Homeschooling and I: It’s Time for Kindy! Err..is it?

Aiman is 3 years old this year! ūüėÄ Some of us are already excited to send the lil ones off to kindy. What about me? Well, I guess not yet.

When Aiman was born, I actually planned to send him off to kindy at 3 years old. I thought, if he just stay home, he would be wasting precious time to learn.

As time passes, my hubby bought me my first Iphone, then Aiman grew and started to show interest in my phone, so I tried to search for apps that would teach him the basics of knowledge; getting to know the alphabets and numbers.

Seeing the progress my son had made, and seeing that he is not at all wasting his time at home (well, playing is not a waste of time for kids, you know..it’s a form or learning too), i finally decided against sending Aiman to kindy this year. I don’t know about next year yet though. For now, I think it is good for him to learn at home where I can teach him a lot of things, and at the same time¬†bond¬†with him, and let him bond with his baby brother. Oh have I mentioned that Aiman is teaching Irfan alphabets, numbers and colours? Just like I taught him before! Then he will kiss Irfan, just like I kissed him! ūüėÄ

Now that he has known all the alphabets and has correctly grasp the concept of numbers, starting now, the new academic year for my homeschool, I will start to teach him reading and counting. (Thanks to Teacher Amani for the tips hehehe..the good thing about having a cousin who teaches preschoolers :D)

Dear friends, please do not forget that school can never replace the thousand other things that we must teach our youngsters. Manners, moral values, religious values, just to mention a few. It can never substitute the parental role, and parental love in a child’s mind and heart. No matter how much money you are willing to spend to send your child to the best schools, please do not forget that the best educator for a child is the PARENTS, and the best school for a child is HOME.

ūüėÄ

 

Mencari teman sehidup semati

January 4th, 2013

It’s my parents-in-law’s anniversary today! Err x sure la pulak tahun ke berapa ye? Yang pasti dah lebih 49 tahun. And this is the second year Abah berseorangan. Tiada lagi isteri tersayang untuk bersama-sama menyambut ulangtahun perkahwinan. Arwah Mak dah hampir dua tahun pergi menghadap Ilahi, meninggalkan kami semua. Alamak berair mata pulak, sayu rasanya. Mak ‘pergi’ sebagai seorang isteri yang solehah, yang sampai ke hari ini pun masih dirindui oleh suaminya. Para isteri sekalian, contohilah sikap-sikap dan sifat-sifat terpuji dan jadilah kita isteri yang macam ni. Yang bila kita dah tiada nanti, suami akan ingat dan rindu pada kita. In Sya Allah mudahlah jalan kita ke syurga. Pasangan macam ni baru la layak digelar teman sejiwa. Orang putih kata ‘true love‘.

Mak & Abah

Kita semua tentu ada impian nak mencari cinta sejati kan. Pasangan hidup yang boleh dijadikan tempat menumpahkan kasih sayang dan cinta, tempat mencurah isi hati, tempat berkongsi suka duka. Paling ultimate, adalah apabila pasangan itu mampu meneka apa yang kita fikirkan. Tak payah cakap dia dah tahu(tu telepati namanya). Tapi ada ke orang macam tu atas dunia ni?

In my humble opinion, cinta sejati ni hanya wujud pada pasangan yang dah melalui susah senang bersama, dan berjaya mengharunginya dengan tabah. ¬†Contoh paling rapat, mertua aku sendiri. Sehingga ke hujung nyawa. Untuk pengetahuan, Mak di hujung hayatnya menderita Parkinson. Adakalanya bila beliau tak sihat, jawabnya memang perlukan pertolongan orang lain untuk ¬†urusan harian; ke tandas, mandi, wudhu’. Nak pakai telekung untuk solat pun kena orang bantu. Dan Abah pula tabah membantu Mak walaupun Abah pun dah makin tak larat. Abah selalu sebut pada aku, walaupun Mak sakit-sakit, kehadiran Mak tetap menceriakan Abah, sebab Mak tetap ada menemani Abah dan menjadi teman Abah berbual. Jujurnya, bukan Abah je yang rindukan Mak sebagai teman berbual. Aku pun sama jugak sebab sekarang bila balik kampung, aku masih merasakan macam ada satu kekosongan di rumah Abah, kekosongan yang ditinggalkan oleh Mak. Sayu lagi.

Paling aku suka tengok, setiap pagi, Mak dan Abah akan duduk di meja. Simply spending time together, berborak pasal isu semasa, pasal anak cucu etc. Kalau Mama dan Papa aku pulak, selalunya aku dengar diorang berborak malam-malam sebelum tidur. Heheheh. Nampak simple, tapi kita yang melihat ni pun boleh rasa aura betapa rapatnya mereka dan betapa kasihnya mereka terhadap satu sama lain. Bila yang sorang bercakap, belum habis ayat pun yang sorang lagi senyum dan respon pada cerita itu. Bila yang sorang nakkan sesuatu, belum sebut lagi pun yang sorang lagi tu dah sediakan. Sebab dah tahu.

Oleh itu, aku rasa, cinta sejati hanya boleh dilihat pada orang yang dah lama berkahwin, dah lama hidup bersama (bukan pada orang yang baru kahwin dan baru balik bulan madu..itu adalah cinta yang belum diuji). Kalau setakat baru 3,4 tahun kahwin macam aku ni, aku rasa malu lagi nak mengaku dah mencapai tahap cinta sejati. Sebab masih banyak yang perlu dipelajari dan dibaiki, dan macam-macam ujian boleh timbul di kemudian hari.

