alkisah sakitnyaaaa telinga~

Assalamualaikum

Sejak 2 minggu yang lalu, aku telah terkena jangkitan kuman dalam telinga (ear infection). Gara-gara hembus hidung masa selsema la ni. Kuman tu masuk dalam telinga pulak. Aduh sakitnya~!!

Cuba ditahan-tahan kat rumah, sambil aku telan bawang putih dan vitamin c. Ye la, dah tahu dah kalau gi klinik confirm doktor bagi antibiotik. Kalau makan antibiotik, habis la mati sekalian bakteria dalam usus aku ni. Bakteria jahat mati takde hal, tapi yang tak bagusnya, bakteria baik pun mati jugak. Kalau bakteria baik mati, sape yang akan menjaga hal ehwal kebajikan dalam badan aku??

In case korang tak pernah dengar, bawang putih adalah makanan antivirus, antibakteria dan antifungus.

http://www.webmd.com/vitamins-supplements/ingredientmono-300-GARLIC.aspx?activeIngredientId=300&activeIngredientName=GARLIC

Setelah beberapa hari dok telan bawang putih, rasa macam makin sakit jugak telinga ni, akhirnya pergi jugak ke klinik. Doktor tengok sekali imbas. “Eh dah bengkak ni!” Terus dia bagi antibiotik untuk 3 hari, dan ubat bengkak, beserta ubat titik (antibiotik jugak tu), lepas tu tengok macam mana.

Aku pun balik. Makan antibiotik dengan baiknya, sebab sakit gila ni. Hehehe.. kalau tak sakit jangan harap le nak telan antibiotik. Bila ubat dah habis, alhamdulillah bengkak dalam telinga pun dah surut. Tapi sakit masih tak hilang. Bahkan makin kuat!

Aku pun pergi semula ke klinik.

Kali ni doktor lain yang cek. Dia letak teropong kat telinga aku. “Ada benda dalam telinga awak ni. Warna putih. Awak suka korek telinga guna cotton bud ke?” Aku geleng-geleng. Dah 10 tahun aku tak guna cotton bud, sejak aku servis telinga dengan pakar ENT dulu. Doktor cuba korek guna forceps, tapi tak berapa menjadi. “Awak pergi jumpa pakar ENT la ye, biar dia bersihkan guna alat yang sesuai.

Maka jumpa pakar ENT lah aku.

Pakar ENT cek telinga aku. Dia guna vakum. Mak aih banyaknya bendasing! Besar-besar pulak tu! Tak sempat mintak nak ambil gambar doktor dah buang hahaha.

OK so ceritanya, bila berlaku jangkitan, doktor bagi antibiotik. Jadi dalam proses penyembuhan kawasan yang radang tu, banyak la sel-sel kulit yang mati. Sel kulit yang mati tu la yang berkumpul banyak-banyak dan kemudiannya block gegendang telinga aku. Gumpalan putih tu la yang menyebabkan telinga aku sangat sakit dan tak berapa nak dengar bunyi. Jadi, lepas doktor bersihkan dan buang gumpalan sel mati tu, baru la aku dapat mendengar dengan baik semula dan sakit pun berkurang.

Lepas dah habis antibiotik satu course, tiba masanya untuk betulkan balik flora bakteria dalam usus aku, maka aku pun beli yogurt jenama ‘Farm Fresh’. Sebenarnya aku tak suka makan semua jenis makanan probiotik macam tempe dan yogurt, tapi susu segar dan yogurt Farm Fresh ni ok jugak boleh diterima oleh tekak aku.

Kalau nak tahu probiotik tu apa, boleh baca sini:

Probiotics are microorganisms that offer some form of health benefit to the host – they can be found in various different foods. Probiotics are believed to play very important roles in regulating proper intestinal function and digestion – by balancing intestinal microflora.

(dipetik dari http://www.medicalnewstoday.com/articles/264721.php)

Walau bagaimanapun, kalau korang lebih suka nak guna natural remedies yang lebih murah dan mudah, boleh cuba layari laman ni:

http://www.top10homeremedies.com/home-remedies/home-remedies-for-ear-infection.html

Orang-orang tua kita zaman dulu pun guna natural remedies je, sebelum ada kemudahan farmasi moden macam sekarang :)

Kalau satu hari nanti aku terkena lagi jangkitan telinga macam ni, insya allah aku pun akan guna natural remedies macam yang diajar dalam laman di atas.