Aiman..selepas setahun~

Pada suatu pagi yang hening, hampir setahun yang lalu, aku dan suami telah mendaftarkan Aiman ke Brainy Bunch Islamic Montessori Kelana Jaya (juga dikenali sebagai BBIM Kampung Tunku) atas permintaan yang empunya badan, Adam Aiman. Kalau ikutkan hati, aku nak homeschool je anak-anak. Paling tidak pun, aku nak hantar dia bersekolah pada usia 5 tahun. Tapi dah tuan punya badan tiap-tiap pagi bangun mintak nak pergi sekolah, kitorang pun ikut je lah. Takpelah, kitorang hantar je la Aiman ke sekolah supaya dia dapat bersuka ria dengan rakan-rakan sebaya sambil belajar. Paling utama, aku mengharapkan agar cikgu dia nanti dapat bantu Aiman belajar menulis, sebab dalam banyak-banyak benda yang dia belajar kat rumah, Aiman memang langsung tak nak menulis. Bagi pensel, pensel warna, krayon, cat air, semuanya dia buat jadi trek kereta la, dia patahkan la. Frust jugak mama dia ni sepukul. Selain dari menulis, aku sendiri yang akan ajar di rumah.

Dalam perjalanan ke BBIM, banyak kali aku call nombor telefon pada ‘bunting’ iklan BBIM tapi tak berjawab. Entah ada orang ke tak kat sekolah ni? Gamble je la pergi tengok. Setibanya kami di BBIM KJ, kami melepaskan nafas lega bila melihat pintu sekolah terbuka, dan ada sebuah kereta di hadapan pagar.

Kitorang pun beri salam.. Seorang lelaki muda muncul di muka pintu sambil menjawab salam.

“Eh?” Aku hairan, orang yang muncul jawab salam adalah seorang lelaki, sebab aku expect perempuan (selalunya kan orang perempuan yang jadi cikgu tadika ni). “Oh mungkin ni technician ke kot. Ada la tu tengah baiki atau renovate pape tu.”, bisik hati aku.

Beliau menjemput kami masuk. “Eh, macam tuan rumah pulak. Oo mungkin dia ni anak principal sekolah ni.” sambil dalam minda aku membayangkan principal Tadika Aladdin tempat aku sekolah dulu, seorang wanita yang sudah agak berumur.

Beliau membawa kami ke pejabat sekolah dan menjemput kami duduk, dan keluar semula. “Oh dia nak pergi panggil mak dia la kot.”
Tiba-tiba beliau masuk semula dan duduk di kerusi principal. Aku (dengan muka terkejut yang di’cover’) selamba pulak boleh tanya, “Awak ke principal sekolah ni?”
“Aah saya la kak. Saya manager kat sini. Kat Brainy Bunch kita tak panggil principal tapi manager.”, jawab beliau.

Serius la bila aku ingat balik mesti aku pun confuse apesal aku beriya sangat fikir macam tu, technician la anak principal la. Yang pasti aku memang SANGAT TAK PERNAH TERFIKIR nak jumpa lelaki, muda umur macam baru graduate pulak tu, yang jadi principal sekolah tadika. Sebelum ni pun masa aku dok usha kindy lain, principalnya semua perempuan, dan kebanyakkan sudah agak berumur. Haha tak adil betul aku fikir macam tu sedangkan aku sendiri pun asalnya dari bidang yang didominasi oleh lelaki jugak hehehe.

It turned out yang Aiman ditempatkan dalam Intelligence Class dan guru kelas Aiman adalah Uncle Q, iaitu manager yang aku cerita tadi tu. Alhamdulillah, pendidik-pendidik di sini sangat penyayang dengan anak-anak kecil, jadi bila aku hantar Aiman ke sekolah, memang takde langsung kerisauan sebab aku tahu Aiman dijaga dengan baik oleh Uncle Q dan aunties yang berdedikasi.

