Jangan Melatah Depan Anak Ye~

Hujan pulak di hari ahad yang berbahagia ni. Dapat ke Papa dan Atuk Aiman meracun kat kebun kelapa sawit Atuk? Kitorang sekarang kat Batu Pahat. First roadtrip dengan kereta baru.

Papa paling popular di RnR Ayer Keroh.. Irfan tak puas hati Abang Aiman sibuk kacau daun..

Papa paling popular di RnR Ayer Keroh.. Irfan tak puas hati Abang Aiman sibuk kacau daun..

Next weekend second roadtrip menghala ke Kota Bharu pulak sempena parents aku nak berpindah rumah.

Nak cerita ni, sejak aku bersalinkan Aiman, tak tahu la kenapa jadi lekat tabiat melatah pulak. Tapi takde la kronik. Just “Oh, mak kau!” je. Hehehe. Tapi ia tetap melatah kan. Susah-susah aku ajar diri aku ni untuk tidak melatah sejak kecil dulu, bila jadi mak orang tiba-tiba pulak terlekat tabiat tu.

So ceritanya, pagi tadi waktu aku dok basuh pinggan kat sinki, aku terlepas botol susu irfan yang penuh dengan air. (Nasib baik terlepas dalam sinki kalau tak, tak pasal-pasal nak kena mengelap pulak). Secara automatiknya aku pun terlatah. “Oh, mak kau!” Tidak langsung kusedari bahawa Adam Aiman bin Yasser Helmy ada kat belakang aku masa tu. Tiba-tiba aku dengar ada suara budak kecil mengajuk, “Oh, mak kau!”

Aku pun pusing. Ah sudah! Bila la pulak dia ada kat belakang aku ni. Siap mengajuk pulak dah.

Oh, mak kau!

Oh, mak kau!

Mulai saat itu, aku bertekad untuk tidak melatah lagi.

Irfan yang steady as always~

Irfan yang steady as always~

Sekian, hehehe..

Welcoming the Latest 747!

So happy to welcome the new member of the family!

The best part of all, is the plate number..huhuhu..welcome to the family of 747s~!

Ok cerita yang menarik di sebalik kejayaan membawa pulang ahli keluarga baru ni ke rumah dalam masa hanya tepat-tepat 3 minggu adalah kecekapan jurujual yang terbabit.

Kami bertuah sebab dapat bekerjasama dengan jurujual yang jujur (tak ambil duit sebelum kereta yang dikehendaki dipastikan ada dalam stok) dan efisien. I would really recommend him. Jumaat pertama pergi showroom, Jumaat ketiga dah dapat kereta. Perjanjian dengan bank ditandatangani dan deposit dibayar hanya selepas nombor chassis dah disahkan. Pastu masa nak ambil kereta, dia cek kereta bersama kita satu persatu, pastikan barang semua cukup, dia beri penerangan yang jelas, tangki minyak penuh. Smart tag je takde sebab dah habis stok, tapi digantikan dengan duit. Bagus kan kerja macam tu. Sape-sape nak beli kereta Proton lepas ni boleh la cari dia ye. Encik Mazry dari EraSensa Sdn Bhd Kota Damansara. Boleh masuk website beliau. Kami sekeluarga mendoakan rezeki beliau murah mencurah-curah.

Ini adalah suatu pengalaman membeli kereta yang manis bagi kami setelah melalui pengalaman ‘ngeri’ semasa membeli kereta pertama dulu.

Kereta pertama kami adalah kereta Proton juga. Kami berurusan dengan seorang jurujual wanita berusia lewat 20an atau awal 30an dari pengedar Proton berdekatan Jaya Jusco Taman Maluri, Cheras. Dah la ambil deposit awal, tapi kerjanya sangat lah lambat (waktu tu tengah sangat perlukan kereta, nak balik raya pun sampai terpaksa pinjam kereta orang, nak ulang-alik ofis pun terpaksa pinjam kereta ofis yang entah berapa kali tak boleh start depan kedai runcit dan selalu breakdown kat highway). Bila orang komplen, mula la nak emosi, ‘akak ni single parent la, nak raya la, kesian la sket kat hakak dan anak-anak hakak ni’. Well, rasanya kalau dia bagus dan jujur, isu macam tu tak timbul kot. Tang ambil duit orang cepat je tapi buat kerja lambat. Ingat dia je ke orang susah, kami pun susah jugak! Kesudahannya kami terpaksa berpuas hati dengan Saga SE manual. Padahal order yang automatik. Pastu, masa nak ambil kereta, semua janji yang ditabur hanya tinggal janji. Tangki minyak yang dijanjikan penuh, kosong. Dia cuma hulur RM30 untuk harga minyak. Smart tag takde. Dan macam-macam lagi la. Lebih menyedihkan, lepas dah bayar deposit kat kakak lembab tu, baru kami dapat tahu yang saya ada saudara yang menjual kereta Proton juga, dan dia ada banyak stok Saga SE automatik! Sadis~!

