Irfan, eczema, dan jatuh katil..lagi

Yesterday had been very traumatic for me. Mana taknya, pagi semalam, lepas Papa Aiman pergi kerja, aku pun mula membuat kerja rumah. Sementara menunggu mesin siap membasuh, aku terasa letih sikit, so aku tidur la sekejap sebelah Irfan yang kebetulan nak menyusu. Aku jarang tidur balik pagi-pagi sebab banyak benda nak buat. Tapi last weekend had been very eventful, so I was a bit tired, maka aku pun tertidur.

Tak tahu la berapa lama aku tertidur, aku siap mimpi dok buat house chores lagi. By the time aku nak jemur kain (masih dalam mimpi ni), tiba-tiba macam ada satu angin bertiup. Angin tu macam syaitan la kononnya (macam dalam anime la pulak). Angin tu terbangkan aku sampai aku terpaksa berpegang pada tali jemur kain (macam tahpape jek). Aku pun (tak tahu nape), instead of baca ayat kursi, gi baca doa khatam Qur’an pulak sampai habis, dengan suara yang paling kuat. Selesai je aku baca doa tu, aku terdengar suara tangisan yang sangat kuat. IRFAN!

Cepat-cepat aku buka mata. Aiman sorang je ada atas katil sambil pandang aku dengan terkebil-kebil muka blur. Mana Irfan????

Aku tengok bawah katil. Irfan jatuh katil lagi! Terus aku angkat dan peluk dia. Aduh kesian anakku. Dengan aku sekali rasa nak menangis. Tapi air mata tak keluar. Tengok hidung dia ada darah! Ya Allah!

Aku lari keluar bilik dan panggil adik aku Ayuni yang kebetulan takde kelas semalam.┬áSafuan (adik ipar aku) dan Ayuni tolong cek. Aku cemas sangat. Selalunya kalau hidung berdarah ni bermakna ada kecederaan dalaman. “Oh ni takde pape ni kak, bukan internal bleeding. Cuma scratch sikit kat hidung. Mungkin sebab masa dia jatuh tu jari dia tercucuk hidung dia.”

Kesian..cedera di hidung

Kesian..cedera di hidung

Lepas Ayuni cek dan bersihkan luka di hidung Irfan, Irfan pun tidur dalam pangkuan aku. Aku masih rasa sangat risau selagi aku tak tengok dia ketawa. Aku peluk dia sampai dia terjaga semula. Buka je mata, mula pandang sana sini, pastu membebel-bebel panggil Papa. Hmm dah ok la tu nampaknya.

Video Irfan Membebel

Syukur la takde apa-apa. But I am not taking any chances. Masih memantau keadaan Irfan dari semasa ke semasa. Bila pasang BabyTv terus bersemangat dan bergelak ketawa. Alhamdulillah.

Dah happy dah! Alhamdulillah~

Dah happy dah! Alhamdulillah~

Somehow, rasa susah sangat nak buang perasaan sedih dan kesal ni. Rasa sangat bersalah kalau terjadi apa-apa pada Irfan. Lebih-lebih lagi kalau sampai menyebabkan kecederaan serius. Kenapa la cuai sangat ni? Tapi bila diingat-ingat semula, aku dah letak bantal keliling Irfan. Sejak kali pertama Irfan jatuh tiga minggu lepas, aku selalu ambil langkah berjaga-jaga. Bila Irfan duduk atas katil, aku akan pastikan dia duduk di tengah-tengah dan letak bantal sebagai ‘kubu’. Selalunya tak jatuh pun, tapi kenapa kali ni boleh jatuh lagi?

Puas aku fikir sampai ke petang. Baru teringat. Masa aku baring dengan Irfan, Aiman pun baring sebelah Irfan juga. Jadi, bila Aiman bangun, dia alih bantal yang jadi kubu untuk dia dan Irfan tu. Maka bila Irfan guling, jatuh la Irfan. Hmm aku tak ingat langsung peranan orang ketiga iaitu Aiman. Kalau macam tu lepas ni tak boleh dah duduk atas katil. Kena duduk atas toto kat bawah.

Tujuan aku catit kejadian ni adalah supaya ia kekal menjadi peringatan buat aku, dan juga peringatan dan pesanan untuk siapa-siapa yang baca ni. Semoga ini yang terakhir. Wallahu A’lam~

By the way, alhamdulillah eczema Irfan dah semakin hilang. Pada hari aku post tentang eczema Irfan tu, ramai rakan yang sudi bagi tips. Terima kasih ye semua. Oleh kerana gamat gel je yang ada kat rumah ni, maka aku pun cuba la sapu gamat gel tu. Keesokan harinya, dah makin kurang eczema kat muka dan leher Irfan. Cepat juga tindakan gamat ni ye. Maka aku pun tekun la sapu gamat kat badan Irfan, di samping mengelakkan sabun badan Irfan waktu mandi, dan elakkan pakai bedak atau losen kat badan dia. Alhamdulillah tetap wangi walaupun tak pakai sabun dan bedak. Baby kan. Bila aku berhenti berpantang makan pun Irfan tetap ok. Alhamdulillah syukur.