Intelligence Class BBIM KJ 2014

Setelah melalui beberapa episod suka duka air mata gelak ketawa, dari cakap 2,3 patah dah jadi murai cakap berpatah-patah, tamat la setahun persekolahan Aiman di BBIM KJ ni. Aku sangat berpuas hati sebab semua matlamat aku hantar Aiman ke sekolah dah tercapai. Sekarang dah boleh menulis Alhamdulillah berkat dedikasi Uncle Q melatih fine motor skills Aiman, suruh Aiman buat apparatus yang kena genggam-genggam, main dengan manik-manik kecil dan sambung dengan benang macam nak buat gelang, yang bertujuan untuk melatih jari-jemari Aiman. Hmm aku pun tak pernah tahu kena latih macam tu. Tak ingat pun kena buat gitu masa aku kecik-kecik dulu.

Excited gila sampai rakam video kan. Mana taknya, lama tau tunggu. Rakan-rakan sebaya dia dah menulis dan melukis macam-macam tapi dia menulis pun tak nak. Sekarang bila dah pandai menulis nama dia, habis dicontengnya dinding-dinding rumah ni. Irfan yang start menconteng dulu, pastu Abang Aiman join sekali. Huh! Habis la mama yang kena bersihkan nanti segala dinding dan lantai yang diorang conteng tu.

Anyway, Uncle Q yang disayangi oleh anak-anak didik beliau dah takde untuk tahun depan. Dah resign. Balik kampung di Nibong Tebal. Bukak tadika montessori kat sana pulak nama Ilmi Orchard Montessori. Aku akan cerita sket pasal skolah ni dalam posting baru bersekali dengan gambar.. Stay tuned~~

Homeschooling & I: Aiman dan Cakerawala

Dah lama aku tak update pasal aktiviti homeschooling aku kat rumah, sebab aku agak sibuk dengan tugasan AMANI Birth. Jadi, anak-anakku pandai-pandai sendiri la cari apa dia nak belajar. Sekali-sekala aku bantu, tapi kebanyakan masanya suami aku yang take charge. Jadi, alhamdulillah Abang Aiman dan Irfan tetap belajar banyak benda walaupun mama dia busy dengan tugasan.

Nak cerita kat sini, kalau korang biasa follow posting aku pasal homeschooling sebelum ni, aku banyak jugak guna gadget untuk mengajar anak-anak sebagai alat bantu mengajar. Walaupun banyak orang share dalam FB pasal post2 dari pakar-pakar tertentu yang selalu dok pungpang pasal kesan negatif gajet pada anak-anak, aku takde la nak kesah sangat sebab bagi aku, aku tahu apa yang aku buat, dan aku memang awasi anak-anak bila guna gajet, dan aku awasi perkembangan dan hasil penggunaan gajet tu. Jadi, selagi korang tak bagi total freedom pada anak-anak bila guna gajet, korang tak payah la dok risau sangat. Yang penting, pengawasan.

So apa yang Abang Aiman dah achieve sepanjang Mama busy dengan AMANI Birth ni?

Rasanya macam banyak jugak nak list down ni. OK kita start satu persatu.

Hari tu mama ada belikan set belajar menulis untuk Aiman. Belajar tulis ABC, 123 dan AlifBaTa. Alhamdulillah Abang Aiman pun semangat menulis guna marker pen. Bila dah siap, sapu balik bersih-bersih dengan tisu. Tapi mencabar jugak nak suruh dia menulis tu. Sebab Abang Aiman rupanya berminat dengan marker pen tu, bukannya berminat nak menulis. Jadi, nak kena pujuk lebih sikit nak menghabiskan semua huruf. Pastu kalau mama bangun pergi kat Irfan pulak, Abang Aiman berhenti menulis dan sibuk dok main dengan kad menulis tu pulak. Haih.

Ingatkan dah cukup la belajar menulis guna marker. Suatu hari, Abang Aiman bawa balik homework matematik. Kena berlatih tulis nombor 1 dan 2. Aku tengok dia bawak balik buku, aku dah seriau. Sebab Abang Aiman tak pernah nak menulis. Bila bagi dia kertas dengan pensel, pen, krayon, pensel warna, cat air, apa saja lah, dia akan menulis dan mewarna sekejap je. Lepas setengah jam, dia guna alat-alat tu untuk buat trek kereta. Jadi, korang boleh bayangkan tak betapa susahnya nak menghabiskan satu mukasurat menulis nombor-nombor tu? Memang migrain mama dibuatnya heheh.

