Kelas Intensif AMANI Birth di Kota Bharu

Assalamualaikum,

Sukacitanya saya ingin mengumumkan yang saya akan mengadakan kelas intensif persediaan kelahiran AMANI Birth di Kota Bharu sempena cuti sekolah bulan Jun nanti.

Butir-butir kelas tersebut adalah seperti yang tertera di dalam gambar di bawah:

amani-kb

Rasanya dah lengkap informasi untuk kelas tu dalam poster ni. Apapun, dipersilakan menghubungi saya secara terus melalui fb Liyana Helmy atau hantarkan emel kepada izyanliyana@gmail.com atau boleh juga hantar pesanan sms/whatsapp ke nombor dalam poster ni. Satu kelas adalah terhad kepada 4 pasangan sahaja dan anda akan diberi buku “AMANI Birth Student Workbook” seperti dalam poster.

Untuk maklumat lanjut tentang kelas AMANI Birth ni, saya sertakan sekali 20 prinsip asas yang membentuk silibus AMANI Birth seperti yang ditunjukkan dalam gambar di bawah:

amani

AMANI Birth menekankan konsep kelahiran sebagai ibadah kepada ALLAH bila mana si ibu berserah sepenuhnya kepada ALLAH dan berdoa semoga ALLAH mempermudah urusan kelahiran anaknya.

Di samping itu, adalah menjadi tanggungjawab bakal ibu dan bapa untuk memastikan bakal ibu itu menjaga pemakanan beliau dan bersenam, serta menjaga kesihatan emosi supaya dapat memastikan si ibu dan bayi kekal sihat untuk mengurangkan risiko komplikasi sepanjang mengandung dan ketika bersalin kelak.

AMANI Birth juga mementingkan para ibubapa belajar membuat keputusan bermaklumat sejak anak masih di dalam kandungan sebagai langkah pertama menuju ke alam keibubapaan.

Nak tahu apa yang akan dipelajari dalam kelas AMANI, boleh rujuk carta di bawah:

AMANI modules
Menariknya 20 topik dalam silibus AMANI Birth ni dibahagikan mengikut tema: Assisting Mothers for an Active, Natural and Instinctive Birth.

Modul Assisting ditujukan khas untuk para suami dan siapa saja yang menemani si ibu semasa hamil dan bersalin.

Modul Mothers pula khusus untuk membincangkan apa yang berlaku pada si ibu sepanjang kehamilan, semasa kelahiran dan selepas kelahiran.

Modul Active membincangkan persiapan yang boleh dilakukan oleh si ibu untuk memastikan dirinya kekal sihat sepanjang kehamilan, sekaligus mengurangkan risiko komplikasi sewaktu mengandung dan sewaktu hendak bersalin.

Modul Natural membincangkan apa yang normal dan apa yang tidak normal, supaya si ibu tidak menggelabah tidak bertempat dan mengambil tindakan yang wajar jika berlaku komplikasi.

Modul Instinctive membincangkan peranan hormon yang membantu proses kelahiran dan juga kepentingan mempercayai “Naluri” si ibu untuk memberitahunya jika ada yang tidak kena.

Secara ringkasnya macam tu la. Nak tahu lebih lanjut kena datang kelas ye. :)

Lain kali sambung lagi Insya ALLAH..