Kesian, dah kena turun pangkat. Dok atas padang je, berhujan pulak tu. Nak wat cane bawah porch dah penuh.

Ada sape-sape berminat nak beli Saga SE ni?

Abang Mithali

I am a very lucky mother.

Mama rasa beruntung sangat sebab walaupun Abang Aiman baru nak masuk 3 tahun bulan Mei ni, tapi Mama boleh harapkan Aiman untuk tolong tengok-tengokkan Adik Irfan. Bukan sekali-sekala tapi setiap hari. Terutamanya bila Mama tengah busy.

I think the pictures will speak for themselves.

Cuba teka tengah buat apa..

Siap pegang tangan adik lagi..

Tengah tengok kartun kegemaran Irfan @Babytv!

Kerana ada Abang Aiman yang penyayang ni, dapat la Mama dan Papa masing-masing melayan pc.. huhu seronok~

Mama berdoa semoga anak-anak Mama good macam ni sampai besar :) Sejuk hati Mama dan Papa. Tak terasa penat lelah mengandung, sakit bersalin dan perit berpantang. :) Alhamdulillah~

Cerita Abang Aiman

Ok, this is a good story, nak cite, baru je berlaku kejap tadi. Huhuhu nak tergelak pun ada.

Alkisahnya, Abang Aiman tiba-tiba jadi sangat penyayang pulak petang ni. Tahu tak apa dia buat? Dia main dengan anak patung Minnie Mouse yang asalnya adalah kepunyaan Kholah (makcik Aiman). Dia dukung ke sana kemari, pastu tiba-tiba datang kat Mama tanya pasal baju Minnie Mouse. Aku takde la faham sangat apa dia cakap tapi yang pasti topiknya adalah baju la. Pastu tiba aku dengar dia dok bercakap-cakap dengan Minnie tu, pastu nampak dia macam bagi susu, pastu tiba-tiba dengar dia dodoikan Minnie, “Lailahaillallah.. lailahaillallah..”. Macam kita dok ulit baby kita tu.

Dah setel dia dodoi tu, dia letak Minnie perlahan-lahan atas katil dan pandang Mama sambil letak jari kat mulut, “Shhhh!” Erk! Suruh Mama dok diam la tu. Macam Mama suruh dia cakap perlahan-lahan bila Irfan tidur. Hahaha! Nak tergelak OK! Haih Aiman..Aiman.. tiru gaya Mama tidurkan Adik Irfan ye..hehehe~

Lepas tidurkan Minnie

Jom hormati orang lain!

Assalamualaikum

Hari ni popular sangat dalam facebook dan youtube berkenaan satu video yang saya tak nak sebut kat sini. Malas la nak ulas kan sebab rasanya dah ramai yang mengulas pasal ni.

Tapikan, saya sebenarnya agak terganggu melihat video tu. Bukan kerana isunya, tetapi kerana sikap (attitude) yang ditonjolkan dalam video tu. Saya cukup risau kalau satu hari nanti anak saya bersikap macam tu. Nanti orang kata, “hai anak sape la tu tak reti nak hormat orang, egois pulak tu!” Waaa saya tak nak orang cakap macam tu kat saya ataupun anak saya!

Oleh itu, jom lah kita sama-sama ajar anak kita untuk menghormati orang lain (respect others), mempunyai rasa belas kasihan terhadap orang lain (compassionate), merendah diri (humble) dan paling penting, jangan merajakan sikap ego dalam diri.

