Ilmi Orchard Montessori

Seperti yang dijanjikan, dalam posting kali ni, saya akan feature sebuah tadika montessori yang baru dibuka di Taman Pekaka, Nibong Tebal, Pulau Pinang.

Tadika yang diberi nama Ilmi Orchard Montessori (Dusun Ilmu) ini dibuka atas impian murni Uncle Q (refer posting ini) untuk membantu anak-anak kecil dari keluarga yang kurang berkemampuan untuk mendapatkan pendidikan yang baik pada yuran yang rendah berbanding tadika-tadika lain. Jom kita bagi sokongan untuk tadika kebajikan ni. Siapa yang rasa ada duit lebih nak menyumbang, boleh la hubungi facebook tadika ni ye: Ilmi Orchard Montessori

Ia adalah sebuah montessori, bermakna anak akan belajar mengikut tahap kemampuannya hingga anak itu dapat menguasai ilmu yang diajar dengan baik. Senang cerita, kalau anak tu pandai macam budak umur 6 tahun, dia akan terus diajar macam budak umur 6 tahun. Kalau dia umur 6 tahun tapi masih belum menguasai skil umur 4 tahun, dia akan belajar dulu skil umur 4 tahun sampai la dia pandai. Saya memang suka pendekatan montessori sebab ia tak memaksa anak belajar dalam tempoh yang ditetapkan.

Kalau Nibong Tebal tu dekat, saya nak je hantar Aiman dan Irfan ke sekolah ni sebab saya suka dengan keprihatinan dan sifat penyayang Uncle Q sepanjang dia mengajar anak saya. Memang tak risau nak tinggal anak dengan beliau. Eh saya tak dibayar untuk kempen tadika ni tau, tapi saya sendiri yang nak promote sebab saya gembira dan berterima kasih dengan Uncle Q sebab tolong jaga anak saya masa kat sekolah..hehehe~~

IMG_2742

 

Lawa sekolah dia, saya pun teringin nak belajar kat sini huhuhu.. Jemput la cuci mata ye..~~ Kesemua gambar adalah ihsan dari Uncle Q.

IMG_2788

IMG_2789

IMG_2791

IMG_2790

Belajar tentang Islam menggunakan teknik Al-Baghdadi

Cerita Aku dan Chik

Pagi Jumaat yang lepas, tiba-tiba suami aku ajak aku balik ke rumah parents aku di Kota Bharu. Aku macam terkezut gak. Balik Jumaat lepas kerja pastu balik KL semula hari ahad. Sekejap je. Belum sempat hilang penat travel ke Kota Bharu, dah kena drive balik semula ke KL. Of course la kena drive. Bila dah 4 beranak ni, nak tempah tiket kapal terbang last minute dah tentu-tentu la kena bayar full fare. Bayangkan betapa mahalnya tambang pergi dan balik.

Maka malamnya, suami aku balik dari opis, aku pun dah bersedia menunggu dengan beg baju dan anak-anak yang dah siap mandi, kitorang pun berlepas. Menyinggah dulu ke Giant untuk cari LA Coffee yang Papa aku kirim, pastu ke rumah makcik aku di Subang untuk ambil wheelchair nenek aku yang dikirim oleh Mama. Oh ye, aku masih ada seorang nenek iaitu mak kepada Mama aku. Nenek-nenek aku dan atuk-atuk aku yang lain semuanya dah meninggal. Nenek aku yang masih ada sekarang ni duduk dengan mak aku di Kota Bharu. Aku panggil dia Chik.

Dipendekkan cerita, pada hari kitorang nak berangkat pulang ke KL, tiba-tiba Chik lain macam. Mak aku kata, tentu Chik tu tengah stres. Lama dia duduk dalam bilik air. Mak aku dah risau. Pintu bilik air berkunci. Bila dipanggil-panggil, Chik cuma jawab sepatah dengan suara yang lain macam. Akhirnya keluar juga dari bilik air setelah hampir 20 minit.

Risau la weh, kang entah pengsan ke dalam tu, camne nak buat!