Untuk teman-teman yang masih belum bertemu teman hidup, fokuskan pada mencari insan yang berbudi pekerti, yang taat pada Tuhan dan ibubapa, dan kaya dengan kasih-sayang. Jangan terlalu memikirkan cinta, sebab cinta itu dengan mudah boleh wujud apabila perkahwinan itu didasari niat dan matlamat yang betul; iaitu mahukan sebuah perkahwinan yang bahagia dan membahagiakan. Kalau cinta bagai nak rak pun, kalau pasangan tu orang yang entah apa-apa, cinta boleh hilang juga.

grampa gramma

Sekian..my two cents~

Isteri Kesayangan Suami

Isteri Solehah (nyanyian oleh saff-one & nazrey johani)

Isteri cerdik yang solehah
Penyejuk mata, penawar hati, penajam fikiran
Di rumah dia isteri, di jalanan kawan
Di waktu kita buntu, dia penunjuk jalan

Pandangan kita diperteguhkan
Menjadikan kita tetap pendirian
Ilmu yang diberi dapat disimpan
Kita lupa, dia mengingatkan

Nasihat kita dijadikan pakaian
Silap kita, dia betulkan
Penghibur di waktu kesunyian
Terasa ramai bila bersamanya

Dia umpama tongkat si buta
Bila tiada satu kehilangan
Dia ibarat simpanan ilmu
Semoga kekal untuk diwariskan

Perkahwinan adalah sebuah medan perjuangan, bukan semata-mata bercintan-cintun ala-ala hindustan.¬†It is not at all like in the movies, and is definitely not a bed of roses. Perkahwinan adalah sebuah realiti kehidupan yang penuh pancaroba, tetapi terselit sepenuh kebahagiaan yang sememangnya tidak wujud dalam dunia¬†couple. Menjadi isteri kesayangan suami adalah impian setiap wanita yang berkahwin. Namun, status ‘isteri kesayangan’ ini bukan mudah untuk dicapai. Ia memerlukan usaha dan komitmen yang konsisten dan berterusan.

NIAT

Perkara pertama yang paling penting yang perlu ada dalam mindset setiap isteri adalah niat. Kenapa aku berkahwin? Kerana nafsu? Kerana mengikut sunnah Nabi SAW? Kerana suruhan ibubapa? Niat akan menjadi drive (pendorong) dan sumber kekuatan bagi seorang isteri setiap kali dia menghadapi dugaan atau cabaran dalam rumahtangga. Seorang isteri yang berniat untuk berkahwin kerana Allah akan melaksanakan setiap tanggungjawabnya tanpa mengharapkan balasan daripada suami, kerana dia tahu, sebaik-baik balasan itu datang dari Allah. Jika meletakkan harapan pada sesama manusia, pada suami, macam-macam boleh berlaku pada masa hadapan. Contohnya, mungkin hari ini dia berhempas pulas membantu suami, tiba-tiba esok suami curang pula. Seorang isteri yang berniat untuk berkahwin kerana Allah juga akan¬†merujuk guidelines yang terkandung dalam Al-Qur’an dan Sunnah untuk mengendalikan rumahtangganya. Semua tips sudah diberi oleh Allah dan RasulNya. Selebihnya atas kebijaksanaan si isteri itu untuk merenung dan memikirkan cara yang sesuai untuk mengaplikasikan tips-tips tersebut dalam kehidupan seharian.

MATLAMAT

Perkara kedua yang perlu ada dalam mindset setiap isteri adalah matlamat. Matlamat perkahwinan berperanan menentukan halatuju dan destinasi sesebuah perkahwinan. Seseorang wanita yang mahu berkahwin seharusnya menetapkan matlamat mahu mewujudkan sebuah rumahtangga yang tenteram dan menenteramkan jiwa dan penuh kasih sayang, dan  mengekalkan perkahwinannya hingga ke akhir hayatnya, seterusnya hingga bertemu semula di syurga. Pendek katanya, mahu menjadi isteri yang solehah. Sepertimana firman Allah;

“Dan diantara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya diantaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berpikir.” (Ar Rum: 21).¬†

Pasangan suami isteri yang mempunyai matlamat sebegini akan menyedari betapa pentingnya berusaha ke arah kebahagiaan dan akan sentiasa fokus ke arah itu. Perceraian tidak akan dipilih untuk menjadi solusi mudah bagi menyelesaikan sesuatu isu dan pertelingkahan. Apabila niat dan matlamat sudah jelas, di bawah ini disenaraikan serba-sedikit tips untuk menjadi isteri kesayangan suami yang dipetik dari pengalaman orang-orang lama dan ditambah rencah-rencah yang sesuai. Semoga bermanfaat.

PERANAN ISTERI

1. Jaga suami

Makan, minum dan pakaian suami diuruskan dengan baik. Kalau tak pandai masak, seeloknya belajar, sekurang-kurangnya belajar menu kegemaran suami. Suami lebih gembira makan masakan isteri berbanding makan di kedai. Itulah cara suami menghargai isterinya.

Sentiasa belai suami. Suami yang kurang mendapat belaian akan tandus jiwanya. Oleh itu siramlah hati dan jiwanya dengan kasih sayang dan cinta yang banyak!

