Happy Belated Women’s Day! erk..emm apa-apa jelah!

Sekarang ni rasa macam nak bercakap pasal bersalin (birthing/childbirth).

Sabtu lepas, sepatutnya aku sekeluarga pergi ke Hotel Grand Seasons Jalan Pahang. Ada program “Celebrating Birth and Motherhood” sempena Hari Wanita Antarabangsa. Dianjurkan oleh The Gentle Birthing Group Malaysia. Tapi kita hanya merancang, dan Allah adalah Perancang yang Terbaik, maka kami sekeluarga tak dapat hadir ke program tu sebab semua jatuh sakit. Takde rezeki. Nampaknya lain kali la ye.

Nak cerita kat sini, setiap hari aku rajin melayari laman ICAN Malaysia / VBAC Support dan The Gentle Birthing Group Malaysia di Facebook. Laman pertama tu adalah kumpulan  sokongan (support group) untuk ibu-ibu yang pernah melalui pembedahan cesarean dan berhasrat untuk melahirkan secara normal untuk kelahiran seterusnya (vaginal birth after cesarean, VBAC). Tak kira la sama ada baru melalui satu, dua atau lebih pembedahan. Kumpulan ini juga menjadi tempat ibu-ibu ni memberi sokongan moral kepada ahli-ahli kumpulan yang telah melalui saat-saat yang traumatik dan menyakitkan dalam proses kelahiran terdahulu. Laman kedua tu pula, laman yang boleh dijadikan sumber rujukan dan tempat pertanyaan untuk  gentle birth. Gentle birth ni bukan satu kaedah, tetapi ia adalah suatu konsep, iaitu konsep melahirkan anak secara semulajadi. Back to nature gitu. Bakal ibu digalakkan untuk mencari ilmu dan memahami fisiologi tubuh mereka, peranan hormon-hormon waktu bersalin, memahami proses sebenar bersalin, cara menggunakan hormon semulajadi dalam tubuh untuk memudahkan proses bersalin dan cara untuk mengatasi rasa sakit bersalin. Memang menarik!

Sehari-hari dok melepak dalam kumpulan-kumpulan ni buat aku rasa betapa jahilnya aku dulu sampaikan tak pasal-pasal kena cser, sedangkan ada ibu yang mengalami situasi yang sama macam aku (iaitu bayi dalam keadaan posterior) berjaya bersalin secara normal. Kat rumah pulak tu! Gerak hati aku kuat kata aku mampu bersalin normal macam mama aku. Tapi kerana kurang ilmu tentang bersalin, aku cuma mampu mengikut je saranan doktor. Sebab aku tak tahu yang ada doktor yang sengaja cser pesakit diorang sebab taknak menunggu lama untuk proses tu berlaku sendiri!

Jadi, aku rasa, setiap wanita yang bakal menjadi ibu, termasuk suami mereka, patut menghadiri kelas antenatal (childbirth classes). Tak kira la hypnobirthing class ke, AMANI birth class (search on facebook: “AMANI Malaysia: Childbirth Educator & Doula”), yang penting kena pergi kelas. Setakat kelas antenatal kat hospital tu tak payah la. Kebanyakkan akan ajar cane push, cane nak menyusu, pastu kempenkan epidural la, ubat itu ini. Tak payah! Serius aku cakap ni tak payah! Cari kelas yang tidak berkait dengan hospital ok. Cari certified independent childbirth educator. Pastu kena rajin la menimba ilmu pengetahuan pasal nak bersalin ni. Jangan pakai serah diri kat hospital, kat doktor aje. Bukan semua doktor rajin nak tunggu proses bersalin tu berlaku sendiri. Lambat! Silap haribulan kena induce. Tahu tak induce tu risiko dia tinggi dan boleh membahayakan nyawa? Dan selalunya ibu yang kena induce, dah la sakit tak terperi, pastu tunggu dua tiga jam, doktor suruh cser. Alasan baby lemas la, itu la ini la. Please jangan telan bulat-bulat semua ni ok. The fact is, even breech baby, posterior baby, mothers with GDM (gestational diabetes melitus), high BP pun, kalau rajin cari ilmu dan jaga kesihatan diri dengan baik, insya allah boleh elak dari cser. Once dah kena cser ni, haih Tuhan je la tahu betapa susahnya hati nak keluar dari kepompong ‘once a cesaerian, always a cesaerian‘ ni. Kita tak mahu macam tu ok! :)

Ok back to gentle birth tadi. Secara amnya, melalui gentle birth ni kita akan belajar yang untuk melahirkan anak sebenarnya tak perlu susah-susah push. Yang terbaik adalah membiarkan bayi keluar sendiri dengan kuasa contraction (aka surges) tu je. Push tu la yang selalunya menyebabkan koyakan pada perineum. Breathe the baby down, don’t push. Let your body do the work. You push, you tear.

Pastu, waktu nak bersalin tu, sepatutnya ibu kena bergerak instead of duduk diam-diam atas katil. Ada banyak posisi yang bagus untuk bersalin sebenarnya. Cuba tengok laman ni: Childbirth Positions: Giving Birth On Your Back Is Just NOT COOL!

Kalau korang ada pengalaman buruk waktu bersalin dulu (trauma), tak kira la csection atau vaginal birth, maknanya korang memang patut pergi kelas antenatal. Hmm sesetengah orang tak perasan pun yang diorang ada rasa trauma tu. Cuba jawab soalan-soalan berikut;

Bila korang ingat semula saat-saat bersalin tu, adakah korang rasa takut, sangat sakit dan serik?

Korang sanggup tak ingat balik saat-saat bersalin tu?

Ada tak rasa macam ‘serik’ bila ingat balik saat bersalin sampaikan rasa nak tangguh bertahun lagi untuk tambah anak?

Kalau ada yang korang jawab YA, maksudnya sesuai sangat la korang pergi kelas antenatal.

Birth is supposed to be gentle, relaxing, and happy. It is painful, yes, but when you understand your body and the actual process of birthing, how to use your natural hormones for ease of delivery, you will actually be surprised that birth becomes a totally happy experience for you.

Educate yourself!

Knowledge is power!