Rupanya Chik duduk menangis dalam bilik air.

Rindukan anak-anak, cucu-cucu.. Tambah menghimpit jiwa bila merasakan diri bagai tak berguna lagi.. Nak makan kena orang hidang, lepas makan pun tak mampu nak angkat pinggan sendiri ke sinki. Pendek kata, semuanya kena harapkan orang! Chik rasa stres!

Kitorang pujuk Chik. Jangan menangis lagi Chik.. Semua orang sayangkan Chik, tak kisah nak berbakti pada Chik. Jangan la risau Chik, nanti kitorang balik lagi jenguk Chik.

Alhamdulillah akhirnya Chik senyum jua. Maka kami pun berangkat pulang dengan hati yang lega.

Dalam kereta, aku termenung. Sebanyak mana aku tak suka kena cser masa melahirkan Aiman dan Irfan dulu, aku terpaksa menerima hakikat yang pembedahan itu telah banyak mengubah diri aku. Antaranya, aku dapat memahami perasaan orang-orang tua yang telah hilang upaya. People who have become highly dependent on others.

Aku dapat memahami penderitaan fizikal almarhumah ibu mertuaku yang menghidap Parkinson; betapa susahnya bila diri tidak lagi ‘mobile’ dan bebas bergerak seperti orang biasa.

Aku dapat memahami tekanan emosi yang dirasai Chik; merasakan diri kurang upaya, terpaksa bergantung pada orang lain. Walaupun Chik masih lagi boleh berjalan perlahan-lahan, tapi Chik banyak penyakit, menyebabkan Chik tak dapat lagi bergerak bebas ke sana kemari.

Sesuatu yang ramai orang tak tahu, apabila tubuh badan dah tak kuat macam dulu, bila fizikal dah lemah, memang amat mudah untuk merasa tertekan.

Semuanya aku dapat rasai masa dalam tempoh berpantang. Badan yang masih sakit lepas operation, jaga anak-anak sendiri, nak buat kerja remeh-temeh pun tak mampu. Terpaksa bergantung dengan orang lain. Dua-dua kali kena cser, dua-dua kali la aku rasa sangat tertekan dalam tempoh berpantang. Hanya kerana badan yang masih sakit.

Itu sakit sementara je, bayangkan macam mana penderitaan arwah Mak, penderitaan Chik yang tak akan dapat sembuh seperti dulu lagi..

Mengingatkan aku, bahawa selagi kita tak memakai kasut yang sama dengan orang tu, kita tak layak nak komen dia. Kalau tak pandai nak beri kata semangat, kalau tak pandai nak ‘say the right things’, just keep quiet dan pergi main jauh-jauh. Selagi kita tak pernah rasa apa yang dia rasa, kita tak layak nak suruh dia bersyukur kerana itu ini. Dia bercerita, dia merintih, bukan kerana dia tak bersyukur. Tapi untuk meringankan beban di hatinya. Oleh itu, jadilah pendengar yang baik. Tak perlu cakap banyak pun takpe. Just listen!

Satu lagi, sebagai anak, kena rajin balik kampung jenguk ibubapa atuk nenek ye. Tak perlu tunggu cuti panjang, cuti weekend sabtu ahad pun balik je. Ibubapa tetap rasa gembira dapat tatap muka anak cucu walaupun sekejap. Yang lebih menggembirakan mereka adalah KESUNGGUHAN anak-anak untuk menjenguk mereka. Ibubapa faham dengan kesibukan anak-anak, tapi kalau nak diikutkan sibuk, memang memanjang sibuk. Kerja akan sentiasa bertimbun. Luangkan masa, balik lah jenguk mak bapak. Itu lebih berkat.

Syukur kepada Allah kerana suamiku tak berkira untuk memandu balik kampung sejauh Kota Bharu. Syukur juga kerana kami sekeluarga masih berpeluang, masih ada waktu dan masih mampu untuk menjelajah keliling Malaysia menjenguh Abah di Batu Pahat, dan Mama dan Papa dan Chik di Kota Bharu. Segalanya atas keizinan Allah jua..