Pendek kata, Abang Aiman memang tak berminat sangat nak belajar membaca dan menulis. Mama hairan jugak sebab memang totally opposite dengan mama kecil-kecil dulu. Jadi, aku cuba explore apa yang dia sebenarnya suka, selain dari bermain lego dan blocks macam aku cerita dulu kat link ni. Maka aku temukan jawapannya dalam kombinasi ipad dan buku grolier. Ingat tak aku pernah cerita dulu pasal grolier kat sini? Dulu, Aiman cuma minat baca buku “Planes Have Wings” dalam set grolier tu. Tapi tiba-tiba dia dah kembangkan minat dia untuk belajar pasal planet dan angkasa pulak. Ok fine kita ikut je. Ilmu space science pun bagus juga :) Maka Aiman pun rajin la membawa buku “Stars Twinkle” ke sana kemari semata-mata untuk belajar pasal cakerawala. Korang boleh tanya dia, planet apa yang paling panas dan planet apa yang paling sejuk, kenapa planet tu panas dan kenapa planet tu sejuk, planet apa yang berwarna merah dan kenapa dia berwarna merah, planet apa yang paling cantik, dan apa yang ada dalam astroid belt? Insya Allah dia boleh cerita. Belajar dari buku ni saja tak cukup, sebab cuma ada gambar, dan tak nampak real. So, Papa Aiman buat inisiatif yang best macam biasa, carikan video pasal sains cakerawala dalam youtube. Versi budak-budak pun Aiman layan, versi National Geographic pun dia layan sampai habis! Budak-budak ni dia tak perlu faham bahasa tinggi-tinggi pun, bila dia tengok video tu, otak dia sama berputar nak proses ilmu yang dia dapat dari video-video tu. Jadi, bila kita tunjuk kat dia kedudukan planet dan bintang di langit pun, dia boleh faham, dan boleh nampak apa yang kita maksudkan. Bukan hanya mendongak kosong ke langit. Lebih menarik lagi, dia akan kumpul bola-bola dia pelbagai saiz, susun atas lantai pastu panggil, “Mama, Aiman buat planet!”. (Aiman dah lancar bertutur sekarang, menginjak usia 4 tahun minggu depan, dia dah tak pelat sangat, sikit-sikit je). Bola paling besar dia letak di tengah (Musytari). Salah satu bola tu dia masukkan celah donut dan dia letak sebelah bola yang paling besar (Zuhal la tu).  Bola paling kecil untuk Neptune dan Pluto. Kadang-kadang, dia guna play doh untuk bentukkan bola-bola pelbagai saiz mewakili kesemua 9 planet (yes, Pluto dah kembali diwartakan sebagai planet). Yang tak tahannya bila setiap kali dia mandi, dia nak bawa kesemua planet tu masuk mandi sama-sama dengan dia. Kalau bola ok la, kalau playdoh, habis hancur terkena air.

Antara buku dari set Grolier

Antara buku dari set Grolier: ketiga-tiga buku ni yang Aiman selalu bawa ke hulu ke hilir sampai lunyai

Selain dari sains cakerawala, Abang Aiman juga sedang belajar tentang sains pergunungan. Dia sedang belajar tentang jenis-jenis gunung. Tapi tak habis belajar lagi, sebab agak sukar nak bagi dia nampak pergerakan plat bumi yang membentuk gunung-gunung.

Ok sampai sini dulu. Nak pergi ambil Aiman di sekolah. Minggu depan birthday Aiman :)

Lain kali cerita pasal perkembangan Irfan pulak :)

Adios!

 

Homeschooling & I: Projek Irfan pulak

Sebelum aku memulakan cerita, aku nak khabarkan bahawa anak aku yang sulung, Aiman dah selamat mendaftar ke sekolah tadika berhampiran dengan rumah.

