Natural Birth? Gentle Birth? Apa tu?

Natural birth? Gentle birth? Apa benda tu?

Minggu lepas, ada seorang sister PM saya. Beliau sudah 37 minggu mengandung dan berhasrat untuk menghadiri kelas antenatal AMANI Birth. Katanya dah lama menyertai The Gentle Birthing Group, tapi baru sekarang berkesempatan untuk melihat-lihat apa yang ada dalam group tu. Beliau juga menyatakan hasratnya untuk mengemukakan birth plan beliau kepada doktornya.

37 minggu sebenarnya sudah agak terlalu lewat untuk menyertai kelas antenatal. Tapi saya pernah menyampaikan kelas secara intensif kepada ibu-ibu yang mendapat maklumat tentang kelas saya pada saat akhir iaitu di minggu 36, 37 dan 38 minggu. Kadang-kadang saya yang berdebar, takut tak sempat nak mengajar, takut si ibu terbersalin dahulu. Huhuhu. Sebaik-baiknya, kelas antenatal dihadiri secara mingguan bermula minggu ke-20. Saya harap selepas ini, umum mengetahui bila masanya untuk hadir ke kelas antenatal ye.

Berbalik pada cerita sister itu. Setelah beberapa hari menyepi, saya bertanya khabar beliau. Beliau menceritakan bahawa beliau sudahpun menyampaikan birth plan beliau kepada doktor dan doktor juga seakan bersetuju. Saya agak curious dan tertarik dengan keterbukaan doktor tersebut lalu meminta beliau kongsikan birth plan bersama saya. Manalah tahu, mungkin saya boleh membantu ibu-ibu lain dengan informasi itu.

“Saya cakap dengan doktor saya nak gentle birth. Doktor hairan, doktor tanya gentle birth tu apa? Saya pun tak pasti jadi saya tanya doktor gentle birth tu macam mana. Doktor pun kata, oh kat hospital ni memang semua gentle birth.”

Ok sejujurnya saya memang terpana dengan jawapan beliau. Speechless sekejap, tapi somehow saya dah jangka yang beliau memang belum bersedia dengan informasi yang sepatutnya. Sejujurnya juga, berdasarkan pengalaman saya dengan ibu-ibu lain, saya merasakan bahawa beliau akan end-up dengan mengikut bulat-bulat apa saja yang dicadangkan oleh doktor. Melainkan beliau mengikut saranan dan tips saat akhir yang telah saya berikan. Saya amat berharap beliau sempat membuat homework yang saya berikan, kerana dalam hati saya merasakan yang doktor itu ada hasrat untuk induce beliau, memandangkan doktor berkali-kali memberi hint ke arah itu. Susah nak cari hospital yang betul-betul amalkan gentle birth, melainkan Hospital Pantai Bangsar. Itupun atas permintaan.

Jadi, apa sebenarnya gentle birth dan apa itu natural birth?

Secara prinsipnya, gentle birth adalah kelahiran yang memberikan rasa tenang, selesa dan gembira kepada ibu dan bayi. Ya, saya kata IBU DAN BAYI. Bukan ibu sahaja. Kerana bayi juga adalah manusia yang punya perasaan dan memori, walaupun masih belum pandai berfikir.

Natural birth pula adalah kelahiran secara semulajadi, 100% sepertimana yang Allah telah rekacipta, iaitu 100% kerja keras tubuh si ibu dengan kerjasama bayi, tanpa campurtangan prosedur perubatan mahupun sebarang jenis ubat-ubatan. Cuba renungkan, Allah itu Maha Adil, takkan Allah nak cipta si ibu boleh mengandung tapi tak mampu beranak? Mesti boleh, tinggal kita je yang kena buat persediaan mental, fizikal dan emosi. In fact, kalau kita kena campak tengah hutan pun, kita tetap boleh beranak jugak, tak perlu ke hospital bagai pun. Tak perlu epidural, induce, tak perlu gunting-gunting, tak perlu cucuk-cucuk sana sini. Kisah Siti Maryam alaihassalam melahirkan Nabi Isa alaihissalam adalah contoh terbaik untuk direnungkan, begitu juga kisah Siti Hawa alaihassalam melahirkan kesemua anaknya. 😀

Bagaimanakah rasa tenang, selesa dan gembira itu?

Sewaktu proses kelahiran berlangsung, bermula dari early labor hinggalah active labor, si ibu diberi peluang dan sokongan untuk menghadapi rengat (contractions/labor sensations) dalam keadaan tenang tanpa gangguan. Si ibu diberikan ruang dan privacy untuk bergerak mengikut naluri dan keselesaan beliau (berbanding hanya berbaring di atas katil dan terikat dengan mesin ctg)  dan fokus pada relaxation techniques. Dalam keadaan yang tenang tanpa  gangguan ini, beliau mampu bekerja menggunakan kekuatan tubuh dan minda beliau dengan bantuan peranan sekalian hormon yang telah diciptakan oleh Allah untuk membantu kelahiran. Proses kelahiran sebegini tidak memberi tekanan pada ibu dan bayi, apatah lagi meninggalkan trauma kerana ia memberi peluang pada si ibu dan bayi mengeksplorasi laluan kelahiran (birth canal) yang unik mengikut ritma mereka sendiri, tanpa tekanan dari mana-mana pihak.

Selepas kelahiran, ketenangan dan kegembiraan yang dirasakan selepas bayi lahir itu akan membuatkan si ibu lebih ceria dan merasakan kepuasan serta kegembiraan yang memuncak. Bayi pula akan lebih tenang dan jarang menangis.

Adakah ia bermaksud doktor tidak berperanan?

Secara amnya, tubuh wanita sudah diprogramkan oleh Allah untuk tahu bagaimana menjaga bayi dalam kandungan sewaktu mengandung, dan melahirkan. Dalam masa yang sama, tidak dinafikan adakalanya timbul masalah dan bahaya pada ibu dan bayi. Di sinilah letaknya peranan kakitangan perubatan. Mereka memberi peluang si ibu melakukan ‘tugas’ mereka untuk melahirkan, dan mereka hanya memerhati dan bersedia untuk bertindak jika muncul tanda bahaya. Di negara-negara yang mana khidmat perbidanannya (maternity care) diketuai oleh bidan (midwife), inilah yang dilakukan oleh bidan, manakala di negara yang mana khidmat perbidannya diketuai oleh doktor, doktor memantau gejala berisiko dan bertindak sebelum risiko itu betul-betul berlaku. Kerana itulah cesarean rate meningkat.

Jadi, bagaimana mencapai perasaan tenang, selesa dan gembira itu?

Cari ilmu tentang apa yang berlaku semasa mengandung dan semasa kelahiran. Buat research. Ada banyak sumber sekarang, asalkan pandai cari je. Internet, kelas antenatal seperti AMANI Birth atau hypnobirthing, buku-buku dan banyak sumber lagi. Jangan malas!

Ok cakap banyak pun tak guna, saya kongsikan video yang saya jumpa di laman Spinningbabies.com. Renung-renungkan dan selamat menikmati keindahan ciptaan Allah! :)

http://www.youtube.com/watch?v=R_DQgKMxI8Q

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>