Kita tentu rasa sakit hati kan kalau jumpa dengan orang yang egois ni. Berlagak pulak. Ingat dia je yang betul, tak nak dengar cakap orang lain. Jadi, kalau kita sendiri tak suka orang macam ni, kita pun tak boleh la jadi orang yang macam ni. Dan anak-anak kita pun kita kena ajar supaya tak jadi macam ni. Anak-anak ni kita kena ajar satu persatu apa yang kita nak dia tahu. Tak boleh nak assume dia akan belajar sendiri semua. Kita ajar dia dengan cara menunjukkan contoh yang baik, dan juga ‘ceramahkan’ sikit tentang sikap-sikap yang baik dan yang tidak  baik, dan apa akibat baik dan buruk – consequences – dari setiap sikap tu.

Mama saya dulu suka belikan buku-buku kisah tauladan dan kisah-kisah Nabi untuk saya. Sebab saya suka baca buku macam dia juga. Jadi, saya banyak belajar tentang akhlak-akhlak yang baik dari buku-buku tu. Walaupun saya masih kecil pada waktu itu, sekurang-kurangnya asas akhlak yang baik tu dah melekat dalam kepala saya. Tinggal nak amalkan atau tidak je. Saya pun berhasrat nak ajar anak saya dengan cara yang sama juga.

Jom kita perhatikan perangai dan perwatakan orang, dan belajar membezakan yang baik dan yang buruk. Sikap yang baik dicontohi, sikap yang buruk ditinggalkan. Saya pun masih belajar dan belajar, agar saya dapat mengajar anak saya pula. Saya tak nak orang kata anak saya buruk perangai..malu la saya kan.

Jom sama-sama belajar akhlak dari Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam. Lain peringkat umur, lain cara layanannya. Yang tua dihormati, yang muda disayangi. Siapa lagi yang lebih baik selain dari Baginda sendiri untuk menjadi inspirasi kita kan.

Lets earn respect by respecting others~!

CPD, OP dan Kelahiran Cesarean.. Perlukah?

Here comes my story, pengalaman bersalin cesarean (again! huh!). Bukanlah suatu pengalaman yang manis. Posting ni bukanlah bertujuan untuk menakut-nakutkan mana-mana bakal ibu yang membaca posting ini, tapi lebih kepada mengajak kita untuk sama-sama berfikir; adakah kita benar-benar memerlukan pembedahan itu?

Proses kelahiran diciptakan Allah cukup sempurna. Benih bapa bercantum dengan benih ibu di dalam rahim ibu, kemudian janin yang terbentuk menempel ke dinding rahim, hidup dengan apa saja zat yang ibunya boleh bekalkan dan membesar di situ sehinggalah cukup tempoh 9 bulan 10 hari. Sebesar mana pun bayi itu membesar, kita tak pernah pulak dengar ibu yang perutnya meletup sebab bayi besar sangat, kerana kulit perut ibu itu sudah dicipta fleksibel dan mampu menampung sebesar dan seramai mana bayi dalam kandungannya. Begitulah jua proses kelahiran. Siti Maryam alaihassalam mampu melahirkan anaknya seorang diri tanpa dibantu sesiapa, semata-mata bergantung harap kepada Allah.

Percaya tak, andainya kita (ibu-ibu yang pernah csar) ditinggalkan seorang diri di dalam hutan, kita sebenarnya mampu melahirkan anak itu secara normal?

Pernah tak fikir, kalau lah csar tu mudah dan tak menyakitkan, kenapa perasaan selepas pembedahan itu adalah sangat traumatik?

Saya tak tahu apa yang ibu-ibu lain fikirkan, tapi yang saya tahu, saya tak pernah berasa tenteram selepas melaluinya sewaktu melahirkan Aiman. Perasaan itu masih kekal dalam diri saya selepas kelahiran Irfan. Trauma, sedih, risau, semuanya ada. Trauma kerana walaupun pembedahan itu tidak menyakitkan (kesan bius), proses pemulihan selepas pembedahan adalah sangat panjang dan menyakitkan. Sedih kerana setiap kali saya beritahu orang yang menziarah bahawa anak saya lahir secara pembedahan, mereka akan menunjukkan wajah terkejut, atau wajah simpati pada saya. Seolah mengatakan ‘kasihannya awak kerana tak dapat bersalin normal macam kami’. Sedih juga kerana ada juga orang yang sampai hati menyebut bahawa saya tidak pernah merasai kesakitan sebenar bersalin. Ya, memang saya tidak pernah merasai kesakitan sebenar proses bersalin kerana doktor saya yang kelihatan bijak tetapi sebenarnya seorang robot itu telah membedah saya sebelum saya sempat merasai sebarang kontraksi pun. Tetapi orang itu juga tidak pernah merasai sakitnya melalui suatu pembedahan besar! Saya juga sering risau, kerana cakap-cakap orang yang mengatakan orang yang dah dua kali csar akan dihadkan untuk mempunyai 4 atau 5 anak sahaja untuk mengelakkan komplikasi rahim terkoyak (uterine rupture), dan orang yang dah 2 kali csar juga tidak dibenarkan bersalin normal untuk mengelakkan komplikasi yang sama. Saya juga selalu berasa seolah-olah hilang keyakinan, seolah-olah saya cacat, sebab tak mampu melahirkan anak secara normal. Sejujurnya, saya tertekan.