Langkah kanan, dapat makan nasi ayam Mama.. uu sedapnyeee!!!

Langkah kanan, dapat makan nasi ayam Mama.. uu sedapnyeee!!!

 

Alergi dan Habbatussauda’

Dari kiri: Habbatussauda' (rupa sebenar), Kapsul Habbatussauda' 500mg, Minyak Habbatussauda'

Dari kiri: Habbatussauda’ (rupa sebenar), Kapsul Habbatussauda’ 500mg, Minyak Habbatussauda’

Assalamualaikum

Hari ni nak cerita pasal habbatussauda’ atau dalam Bahasa Melayunya bijian hitam. Orang putih panggil black seed. Nama saintifiknya nigella sativa. Kalau korang ada keluarga yang baru balik dari Mekah, mesti korang pernah tengok biji hitam ni. Rasanya Masya Allah sangatlah pahit! Lepas makan, rasa nafas pun panas. Nafas pun rasa pahit sikit. Tapi takde la sampai mulut berbau.

Tengok gambar kat atas tu. Yang paling kiri adalah biji habbatussauda’ dalam rupanya yang sebenar. Halus je. Yang tengah tu pula adalah serbuk habbatussauda’ yang diisi di dalam kapsul. Satu kapsul mengandungi 500mg serbuk habbatussauda’. Yang paling kanan pula adalah minyak habbatusauda’ yang asli tanpa dicampur apa-apa.

Antara ketiga-tiga bentuk habbatussauda’ ni, yang paling pantas memberi kesan adalah minyak habbatussauda’. Rasanya pun yang paling pahit dan paling panas di tekak. Aku pernah terkena serangan alergi yang sangat teruk sampaikan bersin tanpa henti sepanjang hari sejak pagi. Penat woo asyik bersin sampaikan tekak rasa perit, bahu dan seluruh badan rasa penat sangat. Tengahari aku makan kapsul habbatussauda’ ni, tapi macam tak berhenti jugak bersin, cuma kurang je tak seteruk pagi. So malamnya aku cuba yang minyak pula. Aku makan satu sudu besar. Alhamdulillah dengan izin Allah, keesokannya berhenti bersin dan saluran pernafasan aku rasa sangat clear. Kesannya memang cepat, padan dengan rasanya yang teramat pahit.

Jadi, aku sangat rekemen habbatussauda’ ni untuk orang yang ada allergy rhinitis, asma, bronchitis, sinusitis, resdung, selsema dan apa jua yang berkait dengan sistem pernafasan. Syaratnya, jangan lupa untuk tinggalkan makanan atau sebarang alergen yang menyebabkan alergi tu, sebolehnya cuba keluarkan kahak yang ada dalam tekak, jangan disedut atau ditelan pulak kahak tu. And definitely NO SMOKING.

Habbatussauda’ adalah makanan yang bersifat panas. So orang mengandung terutamanya kena berhati-hati kalau nak makan jugak habbatussauda’ ni. Jangan terlebih ambil sebab boleh keguguran. Makan yang kapsul ok la kot. Standard sukatan makan untuk orang dewasa adalah 2 gram sehari (4 kapsul) ataupun 1 sudu besar (minyak habbatussauda’). Untuk kanak-kanak pula 1 sudu teh sehari.

Aku punya habbatussauda’ ni aku kirim dari adik aku yang belajar kat mesir, kebetulan dia nak balik cuti semester. Sebelum ni, dapat dari keluarga yang balik dari mekah. Ada orang kata, boleh beli habbatussauda’ ni kat kedai-kedai arab.

Wallahu A’lam

*disclaimer: not intended as medical advice. tidak bertujuan menggantikan nasihat perubatan.