Jaga kehendak suami selagi tidak menyalahi hukum. Apa saja yang suami mahukan tidak boleh dipandang ringan. Itu adalah haknya.

Jaga adab sopan dengan suami. Jangan depan orang lain pandai bersopan tapi depan suami pakai hentam. Bercakap dengan lemah-lembut. Jangan sesekali meninggikan suara terhadap suami walaupun ketika bergaduh.

Jangan amalkan tabiat bermasam muka dengan suami, ini adalah tabiat yang sangat buruk. Kalau tak puas hati, suarakan dengan cara orang dewasa yang matang.

Jangan amalkan sifat ego, ini adalah sifat buruk yang tak membawa ke mana. Bila bergaduh, tangani konflik dengan penuh hikmah. Duduk berbincang. Jika suami susah diajak berbincang, cuba gunakan cara halus. Suarakan isi hati melalui surat, nota, emel, apa saja! Tapi bukan melalui orang ketiga. Urusan suami isteri mesti kekal rahsia di antara suami isteri sahaja.

Ringankan mulut untuk meminta maaf. Rendahkan ego. Walaupun tak puas hati, minta maaf dulu untuk menjernihkan suasana. Setelah suasana jernih, barulah suarakan.

Jangan jadi¬†queen-control. Kat dunia memang seronok bila suami ikut telunjuk, tapi di akhirat nanti berat balasannya. Kalau suami buat perangai, nakal di luar dan yang sewaktu dengannya, jangan terus mengamuk. Mengamuk tak akan membetulkan keadaan. Sebaliknya, tenangkan diri, kemudian¬†sit down and think. Jadilah wanita yang bijak dan tangani hal tersebut dengan cara yang bijak. ‘Tegur’ suami dengan cara halus. Ingat, suami adalah hak seorang isteri, bukan hak girlfriend atau skandal dia. Jangan izinkan orang lain mengambil hak kita melalui pintu belakang!

Jika hendak menegur suami, gembirakan dia dahulu. Pastikan perutnya tidak kelaparan, hatinya senang, layan dengan mesra. Confirm mudah diterima teguran itu.

Kejayaan seorang wanita adalah apabila dia mampu memenangi hati suaminya, dan menambat hati suaminya padanya, dan melenturkan ego suaminya, hanya dengan menggunakan kebijaksanaan dan kelembutan dirinya, tanpa memerlukan khidmat bomoh, pengasih dan segala karut-marut yang lain. Woman power!

2. Jaga ibubapa suami

Sayangilah mertua anda! Ibubapa suami mestilah dianggap seperti ibubapa sendiri dan diberi layanan yang baik. Ingatlah, merekalah yang telah bersusah payah melahirkan dan membesarkan lelaki yang menjadi teman hidup kita sekarang. Apabila kita melayan ibubapa suami dengan baik, sudah tentu suami juga akan melayan ibubapa kita dengan baik. Suami juga akan berasa gembira melihat kita melayan ibubapanya dengan baik, sekaligus akan menambah kasih sayang suami dan melembutkan hati suami terhadap isteri. Tak percaya? Cuba buat.

3. Jaga anak-anak suami

Tiada suami yang tidak tersentuh hati melihat betapa isterinya begitu penyayang terhadap anaknya. Kebajikan anak dijaga sebaiknya, anak yang kecil disusukan, anak yang besar dilayan dengan lemah-lembut, dipukul dengan penuh hikmah jika perlu, diberi kasih sayang, diasuh mengikut lunas-lunas Islam. Seorang isteri dan ibu mesti mengambil tahu peranan yang sepatutnya dia mainkan dalam mendidik anak-anak kerana anak adalah cerminan ibubapa. Anak-anak juga adalah masa depan bagi ibu dan bapanya. Didikan yang baik akan menghasilkan anak-anak yang mampu menjaga kebajikan kedua ibubapa di hari tua dan selepas mati, dan sebaliknya. Lihat fenomena di sekeliling kita dan renung-renungkan.

4. Jaga harta suami

Jangan bawa masuk orang ke dalam rumah tanpa izin suami, apatah lagi jika orang itu tidak disukai suami. Jangan gunakan harta suami tanpa izin, apatah lagi untuk tujuan yang tidak baik. Harta suami wajib dijaga sebaiknya. Suami sepatutnya mampu berasa tenang apabila meninggalkan rumah dan hartanya di bawah jagaan isterinya.

5. Jaga diri sendiri

Jaga maruah diri apabila suami tiada. Kalau rasa nak nakal-nakal sikit, ingat lah neraka Allah menanti isteri yang nusyuz. Kalau dah ‘ter’nakal tu, pandai-pandai la cari jalan pulang. Hidup ni bukan untuk nafsu dunia sahaja.

Keluar rumah wajib dengan izin suami. Banyak hikmahnya kenapa Islam mewajibkan isteri meminta izin suami dalam sesuatu hal. Antaranya, untuk kemaslahatan rumahtangga, mengelakkan syak wasangka suami, menjaga status suami sebagai ketua keluarga, sekiranya berlaku kemalangan atau timbul sebarang masalah, suami lebih bersedia untuk bertindak, dan sebagainya.

