Tips Menyusukan Bayi di Bulan Ramadhan

Bulan Ramadhan muncul lagi. Bagi ibu-ibu yang masih menyusukan bayi sepenuhnya, kedatangan bulan Ramadhan sedikit sebanyak mendatangkan kerisauan, terutamanya jika bayi masih terlalu kecil dan bergantung sepenuhnya pada susu ibu. ‘Cukupkah susu?’, ‘mampukah untuk mengenyangkan bayi?’, soalan-soalan sebegini berlegar dalam kotak fikiran.

Saya masih ingat Ramadhan pertama yang saya lalui sebagai ibu. Pada waktu itu, Aiman baru berusia 3 bulan, masih menyusu badan sepenuhnya, dan masih terlalu awal untuk memperkenal solid food. Oleh kerana saya berada di rumah sepanjang masa, saya tidak mengepam. Tambahan pula, anak saya memang tidak mahu langsung menyusu dari botol, tidak kira sama ada susu yang saya pam atau susu formula. Dia hanya mahu menyusu secara terus (direct feeding). Mungkin sebab dia tahu mamanya sentiasa available¬†24 jam. ūüėõ¬†Saya pula tiada langsung pengalaman menyusu, tidak pernah melihat orang menyusu, apatah lagi menyusu di bulan ramadhan, jadi saya berasa sangat risau. Saya tidak mahu bayi saya yang bulat dan berketul-ketul itu menjadi kurus!

Aiman di bulan ramadhan. Doktor kata kalau bayi berketul-ketul tembam macam ni tak perlu risau la tak cukup susu :P

Oleh itu, saya ¬†merancang back-up plan¬†untuk memberi Aiman susu formula yang banyak saya dapat secara percuma dari hospital, in case¬†bayi saya tidak kenyang dengan susu saya. Bila dia dah terlalu lapar, saya fikir dia mesti akan ‘terima’ juga susu formula. Hahaha kalaulah semudah itu.

Reaksi Aiman bila suruh minum susu formula..faham-faham la maksudnya..hahaha

Kebiasaannya, pada awal Ramadhan, masalah kurang susu belum ketara. Masalah kekurangan susu mungkin akan mula terasa apabila Ramadhan mula sampai ke pertengahan atau penghujung. Inilah yang saya alami ketika itu. Untuk memastikan saya dapat membekalkan susu secukupnya untuk Aiman, di waktu malam selepas bertarawih, fokus saya hanya makan, makan dan makan. Kemudian minum, minum dan minum. Dah jadi macam satu kerja pula, walhal bukan tabiat saya untuk makan di tengah malam. Sahur yang sunat itupun menjadi wajib bagi saya. Semuanya untuk memastikan bayi saya, dan diri saya sendiri dapat survive dengan baik. Kalau saya tak makan, nanti Aiman pula yang kelaparan. Di waktu siang pula, saya akan berehat secukupnya, awal pagi setelah suami pergi ke tempat kerja, saya akan memasak untuk iftar dan menyelesaikan kerja-kerja rumah, kemudian akan bertadarus di sisi Aiman yang sudah bangun dan bermain. Hampir zohor, atau selepas solat zohor, saya akan tidur. Bergantung pada waktu bila Aiman tidur. Waktu petang, sambung tadarus lagi atau menyambung kerja-kerja rumah jika ada yang belum selesai. Hinggalah hampir waktu iftar, saya menyiapkan hidangan untuk iftar. Itulah lebih kurang jadual saya di bulan puasa.

Amnya, ibu yang menyusukan anak mesti menjaga pemakanan dan mendapatkan rehat dan tidur yang cukup. Kalau tak cukup makan dan tak cukup rehat, penghasilan susu akan terjejas. Apatah lagi di bulan ramadhan di mana ibu hanya makan di waktu malam. So make every food intake counts. Di bawah ini saya senaraikan serba sedikit tips dan panduan pemakanan yang saya amalkan di bulan ramadhan. Tips-tips ini saya kumpulkan dari pengalaman orang, pengalaman sendiri dan pembacaan.