Hamba-hamba Berhati Mulia

Hari ni nak cerita pasal hamba-hamba Allah yang berhati mulia. Bukan kisah orang zaman nabi ke, zaman dulu ke, tapi orang zaman sekarang. Kejadian yang aku nak cerita ni berlaku baru je, iaitu awal bulan lepas. Semoga ramai insan yang mendapat manfaat dari cerita ini. :)

Alkisahnya, aritu kan aku ada cerita kat sini dan sini pasal aku balik Kota Bharu untuk mengundi tu manakala suami aku pulak terbang ke US menghadiri conference. Arini, aku nak cerita pasal musafir aku bersendirian bersama 2 anak kecil aku ni dari KLIA ke Kota Bharu dan Kota Bharu ke Subang.

Sebelum ni, aku dah biasa travel berdua dengan Aiman. Untuk pengetahuan korang, Aiman ni ada sikit anxiety bila di tempat yang ramai orang. Dia tengok orang ramai-ramai je dia akan rasa nervous dan minta didukung. Kalau orang tak ramai dia ok. Biasanya ketara bila di shopping complex, dan lapangan terbang. Oleh itu, bila travel berdua dengan dia, aku lebih senang dukung dia je. Tak perlu nak tunggu dia jalan. Tapi kali ni, dah ada Irfan. Mana nak dukung Irfan lagi, Aiman lagi. Kalau Papa dia boleh la nak dukung dua-dua sekali. Mama? Maaf la.

Anyway, untuk ke Kota Bharu, suami aku tempahkan tiket MAS untuk aku, Aiman dan Irfan. Aku agak risau sebenarnya nak travel bertiga ni. Memang sejak dulu, kalau aku kena menyendiri dengan anak-anak, mesti aku akan rasa macam tempang, macam patah tangan. Padahal sebelum kahwin dulu aku adalah sangat independent, dan memang dilatih oleh Papa aku untuk jadi independent. Tapi tak tahu la kenapa lepas kahwin, aku lebih selesa membiarkan suami aku yang handle semuanya, dan aku mengikut je. Which is why, kalau tiba-tiba aku kena handle something sendirian, aku rasa agak kalut. Termasuk la bila nak bermusafir sendirian bersama anak-anak.

Permulaan musafir di KLIA adalah agak mudah. Walaupun entrance departure hall ke boarding gate agak jauh, dapat pulak boarding gate nun jauh di hujung terminal pulak, nak bawak si kecik Aiman yang terkedek-kedek berjalan ni lagi, sekurang-kurangnya di KLIA ada walkalator, dan tempat tu sesuai untuk bawa stroller. So, dari pintu masuk sampai ke boarding gate tu, kami tiga beranak berjalan slow and steady atas walkalator dan Irfan duduk dalam stroller. Aku cuma kena pastikan mood Aiman OK je supaya dia tak menggelabah.

Sampai di gate, semua orang dah masuk kapal terbang. Huhuhu mujur tak kena tinggal. Lepas serahkan boarding pass pada penjaga gate tu, aku sempat ambil masa tunjuk aeroplane kat Aiman. Tak nak bagi dia fikir pasal Papa dia yang dia tinggalkan tadi. Nanti susah pulak aku.

IMG_3184

IMG_3185

Part yang aku rasakan mencabar adalah bila tiba di airport Kota Bharu; nak angkat bagasi dari conveyor belt, pastu nak angkat stroller lagi, semuanya sambil dukung Irfan. Ish kenapa la aku tak bawa baby carrier? Pastu nak bukak stroller lagi. Tapi Alhamdulillah, Allah itu sentiasa ada dan mendengar rintihan hambaNya yang lemah. Masa aku tengah dok usha-usha beg dan stroller aku tu, di depan aku ada seorang lelaki muda. Dia perasan aku dok usha stroller Irfan yang bulky tu, dia pun tolong angkat dan tolong aku pasang stroller tu. Alhamdulillah syukur. Lepas ucap terima kasih dan amik beg, aku pun berlalu dari situ. Semoga Allah merahmati pemuda itu.

