Posting ini saya tulis pada 21 Mei 2015, di waktu konsep gentle birth, natural birth dan kewujudan kelas-kelas persediaan bersalin masih terlalu baru di Malaysia. Ada bahagian yang saya edit dari posting asal untuk disesuaikan dengan keadaan semasa. Apapun secara amnya posting ini masih relevan, maka saya kongsikan. Semoga bermanfaat~
*********************************************************************
Saya nak cerita sikit, maternity model of care dalam dunia ni terbahagi kepada 2 jenis: midwifery dan obstetrics.
MIDWIFERY
Natural birth is the core of midwifery practices (perbidanan), iaitu bidang yang dah wujud sejak zaman purbakala, dipelopori oleh kaum ibu, dan suatu bidang yang mementingkan bukan saja aspek fizikal si ibu yang bakal melahirkan, tetapi juga aspek mental, spiritual dan emosi ibu itu. Sebab tu kalau belajar midwifery, banyak ditekankan supaya “tune in to your body and listen to your instincts”. Naluri ibu yang melahirkan adalah sangat dihormati. Mother is the center of the birthing event, dan birth team beliau akan memastikan si ibu dalam keadaan selesa dan tenang supaya dapat melancarkan proses kelahiran.
OBSTETRICS
Yang mengamalkan obstetrics adalah para doktor. Obstetrics adalah suatu bidang yang dipelopori oleh lelaki, bukan wanita. Maka amalan-amalan obstetrics adalah banyak berkonsepkan nak ‘tolong beranakkan bagi memudahkan si ibu’. Sebab tu la wujudnya amalan episiotomi, epidural dan macam-macam lagi. Ibaratnya, eh nampak susahnya baby ni nak keluar, asyik keluar masuk keluar masuk, meh saya tolong gunting sikit kasi lagi luas bukaan supaya baby senang keluar. Bidang obstetrics tidak mengambil kira aspek emosi, mental dan spiritual ibu. Sebab tu la instincts ibu tidak didengar. Instincts yang diabaikan ini lah yang menjadi punca trauma bagi majoriti ibu.
Di Malaysia, maternity care adalah obstetric-based, bukan midwifery-based. Midwifery pernah diamalkan di Malaysia, di mana ibu-ibu melahirkan bayi di rumah mereka dan bayi disambut oleh Jururawat Masyarakat yang sememangnya dilatih dengan ilmu midwifery. Sekitar pertengahan 80-an, KKM mula memindahkan kelahiran ke hospital dan bayi disambut oleh doktor. Peranan JM semakin berkurangan.
Nak senang nampak beza, cuba bayangkan senario ini.. bila ibu yang tengah nak pushing cakap, “mintak air sikit, saya sangat haus”, apa yang berlaku? Midwife akan bagi air, sebab bila hilang haus ibu akan lebih kuat untuk push. Doktor tak bagi air, sebab takut kalau papehal nak tolak OT nanti bahaya pada ibu.
Please bear in mind that apa yg mereka buat semuanya ikut training masing-masing. There is no point nak membantai mereka, kutuk-kutuk mereka, sebab the simple fact is THAT IS SIMPLY HOW THEY ARE TRAINED AND THEY DON’T SEE IT ANY OTHER WAY! The problem does not lie within the doctors, but the whole system. So janganlah sebab marahkan nyamuk, kelambu dibakar.
Tapi kita sebagai konsumer maternity services ni lebih prefer midwifery care, kita mahu natural birth, kita mahu diberi kepercayaan dan ruang untuk ikut naluri kita, kita tak mahu semua orang kena cser, so apa yang kita patut buat?
One, gunakan birth plan! Stop bashing the doctors. Have respect! Please! Dalam pengalaman saya yang singkat sebagai AMANI Birth teacher ni, anak murid pun tak sampai seratus org lagi, Alhamdulillah saya berpeluang jumpa doktor yang sudi kawtim dengan permintaan anak2 murid saya utk mendapatkan natural birth, TANPA BANYAK SONGEH. Bahkan sangat supportive. Di private hospital dan juga di hospital kerajaan. How does that happen? Respect and good communication! I find that many doctors learn about natural birth this way. Bak kata mendiang Dr Marsden Wagner, birth plan is a learning process, and a way to communicate with your birth team (including doctors and nurses).
Two, START YOUR PREPARATION EARLY! bermula dengan usaha awal ibu2 membawa birth plan yang tersusun dan well researched, komunikasi yang baik dengan doktor mereka dan mewujudkan persefahaman. SHOW THEM YOU KNOW WHAT YOU ARE ASKING FOR! Beri mereka ruang untuk prepare mentally untuk menghadapi sesuatu yang di luar skop latihan mereka. Bukannya last minute baru nak terjah pastu expect orang nak ikut kehendak kita.
Three, bersangka baiklah. Pernah dengar law of attraction? Bila kita jumpa doktor bawa aura positif, insha Allah feedback pun positive, and vice versa. Kalau nak bersalin di hospital kerajaan, tunjuk birth plan pada pakar instead of young MOs akan beri outcome yang lebih baik, sebab doktor-doktor senior ni lebih berpengalaman dan mereka ada authority. The younger doctors will just ikut arahan pakar. Dari sini la mereka dapat belajar lanjut pasal natural birth. Ni pengalaman students saya la..
Doktor pun manusia, bahkan tanggungjawab yang berat terpikul atas bahu mereka, dengan medicolegal risks lagi. Please have respect on the people you want to include in your birth team. Give respect to earn respect. Treat them like human beings. They don’t like surprises especially bila melibatkan nyawa orang, just like us.
Satu lagi, berhati-hatilah bila buat sharing pasal natural birth. Jangan wujudkan ruang untuk orang bergaduh dalam post sharing kita, lebih-lebih lagi sampai hilang kawalan. Hilang keberkatan ilmu yang dikongsi sebab dah jadi medan mengutuk dan mencaci. Please people, grow up!!!
Pautan ke posting asal: https://www.facebook.com/izyanliyana84/posts/10206985571621469