Kemudian pada suatu hari, saya terjumpa satu group dalam Facebook yang bernama ICAN Malaysia/VBAC Support yang support and promote natural birth. Barulah saya tahu, situasi yang saya hadapi adalah sebenarnya suatu mitos ciptaan dunia perubatan. Dunia perubatan ini dipenuhi oleh manusia-manusia yang kelihatan bijak, tapi tamak untuk meraih keuntungan. Kalau tidak, takkan la Aiman tercekik tulang ikan kembung (je pun!) kena masuk operation theatre. Lepas keluar OT, doktor kata tak jumpa. Bodoh! Memang la tak jumpa sebab tulang ikan boleh masuk sendiri dalam perut. Kalau tulang ikan terubuk tu logik la jugak. Masa discaj, bil hospital RM5k. Nasib baik insurans nak cover. Huh! Aiman la ni, nangis-nangis sampai Papa Mama gelabah!

Kesian Aiman tak pasal-pasal masuk wad..sikit punya miserable~ :(

So dalam kes saya ni, meh saya ceritakan apa yang menyebabkan saya kena csar. Doktor kata bayi saya besar. Masa scan dekat-dekat nak bersalin tu, mesin scan tu cakap bayi saya 3.5kg. Besar ke tu? Tengok la family besar mana. Papanya, atuknya pun tinggi dan tegap. Saya sendiri pun lahir 3.4kg. Pastu masa dah masuk labor room, doktor buat vaginal examination (VE), ala yang seluk dalam kain tu la. Doktor cakap anak saya ni OP. Dalam labor room, tengah nervous, ada masa ke nak google OP tu apa? Pastu doktor cakap awak ni CPD, baby besar sangat, pelvis awak kecil, sebab tu tak boleh normal, kena csar ni. Saya tanya kalau normal macam mana? Doktor kata nanti sangkut bahu lagi susah. Wahahaha bila diingat balik saya geram rasa nak penyek-penyek doktor tu. Bulat-bulat dia kelentong saya macam saya ni orang kampung tak sekolah. Mentang-mentang la saya tak belajar medic!

Dua bulan selepas saya bersalin, ada seorang ahli dalam group yang saya join tu berjaya bersalin secara normal walaupun dia menghadapi masalah yang serupa dengan saya. She was in labor for 5 days! Saya cuma sempat 3 hari je sakit nak bersalin. Dia sakit 5 hari. Beza antara kami adalah doktor beliau sangat supportive dan sanggup menunggu proses kelahiran itu berlaku secara semulajadi. She was very happy! Setelah membaca ceritanya, saya bertambah pasti yang saya juga sebenarnya mampu bersalin secara normal. Saya cuma perlukan doktor/bidan/doula* lain yang lebih supportive.

Kerana kekecewaan itu, saya mula lebih rajin melayari internet dan mencari maklumat tentang masalah yang saya hadapi. Website ni menerangkan dengan panjang lebar segalanya yang saya nak tahu.