Sekian lah episod balik KB. Setelah bercuti sakan selama seminggu dan mengundi, tiba pula hari untuk pulang ke Kelana Jaya. Kali ni, suami aku tempahkan tiket Firefly atas permintaan aku, sebab aku dapat tiket harga RM6! Murah gila kan! Airport pulak dekat dengan rumah, memudahkan sesiapa saja yang akan ambil aku nanti. Masa aku balik tu, suami aku belum sampai ke Malaysia lagi, so kena harapkan ihsan adik-adik la untuk ambil aku di airport.

Ceritanya, kalau naik Firefly ni, satu je yang leceh. Airport KB dan airport Subang memang takde walkalator. Jarak antara boarding gate dan departure gate ke kapal terbang adalah agak jauh.Huhu teruk jugak. Kalau di airport Kota Bharu, siap kena turun tangga dari boarding gate tu, pastu jalan ke kapal terbang, Maka sah-sah la stroller is a big NO. Haish camne aku nak bawak Aiman dan Irfan ni? Irfan memang sah-sah kena dukung, dan.. hmm boleh ke Aiman ni nak jalan jauh. Risau jugak ni.

Tapi macam sebelum ni jugak, dengan kuasa Allah, tiba-tiba ramai pula hamba Allah yang tergerak hati nak membantu memudahkan urusanku.

Lepas check in, aku masuk ke departure hall. Lepas solat Maghrib dan Isyak di surau, aku dan anak-anak duduk di boarding gate. Tiba-tiba ada seorang gadis berketurunan India Muslim duduk di belakang kami bersama ayahnya. Dia tegur Aiman dan hulurkan Mr Potato yang dia tengah makan kat Aiman. Of course la Aiman tak tolak kan. Aku nak kata tak boleh, macam tak sopan pulak. So aku biar je. Emm tak pe la, malam ni je. Yang aku tak sangka, habis sekeping dia makan, si Aiman ni pusing ke belakang kat kakak tu, “Nak lagi!” Ish! Aiman ni selamba je! Gadis tu gelak, aku dengar la ayah dia cakap sesuatu kat dia dalam bahasa Tamil, pastu tengok-tengok dia bagi semua sepaket besar Mr Potato tu kat Aiman! Allah! Aiman ni, sabar je la huhuhu. Lepas ucap terima kasih, aku tiga beranak pun bangun untuk pergi ke kapal terbang.

Sekurang-kurangnya mood Aiman confirm OK sepanjang perjalanan sebab dia occupied dengan Mr Potato tu, mudahlah kerja Mama nak menguruskan Aiman.

Masa nak turun tangga pulak, ada 3 sekawan wanita nampak aku dok pimpin Aiman turun tangga dengan agak sukar. Mana taknya, belakang galas beg, depan galas Irfan guna baby carrier pinjam, pastu pimpin Aiman yang terkial-kial nak turun tangga. Salah seorang wanita tu ambil tangan Aiman dan pimpin Aiman turun tangga sampai bawah. Aku senyum pada dia dan berterimakasih. Bila sampai ke tangga nak naik kapal terbang, salah seorang dari 3 sekawan tadi cakap kat kawan dia suruh naik dulu, dia nak tunggu Aiman dukung bawa naik ke kapal terbang. At this point, airmata aku dah bergenang. Syukur ya Allah, ramainya Kau hantarkan insan-insan berhati mulia untuk membantuku di saat yang sukar ini. Kami saling tidak mengenali, tapi dia tetap sudi membantu aku. Alhamdulillah.

Atas kapal terbang, lepas aku dan anak-anak dah settle down, aku perasan Irfan dok sengih-sengih pandang ke arah kiri aku. Rupanya dok senyum kat seorang wanita yang duduk sederet dengan kami di sebelah sana. Siap wanita tu dan teman di sebelahnya mintak nak pangku Irfan. Of course la aku bagi, dengan senang hati. Boleh la aku rilek sambil stretching kejap. Hehehe. Lama jugak diorang main dengan Irfan, ambil-ambil gambar, sampai la akhirnya Irfan dah merengek-rengek nak tidur baru pass balik kat aku.

