Kelas Intensif AMANI Birth di Kota Bharu

Assalamualaikum,

Sukacitanya saya ingin mengumumkan yang saya akan mengadakan kelas intensif persediaan kelahiran AMANI Birth di Kota Bharu sempena cuti sekolah bulan Jun nanti.

Butir-butir kelas tersebut adalah seperti yang tertera di dalam gambar di bawah:

amani-kb

Rasanya dah lengkap informasi untuk kelas tu dalam poster ni. Apapun, dipersilakan menghubungi saya secara terus melalui fb Liyana Helmy atau hantarkan emel kepada izyanliyana@gmail.com atau boleh juga hantar pesanan sms/whatsapp ke nombor dalam poster ni. Satu kelas adalah terhad kepada 4 pasangan sahaja dan anda akan diberi buku “AMANI Birth Student Workbook” seperti dalam poster.

Untuk maklumat lanjut tentang kelas AMANI Birth ni, saya sertakan sekali 20 prinsip asas yang membentuk silibus AMANI Birth seperti yang ditunjukkan dalam gambar di bawah:

amani

AMANI Birth menekankan konsep kelahiran sebagai ibadah kepada ALLAH bila mana si ibu berserah sepenuhnya kepada ALLAH dan berdoa semoga ALLAH mempermudah urusan kelahiran anaknya.

Di samping itu, adalah menjadi tanggungjawab bakal ibu dan bapa untuk memastikan bakal ibu itu menjaga pemakanan beliau dan bersenam, serta menjaga kesihatan emosi supaya dapat memastikan si ibu dan bayi kekal sihat untuk mengurangkan risiko komplikasi sepanjang mengandung dan ketika bersalin kelak.

AMANI Birth juga mementingkan para ibubapa belajar membuat keputusan bermaklumat sejak anak masih di dalam kandungan sebagai langkah pertama menuju ke alam keibubapaan.

Nak tahu apa yang akan dipelajari dalam kelas AMANI, boleh rujuk carta di bawah:

AMANI modules
Menariknya 20 topik dalam silibus AMANI Birth ni dibahagikan mengikut tema: Assisting Mothers for an Active, Natural and Instinctive Birth.

Modul Assisting ditujukan khas untuk para suami dan siapa saja yang menemani si ibu semasa hamil dan bersalin.

Modul Mothers pula khusus untuk membincangkan apa yang berlaku pada si ibu sepanjang kehamilan, semasa kelahiran dan selepas kelahiran.

Modul Active membincangkan persiapan yang boleh dilakukan oleh si ibu untuk memastikan dirinya kekal sihat sepanjang kehamilan, sekaligus mengurangkan risiko komplikasi sewaktu mengandung dan sewaktu hendak bersalin.

Modul Natural membincangkan apa yang normal dan apa yang tidak normal, supaya si ibu tidak menggelabah tidak bertempat dan mengambil tindakan yang wajar jika berlaku komplikasi.

Modul Instinctive membincangkan peranan hormon yang membantu proses kelahiran dan juga kepentingan mempercayai “Naluri” si ibu untuk memberitahunya jika ada yang tidak kena.

Secara ringkasnya macam tu la. Nak tahu lebih lanjut kena datang kelas ye. :)

Lain kali sambung lagi Insya ALLAH..

AMANI Birth CBE & Doula In Training

Ingat tak beberapa bulan lalu, aku ada cerita yang aku pergi workshop untuk menjadi AMANI Birth childbirth educator dan doula? (Boleh klik sini untuk ceritanya)

Tak tahu apa itu AMANI Birth? Klik di sini.

Alhamdulillah, setelah beberapa bulan berhempas-pulas, aku telah menamatkan academic requirements dan mendapat kebenaran mengajar silibus AMANI Birth dan menggunakan nama AMANI Birth untuk menjadi doula.

Sekarang aku dah jadi AMANI Birth Childbirth Educator and Doula In Training! :)

Lepas ni akan berusaha untuk dapat full certification pulak. Insya Allah.

Serentak dengan hari aku mendapat berita ini, aku juga mendapat berita bahawa dua orang sahabat baik masa belajar dulu mendapat tawaran kerja di Airbus. Aku turut gembira macam aku yang dapat kerja kat Airbus. Aku doakan semoga kerjaya mereka terus cemerlang dan dimurahkan rezeki.

Suatu masa dulu, aku pernah menanam azam untuk memohon kerja dengan Boeing. Namun, aku juga sudah berniat, andai jodohku yang sampai dahulu sebelum aku sempat memulakan karier, maka aku tanpa berfikir dua kali akan menjadi stay-at-home-mum. No thinking twice. Antara keluarga dan karier, aku tetap akan memilih keluarga. Aku mahu anak-anakku sentiasa dapat melihat mama mereka di depan mata sepertimana aku suka dapat melihat mama aku sepanjang masa.

Takdirnya, aku bertemu jodoh waktu presentation final year project di semester terakhir. Maka aku tahu yang takdir aku bukan dalam bidang kejuruteraan aeronautik, tapi menjadi home maker.

Ia bukan jalan yang mudah kerana boleh dikatakan aku sentiasa teringat bidang kejuruteraan yang sangat aku minati. Tapi setelah hampir 5 tahun menjadi isteri dan ibu sepenuh masa, aku merasakan pilihanku dulu adalah sangat berbaloi. Lebih-lebih lagi setelah aku menemui bidang kedua yang aku sangat cintai, iaitu kelahiran alamiah dan yang berkaitan dengannya seperti penyusuan, babywearing dan attachment parenting. Family and natural childbirth will be the two things that I will work for, for the rest of my life.

Goodbye aeronautics, and hello AMANI Birth.

************************************************

Seandainya anda sampai ke blog ini melalui forum cari, saya sangat berharap supaya anda dapat mempelajari sesuatu dari blog saya. Itu lebih berfaedah dari mengumpat dan mengetawakan pengalaman pahit orang lain. Ia menunjukkan betapa tidak matangnya pihak yang rajin sangat printscreen blog saya lepas tu ketawakan saya ni. Obviously anda belum pernah menjadi seorang ibu, kerana ibu yang pernah merasa sakitnya bersalin tidak mungkin akan mengetawakan pengalaman pahit ibu lain ketika melahirkan. And apparently anda juga masih terlalu baru dalam bidang perubatan to realise the reality of maternal healthcare di Malaysia dan serata dunia. Amat malang jika anda hanya berpandu pada buku “Obstetrics by 10 Teachers” dan 2,3 buku zaman belajar yang lain tu. Broaden your horizon and keep on learning.

Aku dan AMANI Birth

Assalamualaikum

Hari ni nak cerita pasal suatu cerita yang dah agak nak basi, tapi sebab mood tu baru datang so baru la dapat cerita. Dalam dashboard blog aku ni ada 22 draf, macam-macam cerita yang aku tulis separa siap. Macam tu la jadinya bila ada anak kecil yang asyik nak berkepit. Baru Mama duduk menghadap laptop, dia datang tunjuk muka dahaga kasih sayang. Bila angkat letak atas riba, dia pulak yang lebih-lebih sibuk menaip!

Ok untuk posting kali ni, aku nak cerita pasal training AMANI Birth yang aku attend baru ni. Alhamdulillah, di suatu weekend di akhir bulan Jun yang lalu, aku telah selamat menghadiri bengkel untuk menjadi Childbirth Educator (CBE) dan Doula. Training yang aku follow ni adalah bawah affiliation dengan organisasi bernama AMANI Birth yang berpangkalan di USA. Secara mudahnya, CBE ni adalah cikgu yang mengajar pasal mengandung dan bersalin; iaitu segala ilmu asas yang setiap bakal ibu patut tahu tentang penjagaan diri waktu mengandung, fisiologi tubuh sewaktu kelahiran dan yang sewaktu dengannya. Doula pula adalah orang yang meneman dan membantu ibu nak bersalin. Emm paham tak ayat aku ni? Harapnya jelas la ye.

Bengkel tu mengambil masa 3 hari penuh, iaitu Jumaat, Sabtu dan Ahad bermula jam 9 pagi sampai 5 petang. Waaa panjang betul masanya! Memang sangat meletihkan. Syukurlah suami aku sudi mengambil cuti untuk sama-sama hadir ke bengkel ni. Irfan kan masih menyusu, so kena la bawak Irfan. Aiman pulak, sah-sah la nak ikut aku jugak. Sejak lahir, dia tak pernah tak nampak batang hidung aku selama lebih dari 3 jam. Jadi, terpaksalah aku bawa dua-dua anak, dan Papa diorang la yang kena tolong jaga. Dalam masa yang sama, boleh la Papa dia dengar sekali apa yang aku belajar. Semoga dia dapat juga manfaat dari bengkel tu sebagai persiapan untuk masa akan datang. Allah saja yang tahu betapa aku bersyukur kepadaNya dan berterimakasih kepada suamiku atas sokongan yang ditunjukkan atas usaha aku untuk mendapatkan pengalaman bersalin yang terbaik.

Nak menghabiskan bengkel tu adalah suatu struggle huhuhu. Namun dengan izin Allah jua, dan berkat sokongan dari kedua ibubapa dan lebih-lebih lagi suami tersayang dan anak-anak yang sudi meneman, maka tamatlah jua bengkel tu dan berjaya dapat sijil. Alhamdulillah.

Tu baru habis bengkel. Dah settle bengkel, kena settlekan academic requirements pulak. Tak perlu la aku cerita detail kat sini, cukup la aku cerita yang nak menyelesaikan academic requirements pun kena bercinta dengan Irfan dulu. Hahaha.

Nanti bulan 11 ni nak join training jadi lactation counsellor pulak. So target aku, by the time aku dah bersedia untuk jadi CBE dan doula, aku boleh jadi breastfeeding consultant sekali. Nanti Irfan dah besar sikit, boleh la aku bebas sikit untuk bergerak aktif sebagai birth and lactation activist. Buat masa ni, aku sedang mempersiapkan minda dan diri sendiri untuk percubaan VBA2C. Harapanku, agar aku berjaya VBA2C dan seterusnya lebih berkeyakinan untuk membantu lebih ramai ibu yang mahu VBAC. Insya Allah~

Kami sekeluarga bersama instructor bengkel merangkap founder AMANI Birth iaitu sis Aisha Al-Hajjar

Kami sekeluarga bersama instructor bengkel merangkap founder AMANI Birth iaitu sis Aisha Al-Hajjar