Wallahu A’lam…

Irfan, Eczema, Rhinitis dan Berpantang Makan

Sejak dua tiga hari ni, takleh nak fikir benda lain dalam kepala otak ni selain Irfan, eczema, rhinitis dan berpantang makan. Semuanya sebab tengok Irfan suka menggaru-garu leher dia. Irfan dah 2 bulan ada eczema, tapi selalunya aku tak risau sangat sebab tak banyak pun. Kat leher sikit, pipi sikit, belakang sikit dan celah siku. Tapi yang aku tak puas hati lately is bila tengok area-area tu sume kejap ok kejap merah sangat, kejap ok kejap menggaru-garu. Susah hati aku dibuatnya sampai tak boleh nak fikir benda lain.

Campur jugak dengan rasa bersalah sebab aku baru terbaca yang eczema boleh jadi makin teruk bila bayi minum susu ibu yang mengandungi alergen yang berkenaan. Dan aku baru lepas bedal 3 biji telur sehari (telur dadar) selama beberapa hari.

Kalau korang tak tahu, eczema ni sebab utamanya adalah alahan, dan ia boleh diwarisi secara genetik terutamanya jika ibubapa pernah mengalami eczema. Also known as atopic dermatitis (AD), kalau ibubapa yang ada rhinitis pun boleh menyebabkan anak kena eczema. Dan aku ni memang sah-sah la ada allergy rhinitis, dan sinusitis. Bahkan aku pernah masuk hospital kerana sinusitis yang menyebabkan aku sakit kepala yang amat (ramai orang ingat dia ada migrain tapi sebenarnya dia ada sinusitis). Kepala aku masuk mesin CT Scan sebab doktor nak tengok area sinus aku yang dijangkiti kuman tu. Sebagai rawatan, doktor masukkan antibiotik Augmentin melalui drip. Bukan aku je, Papa Irfan pun ada gak unsur-unsur resdung. Pagi-pagi asyik bersin je. Hmm kesian Irfan. Syukur Aiman ok takde masalah apa-apa.

Kerana kasihan tengok Irfan merah-merah pipi tu, maka aku telah ‘berikrar’ untuk buat sesuatu yang mustahil aku akan buat sebelum ni. Iaitu meninggalkan makanan-makan alergen yang kesemuanya merupakan makanan kesukaan aku; iaitu telur dan udang. Dan mengelakkan makanan lain yang berkemungkinan. Waaa dugaan tu. Dulu aku sanggup makan jugak dan sanggup menggaru hidung aku yang akan jadi sangat gatal bila makan, tapi tak sangka demi Irfan akhirnya aku korbankan jua! Sabar je la..

Selain berpantang makan, nampaknya aku kena tukar jenama toilettries yang digunakan oleh Irfan. Kena duduk bersila kat Giant la lepas ni pilih betul-betul produk yang takde kandungan Sodium Laureth Sulphate (SLS). SLS ni la yang bertanggungjawab hasilkan buih dalam semua detergen, sabun mandi dan shampu yang kita guna tu. Sangat tak bagus untuk kita sebenarnya. Dah lama aku tahu benda ni tapi demi Irfan juga, baru aku nak bertindak. Selama ni aku buat dek je. :( Setakat hari ni, aku dengar jenama MooGoo, Buds dan Tropika yang banyak orang guna untuk eczema. Nak kena research lagi ni untuk tahu pasal produk-produk jenama ni semua.

Aku pun ada terbaca yang cara nak jaga pesakit eczema ni adalah dengan moisturize, moisturize, moisturize! Boleh guna ointment untuk pesakit eczema atau sapu petroleum jelly (vaseline). Tapi jangan la guna ubat yang klinik bagi, terutamanya yang ada steroid. Sebab steroid dalam krim tu akan menyebabkan ketagihan dan banyak side effect lain. Bahkan krim aqueos yang hospital bagi pun tak berapa baik untuk jangka masa panjang kerana ia menghakis lapisan yang sepatutnya melindungi kulit. Boleh rujuk artikel dr zubaidi tentang aqueos cream tu di sini.

Kalau boleh, nak supaya hilang terus semua eczema tu dan nak tengok semula kulit Irfan licin gebu macam dulu.

:(

Hmm tu bunyi suara Irfan dok ‘menyanyi’ dari dalam bilik tu, baru bangun la tu..

*UPDATE*

Nak tambah tips dari my junior, sis Ida Suhana. Since dia komen dalam facebook, so nak tak nak, paste kan screenshot je la kat sini ye. Semoga bermanfaat :)

Screen Shot 2013-02-21 at 4.02.13 PM