Hmm wajah wanita itu seperti kukenal. Seperti pernah kulihat, tapi di mana ya? Hmm.. Teman sebelah dia tu, aku terpandang dua tiga kali, haha memang aku cam. Pekin Ibrahim rupanya. Wanita tu pulak, iras-iras heroin Setia Hujung Nyawa tu, tapi lain sikit. Must be her sister. Wah Irfan duduk atas riba artis la! Hahaha kau ado? Diorang siap ambil gambar dengan Irfan lagi. Segan pulak aku nak mintak diorang send gambar tu kat aku hahaha! So tak dapat la nak tunjuk bukti kat korang. 😛

Bila dah mendarat di Subang Airport, aku adalah orang terakhir yang turun dari kapal terbang. Stewardess tu tolong dukung Aiman ke bawah voluntarily. Bila aku turun bawah, tengok-tengok stroller Irfan dah menunggu di bawah sayap. Pekerja bagasi tu tolong pasangkan stroller, dan aku pun sorong Irfan atas stroller dengan senyum lebar. Kami berjalan perlahan-lahan mengikut rentak Aiman sampai la ke ruang mengambil bagasi. Memang slow gila kitorang jalan. Dahla flight kitorang tu yang terakhir mendarat kat situ. Kitorang belumpun separuh jalan, suasana situ dah sunyi sepi. Semua orang dah lintas kitorang termasukla cabin crew tadi. Masa nak ambil beg pun, tinggal beg kitorang je kat atas conveyor tu.

Keluar dari ruang ketibaan, adikku Ayuni dah menunggu. Dia tolong aku bawa budak-budak ke kereta di mana suaminya Safuan dan anaknya Soleh dah menunggu. Terima kasih adik-adikku (termasuk Humairaa’ dan Mu’azam yang dah siap menunggu masa di airport KB). Semoga Allah merahmati semua insan mulia yang telah membantu kami tiga beranak. Hanya Allah yang mampu membalas jasa kalian yang aku tak kenali tu.

Panjang bebenor cerita ni, tapi moral yang aku nak sampaikan is very simple. Always help people in need, you never know when but help will surely come in your way when you need it the most. 😀

Kalau korang nampak perempuan travel sorang-sorang dengan anak-anak kecil, tawarkan bantuan. She might actually need it. Even if she doesn’t, niat korang nak tolong dia tu pun Allah dah bagi ganjaran pahala dah. :)

Wallahu a’lam~

Marilah Mari.. Pergi Mengundi..

Musim pilihanraya dah hampir 3 minggu berlalu. Tapi aku baru nak tulis cerita pilihanraya pertama aku. Huhuhu memang lambat sangat sebab masa di Kota Bharu, aku tak bawak balik laptop aku, so kurang la feeling nak tulis blog. Pastu bila nak menulis kat PC plak, rasa sakit mata (makin tua dah mata aku ni). Skrin besar sangat, so banyak sangat cahaya yang masuk dalam mata ni. Akhirnya tak jadi tulis.

Maka di sini, aku coretkan pengalaman pertama aku yang sangat best campur tak best.. hehehe..

Alkisahnya pusat mengundi aku adalah di Dun N9 Kota Lama dan Parlimen P 021 Kota Bharu. Suami aku pulak mengundi di Cheras, di kawasan parlimen yang sekarang di bawah tanggungjawab Tan Sri Khalid Ibrahim. Kalau ikutkan, asalnya rasa macam tak dapat la nak balik mengundi tahun ni. Memikirkan nak travel dengan anak kecil, balik mengundi sehari pastu balik KJ semula, mesti memenatkan. Tapi tanpa disangka-sangka, suami aku kena attend Oil and Gas Conference di Houston, Texas selama seminggu. Apa lagi, bos takde ni, balik je la Klate! Huguhuguhugu~

Sampai di Kelantan, dalam perjalanan dari airport ke rumah aku di Jalan Bayam, aku tengok dah meriah poster bergantungan di sana sini. Memang beraya poster! Siap ada kapal terbang mini yang dibina oleh penyokong PAS lagi. Makin bersemangat la rasanya nak mengundi! By the time sampai rumah, …

Membangun bersama Islam

Membangun bersama Islam

Hmm nak tergelak pulak tengok-tengok ada bendera PAS besar terpacak kat pagar rumah. Rumah aku ni tepi jalan besar. Jalan yang nampak tu la namanya Jalan Bayam. Eh semangatnya Papa ni pacak bendera PAS! Mana dia dapat?

