Baru-baru ini saya menulis tentang apa itu AMANI Birth dalam artikel bertajuk “AMANI Birth“, kali ini saya akan kongsikan pula tentang apakah yang kita akan belajar kalau kita sertai kelas AMANI Birth.
Poster di bawah ini menunjukkan silibus kelas AMANI Birth. Silibus ini dibina berasaskan falsafah “mendidik bakal ibu untuk mengenali fungsi tubuh badannya sepertimana yang Allah telah ciptakan serta bagaimana cara menggunakan kelebihan yang Allah beri tu”.

Silibus AMANI Birth terdiri dari 5 modul iaitu;
Assisting Mothers for an Active, Natural and Instinctive Birth.
Kelas AMANI Birth akan membawa peserta menyelusuri persoalan-persoalan berikut:
Modul Assisting
- Siapakah yang dikatakan support people itu?
- Apa peranan suami?
- Apa peranan doktor, bidan, jururawat?
- Kenapa kita perlu ambil tahu peranan support people?
Modul Mothers
- Bagaimana tubuh badan wanita berfungsi sewaktu mengandung dan bersalin?
Modul Active
- Apakah caranya untuk memastikan si ibu dan bayi sihat dan kuat supaya kekal dalam kategori berisiko rendah dan seterusnya memudahkan proses bersalin kelak?
Modul Natural
- Tips mudah bersalin
- Bagaimana membezakan apa yang normal bagi ibu mengandung dan apa yang tidak normal yang memerlukan perhatian doktor.
- Menjawab persoalan “apa, bila, bagaimana” berkaitan prosedur-prosedur yang biasa dijalankan di hospital.
Modul Instinctive
- Kepentingan “mendengar naluri primitif” semasa mengandung dan melahirkan.
- Cara membuat keputusan yang baik.
Jika nak tahu lebih lanjut, kena la daftar masuk kelas ye. Boleh hubungi saya di nombor yang tertera pada poster ataupun di pautan ini: Pendaftaran Kelas AMANI Birth
Profil AMANI Birth saya boleh dilihat di pautan ini: http://amanibirth.com/liyana-helmy
#cikguyanaonair