Irfan, Ezenide dan Bubur Nasi

Banyak cerita nak tulis dalam blog ni. Tapi kebanyakannya isu yang agak serius, jadi kena buat research dulu betul-betul sebelum membentangkan teori dan fakta. Silap cakap kang jadi misleading pulak. Bila dah banyak benda dalam kepala ni, nak tulis topik-topik yang santai macam ni pun jadi malas. Tambahan pulak memang agak busy kebelakangan ni.

Dalam entri yang lepas, aku ada sebut pasal Ezenide, iaitu ubat yang Dr Syed bagi untuk eczema Irfan tu kan. Ia bukan steroid-based tapi tetap ada hint of steroid jugak. Out of curiousity, aku pun cuba la sapu kat Irfan. Sekali je pun sapu, lepas balik klinik tu. Lepas tu ubat tu missing in action jap. So aku tak sapu la untuk beberapa hari. Not surprising though, eczema tu beransur hilang. Yang penuh kat belakang badan Irfan dah makin takde. Kulit dia dah hampir licin. Tapi aku takde la rasa ia sebab sapu steroid. Aku rasa, simply sebab memang dia dah makin ok. Bila Irfan mandi swimming pool kat PD tu, naik balik atas belakang dia. So obviously memang steroid ni hanya sembunyikan masalah tu, bukan menyembuhkan. Ini adalah fakta yang aku memang dah tahu. Tapi aku saja cuba sebab nak tengok sendiri apa yang steroid ni buat. Pendek katanya, eczema ni sama je macam alergi dan asma. You can stop the symptoms for a while and avoid everything that causes it, but you cannot heal it. Oleh itu, case resolved.

Tutup cerita pasal ekzema, bukak cerita lain pulak.

Aktiviti yang menyeronokkan yang aku buat bersama anak-anak di rumah sejak pulang dari PD adalah..jeng jeng jeng..

IMG_3033

Bubur nasi dengan ayam dan lobak merah!

Setelah memberi puri brokoli pada Irfan, aku ada buat puri betik yang pakcik sebelah rumah kasi. Tapi tengok-tengok Irfan batuk dan selsema pulak masa tu. Tak berani la pulak nak bagi sebab kadang-kadang makan betik boleh buat sakit tekak.

Lepas tu, rasa malas pulak nak buat puri ni. Penat woo nak menapis seme yang dah blend tu. Nak guna 4-day-wait rule pun malas jugak. Antaranya sebab aku rasa macam tak berapa praktikal nak tunggu 4 hari, sebab mengikut logik fikiran aku, kalau setakat nak perkenal sayur dan buah tu, mana ada tindakbalas alergi kan. Tak tahu la orang lain tapi tu teori yang aku guna pakai mengikut pengalaman keluarga dan logik akal aku la. Alhamdulillah anak-anak aku pun takde masalah. Cuma tentunya aku elakkan telur dulu awal-awal ni.

Oleh kerana minggu ni baru rasa rajin, maka baru minggu ni la Irfan dapat makan lagi. Kali ni Mama buatkan bubur nasi dengan lauk ayam dan lobak merah. Basuh beras, letak ayam yang dah dipotong kecil dan lobak merah yang diparut, dan masak dengan rice cooker. Senang! Macam aku bagi Aiman makan dulu.

Bila dah masak, tunggu sejuk sikit, aku blend (Ya Allah, berilah pahala berganda kepada hambaMu yang hadiahkan blender ni pada perkahwinan aku dulu..Amin~). Dulu masa aku bagi Aiman makan di usia 6 bulan, aku tak blend pun. Sebab aku terlupa dan aku tengok dia makan pun rilek je. Tapi dengan Irfan ni, aku dah ingat dan Irfan agak kurang mahir menelan lagi berbanding abangnya pada usia ini. Jadi, aku tak nak ambil risiko. Maka inilah hasilnya..nampak rupa macam Cerelac!

Setelah dikisar

Setelah dikisar

Aku masak 1 pot kecil beras je. Tapi nampak macam banyak pulak! Rasa-rasa untuk Aiman dulu pun aku masak 1 pot jugak. Tapi tak banyak macam tu. Oleh kerana dah banyak, aku pun masukkan dalam bekas-bekas kecil dan simpan dalam freezer. Simpan portion kecil je dalam peti sejuk di bahagian bawah untuk minggu ni.

Irfan pun dah tak sabar ni..

Lambatnya Mama nih!

Sedapnya!!!

Sedapnya!!!

Rancak dia makan. Habis satu senduk nasi yang aku bubuh untuk dia. Irfan ni bagi apa saja semua dia akan makan sampai habis. Alhamdulillah.. tiada pembaziran~

Aku bagi dia minum air guna picagari yang guna untuk makan ubat tu. Kalau pakai sudu nanti tumpah-tumpah dan tak masuk mulut. Baik guna picagari lebih efektif.

