Alergi dan Habbatussauda’ (dan kawan-kawan)

Assalamualaikum

Ramadan tiba lagi. Alhamdulillah. Semoga Ramadan kali ini membawa kerahmatan dan keberkatan kepada kita semua. Semoga kita mendapat Ramadan ‘dean’s list’ kali ini insya Allah.

Sejak beberapa bulan yang lalu sejak aku tulis entri “Alergi dan Habbatussauda’” ni,  aku dah tak mengalami masalah kegatalan hidung yang teramat (alergi rhinitis) lagi. Kalau ada pun, sikit-sikit je. Tapi entah kenapa, sejak makan char kuey teow yang dibeli dari bazar ramadan minggu lepas, hidung ni gatalnya masya Allah, tak tahu la nak cakap macam mana. Bergilir rasa antara nak rendam hidung dan muka ke dalam ais, atau nak hantuk kepala ke dinding. Jadi, sebagai orang yang lebih bijak dari sekadar menghantuk kepala ke dinding, aku pun merancang untuk memakan minyak habbatussauda’ dengan sukatan yang tinggi.

Aku takde la selalu makan habbatussauda’, sebab utamanya adalah rasanya yang ‘horror’ hehehe, pedas dan panas dan sangat kuat, dan juga sebab agak sukar nak dapat habbatussauda’ (aku selalu kirim pada adikku yang belajar di mesir..dia balik setahun sekali je, tu pun kalau balik). Stok yang aku kirim banyak-banyak pada adikku pun, tinggal sebotol dua je, yang aku jimatkan untuk waktu anak-anak demam. Selebihnya aku beri pada ayahku yang lebih memerlukan. Jadi kena la berjimat sikit. Aku amalkan madu je la, sebab madu senang nak dapat.

Sejak akhir-akhir ni, aku selalu amalkan minum air yogurt untuk menjaga kesihatan. Resepinya lebih kurang macam ni:

6 sudu  besar natural yogurt jenama Farm Fresh,

1 sudu madu Manuka

1 sudu gum Arabic Arabic (Al Manna)

1 sudu PEVOO (Palestinian Extra Virgin Olive Oil)

1 sudu minyak habbatussauda’

jus oren tanpa gula hingga penuh gelas

Untuk memastikan gum arabic dan madu tak berketul, aku kacaukan keduanya bersama yogurt, minyak zaitun dan minyak habbatussauda’ dulu, kemudian baru aku masukkan jus oren. Kiranya jus oren tu yang paling akhir yang masuk ke dalam gelas. Aku gunakan sudu McD sebab ia tak besar sangat dan tak kecil sangat, dan paling penting ia adalah sudu plastik. In case korang tak tahu, madu tak boleh dikendalikan menggunakan sudu besi ye, tetapi dengan sudu plastik, seramik atau sudu kayu sahaja untuk memastikan zatnya terpelihara.

Satu gelas besar yang aku bancuh tu, aku kongsikan bersama suami aku, dan kadang-kadang dengan Aiman dan Irfan. Selalunya Irfan leka menyedut air yogurt tu dengan straw manakala Aiman pulak tak berapa suka tapi tetap minum sebab takut mama marah hehehe.

Sekali sekala terkena alergi yang teruk macam ni, aku up kan dos minyak habbatussauda’, minyak zaitun dan madu kepada 2 sudu. Waaaa memang horror rasa habbatussauda’ tu kuat sangat! Dan aku kena minum keseluruhan gelas! Tapi alhamdulillah kesannya memang sangat cepat, dan gatal hidung pun hilang. Tapi lepas tu badan dan saluran pernafasan rasa panas la sikit, sebab ketiga-tiga bahan ni memang makanan bersifat panas. Sebab tu ia mujarab untuk selsema dan demam selsema. Kalau tak nak makan, guna untuk massage pun boleh. Urutkan badan anak atau badan sendiri dengan mana-mana minyak ni (zaitun atau habbatussauda’) insya Allah kesannya memang cepat. Jangan lupa selawat banyak-banyak sambil urut.

Bila alergi dah reda, turunkan balik dos kepada 1 sudu sahaja untuk kesemua bahan.

Satu perkara tentang makanan sunnah sebagai ubat ni (in fact ubat dan makanan apa pun) adalah kita kena test dulu kita sesuai ke tak dengan bahan tu, maksud saya kita alergi ke tak dengan bahan tu? ada timbul kesan yang tidak menyenangkan tak lepas makan tu? kalau semuanya ok, takde naik simptom pelik-pelik maka boleh la amalkan. Tapi kalau rasa lain macam, boleh kurangkan dos atau tinggalkan dulu tengok macam mana.

Habbatussauda' dan Kawan-kawan

Habbatussauda’ dan Kawan-kawan

Dalam gambar ni dari kiri adalah yogurt asli Farm Fresh, minyak habbatussauda’, PEVOO, madu Manuka, extra virgin coconut oil (EVCO) dan apple cider vinegar (ACV) jenama Bragg (pastikan ‘with the mother’). Tapi setakat ni aku belum tambah lagi VCO dan ACV dalam jus yogurt aku ni. Insya Allah akan tambah juga nanti. Kesemua bahan ni bukan untuk alergi saja, bahkan untuk penjagaan kesihatan am, demam, selsema dan batuk pun mujarab insya Allah. Kalau anak-anak selsema, aku suapkan 5ml madu manuka tu insya Allah cepat kering hingus dan ok macam biasa. Bila aku tengok tak ok, aku tukar kepada VCO atau minyak zaitun. Ada satu ketika, aku suapkan 4 ml VCO pada Irfan masa dia demam selama beberapa hari berturut-turut, tiba-tiba dia berak cair. Jadi aku tukar, instead of makan, aku urutkan badan dia dengan VCO setiap kali selepas mandi. Alhamdulillah lega demamnya.

Finally jangan lupa ini semua ikhtiar kita. Yang menyembuhkan tu adalah Allah jua. Bila kita dah faham macam mana bahan-bahan ni bekerja untuk tubuh kita, lebih mudah kita nak kenalpasti bahan mana yang kita perlukan di waktu-waktu tertentu.

Sekian, jumpa lagi.

Alergi dan Habbatussauda’

Dari kiri: Habbatussauda' (rupa sebenar), Kapsul Habbatussauda' 500mg, Minyak Habbatussauda'

Dari kiri: Habbatussauda’ (rupa sebenar), Kapsul Habbatussauda’ 500mg, Minyak Habbatussauda’

Assalamualaikum

Hari ni nak cerita pasal habbatussauda’ atau dalam Bahasa Melayunya bijian hitam. Orang putih panggil black seed. Nama saintifiknya nigella sativa. Kalau korang ada keluarga yang baru balik dari Mekah, mesti korang pernah tengok biji hitam ni. Rasanya Masya Allah sangatlah pahit! Lepas makan, rasa nafas pun panas. Nafas pun rasa pahit sikit. Tapi takde la sampai mulut berbau.

Tengok gambar kat atas tu. Yang paling kiri adalah biji habbatussauda’ dalam rupanya yang sebenar. Halus je. Yang tengah tu pula adalah serbuk habbatussauda’ yang diisi di dalam kapsul. Satu kapsul mengandungi 500mg serbuk habbatussauda’. Yang paling kanan pula adalah minyak habbatusauda’ yang asli tanpa dicampur apa-apa.

Antara ketiga-tiga bentuk habbatussauda’ ni, yang paling pantas memberi kesan adalah minyak habbatussauda’. Rasanya pun yang paling pahit dan paling panas di tekak. Aku pernah terkena serangan alergi yang sangat teruk sampaikan bersin tanpa henti sepanjang hari sejak pagi. Penat woo asyik bersin sampaikan tekak rasa perit, bahu dan seluruh badan rasa penat sangat. Tengahari aku makan kapsul habbatussauda’ ni, tapi macam tak berhenti jugak bersin, cuma kurang je tak seteruk pagi. So malamnya aku cuba yang minyak pula. Aku makan satu sudu besar. Alhamdulillah dengan izin Allah, keesokannya berhenti bersin dan saluran pernafasan aku rasa sangat clear. Kesannya memang cepat, padan dengan rasanya yang teramat pahit.

Jadi, aku sangat rekemen habbatussauda’ ni untuk orang yang ada allergy rhinitis, asma, bronchitis, sinusitis, resdung, selsema dan apa jua yang berkait dengan sistem pernafasan. Syaratnya, jangan lupa untuk tinggalkan makanan atau sebarang alergen yang menyebabkan alergi tu, sebolehnya cuba keluarkan kahak yang ada dalam tekak, jangan disedut atau ditelan pulak kahak tu. And definitely NO SMOKING.

Habbatussauda’ adalah makanan yang bersifat panas. So orang mengandung terutamanya kena berhati-hati kalau nak makan jugak habbatussauda’ ni. Jangan terlebih ambil sebab boleh keguguran. Makan yang kapsul ok la kot. Standard sukatan makan untuk orang dewasa adalah 2 gram sehari (4 kapsul) ataupun 1 sudu besar (minyak habbatussauda’). Untuk kanak-kanak pula 1 sudu teh sehari.

Aku punya habbatussauda’ ni aku kirim dari adik aku yang belajar kat mesir, kebetulan dia nak balik cuti semester. Sebelum ni, dapat dari keluarga yang balik dari mekah. Ada orang kata, boleh beli habbatussauda’ ni kat kedai-kedai arab.

Wallahu A’lam

*disclaimer: not intended as medical advice. tidak bertujuan menggantikan nasihat perubatan.