Mamanya bukan main bersemangat nak suruh dia belajar kat rumah, Mama siap dah beli alat bantu mengajar lagi, tengok-tengok dia sikit punya bersemangat nak sekolah! Seminggu sebelum sesi persekolahan bermula, tiap-tiap pagi bangun je dari tidur terus minta nak sekolah. Ini semua gara-gara terpengaruh mendengar adik bongsu aku akan masuk ke tingkatan satu di sekolah berasrama penuh.

Tak nak bagi sekolah kang, rasa bersalah pulak. Maka kami pun daftarkan la dia ke tadika. Alhamdulillah, kerana bersemangat nak bersekolah, dia sangat mudah bangun tidur setiap pagi, mandi dan bersiap. Sampai ke hari ni. Cuma pada minggu pertama je ada separation anxiety sikit. Maklum la sejak lahir tak pernah berpisah dengan Mama kan. Tapi Abang Aiman menunjukkan komitmen yang bagus untuk bersekolah, and we are very happy with his progress. Alhamdulillah.

Oleh kerana Abang Aiman dah selamat masuk sekolah, tinggal la Irfan je dengan Mama setiap pagi.

So apa yang Mama buat dengan Irfan setiap hari?

Ni la semua alat bantu mengajar yang aku beli untuk mengajar Aiman membaca dan menulis di rumah. Oleh kerana Aiman pergi sekolah, aku guna aje la semua ni untuk Irfan. Bila Aiman balik, Aiman pun join sekali.

Seronok jugak tengok Aiman belajar menulis guna kad imbas ni. Yang penting nak mengasah kemahiran psikomotor dia. Takde la pandai guna touch screen je kan.

kad imbas

Kad imbas ABC, 123 dan huruf jawi beserta marker pen percuma

Untuk belajar membaca Bahasa Inggeris pulak aku guna pakej “Read Easy” dan untuk Bahasa Melayu aku gunakan “Pakej Bestari Bacalah Anakku” macam dalam gambar kat bawah ni. Tips dari cousin aku yang merupakan cikgu tadika. Pakej di bawah ni menggunakan kaedah phonics. CD panduan menggunakan pakej ini juga ada disertakan. Sebelum ni jenuh aku keliling kedai buku cari. Tapi tak jumpa. So kalau korang nak cari benda-benda ni semua, beli je online kat sini.

read easy

Read Easy Bestari Package

bacalah anakku

Pakej Bestari Bacalah Anakku

Untuk mengajar Al-Qur’an pulak, ada Pakej Bestari Al-Furqan, tapi aku tak beli sebab tak perasan ada produk ni hehehe. So aku guna Iqra’ biasa je. Setakat ni Alhamdulillah, Irfan menunjukkan minat untuk belajar. Tapi ada jugak kadang-kadang dia hanya nak membaca kalau Aiman ada bersama. Bila diorang dah penat belajar, aku pun bagi diorang pensil warna dan kertas. Apa lagi, mewarna la! :)

 

 

Homeschooling & I: Reverse Engineering

Ferrari

Ferrari

Masa Aiman umur setahun lebih, dia ada satu hobi yang aku amat tak suka, iaitu mencabut bahagian-bahagian kereta mainannya. Habis semua kereta jadi rongak, kehilangan tayar, patah dan tercabut bumper. Rasa macam rugi sangat, beli mainan tapi habis dirosakkan. Lebih-lebih lagi mainan plastik. Memang sah-sah la tak sempat nak wariskan pada adik-adik.

Termasuklah juga mainan keretapi, bas, motosikal, helikopter, jet, semua lah! Tak kira lah plastik, die cast, apa saja! Asalkan dia boleh cabut, dia akan cabut.

Rasa semak sangat otak tengok tayar pelbagai saiz, bumper kereta, cermin sisi, tayar yang dah terpisah dengan rim, di atas lantai di segenap penjuru rumah. Seriously dia cabut SATU PERSATU, SETIAP BAHAGIAN yang dia boleh cabut dengan jari-jemari dia yang halus tu. Aduuu~

Aku adukan hal ni pada Mama aku.

My wise mother gave me the most brilliant idea ever!