Bila dah kenyang, Irfan pun suka hati.. Jambul yang tadinya tegak dah turun setelah kekenyangan..

Yeay dah kenyang!

Yeay dah kenyang!

Alhamdulillah..sekianlah dulu kisah Adel Irfan~

Mama and Irfan’s First Puree

Ingat aku cerita dalam entri sebelum ni yang Irfan dah mengamuk-ngamuk nak makan nasi Abang Aiman? Maka aku pun kirim la kat adik aku Ayuni untuk belikan bahan-bahan yang berkenaan. Dan makanan pertama yang aku pilih untuk diperkenal pada Irfan adalah brokoli.

Fuhh berpeluh-peluh nak buat puri untuk Irfan. Walaupun dah anak kedua, tapi ini adalah pengalaman pertama buat puri bayi. Sebelum ni masa Aiman dulu bagi Farley’s Rusks ataupun Cerelac. Maklum la sebelum ni dok mentelaah Mama aku punya school of thought. Aku dan adik beradik aku semuanya makan Rusks, Cerelac atau bubur nasi sejak 4 bulan lebih bila kami dah tunjuk tanda-tanda nak makan. Mama aku tak pernah la bagi puri Heinz bagai tu sebab takde cop halal Jakim.

Masa aku cerita kat Mama nak suap puri brokoli kat Irfan, Mama ingat aku nak bagi puri yang jual siap kat kedai macam puri Heinz tu. So dia tanya la halal ke? Aku pun cakap yang aku nak buat sendiri. Lebih terjamin halal, bersih dan confirm takde bahan pengawet. Rasa macam canggih la pulak nak buat puri buat sendiri di rumah ni. Hahaha. Maklum la aku tak sepandai Mama aku bab masak memasak ni. So kalau aku berjaya buat sesuatu yang Mama aku tak pernah buat, ni la peluang aku nak rasa canggih sikit. Heheh. *cubaan mengangkat keyakinan diri sendiri*

So lepas puas tengok video sana sini pasal cara nak buat puri, ni la langkahnya lebih kurang.

Mula-mula potong brokoli dalam suku atau setengah pokok. Pastu didihkan air. Masukkan brokoli. Tutup periuk. Tunggu la agak-agak 5-10 minit. Lagi banyak yang direbus lagi lama la tunggu. Kalau nak tahu brokoli dah lembut ke tak, cuba hiris dengan pisau. Kalau pisau boleh lalu tanpa masalah tu maksudnya dah boleh diangkat. Dapat la lebih kurang macam dalam gambar kat bawah ni.

Brokoli direbus atas api

Brokoli direbus atas api

Keluarkan brokoli, masukkan dalam blender. Tak perlu letak air. Blend. (Maafla tang ni takde gambar. Lupa nak amik gambar sebab tak plan pun nak letak dalam blog ni.)

Keluarkan dari blender, masukkan dalam penapis. Jangan lupa letak mangkuk bawah penapis tu. Pastu penyek-penyek brokoli yang dah di blend tu sampai puri dia keluar.

Kenapa kena tapis? Sebab puri yang kita blend tu masih mengandungi ‘habuk’ atau hampas yang belum boleh dicerna oleh perut bayi yang masih terlalu muda. Jadi kita tapis la ye. Baru akan dapat puri yang betul-betul hancur.

Inilah hasilnya.

Tadaaa...!!! Puri Brokoli!

Tadaaa…!!! Puri Brokoli!

Kalau tak tapis, puri tu tak nampak jernih macam ni. Kita akan nampak ada urat-urat brokoli yang halus berwarna hijau tua.

Suap Irfan sesudu tadi, dia buat muka pelik. Flavour baru kan. Sorry la lupa amik gamba lagi hehehe. Tapi bila suap lagi dia beriya makan dan menghisap-hisap sudu. Bukan sebab brokoli tu sedap tapi simply dia punya refleks terhadap benda yang masuk ke mulut. Tapi ok la kan sebab objektif bagi makan sekarang pun bukan nak suruh kenyang tapi untuk perkenalkan flavour makanan. Untuk usia ni dia masih bergantung 100% pada susu ibu lagi.

Kalau nak cari rujukan untuk buat puri bayi, boleh search Youtube Nicko’s Baby Food. Aiman yang jumpa video ni. Video ni bagus.

Takpun boleh masuk laman ni; Homemade Baby Food Puree HOW TO VIDEOS

Contoh meal planner untuk bayi boleh lihat di sini;  You and baby weekly meal planners

Satu lagi; Introducing Solids to Your 6 month to 8 month old Baby

Lepas ni nak buat puri labu pulak! Untuk orang lain Mama buat masak lemak labu ye. Yummy~