Irfan, Eczema, Rhinitis dan Berpantang Makan

Sejak dua tiga hari ni, takleh nak fikir benda lain dalam kepala otak ni selain Irfan, eczema, rhinitis dan berpantang makan. Semuanya sebab tengok Irfan suka menggaru-garu leher dia. Irfan dah 2 bulan ada eczema, tapi selalunya aku tak risau sangat sebab tak banyak pun. Kat leher sikit, pipi sikit, belakang sikit dan celah siku. Tapi yang aku tak puas hati lately is bila tengok area-area tu sume kejap ok kejap merah sangat, kejap ok kejap menggaru-garu. Susah hati aku dibuatnya sampai tak boleh nak fikir benda lain.

Campur jugak dengan rasa bersalah sebab aku baru terbaca yang eczema boleh jadi makin teruk bila bayi minum susu ibu yang mengandungi alergen yang berkenaan. Dan aku baru lepas bedal 3 biji telur sehari (telur dadar) selama beberapa hari.

Kalau korang tak tahu, eczema ni sebab utamanya adalah alahan, dan ia boleh diwarisi secara genetik terutamanya jika ibubapa pernah mengalami eczema. Also known as atopic dermatitis (AD), kalau ibubapa yang ada rhinitis pun boleh menyebabkan anak kena eczema. Dan aku ni memang sah-sah la ada allergy rhinitis, dan sinusitis. Bahkan aku pernah masuk hospital kerana sinusitis yang menyebabkan aku sakit kepala yang amat (ramai orang ingat dia ada migrain tapi sebenarnya dia ada sinusitis). Kepala aku masuk mesin CT Scan sebab doktor nak tengok area sinus aku yang dijangkiti kuman tu. Sebagai rawatan, doktor masukkan antibiotik Augmentin melalui drip. Bukan aku je, Papa Irfan pun ada gak unsur-unsur resdung. Pagi-pagi asyik bersin je. Hmm kesian Irfan. Syukur Aiman ok takde masalah apa-apa.

Kerana kasihan tengok Irfan merah-merah pipi tu, maka aku telah ‘berikrar’ untuk buat sesuatu yang mustahil aku akan buat sebelum ni. Iaitu meninggalkan makanan-makan alergen yang kesemuanya merupakan makanan kesukaan aku; iaitu telur dan udang. Dan mengelakkan makanan lain yang berkemungkinan. Waaa dugaan tu. Dulu aku sanggup makan jugak dan sanggup menggaru hidung aku yang akan jadi sangat gatal bila makan, tapi tak sangka demi Irfan akhirnya aku korbankan jua! Sabar je la..

Selain berpantang makan, nampaknya aku kena tukar jenama toilettries yang digunakan oleh Irfan. Kena duduk bersila kat Giant la lepas ni pilih betul-betul produk yang takde kandungan Sodium Laureth Sulphate (SLS). SLS ni la yang bertanggungjawab hasilkan buih dalam semua detergen, sabun mandi dan shampu yang kita guna tu. Sangat tak bagus untuk kita sebenarnya. Dah lama aku tahu benda ni tapi demi Irfan juga, baru aku nak bertindak. Selama ni aku buat dek je. :( Setakat hari ni, aku dengar jenama MooGoo, Buds dan Tropika yang banyak orang guna untuk eczema. Nak kena research lagi ni untuk tahu pasal produk-produk jenama ni semua.

Aku pun ada terbaca yang cara nak jaga pesakit eczema ni adalah dengan moisturize, moisturize, moisturize! Boleh guna ointment untuk pesakit eczema atau sapu petroleum jelly (vaseline). Tapi jangan la guna ubat yang klinik bagi, terutamanya yang ada steroid. Sebab steroid dalam krim tu akan menyebabkan ketagihan dan banyak side effect lain. Bahkan krim aqueos yang hospital bagi pun tak berapa baik untuk jangka masa panjang kerana ia menghakis lapisan yang sepatutnya melindungi kulit. Boleh rujuk artikel dr zubaidi tentang aqueos cream tu di sini.

Kalau boleh, nak supaya hilang terus semua eczema tu dan nak tengok semula kulit Irfan licin gebu macam dulu.

:(

Hmm tu bunyi suara Irfan dok ‘menyanyi’ dari dalam bilik tu, baru bangun la tu..

*UPDATE*

Nak tambah tips dari my junior, sis Ida Suhana. Since dia komen dalam facebook, so nak tak nak, paste kan screenshot je la kat sini ye. Semoga bermanfaat :)

Screen Shot 2013-02-21 at 4.02.13 PM