Biasanya bila kita share pasal kita atau kawan kita berjaya vbac, vba2c, vba3c, mesti akan ada orang tanya, hospital mana? Doktor mana? Soalan fevret nih.
Cungap sket nak jawab.
The reality is, vbac with multiple scar (vbamc) is very much frowned upon in Malaysian maternity care, and everywhere else in the world, in fact.
Sebab itulah kalau nak vbac, kena usaha all out masa masih ada 1 scar. Kalau tak berjaya vbac memang akan extra peninglah lepas ni kalau mengandung lagi dan masih nak vbamc.
Walaubagaimana pun, nak vba2c masih lebih mudah berbanding bila dah 3,4 scar. Bila dah ada 3,4 scar ni lagi payah dah nak kawtim dengan doktor sebab risikonya pun dah meningkat berbanding semasa masih 1 atau 2 scar.
Vba2c ni kalau ikutkan, success rate tinggi juga di hospital-hospital di Malaysia ni. Kita je yang tak tahu sebab data tu tak dihebohkan pada awam. Lagipun bukan tabiat rakyat Malaysia untuk baca statistik. In fact, bukan tabiat rakyat Malaysia untuk membaca pun. Kalau tak percaya, tengok sendiri lah group ibu hamil di FB, apa soalan yang balik banyak ditanya? Siap berulang-ulang lagi orang tanya soalan yang sama heheh. Takde rasa nak scroll group tengok kot dah ada orang tanya soalan tu sebelum kita tanya.
OK balik pada soalan fevret ibu-ibu tadi. Adakah wujud hospital dan doktor yang menerima kes VBA2C?
Jawapan direct, tiada.
Jawapan panjang, kena usaha cari.
Sebenarnya ada je doktor yang sudi kawtim dengan kita untuk VBAMC. Tapi kita kena usaha cari lah. Cuba tanya orang. Berjumpa sendiri dengan mana-mana doktor. Biasanya kalau masuk kelas persediaan kelahiran, diorang ada jaringan kenalan yang boleh beri informasi macam ni. Info macam ni tak didedahkan kepada awam sewenang-wenangnya atas dasar menjaga privasi kakitangan perubatan yang terlibat.
Pastu ada juga kadang-kadang, doktor tu dia terima kawan kita nak VBAC tapi tak mau terima kita. Hal macam ni biasanya berkait dengan chemistry juga. Mungkin doktor tu tengok kawan kita, dia rasa yakin nak tolong kawan kita tu, tapi bila dia tengok dan berbual dengan kita, dia nampak kita ni macam tak meyakinkan, atau dia rasa tak serasi nak bekerja dengan kita. Yelah, doktor tu manusia juga. Ada hati, ada perasaan, ada comfort level dia iaitu setara mana risiko dia sanggup hadap. Kita kena fahamlah, sebab melibatkan lesen kerja dan periuk nasi dia kan. So angkat kaki dan carilah doktor lain pulak.
Apapun saya nak tegaskan kat sini juga. Kalau betul nak VBAC, pergilah belajar. Belajar properly, elok-elok, menghadap guru. Baca-baca sendiri pun boleh je cuma bagaimana nak tapis apa info mana yang betul, info mana yang salah, info mana yang boleh ambil, info mana yang boleh abai.
Di bawah ni saya sertakan pautan ke garis panduan Birth after Previous Cesarean Birth yang dikeluarkan oleh RCOG.
Garispanduan VBAC oleh Royal College of Obstetricians and Gynaecologists (RCOG)
Perihal VBAC dengan multiple scar ada disebutkan pada halaman 7 point 6.3. Ada disertakan juga bukti-bukti untuk menyokong kenyataan yang dibuat. Isu-isu berkenaan repeat cesarean juga ada disebutkan dalam garispanduan ini. Antara lain, ada disenaraikan risiko-risiko elective repeat cesarean.
Saya galakkan anda baca garispanduan ini jika anda serius mahu VBAMC. Membaca itukan jambatan ilmu. 🙂
memang sahihla ilmu tu penting amat
ilmu tu penting, baru tak kena tendang sana sini 🙂