Hamba-hamba Berhati Mulia

Hari ni nak cerita pasal hamba-hamba Allah yang berhati mulia. Bukan kisah orang zaman nabi ke, zaman dulu ke, tapi orang zaman sekarang. Kejadian yang aku nak cerita ni berlaku baru je, iaitu awal bulan lepas. Semoga ramai insan yang mendapat manfaat dari cerita ini. :)

Alkisahnya, aritu kan aku ada cerita kat sini dan sini pasal aku balik Kota Bharu untuk mengundi tu manakala suami aku pulak terbang ke US menghadiri conference. Arini, aku nak cerita pasal musafir aku bersendirian bersama 2 anak kecil aku ni dari KLIA ke Kota Bharu dan Kota Bharu ke Subang.

Sebelum ni, aku dah biasa travel berdua dengan Aiman. Untuk pengetahuan korang, Aiman ni ada sikit anxiety bila di tempat yang ramai orang. Dia tengok orang ramai-ramai je dia akan rasa nervous dan minta didukung. Kalau orang tak ramai dia ok. Biasanya ketara bila di shopping complex, dan lapangan terbang. Oleh itu, bila travel berdua dengan dia, aku lebih senang dukung dia je. Tak perlu nak tunggu dia jalan. Tapi kali ni, dah ada Irfan. Mana nak dukung Irfan lagi, Aiman lagi. Kalau Papa dia boleh la nak dukung dua-dua sekali. Mama? Maaf la.

Anyway, untuk ke Kota Bharu, suami aku tempahkan tiket MAS untuk aku, Aiman dan Irfan. Aku agak risau sebenarnya nak travel bertiga ni. Memang sejak dulu, kalau aku kena menyendiri dengan anak-anak, mesti aku akan rasa macam tempang, macam patah tangan. Padahal sebelum kahwin dulu aku adalah sangat independent, dan memang dilatih oleh Papa aku untuk jadi independent. Tapi tak tahu la kenapa lepas kahwin, aku lebih selesa membiarkan suami aku yang handle semuanya, dan aku mengikut je. Which is why, kalau tiba-tiba aku kena handle something sendirian, aku rasa agak kalut. Termasuk la bila nak bermusafir sendirian bersama anak-anak.

Permulaan musafir di KLIA adalah agak mudah. Walaupun entrance departure hall ke boarding gate agak jauh, dapat pulak boarding gate nun jauh di hujung terminal pulak, nak bawak si kecik Aiman yang terkedek-kedek berjalan ni lagi, sekurang-kurangnya di KLIA ada walkalator, dan tempat tu sesuai untuk bawa stroller. So, dari pintu masuk sampai ke boarding gate tu, kami tiga beranak berjalan slow and steady atas walkalator dan Irfan duduk dalam stroller. Aku cuma kena pastikan mood Aiman OK je supaya dia tak menggelabah.

Sampai di gate, semua orang dah masuk kapal terbang. Huhuhu mujur tak kena tinggal. Lepas serahkan boarding pass pada penjaga gate tu, aku sempat ambil masa tunjuk aeroplane kat Aiman. Tak nak bagi dia fikir pasal Papa dia yang dia tinggalkan tadi. Nanti susah pulak aku.

IMG_3184

IMG_3185

Part yang aku rasakan mencabar adalah bila tiba di airport Kota Bharu; nak angkat bagasi dari conveyor belt, pastu nak angkat stroller lagi, semuanya sambil dukung Irfan. Ish kenapa la aku tak bawa baby carrier? Pastu nak bukak stroller lagi. Tapi Alhamdulillah, Allah itu sentiasa ada dan mendengar rintihan hambaNya yang lemah. Masa aku tengah dok usha-usha beg dan stroller aku tu, di depan aku ada seorang lelaki muda. Dia perasan aku dok usha stroller Irfan yang bulky tu, dia pun tolong angkat dan tolong aku pasang stroller tu. Alhamdulillah syukur. Lepas ucap terima kasih dan amik beg, aku pun berlalu dari situ. Semoga Allah merahmati pemuda itu.

Sekian lah episod balik KB. Setelah bercuti sakan selama seminggu dan mengundi, tiba pula hari untuk pulang ke Kelana Jaya. Kali ni, suami aku tempahkan tiket Firefly atas permintaan aku, sebab aku dapat tiket harga RM6! Murah gila kan! Airport pulak dekat dengan rumah, memudahkan sesiapa saja yang akan ambil aku nanti. Masa aku balik tu, suami aku belum sampai ke Malaysia lagi, so kena harapkan ihsan adik-adik la untuk ambil aku di airport.

Ceritanya, kalau naik Firefly ni, satu je yang leceh. Airport KB dan airport Subang memang takde walkalator. Jarak antara boarding gate dan departure gate ke kapal terbang adalah agak jauh.Huhu teruk jugak. Kalau di airport Kota Bharu, siap kena turun tangga dari boarding gate tu, pastu jalan ke kapal terbang, Maka sah-sah la stroller is a big NO. Haish camne aku nak bawak Aiman dan Irfan ni? Irfan memang sah-sah kena dukung, dan.. hmm boleh ke Aiman ni nak jalan jauh. Risau jugak ni.

Tapi macam sebelum ni jugak, dengan kuasa Allah, tiba-tiba ramai pula hamba Allah yang tergerak hati nak membantu memudahkan urusanku.

