CPD, OP dan Kelahiran Cesarean.. Perlukah?

Here comes my story, pengalaman bersalin cesarean (again! huh!). Bukanlah suatu pengalaman yang manis. Posting ni bukanlah bertujuan untuk menakut-nakutkan mana-mana bakal ibu yang membaca posting ini, tapi lebih kepada mengajak kita untuk sama-sama berfikir; adakah kita benar-benar memerlukan pembedahan itu?

Proses kelahiran diciptakan Allah cukup sempurna. Benih bapa bercantum dengan benih ibu di dalam rahim ibu, kemudian janin yang terbentuk menempel ke dinding rahim, hidup dengan apa saja zat yang ibunya boleh bekalkan dan membesar di situ sehinggalah cukup tempoh 9 bulan 10 hari. Sebesar mana pun bayi itu membesar, kita tak pernah pulak dengar ibu yang perutnya meletup sebab bayi besar sangat, kerana kulit perut ibu itu sudah dicipta fleksibel dan mampu menampung sebesar dan seramai mana bayi dalam kandungannya. Begitulah jua proses kelahiran. Siti Maryam alaihassalam mampu melahirkan anaknya seorang diri tanpa dibantu sesiapa, semata-mata bergantung harap kepada Allah.

Percaya tak, andainya kita (ibu-ibu yang pernah csar) ditinggalkan seorang diri di dalam hutan, kita sebenarnya mampu melahirkan anak itu secara normal?

Pernah tak fikir, kalau lah csar tu mudah dan tak menyakitkan, kenapa perasaan selepas pembedahan itu adalah sangat traumatik?

Saya tak tahu apa yang ibu-ibu lain fikirkan, tapi yang saya tahu, saya tak pernah berasa tenteram selepas melaluinya sewaktu melahirkan Aiman. Perasaan itu masih kekal dalam diri saya selepas kelahiran Irfan. Trauma, sedih, risau, semuanya ada. Trauma kerana walaupun pembedahan itu tidak menyakitkan (kesan bius), proses pemulihan selepas pembedahan adalah sangat panjang dan menyakitkan. Sedih kerana setiap kali saya beritahu orang yang menziarah bahawa anak saya lahir secara pembedahan, mereka akan menunjukkan wajah terkejut, atau wajah simpati pada saya. Seolah mengatakan ‘kasihannya awak kerana tak dapat bersalin normal macam kami’. Sedih juga kerana ada juga orang yang sampai hati menyebut bahawa saya tidak pernah merasai kesakitan sebenar bersalin. Ya, memang saya tidak pernah merasai kesakitan sebenar proses bersalin kerana doktor saya yang kelihatan bijak tetapi sebenarnya seorang robot itu telah membedah saya sebelum saya sempat merasai sebarang kontraksi pun. Tetapi orang itu juga tidak pernah merasai sakitnya melalui suatu pembedahan besar! Saya juga sering risau, kerana cakap-cakap orang yang mengatakan orang yang dah dua kali csar akan dihadkan untuk mempunyai 4 atau 5 anak sahaja untuk mengelakkan komplikasi rahim terkoyak (uterine rupture), dan orang yang dah 2 kali csar juga tidak dibenarkan bersalin normal untuk mengelakkan komplikasi yang sama. Saya juga selalu berasa seolah-olah hilang keyakinan, seolah-olah saya cacat, sebab tak mampu melahirkan anak secara normal. Sejujurnya, saya tertekan.

Kemudian pada suatu hari, saya terjumpa satu group dalam Facebook yang bernama ICAN Malaysia/VBAC Support yang support and promote natural birth. Barulah saya tahu, situasi yang saya hadapi adalah sebenarnya suatu mitos ciptaan dunia perubatan. Dunia perubatan ini dipenuhi oleh manusia-manusia yang kelihatan bijak, tapi tamak untuk meraih keuntungan. Kalau tidak, takkan la Aiman tercekik tulang ikan kembung (je pun!) kena masuk operation theatre. Lepas keluar OT, doktor kata tak jumpa. Bodoh! Memang la tak jumpa sebab tulang ikan boleh masuk sendiri dalam perut. Kalau tulang ikan terubuk tu logik la jugak. Masa discaj, bil hospital RM5k. Nasib baik insurans nak cover. Huh! Aiman la ni, nangis-nangis sampai Papa Mama gelabah!

Kesian Aiman tak pasal-pasal masuk wad..sikit punya miserable~ :(

So dalam kes saya ni, meh saya ceritakan apa yang menyebabkan saya kena csar. Doktor kata bayi saya besar. Masa scan dekat-dekat nak bersalin tu, mesin scan tu cakap bayi saya 3.5kg. Besar ke tu? Tengok la family besar mana. Papanya, atuknya pun tinggi dan tegap. Saya sendiri pun lahir 3.4kg. Pastu masa dah masuk labor room, doktor buat vaginal examination (VE), ala yang seluk dalam kain tu la. Doktor cakap anak saya ni OP. Dalam labor room, tengah nervous, ada masa ke nak google OP tu apa? Pastu doktor cakap awak ni CPD, baby besar sangat, pelvis awak kecil, sebab tu tak boleh normal, kena csar ni. Saya tanya kalau normal macam mana? Doktor kata nanti sangkut bahu lagi susah. Wahahaha bila diingat balik saya geram rasa nak penyek-penyek doktor tu. Bulat-bulat dia kelentong saya macam saya ni orang kampung tak sekolah. Mentang-mentang la saya tak belajar medic!

Dua bulan selepas saya bersalin, ada seorang ahli dalam group yang saya join tu berjaya bersalin secara normal walaupun dia menghadapi masalah yang serupa dengan saya. She was in labor for 5 days! Saya cuma sempat 3 hari je sakit nak bersalin. Dia sakit 5 hari. Beza antara kami adalah doktor beliau sangat supportive dan sanggup menunggu proses kelahiran itu berlaku secara semulajadi. She was very happy! Setelah membaca ceritanya, saya bertambah pasti yang saya juga sebenarnya mampu bersalin secara normal. Saya cuma perlukan doktor/bidan/doula* lain yang lebih supportive.

Kerana kekecewaan itu, saya mula lebih rajin melayari internet dan mencari maklumat tentang masalah yang saya hadapi. Website ni menerangkan dengan panjang lebar segalanya yang saya nak tahu.

Sekarang, saya sedang mencari lebih pengetahuan tentang masalah saya ni. Lepas ni kalau memang kena csar lagi pun, sekurang-kurangnya I am better informed. Saya juga sedang merancang untuk menghadiri kursus hypnobirthing dengan harapan agar saya mampu bersalin normal selepas ini. Doakan saya~

Pautan lain:

Pelvises I Have Known and Loved by Gloria Lemay

*A doula (pronounced “doó la”, also known as a labour coach …) is a nonmedical person who assists a woman before, during, or after childbirth, as well as her partner and/or family by providing information, physical assistance, and emotional support. The provision of continuous support during labour by doulas (as well as nurses, family, or friends) is associated with improved maternal and fetal health and a variety of other benefits. (wikipedia)