Sekarang, saya sedang mencari lebih pengetahuan tentang masalah saya ni. Lepas ni kalau memang kena csar lagi pun, sekurang-kurangnya I am better informed. Saya juga sedang merancang untuk menghadiri kursus hypnobirthing dengan harapan agar saya mampu bersalin normal selepas ini. Doakan saya~

Pautan lain:

Pelvises I Have Known and Loved by Gloria Lemay

*A doula (pronounced “doó la”, also known as a labour coach …) is a nonmedical person who assists a woman before, during, or after childbirth, as well as her partner and/or family by providing information, physical assistance, and emotional support. The provision of continuous support during labour by doulas (as well as nurses, family, or friends) is associated with improved maternal and fetal health and a variety of other benefits. (wikipedia)

Mencari teman sehidup semati

January 4th, 2013

It’s my parents-in-law’s anniversary today! Err x sure la pulak tahun ke berapa ye? Yang pasti dah lebih 49 tahun. And this is the second year Abah berseorangan. Tiada lagi isteri tersayang untuk bersama-sama menyambut ulangtahun perkahwinan. Arwah Mak dah hampir dua tahun pergi menghadap Ilahi, meninggalkan kami semua. Alamak berair mata pulak, sayu rasanya. Mak ‘pergi’ sebagai seorang isteri yang solehah, yang sampai ke hari ini pun masih dirindui oleh suaminya. Para isteri sekalian, contohilah sikap-sikap dan sifat-sifat terpuji dan jadilah kita isteri yang macam ni. Yang bila kita dah tiada nanti, suami akan ingat dan rindu pada kita. In Sya Allah mudahlah jalan kita ke syurga. Pasangan macam ni baru la layak digelar teman sejiwa. Orang putih kata ‘true love‘.

Mak & Abah

Kita semua tentu ada impian nak mencari cinta sejati kan. Pasangan hidup yang boleh dijadikan tempat menumpahkan kasih sayang dan cinta, tempat mencurah isi hati, tempat berkongsi suka duka. Paling ultimate, adalah apabila pasangan itu mampu meneka apa yang kita fikirkan. Tak payah cakap dia dah tahu(tu telepati namanya). Tapi ada ke orang macam tu atas dunia ni?

In my humble opinion, cinta sejati ni hanya wujud pada pasangan yang dah melalui susah senang bersama, dan berjaya mengharunginya dengan tabah.  Contoh paling rapat, mertua aku sendiri. Sehingga ke hujung nyawa. Untuk pengetahuan, Mak di hujung hayatnya menderita Parkinson. Adakalanya bila beliau tak sihat, jawabnya memang perlukan pertolongan orang lain untuk  urusan harian; ke tandas, mandi, wudhu’. Nak pakai telekung untuk solat pun kena orang bantu. Dan Abah pula tabah membantu Mak walaupun Abah pun dah makin tak larat. Abah selalu sebut pada aku, walaupun Mak sakit-sakit, kehadiran Mak tetap menceriakan Abah, sebab Mak tetap ada menemani Abah dan menjadi teman Abah berbual. Jujurnya, bukan Abah je yang rindukan Mak sebagai teman berbual. Aku pun sama jugak sebab sekarang bila balik kampung, aku masih merasakan macam ada satu kekosongan di rumah Abah, kekosongan yang ditinggalkan oleh Mak. Sayu lagi.

Paling aku suka tengok, setiap pagi, Mak dan Abah akan duduk di meja. Simply spending time together, berborak pasal isu semasa, pasal anak cucu etc. Kalau Mama dan Papa aku pulak, selalunya aku dengar diorang berborak malam-malam sebelum tidur. Heheheh. Nampak simple, tapi kita yang melihat ni pun boleh rasa aura betapa rapatnya mereka dan betapa kasihnya mereka terhadap satu sama lain. Bila yang sorang bercakap, belum habis ayat pun yang sorang lagi senyum dan respon pada cerita itu. Bila yang sorang nakkan sesuatu, belum sebut lagi pun yang sorang lagi tu dah sediakan. Sebab dah tahu.

Oleh itu, aku rasa, cinta sejati hanya boleh dilihat pada orang yang dah lama berkahwin, dah lama hidup bersama (bukan pada orang yang baru kahwin dan baru balik bulan madu..itu adalah cinta yang belum diuji). Kalau setakat baru 3,4 tahun kahwin macam aku ni, aku rasa malu lagi nak mengaku dah mencapai tahap cinta sejati. Sebab masih banyak yang perlu dipelajari dan dibaiki, dan macam-macam ujian boleh timbul di kemudian hari.