“Kumpulkan semua parts yang tercabut tu, simpan dalam satu bekas. Bila dia dah besar, bagi balik kat dia. Nanti dia akan pasangkan semula semuanya.”

Sejujurnya, pada masa tu, aku tak yakin dengan idea tu. Tak dapat bayangkan Aiman nak sambung balik semuanya? Macam tak mungkin je. Mana Mama dapat idea tu ye, sedangkan seingat aku takde adik-adik aku takde yang macam tu?

Setelah beberapa tahun berlalu (sekarang Aiman dah 3 tahun), semalam tiba-tiba aku nampak dia bersungguh korek bakul mainan dia, sambil pegang kereta Ferrari dalam gambar ni. Aku malas nak tanya apa yang dia cari, tapi aku perasan lepas tu dia susun 4 biji tayar atas sofa, dan cuba pasangkan balik tayar tu pada kereta. Aku sangat terkejut! Ternganga kejap. Dia masih ingat pulak tu yang mana satu tayar untuk kereta Ferrari tu.

Tak sangka setelah hampir 2 tahun, dia betul-betul buat apa yang Mama aku pernah cakap dulu. Talk about wisdom.. huh! See? Mothers know best!

Mungkin dah sampai masanya aku bagi pada dia tayar-tayar trak mainan dia yang dah setahun duduk dalam handbag aku. Jasa Mamayok tolong kumpulkan kesemua tayar tu dulu.

Adios~!

 

Homeschooling & I: Mengajar Membaca

Dah lama tak tulis pasal aktiviti homeschooling kat rumah ni, dan memang dah beberapa bulan juga aku tak mengajar Aiman secara serius. Puncanya sebab buat sementara waktu, aku kehilangan idea macam mana nak approach Aiman, sebab nampak dia macam tak berapa minat je nak sambung belajar membaca setelah mengenal huruf.

Aku cuba ajar dia membaca bahasa Inggeris menggunakan konsep phonics macam yang sepupu aku rekemen. Tapi Aiman macam blur je. Bila dia blur, tak sampai 10 minit dia pun lari pergi sambung main.

Aiman masih sukakan buku. Dia masih suka ambil buku, pastu suruh Mama yang bacakan untuk dia. Tapi kenapa bila ajar membaca dia macam tak berminat je?

Mungkin aku patut tukar approach.. tapi macam mana?

Untuk bahasa Inggeris dan Arab, agak mudah untuk ajar dia sebab ada banyak apps yang boleh digunakan untuk membantu pengajaran. Untuk bahasa Melayu agak mencabar sebab agak susah nak cari alat bantu. Tambahan pula, dah beberapa bulan aku keliling kedai buku cari siri “Bacalah Anakku” yang sepupu aku rekemen tapi malangnya siri tu dah habis stok. Aku buntu buat seketika. Kalau berterusan macam ni, terpaksalah aku hantar Aiman ke tadika tahun depan. Rancangan asalnya aku nak tangguhkan kemasukan Aiman ke tadika. Aku lebih berminat untuk megajar dia sendiri di rumah.

Tiba-tiba sejak beberapa minggu yang lalu, aku terfikir, kalau kaedah phonics tak serasi dengan Aiman, maknanya aku kena guna kaedah yang sama macam Mama aku ajar aku membaca masa kecil dulu; iaitu memorizing. Masa aku kecil, Mama aku selalu ajak aku duduk sebelah dia dan ajar aku membaca guna siri “Peter and Jane”. Siri tu gunakan teknik menghafal instead of phonics.

Maka aku pun buat rancangan untuk ajar Aiman suku kata Bahasa Melayu dulu, sebab ia lebih senang. Malas nak gi cari flashcard, aku tulis sendiri je. Suruh Aiman hafal.

