungsi normal tubuh badan wanita sewaktu mengandung, dan bersalin. Silibus AMANI Birth dibina berasaskan falsafah “meletakkan sepenuh kepercayaan dan keyakinan bahawa Allah ciptakan tubuh badan wanita ini cukup sempurna untuk menjalankan fungsi mengandung dan melahirkan anak“.
AMANI adalah perkataan Arab yang membawa maksud “pengharapan”. Dalam konteks AMANI Birth, ia diertikan sebagai Wishes For A Natural Birth iaitu Pengharapan untuk Melahirkan Anak Secara Tabii, yang bermaksud berharap dan berusaha untuk melahirkan anak dengan cara yang telah Allah tetapkan iaitu tanpa ubat-ubatan dan campurtangan orang lain.
Nak mudah faham, cuba bayangkan kalau kita sedang sarat mengandung, pastu kita tersesat seorang diri di dalam hutan, waktu itu jugalah tiba-tiba kita rasa sakit hendak bersalin. Rasa-rasa macam mana kita nak lahirkan bayi tu? Rasanya siapa yang akan sambut bayi tu? Nak tak nak kita tetap kena lahirkan juga bayi itu dan sambut sendiri, kan. Waktu macam ni, pengetahuan yang dipelajari dalam program AMANI Birth akan banyak membantu si ibu untuk kekal bertenang dan tidak panik dan akan tahu apa yang beliau perlu lakukan untuk berusaha melahirkan bayinya dengan selamat. Haa ni cara yang saya bayangkanlah, untuk nak bagi faham konsep kelahiran secara tabii (natural birth) tu macam mana.
Dengan kata lain, AMANI Birth ni adalah program pendidikan kelahiran secara tabii (natural), bukan sejenis kaedah bersalin dan semestinya bukan program mengajar bersalin di rumah.
Bila kita kata “AMANI Birth mengajar tentang kelahiran secara tabii”, bukanlah bermakna AMANI Birth menolak terus peranan kakitangan perubatan. Kakitangan perubatan juga ada peranannya yang tidak kurang penting. Inilah antara perkara yang akan dipelajari melalui kelas AMANI Birth ni; apakah skop perkhidmatan yang diberikan oleh kakitangan perubatan, bilakah kita memerlukan perhatian kakitangan perubatan, apakah yang kita perlu jangkakan dari kakitangan perubatan, dan banyak lagi yang akan dibincangkan dalam kelas AMANI Birth.
Adakah saya layak menyertai kelas AMANI Birth?
Saya kerap juga terima soalan begini. Meh saya senaraikan siapa yang layak patut menyertai kelas AMANI Birth:
- Ibu mengandung + suami
- Merancang untuk mengandung + suami
- Pernah melalui kelahiran yang traumatik + suami
- Ibu yang mahu tahu tentang Gentle Birth + suami
Pendek kata, sesiapa pun boleh sertai kelas AMANI Birth, asalkan niatnya memang untuk belajar tentang kelahiran secara tabii (natural birth).
Tak perlu tunggu mengandung pun dah boleh masuk kelas AMANI Birth. Kalau mula belajar sebelum mengandung, akan ada banyak masa untuk mempersiap tubuh badan supaya sihat dan cergas dari permulaan mengandung. Ibu yang sihat akan melahirkan bayi yang sihat, dan seterusnya dapat memastikan penyusuan susu ibu yang berkualiti InshaAllah.
Untuk info lebih lanjut tentang silibus AMANI Birth, boleh baca di pautan ini: Silibus AMANI Birth
Jika anda berminat untuk menyertai kelas AMANI Birth, boleh hubungi saya di nombor yang tertera pada poster ataupun di pautan ini: Pendaftaran Kelas AMANI Birth
Profil AMANI Birth saya boleh dilihat di pautan ini: http://amanibirth.com/liyana-helmy
#cikguyanaonair