Untuk teman-teman yang masih belum bertemu teman hidup, fokuskan pada mencari insan yang berbudi pekerti, yang taat pada Tuhan dan ibubapa, dan kaya dengan kasih-sayang. Jangan terlalu memikirkan cinta, sebab cinta itu dengan mudah boleh wujud apabila perkahwinan itu didasari niat dan matlamat yang betul; iaitu mahukan sebuah perkahwinan yang bahagia dan membahagiakan. Kalau cinta bagai nak rak pun, kalau pasangan tu orang yang entah apa-apa, cinta boleh hilang juga.

grampa gramma

Sekian..my two cents~

Rindu itu Datang Lagi: Bahagian 3

Alkisahnya semalam, ada sesuatu berlaku pada aku. Sengaja la tu nak mengusik kalbu dan jiwa raga aku ni. Mula-mula kononnya nak berlagak macho, kononnya not affected, tapi for a minute lepas tu, rasa tak best pula. Ingat nak tunggu Abang balik ofis untuk melepaskan isi hati, tapi bila Abang dah balik, mulut seakan terkunci pulak. Kata-kata yang nak diluah tu tersangkut di kerongkong.

Bukan la isu apa pun. Rasanya lebih kepada perasaan aku sendiri yang terusik. Harapan tu seakan masih wujud, cuma lebih terkawal dengan kehadiran Irfan.

Ceritanya semalam, of all people atas muka bumi ni, my father met my boss in MAS masa buat praktikal dulu, Encik Jalil. A nice man, in his early fifties. Haven’t i told you before in my previous post that he had offered to train me specifically to join his section after i graduate? Well, that was 5 years ago. Semalam, he told my father that if I am still interested, apply again because now they have a new manager. Hmm tak sangka pulak after all these years dia masih ingat kat aku ni.

Masa mula-mula bercerita hal ni pada Mama, Mama terus respon, “Ha mintak la! Gi kerja, baru la ada income!” Haih she always want me to work. Aku respon, “Habis tu nak tinggal budak dua orang ni kat mana?” Mama  jawab, “Cari la nursery ke, babysitter ke” Huhu terus aku jawab kat Mama “There is no way I’m leaving them at a nursery. Kalau Mama duduk sini, baru Liyana kerja, Liyana carikan maid.”

Suprisingly, after saying this, aku rasa puas! Puas hati sebab it has become a final decision. Yes, I will happily go to work IF AND ONLY IF Mama is here to look after my kids, because i do not trust anyone else non-related to us like a bibik or any babysitter to do it. It’s my kids I’m talking about! Takut dowh dengar macam-macam cerita pasal budak-budak yang dihantar di bawah jagaan orang ni. Few days ago baru terbaca dalam majalah pasal one boy yang lahir normal tapi umur dua bulan tiba-tiba kena cerebral palsy. Rupanya berpunca dari terjatuh masa kat rumah pengasuh. Pengasuh tu tak cakap apa pulak tu! Umur dua bulan! Bayangkan la macam mana pengasuh tu handle baby umur dua bulan sampai kepala boleh terhentak. Akibatnya ditanggung seumur hidup baby tu tau! Kesian dia :( Aku memang tak sanggup ambil risiko macam tu. Biarlah aku tak kaya pun. At least aku tak ada bebanan hutang yang perlu difikirkan. Yang penting anak-anak aku terjaga dengan baik.