Proses ini akan mengambil masa. Tapi knowing Aiman, awal-awal memang enjin dia lambat sikit nak panas. Once dia dah dapat momentum, nanti tiba-tiba dia dah pandai, dah ingat semuanya. Sekarang pun, walaupun dah beberapa bulan tak diajar secara aktif macam dulu, dia masih menunjukkan yang dia belajar banyak benda. Antaranya, struktur ayat Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu yang sudah hampir sempurna. English pronounciation and diction is almost perfect. Kadang-kadang bunyi British, kadang-kadang bunyi American. Syukurlah takde pengaruh Australian English. 😛 I wouldn’t be happy about that hahaha. Yang penting, be it American or British, he never mix the two. Either the whole sentence is American English, or British. Takde separuh-separuh. Penggunaan ayat juga adalah di tempat yang betul. Dia juga dah pandai bercerita. 2 -3 ayat yang menceritakan apa yang berlaku pada dia. Aku rasa gembira dengan perkembangan itu.

Nak cerita satu artikel menarik yang aku jumpa. Mungkin korang pernah nampak dalam Facebook. Nevertheless, aku nak share kat sini. Korang boleh klik pautan ni.

http://amuslimchildisborn.blogspot.com/2009/04/suggested-quran-memorization-schedule.html

http://www.mariampoppins.com/2013/08/quraan-memorization-schedule-for.html?m=1

Aku belum sempat baca blog ni secara keseluruhan, tapi aku rasa content blog ni bagus. Tip mengajar anak menghafal Al-Quran; sejak berusia 3 tahun, 3 baris sehari. Walaupun anak belum pandai membaca, kita dah boleh mulakan dengan membaca ayat tu dengan makhraj yang jelas dan tajwid yang betul. Aku dah mulakan modul ni jugak.

Student aku sekarang ni bukan sorang, tapi dua orang. Bila ajar Aiman suku kata Bahasa Melayu, kat background dengar bunyi si adik dok ajuk. Aku sebut L-A-LA. Dengar suara halus dok ikut A-A-A. Hahaha sangat comel OK! Dia baru 11 bulan, tapi dah tunjuk semangat nak belajar ABC juga. Kalau tengok, si adik lagi bersungguh nak belajar. Tengok-tengok adik yang tak pernah kenal ABC tu lebih dulu pandai membaca. Heheh..

Nampak gayanya we will be a bit busy again. Nak lagi, aku sendiri pun tengah training untuk jadi childbirth educator dan doula. Still got 3 books to review and tests to sit, classes to conduct, labours to attend, reports to write. Nak seimbangkan dengan rumahtangga lagi. Chayok~!

Homeschooling & I: Aiman and Grolier

It has been a while since the last time I wrote about my homeschooling journey. This time, I will tell you how I teach my son with the aide of an encyclopedia. Remember I told you that I bought Aiman a set of Grolier encyclopedia in this post? Well, to begin with, you do not really need to have an encyclopedia. You can simply explain to your child in accordance to his level of understanding, and of course you should at least show a picture or video to make him understand better what you are saying. I always like to use many kinds of teaching aide when I teach my son. Just remember, repetition is always the best way to teach your child anything.

It so happened, last Wednesday, the Papa had to go outstation in Johor Bharu. Which meant I will be left alone with the kids at home until either one of my two siblings who are staying with me came back. It’s going to be a very long night when Papa is not around.

Somehow, Aiman was suddenly in his learning mood. So he took a few books from his shelf and sat next to me. First, he asked me to read him the story of ‘The Gingerbread Man’. Then, we read on Butterfly Metamorphosis. Interesting! Just explain to him in the simplest language so that he could comprehend, with the aide of the picture in the book.

Aiman & Irfan learning about the metamorphosis of a butterfly

Aiman & Irfan learning about the metamorphosis of a butterfly

I was also trying to explain about the volcanoes, but he was not very interested. So I  just let him ponder further upon what he had learnt; the butterfly metamorphosis. If your child seemed to be not very interested in a topic you are trying to teach, don’t be worried or upset. Let him learn at his own pace. PATIENCE is virtue! :) Some kids learn very quickly, some are a bit slower, some are keen learners, and some just don’t seem to want to learn yet. The keyword is; CAPTURE their interest. Teach them in a way that can capture their attention. Be creative!

I always make sure Irfan joins us everytime I am teaching Aiman something. I purposely want to expose him to knowledge starting from a very young age. I want to set up a habit among my children to love reading and seeking knowledge.