Rupanya jiran kitorang yang pacak. Yang menariknya, rumah-rumah yang sederet dengan rumah aku pacak bendera PAS, manakala deret rumah berhadapan pulak pacak bendera BN dan banner UNDILAH BARISAN NASIONAL. Kalau korang nak tahu, semuanya pun rumah saudara mara aku jugak. Memang best la tengok suasana tu. Perbezaan diraikan, maka kita akan nampak variety. 😀 Tak perlu la sampai bergaduh saudara mara kan.

Di tempat aku ni, calon PAS menentang calon BN. Muka-muka yang dah familiar bagi aku. Calon DUN adalah Dato’ Anuar Tan (PAS) yang merupakan penyandang kerusi sejak PRU 11 kalau tak silap dan Encik Tan Ken Ten (BN). Calon bagi parlimen pula adalah Dato’ Takiyudin Hasan (PAS) dan Datuk Mohamad Fatmi Che Salleh (BN). Oh have I mentioned that pusat mengundi aku adalah di Maahad Muhammadi Perempuan, Jalan Merbau? That was my high school, u know. Batch SPM 2001. So secara otomatiknya aku lebih excited! Mama, Papa dan adik-adik aku Syazwan dan Ayuni pun mengundi di pusat yang sama. Malangnya Syazwan dan Ayuni tak dapat balik sebab masing-masing tengah exam dan sibuk dengan sekolah.

Jam 12 tengah hari, Papa, Mama, adik-adikku Mu’azam dan Humairaa’, anak-anakku dan aku keluar untuk mengundi. Papa yang dah beberapa hari demam tiba-tiba jadi sihat dan bersemangat untuk mengundi. Aku, Papa dan Mama masuk ke kawasan sekolah, manakala adik-adikku dan anak-anakku menunggu di dalam kereta.

Maahad Muhammad Perempuan (front gate)

Maahad Muhammad Perempuan (front gate)

Rindunya tempat ni 😀 Di padang yang luas ni la tempat aku dan Faezah selalu melepak lepas exam. Sangat damai duduk kat padang ni, merasa tiupan angin yang sepoi-sepoi bahasa. Kat tepi-tepi padang ni banyak pokok asam jawa. Kat Maahad ni la aku kenal pokok asam jawa, pokok cermai, dan pokok petai belalang.

Padang MMP

Padang MMP

Suasana dalam sekolah sunyi sepi. Agaknya ramai orang keluar mengundi waktu pagi. Memang takde orang, tak perlu beratur, tak perlu menunggu. Masuk ke saluran masing-masing dan terus mengundi. 5 minit kemudian, selesai. Cuma aku agak terkejut, bila tengok kertas undi tu, ada 3 calon iaitu calon bebas. Aku hairan sangat sebab boleh dikatakan aku takde langsung nampak poster calon bebas tu tapi nama dia ada.

Dakwat kekal.. masih basah

Dakwat kekal.. masih basah

Inilah rupa dakwat kekal. Ramai sangat orang post gambar jari kat facebook hari tu kan. Hehehe. Basah dakwat ni, sampaikan kena lap dengan tisu supaya tak terselet kat mana-mana. Setibanya di rumah, aku tak sibuk nak basuh pun jari. Dah ramai orang test dalam FB menyebabkan aku pun malas nak join in the crowd. Bila tiba jam 6 petang, waktu Irfan nak dinner, baru la aku basuh tangan untuk fix dinner dia. So jadi la macam dalam gambar di bawah.