Emm dalam kepala ni masih bermain-main bayangan macam dulu la. Bestnya dapat kerja kat hangar, timbang kapal terbang, buat test flight, kira aircraft load, uruskan kargo untuk cargo flights, jaga runway data. Dulu Encik Jalil pernah suruh aku baca satu buku ni, lebih kurang cerita pasal cara-cara nak handle haiwan dalm cargo flight contohnya zirafah, kuda, kambing dan lain-lain. Aku belek-belek buku tu, terbaca satu page describing about handling baby giraffe. Teringat signboard iklan tepi jalan nak ke KLIA tu kan dulu ada satu iklan MAS Cargo 6-star animal hotel, yang ada gamba leher zirafah panjang gile tu sampai terkeluar kapal terbang. Aku terfikir dan dengan dahi berkerut, aku terus tanya Encik Jalil, “kalau mak zirafah boleh ke bawak dalam flight?” Beliau senyum dan cakap’ “Baca buku tu.” Aiseh, kena baca jugak. Hahaha. Pastu teringat jugak one engineer kat situ pernah cerita, pada suatu hari ada orang nak send a box of anak-anak ayam ke satu negara ni. Skali sampai negara tu anak ayam ni mati semuanya. Marah dia. Terpaksala bayar ganti rugi. Bukan senang tau nak transport haiwan atas flight. Certain types of animals boleh naik macam biasa, but some has to be given ubat pelali bagi tidur. My own father pun pernah bawak cargo flight yang penuh dengan kambing from Australia to Malaysia. Sampai KLIA tu memang habis bau kambing lekat kat baju. Best betul kambing pun dapat naik kapal terbang. Free pulak tu. Then pernah tanya kat Encik Jalil dia graduate dari mana? Masa tu my favourite question to every senior engineers was from where they graduated. Maklumla aerospace program kan masih baru kat Malaysia ni. Dia jawab “Buffalo”. Aku hairan la pulak ape cerita pasal kerbau pulak ni? Dia nampak muka aku yang hairan tu dia pun sambung, “University of Buffalo, New York.” Hahaha ok aku lupa Buffalo tu nama tempat kat New York. Yes I’ve heard of that place ok. Hahaha.

Credit to maskargo Zirafah nak naik kapal terbang..picture credit to maskargo

Hmm orang lain at this age consider nak berhenti kerja duduk rumah, aku terbalik pulak.

Cik Aini dah offer anak-anak aku diletakkan kat taska dia. Bagus juga cadangan tu. Cik Aini is a close friend of mine and I trust her. Masalahnya, bila Cik Aini nak buka taska ni?

Sekian..titik

Bukankah ikhlas dan budi bahasa itu bersaudara?

Seringkali kita berhadapan dengan situasi di mana seorang hamba Allah; mungkin rakan atau saudara atau orang yang tidak dikenali, meminta pertolongan kita tentang sesuatu. Sebagai makhluk Tuhan yang ‘berhemah’, mungkin kita akan hulurkan bantuan yang dipinta. Ikhlas atau tidak, itu soal kedua. Apabila kita melakukan sesuatu kebaikan, kita tetap mendapat pahala, tidak kira sama ada kita ikhlas atau tidak. Sebab itulah keikhlasan jatuh ke nombor dua. Namun, setelah dia itu kita bantu, dia terus berlalu tanpa terfikir untuk sekurang-kurangnya mengucapkan “terima kasih”. Apatah lagi memberi sagu hati, atau belanja minum. Memang la kita tidak memintanya dan mungkin tidak mengharapkan apa-apa balasan. Tetapi tentu jiwa kita ini tetap terusik dengan perlakuan sebegitu kan? Lebih teruk lagi, setelah dibantu, ucapan-ucapan pedas yang menjadi halwa telinga. Ini memang sudah keterlaluan!

Sama ada kita sedar atau tidak, situasi ini banyak berlaku dalam masyarakat. Baik yang kaya, yang sederhana, yang berpendidikan tinggi mahupun yang tidak bersekolah. Golongan sebegini memang menyakitkan hati!

Pernah dengar pantun ini, “Orang memberi kita merasa, Orang berbudi kita berbahasa”? Mesti ada sebab kenapa orang-orang tua zaman dahulu buat pantun ini kan?

Nak minta pertolongan dari orang, ada caranya. Kalau kita pandai mengambil hati, orang yang asalnya menolong dengan rasa tak ikhlas pun boleh jadi ikhlas. Tapi kalau kita tak pandai berbahasa, pertolongan yang asalnya ikhlas pun boleh jadi tak ikhlas. Apalah salahnya kalau kita minta pertolongan seseorang tu dengan berbudi bahasa dan bersopan, setelah selesai semuanya, sekurang-kurangnya kita ucapkan terima kasih dan berikan senyuman.

Cuba bayangkan situasi-situasi berikut:

Situasi 1:

Anda dengan sepenuh keikhlasan menumpangkan kawan anda yang nak pergi membeli-belah. Kebetulan anda pun mahu membeli-belah dan tiada teman. Setelah selesai urusan membeli-belah, usahkan nak berkongsi duit minyak, duit parking yang mahal (sebab tunggu dia shopping berjam-jam) pun kawan anda tu tak hulur. Apa anda rasa (walaupun anda sebenarnya tidak mengharapkan apa-apa balasan)?

