Homeschooling & I: Projek Irfan pulak

Sebelum aku memulakan cerita, aku nak khabarkan bahawa anak aku yang sulung, Aiman dah selamat mendaftar ke sekolah tadika berhampiran dengan rumah.

Mamanya bukan main bersemangat nak suruh dia belajar kat rumah, Mama siap dah beli alat bantu mengajar lagi, tengok-tengok dia sikit punya bersemangat nak sekolah! Seminggu sebelum sesi persekolahan bermula, tiap-tiap pagi bangun je dari tidur terus minta nak sekolah. Ini semua gara-gara terpengaruh mendengar adik bongsu aku akan masuk ke tingkatan satu di sekolah berasrama penuh.

Tak nak bagi sekolah kang, rasa bersalah pulak. Maka kami pun daftarkan la dia ke tadika. Alhamdulillah, kerana bersemangat nak bersekolah, dia sangat mudah bangun tidur setiap pagi, mandi dan bersiap. Sampai ke hari ni. Cuma pada minggu pertama je ada separation anxiety sikit. Maklum la sejak lahir tak pernah berpisah dengan Mama kan. Tapi Abang Aiman menunjukkan komitmen yang bagus untuk bersekolah, and we are very happy with his progress. Alhamdulillah.

Oleh kerana Abang Aiman dah selamat masuk sekolah, tinggal la Irfan je dengan Mama setiap pagi.

So apa yang Mama buat dengan Irfan setiap hari?

Ni la semua alat bantu mengajar yang aku beli untuk mengajar Aiman membaca dan menulis di rumah. Oleh kerana Aiman pergi sekolah, aku guna aje la semua ni untuk Irfan. Bila Aiman balik, Aiman pun join sekali.

Seronok jugak tengok Aiman belajar menulis guna kad imbas ni. Yang penting nak mengasah kemahiran psikomotor dia. Takde la pandai guna touch screen je kan.

kad imbas

Kad imbas ABC, 123 dan huruf jawi beserta marker pen percuma

Untuk belajar membaca Bahasa Inggeris pulak aku guna pakej “Read Easy” dan untuk Bahasa Melayu aku gunakan “Pakej Bestari Bacalah Anakku” macam dalam gambar kat bawah ni. Tips dari cousin aku yang merupakan cikgu tadika. Pakej di bawah ni menggunakan kaedah phonics. CD panduan menggunakan pakej ini juga ada disertakan. Sebelum ni jenuh aku keliling kedai buku cari. Tapi tak jumpa. So kalau korang nak cari benda-benda ni semua, beli je online kat sini.

read easy

Read Easy Bestari Package

bacalah anakku

Pakej Bestari Bacalah Anakku

Untuk mengajar Al-Qur’an pulak, ada Pakej Bestari Al-Furqan, tapi aku tak beli sebab tak perasan ada produk ni hehehe. So aku guna Iqra’ biasa je. Setakat ni Alhamdulillah, Irfan menunjukkan minat untuk belajar. Tapi ada jugak kadang-kadang dia hanya nak membaca kalau Aiman ada bersama. Bila diorang dah penat belajar, aku pun bagi diorang pensil warna dan kertas. Apa lagi, mewarna la! :)