Penampilan haruslah kemas dan menarik di mata suami. Tiada bau yang tidak menyenangkan suami. Selain penampilan, kestabilan emosi isteri juga harus dijaga. Suami tidak suka jika dia pulang kerja keletihan dan terpaksa pula menghadap wajah isteri yang moyok kerana keletihan atau kemurungan kerana bermacam masalah. Korbankan buat sementara kekacauan emosi apabila berhadapan dengan suami. Berikan senyuman yang manis. Wajah mungkin akan kurang berseri apabila letih atau susah hati, tetapi sekurang-kurangnya senyumlah dahulu. Setelah suami settle down, barulah kongsikan dengan suami.

Kesimpulannya, menjadi isteri ni bukanlah mudah. Banyak pengorbanan yang harus dilakukan. Apabila berasa penat dengan dugaan dan cabaran, jadikanlah matlamat syurga Allah sebagai ubat. Isteri solehah itu, namanya menjadi perbualan penduduk di langit, matinya menjadi ketua bidadari di syurga. Ketahuilah bahawa pintu syurga seorang wanita itu banyak terdapat di sekitar rumahtangga, suami dan anak-anak. Alang-alang dah susah, biarlah mendapat hasil yang lumayan di akhirat yang kekal abadi, kerana Rasulullah SAW telah bersabda;

“Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.”

Rujukan menarik: Pesanan Buat Wanita

Homeschooling and I: The Wonders of the Children’s Minds

Since a few weeks ago, my 3-months-old-today Baby Irfan and I had started a new routine with the Ipad. Schooling! Not schooling as in ‘going to school’ but ‘learning like in school’. Believe it or not, a baby as young as a newborn is already very much capable of absorbing new knowledge. In fact, this is the best time to teach them everything there is to learn. If only you know how wonderful a child’s mind is, you will be amazed!

How Do I Teach My Kids?

After not much of an experiment, I found that Irfan is very fond of this one particular application called “My First Arabic“. It is developed by Islamkids.Media Sdn Bhd under the “babykhalifah” series. I do recommend this app for parents who have Apple device. This app teaches numbers, shapes, colours and days. It is animated and colourful. I also bought My First Iqra’ and Wudhu’. Aiman also learnt from these apps since he was nearly a year old. I also downloaded a few other learning apps developed by yufid.org (Kids Dua, Hijaiya, Hisnul Muslim etc), Fisher Price (Where’s Puppy’s Nose, Shapes and Colours, Let’s Count, Animals), BlueOnionSoft (BabyApps, BabyWord).

Credit to Islamkids.my

Watch this video of Aiman learning Arabic alphabets. He was using an the app Hijaiya developed by yufid.org.

Besides using the Ipad, I actually still use the conventional way to teach Irfan; the flashcards!

I got all these cards from Aiman’s paediatrician’s clinic and from Enfamama’s newsletters. All for FREE!!! I used to show these cards to Aiman ever since he was 2 months old. At that time, I was not sure he was learning. I even felt like I was starting too early because he did not show much of a response except just staring at the pictures. But after a few months. I noticed the fruit of my efforts when he showed his interests in trains, particularly Thomas the Tank Engine. So then I learnt that it is never too early to start.

I also stimulated my children’s minds by talking to them a lot. Just show them things around them and introduce the names of things, the functions and maybe tell them a few things about it. Talk to them in simple language that they can comprehend. It will simply enhance their intelligence and promote learning. Keep them interested with things around them.

You don’t need expensive toys to boost your children’s development. Simply make use of things around you. It is God-created and it is free!

Don’t forget to sing to them too! Children learn ABCs faster if it is taught by singing. See my point? Sing to them the famous nursery rhymes whatsoever. They will love it.

Youtube is also a wonderful tool for learning. Search the keyword ‘phonics’ and you will find hundreds, if not thousands, of videos teaching ABCs, shapes, colours etc. Search ‘alif ba ta’. In short, search whatever you can find to teach the children. BUT, parental guidance is very much needed because kids nowadays are very smart they can surf the youtube without help, even if they cannot read yet. Please remember to restrict the hours your children spend on the devices and don’t let them go to sleep with it.

Aiman at ‘school’

You might want to read this too:¬†How to Stimulate a Child’s Mind

Well, that’s all for now, I think. Irfan is already awake and I need to ‘start my school’ now. Ilalliqa’~

Rindu itu Datang Lagi: Bahagian 3

Alkisahnya semalam, ada sesuatu berlaku pada aku. Sengaja la tu nak mengusik kalbu dan jiwa raga aku ni. Mula-mula kononnya nak berlagak macho, kononnya not affected, tapi for a minute lepas tu, rasa tak best pula. Ingat nak tunggu Abang balik ofis untuk melepaskan isi hati, tapi bila Abang dah balik, mulut seakan terkunci pulak. Kata-kata yang nak diluah tu tersangkut di kerongkong.

Bukan la isu apa pun. Rasanya lebih kepada perasaan aku sendiri yang terusik. Harapan tu seakan masih wujud, cuma lebih terkawal dengan kehadiran Irfan.

Ceritanya semalam, of all people atas muka bumi ni, my father met my boss in MAS masa buat praktikal dulu, Encik Jalil. A nice man, in his early fifties. Haven’t i told you before in my previous post that he had offered to train me specifically to join his section after i graduate? Well, that was 5 years ago. Semalam, he told my father that if I am still interested, apply again because now they have a new manager. Hmm tak sangka pulak after all these years dia masih ingat kat aku ni.

Masa mula-mula bercerita hal ni pada Mama, Mama terus respon, “Ha mintak la! Gi kerja, baru la ada income!” Haih she always want me to work. Aku respon, “Habis tu nak tinggal budak dua orang ni kat mana?” Mama ¬†jawab, “Cari la nursery ke, babysitter ke” Huhu terus aku jawab kat Mama “There is no way I’m leaving them at a nursery.¬†Kalau Mama duduk sini, baru Liyana kerja, Liyana carikan maid.”

Suprisingly, after saying this, aku rasa puas! Puas hati sebab it has become a final decision. Yes, I will happily go to work IF AND ONLY IF Mama is here to look after my kids, because i do not trust anyone else non-related to us like a bibik or any babysitter to do it. It’s my kids I’m talking about! Takut dowh dengar macam-macam cerita pasal budak-budak yang dihantar di bawah jagaan orang ni. Few days ago baru terbaca dalam majalah pasal one boy yang lahir normal tapi umur dua bulan tiba-tiba kena cerebral palsy. Rupanya berpunca dari terjatuh masa kat rumah pengasuh. Pengasuh tu tak cakap apa pulak tu! Umur dua bulan! Bayangkan la macam mana pengasuh tu handle baby umur dua bulan sampai kepala boleh terhentak. Akibatnya ditanggung seumur hidup baby tu tau! Kesian dia :( Aku memang tak sanggup ambil risiko macam tu. Biarlah aku tak kaya pun. At least aku tak ada bebanan hutang yang perlu difikirkan. Yang penting anak-anak aku terjaga dengan baik.

Emm dalam kepala ni masih bermain-main bayangan macam dulu la. Bestnya dapat kerja kat hangar, timbang kapal terbang, buat test flight, kira aircraft load, uruskan kargo untuk cargo flights, jaga runway data. Dulu Encik Jalil pernah suruh aku baca satu buku ni, lebih kurang cerita pasal cara-cara nak handle haiwan dalm cargo flight contohnya zirafah, kuda, kambing dan lain-lain. Aku belek-belek buku tu, terbaca satu page describing about handling baby giraffe. Teringat signboard iklan tepi jalan nak ke KLIA tu kan dulu ada satu iklan MAS Cargo 6-star animal hotel, yang ada gamba leher zirafah panjang gile tu sampai terkeluar kapal terbang. Aku terfikir dan dengan dahi berkerut, aku terus tanya Encik Jalil, “kalau mak zirafah boleh ke bawak dalam flight?” Beliau senyum dan cakap’ “Baca buku tu.” Aiseh, kena baca jugak. Hahaha. Pastu teringat jugak one engineer kat situ pernah cerita, pada suatu hari ada orang nak send a box of anak-anak ayam ke satu negara ni. Skali sampai negara tu anak ayam ni mati semuanya. Marah dia. Terpaksala bayar ganti rugi. Bukan senang tau nak transport haiwan atas flight. Certain types of animals boleh naik macam biasa, but some has to be given ubat pelali bagi tidur.¬†My own father pun pernah bawak cargo flight yang penuh dengan kambing from Australia to Malaysia. Sampai KLIA tu memang habis bau kambing lekat kat baju. Best betul kambing pun dapat naik kapal terbang. Free pulak tu. Then pernah tanya kat Encik Jalil dia graduate dari mana? Masa tu my favourite question to every senior engineers was from where they graduated. Maklumla aerospace program kan masih baru kat Malaysia ni. Dia jawab “Buffalo”. Aku hairan la pulak ape cerita pasal kerbau pulak ni? Dia nampak muka aku yang hairan tu dia pun sambung, “University of Buffalo, New York.” Hahaha ok aku lupa Buffalo tu nama tempat kat New York. Yes I’ve heard of that place ok. Hahaha.

Credit to maskargo Zirafah nak naik kapal terbang..picture credit to maskargo

Hmm orang lain at this age consider nak berhenti kerja duduk rumah, aku terbalik pulak.

Cik Aini dah offer anak-anak aku diletakkan kat taska dia. Bagus juga cadangan tu. Cik Aini is a close friend of mine and I trust her. Masalahnya, bila Cik Aini nak buka taska ni?

Sekian..titik

Bukankah ikhlas dan budi bahasa itu bersaudara?

Seringkali kita berhadapan dengan situasi di mana seorang hamba Allah; mungkin rakan atau saudara atau orang yang tidak dikenali, meminta pertolongan kita tentang sesuatu. Sebagai makhluk Tuhan yang ‘berhemah’, mungkin kita akan hulurkan bantuan yang dipinta. Ikhlas atau tidak, itu soal kedua. Apabila kita melakukan sesuatu kebaikan, kita tetap mendapat pahala, tidak kira sama ada kita ikhlas atau tidak. Sebab itulah keikhlasan jatuh ke nombor dua. Namun, setelah dia itu kita bantu, dia terus berlalu tanpa terfikir untuk sekurang-kurangnya mengucapkan “terima kasih”. Apatah lagi memberi sagu hati, atau belanja minum. Memang la kita tidak memintanya dan mungkin tidak mengharapkan apa-apa balasan. Tetapi tentu jiwa kita ini tetap terusik dengan perlakuan sebegitu kan? Lebih teruk lagi, setelah dibantu, ucapan-ucapan pedas yang menjadi halwa telinga. Ini memang sudah keterlaluan!

Sama ada kita sedar atau tidak, situasi ini banyak berlaku dalam masyarakat. Baik yang kaya, yang sederhana, yang berpendidikan tinggi mahupun yang tidak bersekolah. Golongan sebegini memang menyakitkan hati!

Pernah dengar pantun ini, “Orang memberi kita merasa, Orang berbudi kita berbahasa”? Mesti ada sebab kenapa orang-orang tua zaman dahulu buat pantun ini kan?

Nak minta pertolongan dari orang, ada caranya. Kalau kita pandai mengambil hati, orang yang asalnya menolong dengan rasa tak ikhlas pun boleh jadi ikhlas. Tapi kalau kita tak pandai berbahasa, pertolongan yang asalnya ikhlas pun boleh jadi tak ikhlas. Apalah salahnya kalau kita minta pertolongan seseorang tu dengan berbudi bahasa dan bersopan, setelah selesai semuanya, sekurang-kurangnya kita ucapkan terima kasih dan berikan senyuman.

Cuba bayangkan situasi-situasi berikut:

Situasi 1:

Anda dengan sepenuh keikhlasan menumpangkan kawan anda yang nak pergi membeli-belah. Kebetulan anda pun mahu membeli-belah dan tiada teman. Setelah selesai urusan membeli-belah, usahkan nak berkongsi duit minyak, duit parking yang mahal (sebab tunggu dia shopping berjam-jam) pun kawan anda tu tak hulur. Apa anda rasa (walaupun anda sebenarnya tidak mengharapkan apa-apa balasan)?

Situasi 2:

Kawan anda ada urusan di suatu tempat berhampiran rumah anda tetapi dia tidak biasa dengan tempat itu. Anda dengan sepenuh keikhlasan menumpangkan kawan anda itu. Setelah selesai urusan, kawan anda mengajak anda makan dan membelanja anda makan. Walhal anda tidak mengharapkan apa-apa balasan (sepenuh keikhlasan kan). Apa anda rasa?

Situasi 3:

Rakan sekerja anda meminta anda membelikan sesuatu untuknya, dia menghulurkan wang lebih dari harga sebenar barang itu lalu mengatakan yang dia mahukan resit harga barangan yang dia kirim dan berpesan siap-siap supaya anda memulangkan baki wangnya (“jangan keep the change pulak”‘ katanya). Apa anda rasa?

Jawapan-jawapan anda menunjukkan perbezaan reaksi terhadap orang yang berbudi bahasa dengan yang kurang berbudi bahasa. Apabila orang meminta pertolongan daripada kita dengan bahasa yang sopan, kemudiannya menunjukkan penghargaan dan rasa terima kasih atas usaha kita membantunya, sudah tentu kita merasa gembira, dan tidak kisah jika orang itu mahu meminta tolong lagi di masa hadapan. Tetapi jika sebaliknya, usahkan kita merasa gembira, rasa menyesal pula membantu orang yang tidak pandai berbahasa ini. Silap haribulan rasa serik pula. Dapat dilihat dengan jelas bagaimana budi bahasa seseorang berupaya mempengaruhi keikhlasan dalam hati pihak yang memberi pertolongan.

Dalam masa yang sama, kita juga perlu ingat, jika kita tidak suka orang melakukan perkara sedemikian pada kita, kita mesti terlebih dahulu tidak melakukannya kepada orang lain. Jika kita suka orang berbuat baik kepada kita, kitalah yang terlebih dahulu mesti memulakannya. What you give, is what you get back.

Suatu kata hikmat yang ingin saya kongsikan di sini, saya kurang pasti siapa yang mengucapkannya. Namun kata-kata itu memberi makna yang sungguh mendalam.

Ingat 2 lupakan 2;

Ingat kebaikan orang pada kita, lupakan kebaikan kita pada orang.

Ingat kejahatan kita pada orang, lupakan kejahatan orang pada kita.

Sekian, wassalam.

New Boys in da House!!

Assalamualaikum..

Ni nak umum to my dear readers yang adinda saya Izyan Ayuni dah pun selamat melahirkan baby boy yang sehat dan kuat seberat 3.01kg tengah hari semalam, 8 November 2012. Huhuhu maka bertambah la populasi lelaki dalam rumah ni. Alhamdulilah nama diberi Ammar Soleh bin Muhammad Safuan. Muka pun sebijik ayahnya. Since lahirnya secara normal, maka tengah hari tadi selamat lah Ayu, Safuan dan baby Soleh pulang ke rumah.

Ammar Soleh Day 1

Huhu semangat nak introduce anak sedara baru, anak sendiri pun belum introduce properly lagi. Maklumla baru habis ‘maternity leave’ kan. Heheheh. Perkenalkan, Adel Irfan bin Yasser Helmy. Lahir pada 10 September 2012 hari Isnin jam 1108. Ingatkan boleh la lahir normal tengok-tengok kena caeser jugak sebab kedudukan baby. Nanti akan cerita lanjut. I will write a proper birth story later okes.

Adel Irfan

Bila cerita pasal Soleh dengan Irfan, memang tak sempurna kalau tak cerita pasal seorang lagi anak saudara saya yang pertama. Dia yang lahir paling awal pada tahun 2012 ni iaitu Ahmad Al-Hakeem bin Izzat Syazwan. Lahir pada 16 Ogos 2012 di Kota Bharu. Huhu Mama miss u hakeem!! I really love this picture of you. Your smile..oh hakeem!

