Homeschooling & I: Aiman dan Cakerawala

Dah lama aku tak update pasal aktiviti homeschooling aku kat rumah, sebab aku agak sibuk dengan tugasan AMANI Birth. Jadi, anak-anakku pandai-pandai sendiri la cari apa dia nak belajar. Sekali-sekala aku bantu, tapi kebanyakan masanya suami aku yang take charge. Jadi, alhamdulillah Abang Aiman dan Irfan tetap belajar banyak benda walaupun mama dia busy dengan tugasan.

Nak cerita kat sini, kalau korang biasa follow posting aku pasal homeschooling sebelum ni, aku banyak jugak guna gadget untuk mengajar anak-anak sebagai alat bantu mengajar. Walaupun banyak orang share dalam FB pasal post2 dari pakar-pakar tertentu yang selalu dok pungpang pasal kesan negatif gajet pada anak-anak, aku takde la nak kesah sangat sebab bagi aku, aku tahu apa yang aku buat, dan aku memang awasi anak-anak bila guna gajet, dan aku awasi perkembangan dan hasil penggunaan gajet tu. Jadi, selagi korang tak bagi total freedom pada anak-anak bila guna gajet, korang tak payah la dok risau sangat. Yang penting, pengawasan.

So apa yang Abang Aiman dah achieve sepanjang Mama busy dengan AMANI Birth ni?

Rasanya macam banyak jugak nak list down ni. OK kita start satu persatu.

Hari tu mama ada belikan set belajar menulis untuk Aiman. Belajar tulis ABC, 123 dan AlifBaTa. Alhamdulillah Abang Aiman pun semangat menulis guna marker pen. Bila dah siap, sapu balik bersih-bersih dengan tisu. Tapi mencabar jugak nak suruh dia menulis tu. Sebab Abang Aiman rupanya berminat dengan marker pen tu, bukannya berminat nak menulis. Jadi, nak kena pujuk lebih sikit nak menghabiskan semua huruf. Pastu kalau mama bangun pergi kat Irfan pulak, Abang Aiman berhenti menulis dan sibuk dok main dengan kad menulis tu pulak. Haih.

Ingatkan dah cukup la belajar menulis guna marker. Suatu hari, Abang Aiman bawa balik homework matematik. Kena berlatih tulis nombor 1 dan 2. Aku tengok dia bawak balik buku, aku dah seriau. Sebab Abang Aiman tak pernah nak menulis. Bila bagi dia kertas dengan pensel, pen, krayon, pensel warna, cat air, apa saja lah, dia akan menulis dan mewarna sekejap je. Lepas setengah jam, dia guna alat-alat tu untuk buat trek kereta. Jadi, korang boleh bayangkan tak betapa susahnya nak menghabiskan satu mukasurat menulis nombor-nombor tu? Memang migrain mama dibuatnya heheh.

Pendek kata, Abang Aiman memang tak berminat sangat nak belajar membaca dan menulis. Mama hairan jugak sebab memang totally opposite dengan mama kecil-kecil dulu. Jadi, aku cuba explore apa yang dia sebenarnya suka, selain dari bermain lego dan blocks macam aku cerita dulu kat link ni. Maka aku temukan jawapannya dalam kombinasi ipad dan buku grolier. Ingat tak aku pernah cerita dulu pasal grolier kat sini? Dulu, Aiman cuma minat baca buku “Planes Have Wings” dalam set grolier tu. Tapi tiba-tiba dia dah kembangkan minat dia untuk belajar pasal planet dan angkasa pulak. Ok fine kita ikut je. Ilmu space science pun bagus juga :) Maka Aiman pun rajin la membawa buku “Stars Twinkle” ke sana kemari semata-mata untuk belajar pasal cakerawala. Korang boleh tanya dia, planet apa yang paling panas dan planet apa yang paling sejuk, kenapa planet tu panas dan kenapa planet tu sejuk, planet apa yang berwarna merah dan kenapa dia berwarna merah, planet apa yang paling cantik, dan apa yang ada dalam astroid belt? Insya Allah dia boleh cerita. Belajar dari buku ni saja tak cukup, sebab cuma ada gambar, dan tak nampak real. So, Papa Aiman buat inisiatif yang best macam biasa, carikan video pasal sains cakerawala dalam youtube. Versi budak-budak pun Aiman layan, versi National Geographic pun dia layan sampai habis! Budak-budak ni dia tak perlu faham bahasa tinggi-tinggi pun, bila dia tengok video tu, otak dia sama berputar nak proses ilmu yang dia dapat dari video-video tu. Jadi, bila kita tunjuk kat dia kedudukan planet dan bintang di langit pun, dia boleh faham, dan boleh nampak apa yang kita maksudkan. Bukan hanya mendongak kosong ke langit. Lebih menarik lagi, dia akan kumpul bola-bola dia pelbagai saiz, susun atas lantai pastu panggil, “Mama, Aiman buat planet!”. (Aiman dah lancar bertutur sekarang, menginjak usia 4 tahun minggu depan, dia dah tak pelat sangat, sikit-sikit je). Bola paling besar dia letak di tengah (Musytari). Salah satu bola tu dia masukkan celah donut dan dia letak sebelah bola yang paling besar (Zuhal la tu).  Bola paling kecil untuk Neptune dan Pluto. Kadang-kadang, dia guna play doh untuk bentukkan bola-bola pelbagai saiz mewakili kesemua 9 planet (yes, Pluto dah kembali diwartakan sebagai planet). Yang tak tahannya bila setiap kali dia mandi, dia nak bawa kesemua planet tu masuk mandi sama-sama dengan dia. Kalau bola ok la, kalau playdoh, habis hancur terkena air.

Antara buku dari set Grolier

Antara buku dari set Grolier: ketiga-tiga buku ni yang Aiman selalu bawa ke hulu ke hilir sampai lunyai

Selain dari sains cakerawala, Abang Aiman juga sedang belajar tentang sains pergunungan. Dia sedang belajar tentang jenis-jenis gunung. Tapi tak habis belajar lagi, sebab agak sukar nak bagi dia nampak pergerakan plat bumi yang membentuk gunung-gunung.

Ok sampai sini dulu. Nak pergi ambil Aiman di sekolah. Minggu depan birthday Aiman :)

Lain kali cerita pasal perkembangan Irfan pulak :)

Adios!

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>