Aiman..selepas setahun~

Pada suatu pagi yang hening, hampir setahun yang lalu, aku dan suami telah mendaftarkan Aiman ke Brainy Bunch Islamic Montessori Kelana Jaya (juga dikenali sebagai BBIM Kampung Tunku) atas permintaan yang empunya badan, Adam Aiman. Kalau ikutkan hati, aku nak homeschool je anak-anak. Paling tidak pun, aku nak hantar dia bersekolah pada usia 5 tahun. Tapi dah tuan punya badan tiap-tiap pagi bangun mintak nak pergi sekolah, kitorang pun ikut je lah. Takpelah, kitorang hantar je la Aiman ke sekolah supaya dia dapat bersuka ria dengan rakan-rakan sebaya sambil belajar. Paling utama, aku mengharapkan agar cikgu dia nanti dapat bantu Aiman belajar menulis, sebab dalam banyak-banyak benda yang dia belajar kat rumah, Aiman memang langsung tak nak menulis. Bagi pensel, pensel warna, krayon, cat air, semuanya dia buat jadi trek kereta la, dia patahkan la. Frust jugak mama dia ni sepukul. Selain dari menulis, aku sendiri yang akan ajar di rumah.

Dalam perjalanan ke BBIM, banyak kali aku call nombor telefon pada ‘bunting’ iklan BBIM tapi tak berjawab. Entah ada orang ke tak kat sekolah ni? Gamble je la pergi tengok. Setibanya kami di BBIM KJ, kami melepaskan nafas lega bila melihat pintu sekolah terbuka, dan ada sebuah kereta di hadapan pagar.

Kitorang pun beri salam.. Seorang lelaki muda muncul di muka pintu sambil menjawab salam.

“Eh?” Aku hairan, orang yang muncul jawab salam adalah seorang lelaki, sebab aku expect perempuan (selalunya kan orang perempuan yang jadi cikgu tadika ni). “Oh mungkin ni technician ke kot. Ada la tu tengah baiki atau renovate pape tu.”, bisik hati aku.

Beliau menjemput kami masuk. “Eh, macam tuan rumah pulak. Oo mungkin dia ni anak principal sekolah ni.” sambil dalam minda aku membayangkan principal Tadika Aladdin tempat aku sekolah dulu, seorang wanita yang sudah agak berumur.

Beliau membawa kami ke pejabat sekolah dan menjemput kami duduk, dan keluar semula. “Oh dia nak pergi panggil mak dia la kot.”
Tiba-tiba beliau masuk semula dan duduk di kerusi principal. Aku (dengan muka terkejut yang di’cover’) selamba pulak boleh tanya, “Awak ke principal sekolah ni?”
“Aah saya la kak. Saya manager kat sini. Kat Brainy Bunch kita tak panggil principal tapi manager.”, jawab beliau.

Serius la bila aku ingat balik mesti aku pun confuse apesal aku beriya sangat fikir macam tu, technician la anak principal la. Yang pasti aku memang SANGAT TAK PERNAH TERFIKIR nak jumpa lelaki, muda umur macam baru graduate pulak tu, yang jadi principal sekolah tadika. Sebelum ni pun masa aku dok usha kindy lain, principalnya semua perempuan, dan kebanyakkan sudah agak berumur. Haha tak adil betul aku fikir macam tu sedangkan aku sendiri pun asalnya dari bidang yang didominasi oleh lelaki jugak hehehe.

It turned out yang Aiman ditempatkan dalam Intelligence Class dan guru kelas Aiman adalah Uncle Q, iaitu manager yang aku cerita tadi tu. Alhamdulillah, pendidik-pendidik di sini sangat penyayang dengan anak-anak kecil, jadi bila aku hantar Aiman ke sekolah, memang takde langsung kerisauan sebab aku tahu Aiman dijaga dengan baik oleh Uncle Q dan aunties yang berdedikasi.

Intelligence Class BBIM KJ 2014

Setelah melalui beberapa episod suka duka air mata gelak ketawa, dari cakap 2,3 patah dah jadi murai cakap berpatah-patah, tamat la setahun persekolahan Aiman di BBIM KJ ni. Aku sangat berpuas hati sebab semua matlamat aku hantar Aiman ke sekolah dah tercapai. Sekarang dah boleh menulis Alhamdulillah berkat dedikasi Uncle Q melatih fine motor skills Aiman, suruh Aiman buat apparatus yang kena genggam-genggam, main dengan manik-manik kecil dan sambung dengan benang macam nak buat gelang, yang bertujuan untuk melatih jari-jemari Aiman. Hmm aku pun tak pernah tahu kena latih macam tu. Tak ingat pun kena buat gitu masa aku kecik-kecik dulu.

Excited gila sampai rakam video kan. Mana taknya, lama tau tunggu. Rakan-rakan sebaya dia dah menulis dan melukis macam-macam tapi dia menulis pun tak nak. Sekarang bila dah pandai menulis nama dia, habis dicontengnya dinding-dinding rumah ni. Irfan yang start menconteng dulu, pastu Abang Aiman join sekali. Huh! Habis la mama yang kena bersihkan nanti segala dinding dan lantai yang diorang conteng tu.

Anyway, Uncle Q yang disayangi oleh anak-anak didik beliau dah takde untuk tahun depan. Dah resign. Balik kampung di Nibong Tebal. Bukak tadika montessori kat sana pulak nama Ilmi Orchard Montessori. Aku akan cerita sket pasal skolah ni dalam posting baru bersekali dengan gambar.. Stay tuned~~

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>