Panduan pemakanan ibu menyusu di bulan ramadhan:

  • BUKA PUASA dengan sekurang-kurangnya 3 biji kurma dan jus buah.
  • Untuk mengelakkan perut terlalu penuh, sebaiknya berhenti untuk bersolat maghrib dahulu sebelum menjamah hidangan berat.
  • Mesti makan nasi. Lebih tepat lagi, makan makanan yang mempunyai low glycemix index (GI) seperti nasi, mi dan sebagainya. GI adalah indeks yang menyukat kadar karbohidrat dipecahkan ketika penghadaman. GI rendah bermakna karbohidrat dipecahkan secara perlahan-lahan. Inilah yang diperlukan oleh ibu-ibu menyusu.
  • Makan nasi dengan lauk yang seimbang; ada protein (ayam atau ikan) dan sayur-sayuran (ulam-ulaman, bayam, kangkung dan lain-lain).
  • Banyakkan minum susu (susu untuk ibu menyusu, tapi saya minum susu kotak je sebab tak suka susu debu).
  • TENGAH MALAM, makan¬†kuih muih¬†atau snek¬†yang berzat seperti kurma,¬†cereal, biskut oat dan sebagainya.
  • Banyakkan minum air. Sebolehnya cuba pastikan minum 8 gelas air dari waktu iftar hingga waktu sahur. Jika warna urine ibu menjadi pekat, itu tandanya kekurangan air. Elakkan keadaan ini.
  • SAHUR¬†dengan nasi dan lauk yang seimbang. Makan kurma 3 biji dan minum jus buah atau susu atau air kosong.
  • Sebolehnya biar apa yang kita makan di bulan ramadhan tu lebih kurang seperti makan di bulan lain supaya tidak mempengaruhi penghasilan susu dengan ketara.

Tips tambahan:

  • Ibu yang menyusu sepatutnya sudah mula didatangi haid seperti sebelum mengandung. Cuma mungkin haid belum¬†regular.¬†¬†Yang penting apabila cuti puasa ni, manfaatkan sepenuhnya waktu haid ni untuk makan lebih sikit supaya dapat menampung nutrisi di hari-hari berpuasa. Ye la, bukan hari-hari mampu makan banyak-banyak. Jadi, hari tak boleh puasa ni la patut digunakan sebaiknya untuk makan macam biasa.
  • Banyakkan makan kurma untuk tenaga. Siti Maryam pun Allah suruh makan kurma lepas lahirkan Nabi Isa AS.
  • Amalkan surah Alkauthar. Waktu nak minum air terakhir waktu bersahur tu baca surah Alkauthar dan hembus ke dalam air dengan niat semoga air susu akan terus mengalir seperti sungai Alkauthar (kredit to Kak Noen).

Insya Allah boleh! Mungkin rasa susah sikit, susah banyak, atau mungkin rasa tiada masalah. Apapun, berusahalah dengan gigih ye. Menyusukan bayi pun jihad juga. Bagaimanapun jangan sampai memudaratkan diri atau bayi atau kedua-keduanya. Jika rasa diri tidak mampu dan boleh mendatangkan mudarat, Islam mengizinkan ibu berbuka puasa tetapi wajib menggantikan puasanya. Jika risaukan mudarat kepada bayi, ibu boleh berbuka puasa tetapi wajib membayar fidyah dan menggantikan puasa.

Rukhsah Puasa bagi Ibu Hamil dan Ibu Menyusu
(Kredit kepada tuan punya gambar)

Tanda-tanda bayi kekurangan susu (underfed):

  • Jumlah lampin basah dalam sehari kurang dari biasa. Kalau selalunya bayi salin lampin yang penuh 4 kali sehari, tiba-tiba berkurang kepada 3 atau 2.
  • Bayi asyik merengek dan kelihatan gelisah. Sentiasa minta susu. Maknanya dia masih lapar.
  • Najis berwarna kehijauan. Bayi yang hanya minum susu ibu, najisnya yang normal berwarna kekuningan, tidak terlalu keras dan tidak cair. Najis berwarna hijau menunjukkan bayi kekurangan susu. Untuk rujukan tambahan tambahan tentang najis bayi, sila rujuk di sini. Semua ibu bapa perlu tahu bahawa tahap nutrisi dan kesihatan bayi boleh diketahui berdasarkan keadaan fizikal najis bayi itu.
  • Kehilangan berat badan.

Tanda-tanda ibu mengalami dehidrasi (mengikut tahap serius):

  • Rasa sangat dahaga
  • Air kencing berwarna kuning pekat dan kuat baunya.
  • Pening-pening
  • Rasa lemah badan dan ingin pitam

Aidilfitri Aiman yang pertama

Ni gambar waktu raya Aidilfitri. Aiman tak la kurus sangat kan. So rasanya boleh la ucap syukur alhamdulillah sebab berjaya lalui ramadhan yang pertama bersama-sama tanpa ada yang terkorban. Huhuhu.

Rasanya dah tulis semua yang perlu. Jika ada persoalan atau cadangan, boleh ajukan di ruang komen ye. Semoga bermanfaat~

Rujukan yang disarankan: