Assalamualaikum

Hari ni saya plan nak mesej si Ain sebab nak share link YouTube video animasi Irfan yang baru, How to Make Chocolate Spread.

Tapi macam biasa la, saya baruuuu je fikir nak mesej dia, tengok-tengok dia yang mesej saya dulu. Dia tanya, “Kak, kenapa ek orang Cina ni semuanya nampak muda je?”

Amboi teka teki dia! I mean, is there even such a thing? Like you have to be Chinese to look young? 😂

So macam biasa la I have to pretend I’m smart, and I answered, “sebab Ain tak pernah jumpa orang Cina yang tak baby face la tu. Bukan semua Chinese baby face ok”.. says the lady who married a baby-faced Chinese and went on to have 2 more Chinese babies and 3 half-Chinese and half-Malay babies huhuhu..

Anyway, what I actually wanted to share is what we talked about next.

Si Ain ni dia selalu mengadu dia senang rasa annoyed dengan anak sulung dia. Ada saja yang tak kena di mata Ain ni. Anak dia baru masuk Darjah 3. Sebaya dengan anak saya, Irfan.

Saya yakin, Ain bukan satu-satunya ibu yang ada perasaan macam tu. Kita tengok kat Facebook, kat IG, nampak kawan-kawan kita bukan main loving dengan anak mereka. Dan kita mula wonder kenapa kita tak rasa macam tu terhadap anak kita.

Sejujurnya, saya sendiri pun ada lalui fasa macam tu. Rasa menyampah, dok fikir kenapa la bengap sangat budak ni, kenapa la anak aku ni tak bijak macam aku masa aku baya dia dulu, dan yang sewaktu dengannya.

Saya tak ingat apa yang berlaku yang membuatkan saya tiba-tiba dapat kesedaran. Tapi yang saya paling ingat adalah;

  • Betapa letihnya saya bila saya marah-marah. Sakit kepala, sakit badan, sakit hati yang meluap-luap, hilang mood. Langsung tak produktif jadinya.
  • Betapa sedihnya anak saya bila saya marah. Kita tak nampak dengan mata kasar ni, tapi ia berbekas dalam minda anak-anak, tunggu masa je nak meletus.
  • Lebih teruk lagi anak saya langsung tak faham apa yang saya marahkan. Bila saya tanya balik, tahu tak kenapa mama marah, dia geleng kepala dengan muka sedih. Rasa rugi dan bodoh sebab kita marah kemain tapi mesej langsung tak sampai pada anak, bahkan kita pi garit emosi dia pulak. Bayangkan macam kita garit kereta kita tu, sanggup tak?
  • Pastu nanti kita dengar dia marah-marah adik dia sebijik macam gaya kita marah dia. (Astaghfirullah ni ke yang kita dah “berjaya” ajarkan pada anak kita?”)
  • Dan yang paling teruk adalah betapa bodohnya saya marah-marah pada anak sedangkan satu perkara yang jelas adalah;

SETIAP ANAK YANG LAHIR ITU ADALAH IBARAT KAIN PUTIH, TERPULANG PADA IBUBAPANYA UNTUK MENCORAKKANNYA UNTUK MENJADI NASRANI ATAU MAJUSI.

Bila kita rasa anak kita tu bodoh, satu benda tak reti, cuba ingat balik kenapa dia tak reti? Tak ada baby yang lahir terus pandai kan. Maksudnya apa? Memang salah mak bapak dia lah yang tak ajar dia kan. So kalau nak marah, patutnya kena marah mak bapak dia lah. Siapa mak bapak dia? Haaa jawab!! 😂

Bila saya sedar hakikat ni, saya rasa bodoh dan malu sendiri, dan rasa macam ego saya jatuh “bertingkek-tingkek”. Mentang-mentang dia kecik dia takleh lawan kau suka hati kau je nak buli dia kan. Tak malu! Astaghfirullahalazim~ ☹️

Kita ni ibu. Tugas ibu dan bapa untuk ajarkan satu persatu pada anak, sampai dia pandai. Ada anak yang bijak, dia pandai sendiri. Ada anak yang lambat sikit belajar, kita wajib ajar dia sampai pandai. Sabar, sabar! Jangan asyik nak melenting. JANGAN BULI ANAK!

Jadi, bagaimana nak sabar?

Ingat kembali ayat ni: Anak adalah kain putih yang mana kemenjadiannya itu terpulang atas tangan KITA yang mencorakkannya.

KITA YANG MENCORAKKAN DIA

KITA YANG MENCORAKKAN DIA

KITA YANG MENCORAKKAN DIA

WE REAP WHAT WE SOW

Ingat tu. Pegang kemas-kemas.

Bila kita sedar diri, inshaAllah kita takde la nak mudah sangat melenting. Cool aje.

So tadi Ain cerita dia bawak anak dia main basikal berdua. Bonding time. Anak dia cakap, “ i like doing this with you mummy, i can talk with you. I cant talk with you when there is adik and daddy. They disturb us.” Pastu Ain replied, “you will always be my number one”. Sebak budak tu dengar mak dia cakap gitu. Sebab happy sangat. It was a short outing, but very meaningful for both. 😍

I truly love cerita yang Ain share hari ni, because I know how hard she tries to make the best out of all the limitations that she has. Cerita Ain pun lebih kurang aje macam kisah hidup saya, sebab tu saya abadikan cerita Ain dalam blog saya. Lagipun Ain suruh saya tulis buku so now I am writing again after 6 months biarkan blog ni bersawang. 🤪

Anyway it’s late already. Till we meet again inshaAllah. Take care! ❤️

liyanahelmy Kisah Saya dan Ain

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *