Tazkirah Ramadhan: Peringatan untuk diriku

Ramadhan tiba lagi. Ada orang yang berasa gembira dan tidak sabar untuk berpesta ibadah, dan tidak kurang juga yang mengeluh mengenangkan bakal terpaksa menahan lapar dan dahaga selama sebulan.

Bulan ramadhan inilah waktu terbaik untuk kita merenung dan menginsafi nasib hamba-hamba Allah yang kurang bernasib baik; fakir miskin yang mengais-ngais mencari sesuap nasi, saudara seagama yang berada di zon perang, hamba-hamba Allah yang ditimpa musibah. Berbuka puasa dengan apakah mereka hari ini? Ada makanan atau tidak? Jika kita sentiasa ingat pada golongan-golongan ini, sudah tentu kita tidak tergamak membazir walau sebiji nasi pun.

Jika kita ingat pada mereka ini, kita tidak akan teringin untuk membeli belah mengikut hawa nafsu kala melawat bazar ramadhan. Kita juga akan lebih beringat untuk tidak makan sehingga terlalu kenyang dan tidak mampu bergerak bak ular sawa kekenyangan. Bukankah bulan ramadhan ini sepatutnya bulan latihan mengawal nafsu? Haiwan di hutan pun pandai makan ikut keperluan, takkanlah manusia yang berakal tak boleh berfikir? Tak gitu? Jika kita tidak berupaya mengawal nafsu kita, bukankah itu bermakna kita sendiri yang merendahkan darjat kita ke tahap yang lebih rendah dari haiwan?

Jangan dilupakan insan-insan yang telah pergi meninggalkan kita. Mereka ini telah selamat menemui tuhan mereka. Kita bila lagi? Kalau kita mati esok, ke syurgakah, atau ke nerakakah kita?

Kepada ibu-ibu yang sedang mengandung, semoga terus tabah menjalani ibadah puasa selama sebulan. Semoga dengan pembawaan budak ini akan menguatkan lagi semangat para ibu untuk terus memperbaiki diri supaya dapat melahir dan membesarkan zuriat yang hidup dan matinya untuk Allah. Alang-alang kita bersusah payah mengandung dan melahirkan anak ini, biarlah sehingga anak ini menjadi anak yang bakal memimpin kita ke syurga Allah kelak. Semoga anak ini lahir menjadi hamba Allah yang berbakti ke jalanNya, seorang manusia yang berakhlak mulia dan bijaksana. Niatkanlah setiap kesusahan kita ini sebagai jihad lillahi ta’ala kerana hanya Allah yang selayaknya memberi ganjaran atas setiap amalan hambaNya. Insya Allah.

Rights of A Dying Muslim upon A Living Person

One sweet day, as I was tidying my cupboard, I found this piece of paper with my scribbles on it. It was written in pencil ink. I guess it must be one of my lecture notes with Dr Abdi Omar, or maybe another lecturer. I’m not so sure. I’m not even sure for which subject, and from which semester. But the topic is good, so I’m preserving the knowledge here for us to ponder and share.

RIGHTS OF A DYING MUSLIM UPON A LIVING PERSON

Family members and his most pious friends should be informed and be present at his side and should act the following:

  • Help him turn his thoughts to Allah.
  • Encourage him very gently to repent.
  • Remind him about all the good deeds that he did.
  • Remind him about Allah’s mercy and Allah’s forgiveness so that he may anticipate Allah’s mercy and Allah’s favor.

Allah said in the Qur’an (15:56): “And who despairs the mercy of Allah, but those who are misguided.”

Hadith: “Let no Muslim die except expecting and hoping the best of Allah.” (*needs quotation)

  • Be kind and patient.
  • Never leave him alone.
  • Give him hope, not allow him to cry in pain or panic.
  • Prompt him gently (encourange without insistence) every now and then to say the shahadah.
Wallahu a’lam~

Bagaimana Memahami Petunjuk Istikharah

Soalan yg agak popular di kalangan kita kan, macam mana nak tahu yg kita dapat petunjuk lepas istikharah? Macam mana nak tahu betul ke tak apa yang kita rasa, apa yg kita mimpi dan sebagainya? Macam mana nak rasa yakin dengan istikharah yg kita dah buat tu? Rasa tenang dgn pilihan tu ke macam mana?

Saya pun bukan la ustazah utk jawab soalan ni, tetapi sebab saya pun pernah bertanyakan soalan2 seperti di atas ni, saya pun merajinkan diri saya utk buat ‘research’ berkenaan topik ni. Baca artikel sana-sini, tanya orang itu, orang ini, tapi tiada jawapan yg betul2 pasti. Setelah bertahun2 mencari, merasa pengalaman begitu dan begini, baru la saya betul2 faham akan hakikat solat istikharah ni. Di sini saya kongsikan hasil pencarian saya tentang konsep dan ‘how istikharah works’.

KENAPA PERLU ISTIKHARAH?

Jawapannya senang je, untuk mendapatkan petunjuk dan barakah dari Allah dan keyakinan terhadap pilihan yg dibuat. Apa jua pilihan yg kita buat lepas tu insya Allah akan diiringi petunjuk dari Allah, dan dilimpahi keberkatan. Bahkan kita akan lebih yakin dgn pilihan kita, tanpa mengira apa yg berlaku selepas itu, sebab kita yakin bahawa kita di bawah pimpinan Allah.

ASAS ISTIKHARAH

Firstly, kena faham yang istikharah ni bukan bertujuan untuk tolong buatkan pilihan utk kita. Instead, istikharah bertindak sbg wasilah (‘bridge’) dan doa kepada Allah supaya memberikan kita petunjuk. Contohnya, bila nak makan, kita boleh baca bismillah je, tapi lebih sempurna lagi kalau kita baca doa makan. Sama la mcm istikharah. Kalau ikutkan, lepas solat fardu kita boleh doa minta Allah tunjukkan jalan utk kita, tunjukkan yg mana terbaik utk kita. Tapi kalau rajin lagi, kalau nak afdhal lagi, kita perform solat istikharah. Sbb solat istikharah ni mengkhususkan lagi hasrat kita nak minta petunjuk dari Allah tu. Dan solat istikharah ni pun memang dianjurkan oleh Rasulullah sendiri. Hadis tentang ni boleh rujuk di sini. Harapnya penerangan saya ni jelas la ye.

Acapkali kalau kita bertanya pada ustaz2 atau orang2 yg lebih tua tentang nak solat istikharah ni, orang tu akan sarankan kita buat solat hajat sekali. Tujuannya sama la, untuk minta petunjuk dari Allah. Cuma solat hajat tu bentuknya lebih general berbanding solat istikharah. Solat istikharah dibezakan daripada solat sunat yg lain dengan doa yang spesifik:

“Ya Allah, aku memohon petunjuk memilih yang baik dalam pengetahuanMu, aku mohon ditakdirkan yang baik dengan kudratMu, aku mengharapkan kurniaMu yang besar. Engkau Maha Kuasa dan aku adalah hambaMu yang dhaif. Engkau Maha Tahu dan aku adalah hambaMu yang jahil. Engkau Maha Mengetahui semua yang ghaib dan yang tersembunyi.

Ya Allah, jika hal ini (***) dalam pengetahuanMu adalah baik bagiku, baik pada agamaku, baik pada kehidupanku sekarang dan masa datang, takdirkanlah dan mudahkanlah bagiku kemudian berilah aku berkah daripadanya.

Tetapi jika dalam ilmuMu hal ini (***) akan membawa bencana bagiku dan bagi agamaku, membawa akibat dalam kehidupanku baik yang sekarang ataupun pada masa akan datang, jauhkanlah ia daripadaku dan jauhkanlah aku daripadanya. Semoga Engkau takdirkan aku pada yang baik, sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas setiap sesuatu.”

Nak baca dalam bahasa arab boleh, bahasa melayu pun boleh. Nak hafal doa ni kumat-kamit pun boleh atau nak guna ayat sendiri pun lagi bagus. Yang penting, kita faham isi doa tu. Dan waktu kita solat istikharah dan berdoa tu, kena la letak keyakinan yg tak berbelah bahagi pada Allah. Kalau minta petunjuk antara yakin dgn tak, rasa2 Allah nak bagi tak? Cuba renungkan hadith qudsi ni:

Dari Abu Hurairah ra., ia berkata :

Rasulullah saw bersabda :

“Sesungguhnya Allah berfirman : “Aku menurut dugaan hambaKu kepadaKu, dan Aku bersamanya apabila ia ingat kepadaKu.””

(Hadits ditakhrij oleh Turmidzi).

Dalam hadith ni, Allah dah kata, kalau kita yakin pada Dia, Dia akan bersama kita, tapi kalau kita tak yakin pada Allah, Allah pun akan wat dek je la kat kita. Jadi, kalau kita berdoa dgn penuh keyakinan, insya Allah kita akan dapat petunjuk dariNya, tapi kalau kita sendiri tak yakin nak doa dgn Allah, hmm faham2 je la.

KEPENTINGAN ISTIKHARAH

Solat istikharah ni bukan sekadar kita tunggang tonggek bersolat je. Tapi ia simbolik pergantungan kita kepada Allah. Menunjukkan bahawa kita ni adalah hamba Allah yang lemah, yang sangat memerlukan pimpinanNya. Orang yang tidak yakin pada Allah tidak akan dapat merasa faedahnya menunaikan istikharah ni sebab dari awal pun dia dah tak yakin dengan Allah. Amat menghairankan kenapa manusia tak mahu yakin kepada Allah. Kita semua tahu yang Allah yang menciptakan kita, kan? Oleh itu, secara logiknya, bagi mereka2 yang berfikir, mesti akan terfikir, Allah yang menciptakan kita, so Allah knows us best. Lagipun kita memang dicipta mengikut kehendak Allah jugak kan. Allah ciptakan kita semua sebagaimana yang Dia nak. So, logik la kalau kita bergantung kepadaNya. Sbb dia yg Maha Mengetahui.

REALITI ISTIKHARAH

Bangunlah wahai saudaraku! Solat istikharah ni bukanlah solat yg dilakukan utk tolong buat pilihan utk kita, bukan lah solat yg malam ni kita buat, malam ni kita akan dapat petunjuk melalui mimpi. Oh tidak..ia bukan begitu. Bahkan kalau mimpi pun, entah2 mimpi dari syaitan, atau mungkin mimpi yang merupakan reaksi otak kita sbb kita banyak sgt fikir pasal nak buat pilihan tu. Dan solat istikharah ni juga bukanlah bermakna lepas solat tu, hati kita akan rasa tenang atau ‘inclined’ ke arah sesuatu pilihan tu.

Cuba kita renungkan bacaan doa istikharah di atas. Kita minta pada Allah selaku Yang Maha Mengetahui, supaya memberi kemudahan dalam urusan itu berkenaan sekiranya urusan/ pilihan itu yang terbaik utk kita dan berkatilah kita, tetapi jika urusan/pilihan itu tak baik utk kita, jauhkanlah ia dari kita dan berikanlah yg lebih baik. Di sini jelas menunjukkan bahawa, apa yang kita sepatutnya buat adalah, kita istikharah, kemudian kita sendiri yg pilih, mengikut pertimbangan akal fikiran kita setelah difikir masak2, setelah meneliti baik buruk sesuatu pilihan itu, dan setelah bertanyakan pendapat ibu bapa atau orang2 yang selayaknya. Setelah itu, kita bertawakkal dan terus berdoa supaya diberi petunjuk. Jika pilihan kita itu baik utk kita, insya Allah semuanya akan jadi mudah, bahkan lebih keberkatannya. Jika pilihan kita itu tidak baik utk kita, Allah akan jauhkan ia dari kita, dan gantikan dgn sesuatu yg lebih baik utk kita. Either way, kita mendapat pimpinan dan keberkatan dari Allah. Itu yg penting, itu yg kita mahukan.

Ringkasnya, proses membuat sesuatu pilihan tu macam ni:

1) Lapangkan fikiran, tenangkan hati.

2) Kenalpasti isu dan pilihan yang ada.

3) Solat istikharah. Buat banyak kali pun takpe.

3) Fikir dgn teliti dan pertimbangkan sewajarnya.

3) Minta pendapat orang yg boleh dipercayai (musyawarah).

4) Buat pilihan.

5) Tawakkal dan terus berdoa.

Selepas kita membuat pilihan, apa yg berlaku seterusnya adalah proses kehidupan kita. Segalanya atas izin Allah jua. Kalau Allah izinkan, kita dapat la apa yg kita pilih tu. Kalau tak dapat, ada la tu sesuatu yg Allah nak kita pelajari dari situasi itu. Selebihnya atas kita nak mencorakkannya jadi sesuatu yang baik ke tak. Everything happens for a reason, and for those who ponder, they will learn something, but those who doesn’t ponder, learns nothing.

Kadang2 kita dah berdoa bagai nak rak minta Allah bagi yg baik utk kita, tengok2 Allah bagi lain dari yg kita minta. Mungkin kita sedang diuji Allah, atau mungkin itulah caranya Allah nak bagi apa yg kita minta, iaitu yg terbaik utk kita. Yang penting kena sentiasa bersangka baik dgn Allah, dan renungkan pengajaran yg terselit di sebalik apa yg Allah bagi tu.

KESIMPULAN

Kita sendiri jugak la yg kena buat pilihan, dan lalui jalan yg kita dah pilih tu, kerana istikharah bukan bertujuan utk mempermudah hidup kita, tetapi hanyalah instrumen untuk menunjukkan pergantungan kita kepada Allah. Pilihan tetap di tangan kita. Perbezaan dgn decision making without performing istikharah? Petunjuk, barakah dan keyakinan. Itulah ertinya sebuah KEHIDUPAN.

Bacaan yang disarankan:

Fitnah Petunjuk Istikharah

Sumber rujukan:

http://www.hafizfirdaus.com/ebook/Solat%20sunat/15.htm

http://www.adamjuni.com/2011/09/solat-istikharah-tata-cara-dan-doa.html

http://lenggangkangkung-my.blogspot.com/2012/04/hadis-qudsi.html

http://www.islam2u.net/index.php?option=com_content&view=article&id=449:husnuzh-zhan-baik-sangka-kepada-allah-taala&catid=7:hadis-qudsi&Itemid=59

http://koleksihadisnabi.blogspot.com/p/hadis-al-qudsi.html

http://www.slideshare.net/Dr22s/quran-hadith-qudsi-hadith-nabi