Another Car-VBA2C!! Congratulations!!

Alhamdulillah, pagi ni lepas sahur, aku terima berita yang sangat menggembirakan dan sangat mengujakan. Seorang sahabat sejak zaman matrik UIA dah berjaya VBA2C!!! Dalam kereta lagi! Yang paling mengharukan adalah bila beliau sendiri yang menyambut kelahiran bayi keempat beliau ini. Sedikit sejarah beliau; anak sulung cser kerana ‘fetal distress’ (well who doesn’t get cser-ed for fetal distress these days *roll eyes* – tiba-tiba je baby zaman sekarang dah tak pandai bawak diri dalam rahim mak dia..nonsense!), anak kedua beliau berjaya vbac, anak ketiga emergency cesarean sebab baby maintain transverse lying (melintang) during labor, dan kini anak keempat alhamdulillah VBA2C.

“Saya sangat bangga dengan awak! Saya dedikasikan khas entri ni untuk ucap tahniah pada awak!” Mmuahhhh!

Aku tertarik nak kongsi sedikit pengalaman yang beliau sudi kongsikan dengan aku sebelum ni. “Saya harap awak tak kisah ye saya share ni hehe”

Baby keempat beliau berada dalam posisi melintang semasa mengandung. Dia selesa dok macam tu. Jadi, beliau banyak mencuba teknik untuk menggalakkan bayi pusing head-down semula, antaranya teknik Forward-Leaning Inversion yang diajarkan oleh Gail Tully (a certified midwife from US) dalam laman SpinningBabies. Beliau juga mencuba kemudahan katil urut CERAGEM yang disediakan secara percuma oleh kerajaan. Kata beliau, katil CERAGEM tu mampu memberi kesan pada kesihatan dengan cara yang serupa dengan kaedah massage, accupressure, moxibustion dan chiropractic. Lepas pergi CERAGEM tu alhamdulillah baby pusing kepala bawah. Boleh rujuk poster CERAGEM di laman ini untuk maklumat lanjut: http://permatainn.blogspot.com/2013/01/rawatan-dengan-ceragem.html

Nak tunjuk gambar moxibustion takde pulak. Tapi yang pasti boleh pergi pusat rawatan akupunktur atau kedai singseh untuk beli kayu moxi tu, bersekali dengan arahan tentang cara guna. Insya Allah baby songsang (breech/kepala di atas) atau transverse (melintang) akan pusing kepala ke bawah lepas guna kaedah moxibustion ni, tak kira la buat di CERAGEM atau buat sendiri di rumah. Cepat jugak, dalam masa seminggu buat tu biasanya baby pusing dah kalau takde masalah.

Tahniah sekali lagi buat kawan aku ni sebab dah selamat VBA2C. Dapat sambut sendiri pulak tu. Yang paling menarik, bila sampai di Gombak Medical Center, misi pun dah tanda, patient Dr Noor Fidak memang selalu request natural birth. Makanya, bila dah sampai hospital tu, baby dah selamat dalam pangkuan mamanya, uri pun dilahirkan secara semulajadi tanpa disuntik pitocin, dapat buat delayed cord clamping, baby tak payah bagi antibiotik. Pendek kata, takde cucuk-cucuk, takde jahit-jahit. Semuanya berlaku secara semulajadi. Alhamdulillah semuanya selamat dan si ibu pun sangat gembira selepas 48 jam menahan sakit active labor.

Aku tumpang gembira, sebab aku tahu kawan aku ni memang berusaha gigih untuk pastikan dapat bersalin normal kali ni. Beliau tak pernah betul-betul masuk kelas AMANI, tapi beliau rajin ikut sharing session. Jadi kiranya beliau ni pun macam dah belajar AMANI Birth jugak la. Campur dengan research beliau sendiri. Itu yang aku rasa bangga dan terharu dengan dia. She deserves this.

Moral of the story, aku nak share dengan korang, kalau korang dah pernah cser, dan mahu bersalin normal selepas ini, korang kena tahu yang korang ada hak untuk mencuba (trial of labor after cesarean). Tapi untuk memastikan korang berjaya, ia memerlukan komitmen dan usaha yang tak berbelah bahagi, dan juga kepercayaan sepenuhnya pada Allah dan percaya bahawa Allah telah cipta tubuh kita ni dengan sebaik-baiknya. Mustahil Allah nak buat tubuh ibu yang nak melahirkan ni tak boleh berfungsi dengan baik. Tinggal kita je nak usaha macam mana. Kena kenal tubuh badan kita ni, sebab ni badan kita, dan baby kita tu membesar dalam rahim kita. Jadi kita lebih tahu keadaan kita berbanding orang lain, apatah lagi mesin yang kadang-kadang tak berfungsi dengan baik tu. Pastu kena belajar ilmu-ilmu nak bersalin, bukan pakai redah je (macam sesetengah orang fikir). Pastu kena belajar jugak untuk kenalpasti tanda-tanda bahaya yang memerlukan perhatian pakar. Pastu pandai-pandai la fikirkan apa yang terbaik untuk diri sendiri. Jangan lupa juga jaga kesihatan dengan pemakanan yang baik dan bersenam untuk memastikan peluang VBAC yang optima.

Sekian cerita tentang kawan aku ni, tak lengkap rasanya kalau tak cerita pasal 3 lagi wanita hebat yang juga berjaya VBA2c dan VBAC ‘against all odds’. Aku akan sambung dalam entri lain ok. Kang jenuh pulak korang nak membaca hehehe..

Gambar-gambar di bawah dikongsikan oleh kawan aku tu.. Lebih kurang macam ni la rupa CERAGEM tu..

Katil CERAGEM.. rasanya katil ni yang kawan aku cakap bule wat accupressure dan moxibustion tu..

Katil CERAGEM.. rasanya katil ni yang kawan aku cakap bule wat accupressure dan moxibustion tu..

IMG_0820

Ramai orang menunggu giliran.. tapi katil pun ada banyak..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>