Lepas check in, aku masuk ke departure hall. Lepas solat Maghrib dan Isyak di surau, aku dan anak-anak duduk di boarding gate. Tiba-tiba ada seorang gadis berketurunan India Muslim duduk di belakang kami bersama ayahnya. Dia tegur Aiman dan hulurkan Mr Potato yang dia tengah makan kat Aiman. Of course la Aiman tak tolak kan. Aku nak kata tak boleh, macam tak sopan pulak. So aku biar je. Emm tak pe la, malam ni je. Yang aku tak sangka, habis sekeping dia makan, si Aiman ni pusing ke belakang kat kakak tu, “Nak lagi!” Ish! Aiman ni selamba je! Gadis tu gelak, aku dengar la ayah dia cakap sesuatu kat dia dalam bahasa Tamil, pastu tengok-tengok dia bagi semua sepaket besar Mr Potato tu kat Aiman! Allah! Aiman ni, sabar je la huhuhu. Lepas ucap terima kasih, aku tiga beranak pun bangun untuk pergi ke kapal terbang.

Sekurang-kurangnya mood Aiman confirm OK sepanjang perjalanan sebab dia occupied dengan Mr Potato tu, mudahlah kerja Mama nak menguruskan Aiman.

Masa nak turun tangga pulak, ada 3 sekawan wanita nampak aku dok pimpin Aiman turun tangga dengan agak sukar. Mana taknya, belakang galas beg, depan galas Irfan guna baby carrier pinjam, pastu pimpin Aiman yang terkial-kial nak turun tangga. Salah seorang wanita tu ambil tangan Aiman dan pimpin Aiman turun tangga sampai bawah. Aku senyum pada dia dan berterimakasih. Bila sampai ke tangga nak naik kapal terbang, salah seorang dari 3 sekawan tadi cakap kat kawan dia suruh naik dulu, dia nak tunggu Aiman dukung bawa naik ke kapal terbang. At this point, airmata aku dah bergenang. Syukur ya Allah, ramainya Kau hantarkan insan-insan berhati mulia untuk membantuku di saat yang sukar ini. Kami saling tidak mengenali, tapi dia tetap sudi membantu aku. Alhamdulillah.

Atas kapal terbang, lepas aku dan anak-anak dah settle down, aku perasan Irfan dok sengih-sengih pandang ke arah kiri aku. Rupanya dok senyum kat seorang wanita yang duduk sederet dengan kami di sebelah sana. Siap wanita tu dan teman di sebelahnya mintak nak pangku Irfan. Of course la aku bagi, dengan senang hati. Boleh la aku rilek sambil stretching kejap. Hehehe. Lama jugak diorang main dengan Irfan, ambil-ambil gambar, sampai la akhirnya Irfan dah merengek-rengek nak tidur baru pass balik kat aku.

Hmm wajah wanita itu seperti kukenal. Seperti pernah kulihat, tapi di mana ya? Hmm.. Teman sebelah dia tu, aku terpandang dua tiga kali, haha memang aku cam. Pekin Ibrahim rupanya. Wanita tu pulak, iras-iras heroin Setia Hujung Nyawa tu, tapi lain sikit. Must be her sister. Wah Irfan duduk atas riba artis la! Hahaha kau ado? Diorang siap ambil gambar dengan Irfan lagi. Segan pulak aku nak mintak diorang send gambar tu kat aku hahaha! So tak dapat la nak tunjuk bukti kat korang. 😛

Bila dah mendarat di Subang Airport, aku adalah orang terakhir yang turun dari kapal terbang. Stewardess tu tolong dukung Aiman ke bawah voluntarily. Bila aku turun bawah, tengok-tengok stroller Irfan dah menunggu di bawah sayap. Pekerja bagasi tu tolong pasangkan stroller, dan aku pun sorong Irfan atas stroller dengan senyum lebar. Kami berjalan perlahan-lahan mengikut rentak Aiman sampai la ke ruang mengambil bagasi. Memang slow gila kitorang jalan. Dahla flight kitorang tu yang terakhir mendarat kat situ. Kitorang belumpun separuh jalan, suasana situ dah sunyi sepi. Semua orang dah lintas kitorang termasukla cabin crew tadi. Masa nak ambil beg pun, tinggal beg kitorang je kat atas conveyor tu.

Keluar dari ruang ketibaan, adikku Ayuni dah menunggu. Dia tolong aku bawa budak-budak ke kereta di mana suaminya Safuan dan anaknya Soleh dah menunggu. Terima kasih adik-adikku (termasuk Humairaa’ dan Mu’azam yang dah siap menunggu masa di airport KB). Semoga Allah merahmati semua insan mulia yang telah membantu kami tiga beranak. Hanya Allah yang mampu membalas jasa kalian yang aku tak kenali tu.

Panjang bebenor cerita ni, tapi moral yang aku nak sampaikan is very simple. Always help people in need, you never know when but help will surely come in your way when you need it the most. 😀

Kalau korang nampak perempuan travel sorang-sorang dengan anak-anak kecil, tawarkan bantuan. She might actually need it. Even if she doesn’t, niat korang nak tolong dia tu pun Allah dah bagi ganjaran pahala dah. :)

Wallahu a’lam~