Thirsty for knowledge

Thirsty for knowledge

See the drawing below? Guess what it is…

What do you think of this?

What do you think of this?

It can be a lot of things. This was Aiman’s drawing. I have no idea what he was trying to draw, not that he could explain either. But it sure did look like a lizard to me. A weird-looking lizard.

Anak Positif

Beberapa hari yang lalu, aku terbaca lanjutan status PDRM dalam Facebook berkenaan kes kanak-kanak 3 tahun yang meninggal dunia disyaki didera ibunya tu. Kes ni aku pernah cerita dalam posting aku yang lepas. Lepas dibedah siasat, kanak-kanak ni didapati telah hilang berat secara mendadak dari 11kg ke 8 kg. Kanak-kanak seusianya sepatutnya berat 15kg. Haih aku rasa bagai diruntun jiwa ni mendengar kisah macam tu. Semoga ibubapanya diberi balasan yang setimpal. No child deserve to be treated that way. :(

Aiman masa kecil pun selalu menangis. Elok-elok bergelak ketawa dengan Papa atau Mama, tiba-tiba nak menangis. Tak tahu kenapa. Selalunya anak kecil ni menangis kalau dia rasa insecure, ada sesuatu yang dia risaukan, atau takutkan. Tapi akhir-akhir ni, terutamanya sejak masuk tahun 2013 ni, aku nampak perubahan mendadak pada diri dia. Dia dah kurang menangis, dan kalau nak menangis pun, dia tak jadi menangis. Bila bangun dari tidur pun dah kurang menangis. Kalau nak apa-apa je kadang-kadang dia terbawa-bawa perangai lama dan menangis tapi bila aku tunjuk muka kurang senang, dia tak jadi menangis. Apa pun, kebanyakan masanya memang dah tak menangis.

Dia juga nampak semakin bijak, semakin peka dan cepat menangkap apa saja yang berada disekitarnya. Mungkin juga sebab peningkatan usia, tetapi aku rasa, ia ada juga kena mengena dengan cara kami melayannya.

Sejak akhir-akhir ni, aku dan Papanya cuba untuk tidak lagi naik angin bila dia menangis, tetapi cuba untuk mengajarnya meluahkan dengan betul apa yang dia rasakan, mahukan, atau perlukan. “Jangan menangis, tapi cakap elok-elok apa yang Aiman nak”. Itulah ayat yang selalu aku ulang pada Aiman. Ia tidak dapat dilakukan dalam masa sehari, tapi Alhamdulillah, hasilnya semakin kelihatan. Lebih ketara lagi, Aiman nampak semakin ceria, kerana dia sudah mula belajar untuk meluahkan fikirannya dan perasaannya, justeru dia tidak lagi memendam rasa. Memendam rasa adalah kurang sihat, kerana ia boleh menjadi racun di kemudian hari.

Jangan ‘underestimate‘ kanak-kanak tau. Walaupun dia masih kecil, tapi dia sudah mampu berfikir, dan peka dengan apa yang berlaku disekelilingnya. Kalau kita ajar dia jadi positif, In Sya Allah dia akan membesar sebagai seorang yang positif. And vice versa. Mengajar anak untuk meluahkan dengan cara yang betul apa yang dia fikir dan rasa adalah suatu cara membentuk minda dan emosi anak. Bila dah ajar anak untuk jadi ekspresif, kita sebagai ibubapa pun kena la berfikiran terbuka untuk cuba memahami dan menerima apa yang dia cakap, dan kemudiannya memberi respon yang sesuai.

Bercakap pasal memberi respon, aku selalu ada masalah nak bagi respon pada Aiman. Dia rajin bercerita pada aku. Dalam sehari, berpuluh kali dia panggil Mama. Kemudian dia akan bercerita panjang lebar apa yang dia sedang fikir. Tapi kadang-kadang, aku tak berapa faham apa yang dia nak sampaikan. Jadi nak tak nak, aku cuma mampu tersenyum pada dia, dan mengangguk-angguk. Well, he seemed satisfied with that. Untuk pengetahuan korang, aku sedang giat melatih Aiman to string a sentence correctly, dan membetulkan syllables yang selalunya terbalik dari yang sepatutnya, terutamanya dalam Bahasa Inggeris. Contohnya, perkataan coklat tu selalu dia sebut chlocate (cloket) instead of chocolate. Seronok, dan kelakar kadang-kadang dengan keletah dia. Yang paling penting, bila dia rasa gembira dan ceria, mengajar dia menjadi sangat mudah!

