Cubaan Menjadi Ibu Mithali 3

Dah macam drama pulak ada bahagian 3. Tapi, dah memang jawatan IBU ni, episod demi episod akan dilalui dalam membesarkan anak. Anak aku baru dua orang. Kalau dah 12 orang nanti, tak tahu la episod jenis macam mana pulak timbul.

Alkisahnya, pasal Abang Aiman lagi la ni. Ye la, Irfan tak banyak kerenah. Jadi cerita Abang Aiman je la yang asyik masuk dalam blog ni. Nak jadi cerita, Abang Aiman ni ada satu tabiat. Kalau dia tidur petang, bila dia bangun mesti dia menangis. Tak tahu la kenapa. Mimpi buruk ke? Mimpi hantu ke? Nak kata kena marah sebelum tidur pun, tak ada la pulak. Habis tu kenapa mesti menangis bila bangun dari tidur? Menghairankan!

Bila pujuk, tak jalan. Bila biar, makin menjadi-jadi pulak menangis. Ish macam makin mengada-ngada ni. Akhirnya dah serabut dengar dia menangis, naik la suara aku ni suruh dia diam. Aku ni sebolehnya tak nak la marah-marah anak. Ye la, mana ada orang yang suka kena marah. Lagi-lagi anak kecil. Tapi tak larat dah nak dengar dia menangis.

Sekurang-kurangnya, lepas kelahiran Irfan, aku rasa tahap temper aku dah makin turun. Kalau dulu, pantang Aiman menangis mesti aku rasa stres. Silap haribulan kena marah terus. Tapi lepas Irfan lahir, dah tak ada rasa nak marah. Mungkin sebab setiap hari (semenjak aku jaga budak dua orang ni), aku sengaja kosongkan (lapangkan) kepala otak aku ni supaya aku tak mudah berserabut, supaya aku dapat handle dua orang budak ni tanpa stres. Dah jadi macam satu terapi pulak.

Sebabnya mudah, cuba bayangkan aku duduk rumah bertiga je dengan Aiman dan Irfan. Yang sorang nak susu, waktu tu jugak la yang sorang lagi mintak nak Milo. Dua-dua dah lapar tak sabar dah. Dalam keadaan kelam-kabut macam tu, confirm by noon aku dah hangin satu badan, kepala otak tepu, dan semestinya lagi mudah naik angin. Bila aku mudah naik angin, mula nak tengking-tengking budak, diorang menangis. Bila diorang menangis, aku lagi semak. Bila aku semak otak, aku nak marah lagi dan diorang pun menangis lagi. And the process goes on and on tanpa penghujung. Tak membawa faedah dan kebaikan kepada mana-mana pihak kan? So nak memudahkan kerja aku and keep my sanity intact, ini yang aku buat. Lepas suami aku pergi kerja, aku buat apa aku nak buat. ‘ME’ time! Tidur ke, membaca ke, surfing ke. Yang penting kepala otak aku lapang. So, the moment ‘clients’ aku bangun, aku dedicate seluruh minda aku kepada mereka dan tidak dilupakan juga untuk mencurahkan kasih sayang secukupnya kepada mereka. Make sure the kids are happy. Happy kids make the mummy happy, you know. Sebab happy kids tak banyak kerenah, dan tak buat kerenah. Oleh yang demikian, tugas aku menjadi lebih mudah, sampai la ke waktu Papa mereka pulang dari ofis.

Irfan the happy baby.. sepagi dimanjakan oleh Mama.. :D

Tugas jaga budak ni bukan mudah. Lebih-lebih lagi kalau dah lebih dari sorang. Tang mengemas rumah tu memang buat setakat sempat je la. Memasak pun setakat sempat je. Walaupun budak-budak is just budak-budak, most of the time mereka perlukan kita untuk tend to their needs. Nak makan, minum, mandi, semua masih perlu bantuan. By the end of the day dah penat. Adakalanya bila Irfan asyik nak tidur je, baru la rasa boleh bernafas panjang sikit. Hmm, sekian la cerita seorang Mama. Huhuhu~

Family Photo-boothing.. Rugi Irfan tidur :D

 

[polldaddy poll=6841643]