Hantu TV!

Cerita ni pasal Irfan lagi..dah beberapa lama perasan, tapi kali ni memang konfem!

Irfan sangat suka tengok tv~!

Horror la!

I mean, dia tu kan budak kecik, baby lagi. Baru 5 bulan lebih. Takkan dah pandai tengok tv?

Agaknya baby zaman sekarang memang macam tu kot. Tapi Aiman dulu tak macam ni.

Dia dah lapar tapi sanggup tak mintak susu sebab nak tengok tv. Tengah menyusu pun kalau dengar bunyi rancangan kegemaran dia dalam BabyTV tu, terus pusing tengok tv. Tak jadi nak menyusu. Kalau aku nak suruh dia minum jugak, aku kena pusing ke posisi yang dia boleh nampak tv. Baru dia akan sambung menyusu. Tu pun kalau dia ingat yang dia tu nak minum susu.

Pastu sambil tengok tv, tak sah kalau ibu jari tak duduk dalam mulut. Kalau bayi masukkan tangan dalam mulut takpe, sebab tu sementara je. Dia tengah gatal gusi. Tapi kalau masuk ibu jari, tu petanda yang dia suka menghisap jari.

Orang tua-tua kata kalau bayi suka hisap jari ni bayi baik. Irfan memang baik, tak banyak songeh, tapi sebab dia baik sangat, malam-malam tengah tidur adakalanya tak menyusu langsung sebab bila lapar je dia akan masukkan ibu jari dalam mulut dan hisap ibu jari. Which is not at all good and healthy!

Masa dalam pantang aritu, ada makcik ni tegur yang Irfan ni kecik-kecik dah pandai tengok tv. Masa dia pangku Irfan, mata Irfan straight ke tv dan sangat fokus dengan rancangan tv tu. Aku dismiss je sebab aku fikir, takkan la bayi kecik dah pandai tengok tv. Tapi nampaknya betul la kata makcik tu.

Irfan masa dalam pantang

Irfan masa dalam pantang

Normal ke bayi tengok tv beriya macam ni?