Jangan lupa juga, kalau bercakap dengan anak-anak tu, lemah lembut la sikit. Kalau orang cakap kasar dengan kita, kita suka tak? Mesti tak suka kan? Apatah lagi kalau yang kasar tu adalah ibubapa kita. Oleh itu, kita kena la ajar anak kita untuk bercakap dengan lemah lembut, bersopan dan menggunakan intonasi dan tutur kata yang sedap didengar. Logik la kan.

So, by the end of the day, kalau kita layan anak kita dengan lemah lembut, penuh kasih sayang, selayaknya sebagai seorang kanak-kanak yang patut dibelai dan disayangi, In Sya Allah kita akan dapat lihat anak kita tu membesar dengan lebih cerdas dan lebih pintar. Jangan kedekut kasih sayang dengan anak ok!

 

Jom hormati orang lain!

Assalamualaikum

Hari ni popular sangat dalam facebook dan youtube berkenaan satu video yang saya tak nak sebut kat sini. Malas la nak ulas kan sebab rasanya dah ramai yang mengulas pasal ni.

Tapikan, saya sebenarnya agak terganggu melihat video tu. Bukan kerana isunya, tetapi kerana sikap (attitude) yang ditonjolkan dalam video tu. Saya cukup risau kalau satu hari nanti anak saya bersikap macam tu. Nanti orang kata, “hai anak sape la tu tak reti nak hormat orang, egois pulak tu!” Waaa saya tak nak orang cakap macam tu kat saya ataupun anak saya!

Oleh itu, jom lah kita sama-sama ajar anak kita untuk menghormati orang lain (respect others), mempunyai rasa belas kasihan terhadap orang lain (compassionate), merendah diri (humble) dan paling penting, jangan merajakan sikap ego dalam diri.

Kita tentu rasa sakit hati kan kalau jumpa dengan orang yang egois ni. Berlagak pulak. Ingat dia je yang betul, tak nak dengar cakap orang lain. Jadi, kalau kita sendiri tak suka orang macam ni, kita pun tak boleh la jadi orang yang macam ni. Dan anak-anak kita pun kita kena ajar supaya tak jadi macam ni. Anak-anak ni kita kena ajar satu persatu apa yang kita nak dia tahu. Tak boleh nak assume dia akan belajar sendiri semua. Kita ajar dia dengan cara menunjukkan contoh yang baik, dan juga ‘ceramahkan’ sikit tentang sikap-sikap yang baik dan yang tidak  baik, dan apa akibat baik dan buruk – consequences – dari setiap sikap tu.

Mama saya dulu suka belikan buku-buku kisah tauladan dan kisah-kisah Nabi untuk saya. Sebab saya suka baca buku macam dia juga. Jadi, saya banyak belajar tentang akhlak-akhlak yang baik dari buku-buku tu. Walaupun saya masih kecil pada waktu itu, sekurang-kurangnya asas akhlak yang baik tu dah melekat dalam kepala saya. Tinggal nak amalkan atau tidak je. Saya pun berhasrat nak ajar anak saya dengan cara yang sama juga.

Jom kita perhatikan perangai dan perwatakan orang, dan belajar membezakan yang baik dan yang buruk. Sikap yang baik dicontohi, sikap yang buruk ditinggalkan. Saya pun masih belajar dan belajar, agar saya dapat mengajar anak saya pula. Saya tak nak orang kata anak saya buruk perangai..malu la saya kan.

Jom sama-sama belajar akhlak dari Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam. Lain peringkat umur, lain cara layanannya. Yang tua dihormati, yang muda disayangi. Siapa lagi yang lebih baik selain dari Baginda sendiri untuk menjadi inspirasi kita kan.

Lets earn respect by respecting others~!