Lepas makan dan cuci pinggan

Masih kekal

Untuk pengetahuan korang, dakwat pada jari aku ni, masuk hari ni pun masih nampak lagi calit-calit kat tepi kuku. Aku faham, inilah yang dimaksudkan kekal. Maksudnya dakwat tu bukan la kekal biru di keseluruhan jari, tapi akan kelihatan di celah-celah jari dan kuku. Kekal la tu kan. Yang riuh kata tak kekal tu, mungkin sebab diorang expect dakwat tu nak stay the same biru sepanjang jari. Siap report polis pulak, alahai..

Sekianlah cerita mengundi.. hehehe~

Happy Birthday!

Posting kali ni amat bermakna bagi aku. Bukan sebab nak cerita pasal birthday aku, tapi sebab sumbangan dari insan-insan sekeliling yang mengambil berat pasal aku dan menunjukkan kasih sayang mereka. The people who really matters. You know who you are 😀

Hari jadi aku tahun ini adalah sedikit berbeza dari tahun-tahun sebelum ni. Masa di universiti, aku tak sambut pun hari jadi. Maklumlah keluarga jauh, kawan-kawan rapat pun jauh, takde pakwe pulak tu. Ada la jugak dapat hadiah kan, tapi boleh dikira dengan jari sebelah tangan je. Mama dan adik-adik aku pun ada jugak bagi. Selalunya meriah dengan sms je.

Tahun ni, I got the privilege untuk meraikannya di rumah parents aku di KB. Kebetulan suami aku out station di US. Takde pulak rasa nak manyambutnya. Sebab umur lebih 25 tahun ni dah rasa tua pulak nak sambut beria kan. Tapi tak sangka pulak ada insan lain yang sudi menyambut hari jadi aku ni.

Selepas jam 12 tengah malam, aku pun dah tidur masa tu, tiba-tiba telefon aku berdering. Mujur la aku terjaga jugak. Oh rupanya orang yang paling jauh di mata tapi paling dekat di hati yang telefon. 😀 Senyum~!

Pastu dekat lunch hour, sampai la dua sahabat susah senang aku iaitu Hidayah dan Faezah. Datang ala-ala nak meminang pulak, bawak sebijik rainbow cake, sedulang cream puff, satu bungkusan biru dan satu bungkusan besar yang berbalut dengan wallpaper yang berkilat. Memang serius macam bawak hantaran meminang. Nasib baik datang berdua je. Hahaha.

Hadiah-hadiah dan kek

Hadiah-hadiah dan kek

Untuk pertama kalinya juga ada orang telah bake sesuatu untuk aku. Cream puff! Sejujurnya aku tak pernah makan cream puff. Kurang minat. Tapi yang ni aku bedal, sebab utamanya ialah kawan baik aku yang buat khas untuk aku, sebab keduanya adalah krim dalam tu sedap semacam! Baru tau rupanya tu adalah whipped cream. Selalunya tengok cream puff berinti kastad.

Cream puff baked by Faezah

Cream puff baked by Faezah

First time makan Rainbow Cake

First time makan Rainbow Cake

Dear Dayah dan Faezah, saya dah buka hadiah yang korang bagi tu. Buku dan emm apa nama benda yang awak bagi tu ek Faezah? Saya tahu kegunaan dia cuma tak ingat nama. Hadiah-hadiah korang tu pun saya bukak beberapa jam sebelum saya berlepas ke airport nak balik KL sebab sayang sangat nak bukak bungkusan yang lawa sangat tu. By the way, terima kasih sangat sebab yang paling utamanya adalah korang telah menceriakan hari saya. Kalau korang tak bawak hadiah meriah-meriah pun saya tetap gumbira tengok batang hidung korang. Tapi dengan apa yang korang bawak tu, saya rasa terharu dan bertambah ceria. Tambah pula dengan keletah Aiman yang tak sabar nak potong kek macam tu kek besday dia pulak. Well, bagi je la kan sebab selang sehari je pun dengan besday Mama. Terima kasih sahabat-sahabatku.. semoga ukhuwah kita berkekalan hingga ke akhirat~ cium sikit..mmuahhhh :*!