Ahmad Al-Hakeem

So this year memang meriah la keluarga kami dengan kelahiran 3 little boys! The Three Musketeers! Sape yang paling happy? Kitorang la of course! Alhamdulillah~ Semoga anak-anak kami termasuk Abang Aiman menjadi anak-anak yang soleh dan dimurahkan rezeki serta diberkati hayatnya. Amin~

Adam Aiman

Cara Mendidik Anak

Dipetik dari status seorang kawan

Pesan Saidina Ali:

CARA MENDIDIK ANAK

Didiklah anak kamu dgn cara yg berbeza setiap 7 tahun

7 tahun pertama, beri dan ajarkan mereka tentang kasih sayang. Manjakan mereka dengan kelembutan & rasa cinta.

7 tahun kedua, berlaku tegas dgn mereka. Didik mereka & perbetulkan kesalahan yang mereka lakukan.

7 tahun ketiga dan seterusnya, berkawanlah dgn mereka. Di saat ini mereka memerlukan teman untuk berbicara dan mengemukakan pendapat. Mereka sudah boleh berfikir, bersahabatlah dgn mereka sebelum mereka mempunyai sahabat yg boleh merosakkan akhlak.

Cubaan menjadi ibu mithali 2

Bahagian 2

Tenang dan damai suasana sekarang ni, sebab anak-anak tengah tidur. Huu rilek je rasa. Kalau tak, mesti nak kelam kabut ke sana kemari.

Alhamdulillah, sejak 2,3 hari ni dah tak stres. Mungkin sebab akhirnya aku dah memahami rentak anak-anak sehari-hari, dan belajar untuk tidak melaluinya dengan tekanan. Nak mengimbang antara menguruskan aiman, irfan dan diri sendiri. Ni belum masuk bab menguruskan papanya lagi. Apatah lagi menguruskan rumah. Buat masa ni, tang mengurus rumah tu kena ‘surrender’ dulu atas faktor kesihatan. Lepas bersalin aritu belum dapat pergi mengurut lagi. Yela, seminggu lepas bersalin, balik ke Kota Bharu. Balik cepat-cepat sebab Humairaa’, adik bongsu aku, dah mula sekolah. Oleh kerana aku bersalin melalui pembedahan, memang sah-sah la kena tunggu luka sembuh dulu baru boleh mengurut kan. Paling cepat pun seminggu lepas pembedahan. Pastu bila balik dari Kelantan, makcik urut tu pulak balik kampung untuk raya haji. Sebulan! Lagipun baru lepas bersalin kan, memang tak boleh nak mengada-ngada rajin buat kerja-kerja berat. Sayangilah badan anda. Nak pakai lama kan. Syukurlah suamiku memahami, dia yang setelkan bahagian mengemas rumah. Fuhhh~

Ok balik ke cerita asal. Sejak irfan dah masuk 7 minggu setengah ni, dah pandai berkomunikasi. Tengok dia pun dah nampak makin cerdik. Setiap kali nak menyusu, dia akan pandang tepat ke mata aku dengan 2 biji mata dia yang bulat tu, dengan ekspresi penuh mengharap. Dia nak tengok senyuman mamanya dan dengar mama berceloteh dengan dia dulu. Selagi mama tak cakap apa-apa, selagi tu dia akan pandang dan tak mula menyusu. Subhanallah. Hati mama yang panas pun boleh cair dengan pandangan mulus si anak kecil.

Setiap hari pula, pagi mama diceriakan dengan senyuman pertama yang sangat manis dari irfan. Macam nak kata selamat pagi mama! Haih, sayang..sayang..memang sweet. Sekali sekala, mesti akan terimbas kenangan menjaga aiman masa kecil dulu. Aiman dulu pun sweet macam tu jugak. Kalau korang masih ingat, dalam entri sebelum ni ada cakap pasal nak letak papan tanda ‘BABY FOR SALE’ tu kan, sebenarnya bila dah habis pantang 60 hari tu, si bayi dah makin bijak dan makin mengerti tentang perjalanan alam sekeliling. Dia dah mula menyesuaikan diri dengan hidup di dunia. Kiranya ‘the tough period’ tu cuma lebih kurang 60 hari pertama je la. Sebab bayi tu pun baru nak berkenalan dengan dunia di luar rahim ibunya kan. Si ibu pulak baru nak berkenalan dengan bayi tu; macam mana perangainya, dan sebagainya. Jadi, bila kedua ibu dan anak dah saling memahami, mudah la sikit nak menguruskan hidup. Pada tahap ni, dah boleh la nak menikmati saat-saat manis ibu dan anak. Memang seronok! Waktu-waktu indah macam ni la yang si ibu akan sangat rindu bila anak-anak dah besar nanti.

Perlu diketahui jugak, the first three months lepas bersalin ni pun sesetengah orang kata, boleh anggap macam mengandung trimester keempat. Sebab waktu ni, bayi asyik nak didukung dan diriba je. Bila diletak, dia menangis. Kalau irfan kan, bila aku letak dia atas tilam ke, bouncer ke, mesti dia buat muka tak puas hati. Kalau mood dia baik, dia sekadar buat muka la. Kalau mood tengah tak baik, memang sah-sah melalak. Huhuhu.

Nak kongsi cerita, pasal irfan lagi, (banyak sangat nak cerita, ni baru pasal irfan, pasal aiman belum cerita lagi), hari tu aku ada baca dalam blog, tentang bagaimana ibu-ibu di barat ‘handle’ anak-anak baru lahir yang asyik nak didukung ni. Most of them akan guna baby sling. So, mudah la diorang nak buat kerja rumah ke apa ke. Dan baby diorang pun happy duduk dalam sling tu. Ada jugak yang guna carrier, tapi sling lagi selesa la. Sling ni kita boleh bayangkan ala-ala ibu-ibu yang bawak anak dia kat atas belakang sambil dia bercucuk tanam tu. Kan anak dia duduk dalam kain. Ha sling pun macam tu la cuma selalunya baby duduk kat depan. So aritu aku try la bawak irfan dalam carrier. Dia duduk sekejap je pastu tak happy, buat muka tak berapa redha. Tak selesa kot. Punya riuh dok komplen dan merengek-rengek, tiba-tiba dah terlelap dengan mulut ternganga. Haish anakku ni.

Alamak irfan dah bangun. Jumpa lagi! Ciao!

Cubaan menjadi ibu mithali

Bahagian 1

Senyap semacam je rumah. Agaknya Aiman tengah main sendiri kat ‘terrace’ kot. Terrace tu adalah satu ruang dalam rumah ni yang memang dikhaskan untuk kanak-kanak dalam rumah ni bermain. Ruang tu memang sejak aku budak-budak lagi dah ada. Aku pun sudahkan basuh pinggan, kemas meja lepas makan tengah hari ekspres, dan bawak mangkuk nestum gi kat Aiman. Lor, patutla senyap, dah tertidur rupanya. Aku pun letak mangkuk tu kat dapur and here i am, writing.

Lama sesangat dah tak menaip blog. Kononnya maternity leave la. Huhuhu. Sejak tengah sarat sampai irfan dah berusia 7 minggu. Busy la! Busy dengan cross-stitch.

20121029-164317.jpg

Sejak dah ber-anak dua ni, terasa dugaannya makin mencabar. Ingatkan dah ada pengalaman jaga Aiman sendiri dulu dah cukup, ingatkan Aiman dah besar senangla sikit nak uruskan adik Irfan. Turned out i was not exactly right, but not totally wrong! Alhamdulillah abang Aiman menunjukkan kematangan sejak dapat adik, dan alhamdulillah juga sebab Irfan pun bukan jenis baby yang banyak ragam. Lebih kurang macam Aiman masa baby jugak. Cuma Aiman lebih manja dan Irfan lebih independent. Alhamdulillah, cannot ask for more. Syukur dengan kurniaan Allah.

20121029-164258.jpg

20121029-164621.jpg

Mama dia pulak, sedang berusaha dengan amat sangat yang teramat paling untuk mengawal ‘temper’. Haih~ bukannya budak berdua tu banyak karenah, just that, diorang ni selalu serentak in a lot of things. Lapar serentak, beyak serentak, ngantuk serentak. Waaa tension!!! Mama ada dua tangan je! Dahla aku sorang je jaga dua budak ni. Time mama nak tidurkan adik, time tu jugak abang Aiman datang nak belajar pasal moon and earth dengan mama. Siap amik buku pasal planet kat rak dia tu. Well, mama pun hairan macam mana Aiman boleh amik the right book without reading the title. Mama rasa Aiman recognize buku tu based on warna. Hmm clever boy. Itu menunjukkan yang Aiman suka menuntut ilmu. Alhamdulillah termakbul doa mama.

Tu belum cerita part yang berlaku khamis lepas. Dua-dua asyik merengek dan menangis sepanjang hari! By the end of the day aku dah jadi zombie. Takde perasaan dan tak boleh fikir ape dah. Tepu kepala hotak aku ni. I seriously can’t imagine orang keje jaga budak. Well, akula tu. Tapi jaga anak orang dgn jaga anak sendiri mana sama. Anak sendiri terpaksa dijaga, hahaha. Anak orang lain kalau tak nak jaga, bagi balik je kat mak bapak dia. Ada jugak aku fikir, nak hantar dua orang ni duduk nursery, biar aku gi kerja. Tak payah dengar diorang menangis dah. Takpun, biar suami aku duduk rumah, biar aku yang ganti dia gi opis. Haih cobaan~

Aku berdoa dengan sepenuh hati semoga Allah kurniakan ketabahan dan kesabaran pada aku, untuk kutempuhi hari-hari mendatang untuk membesarkan dan mendidik bakal-bakal mujahid ni. Amin~

Mungkin satu hari nanti bila aku dah tua, anak-anak dah besar, aku akan look back pastu geleng kepala. Tak nak dah lalui hari ini untuk kali kedua. Huhuhu. For sure, i will start missing my little babies. Masa kecik-kecik dulu senang je nak peluk. Tak nak peluk pun terpaksa peluk. Hahaha. Bila dah besar, semua dah berdikari, dah dapat kaki sendiri, dah pandai urus diri sendiri. Entah ingat ke tidak kat mama dan papa ni.

Harapan mama cuma satu, semoga jadi hamba-hamba Allah yang soleh, yang hidup dan mati hanya untuk Allah. Amin~