Situasi 2:

Kawan anda ada urusan di suatu tempat berhampiran rumah anda tetapi dia tidak biasa dengan tempat itu. Anda dengan sepenuh keikhlasan menumpangkan kawan anda itu. Setelah selesai urusan, kawan anda mengajak anda makan dan membelanja anda makan. Walhal anda tidak mengharapkan apa-apa balasan (sepenuh keikhlasan kan). Apa anda rasa?

Situasi 3:

Rakan sekerja anda meminta anda membelikan sesuatu untuknya, dia menghulurkan wang lebih dari harga sebenar barang itu lalu mengatakan yang dia mahukan resit harga barangan yang dia kirim dan berpesan siap-siap supaya anda memulangkan baki wangnya (“jangan keep the change pulak”‘ katanya). Apa anda rasa?

Jawapan-jawapan anda menunjukkan perbezaan reaksi terhadap orang yang berbudi bahasa dengan yang kurang berbudi bahasa. Apabila orang meminta pertolongan daripada kita dengan bahasa yang sopan, kemudiannya menunjukkan penghargaan dan rasa terima kasih atas usaha kita membantunya, sudah tentu kita merasa gembira, dan tidak kisah jika orang itu mahu meminta tolong lagi di masa hadapan. Tetapi jika sebaliknya, usahkan kita merasa gembira, rasa menyesal pula membantu orang yang tidak pandai berbahasa ini. Silap haribulan rasa serik pula. Dapat dilihat dengan jelas bagaimana budi bahasa seseorang berupaya mempengaruhi keikhlasan dalam hati pihak yang memberi pertolongan.

Dalam masa yang sama, kita juga perlu ingat, jika kita tidak suka orang melakukan perkara sedemikian pada kita, kita mesti terlebih dahulu tidak melakukannya kepada orang lain. Jika kita suka orang berbuat baik kepada kita, kitalah yang terlebih dahulu mesti memulakannya. What you give, is what you get back.

Suatu kata hikmat yang ingin saya kongsikan di sini, saya kurang pasti siapa yang mengucapkannya. Namun kata-kata itu memberi makna yang sungguh mendalam.

Ingat 2 lupakan 2;

Ingat kebaikan orang pada kita, lupakan kebaikan kita pada orang.

Ingat kejahatan kita pada orang, lupakan kejahatan orang pada kita.

Sekian, wassalam.

New Boys in da House!!

Assalamualaikum..

Ni nak umum to my dear readers yang adinda saya Izyan Ayuni dah pun selamat melahirkan baby boy yang sehat dan kuat seberat 3.01kg tengah hari semalam, 8 November 2012. Huhuhu maka bertambah la populasi lelaki dalam rumah ni. Alhamdulilah nama diberi Ammar Soleh bin Muhammad Safuan. Muka pun sebijik ayahnya. Since lahirnya secara normal, maka tengah hari tadi selamat lah Ayu, Safuan dan baby Soleh pulang ke rumah.

Ammar Soleh Day 1

Huhu semangat nak introduce anak sedara baru, anak sendiri pun belum introduce properly lagi. Maklumla baru habis ‘maternity leave’ kan. Heheheh. Perkenalkan, Adel Irfan bin Yasser Helmy. Lahir pada 10 September 2012 hari Isnin jam 1108. Ingatkan boleh la lahir normal tengok-tengok kena caeser jugak sebab kedudukan baby. Nanti akan cerita lanjut. I will write a proper birth story later okes.

Adel Irfan

Bila cerita pasal Soleh dengan Irfan, memang tak sempurna kalau tak cerita pasal seorang lagi anak saudara saya yang pertama. Dia yang lahir paling awal pada tahun 2012 ni iaitu Ahmad Al-Hakeem bin Izzat Syazwan. Lahir pada 16 Ogos 2012 di Kota Bharu. Huhu Mama miss u hakeem!! I really love this picture of you. Your smile..oh hakeem!

Ahmad Al-Hakeem

So this year memang meriah la keluarga kami dengan kelahiran 3 little boys! The Three Musketeers! Sape yang paling happy? Kitorang la of course! Alhamdulillah~ Semoga anak-anak kami termasuk Abang Aiman menjadi anak-anak yang soleh dan dimurahkan rezeki serta diberkati hayatnya. Amin~

Adam Aiman