AMANI Birth CBE & Doula In Training

Ingat tak beberapa bulan lalu, aku ada cerita yang aku pergi workshop untuk menjadi AMANI Birth childbirth educator dan doula? (Boleh klik sini untuk ceritanya)

Tak tahu apa itu AMANI Birth? Klik di sini.

Alhamdulillah, setelah beberapa bulan berhempas-pulas, aku telah menamatkan academic requirements dan mendapat kebenaran mengajar silibus AMANI Birth dan menggunakan nama AMANI Birth untuk menjadi doula.

Sekarang aku dah jadi AMANI Birth Childbirth Educator and Doula In Training! :)

Lepas ni akan berusaha untuk dapat full certification pulak. Insya Allah.

Serentak dengan hari aku mendapat berita ini, aku juga mendapat berita bahawa dua orang sahabat baik masa belajar dulu mendapat tawaran kerja di Airbus. Aku turut gembira macam aku yang dapat kerja kat Airbus. Aku doakan semoga kerjaya mereka terus cemerlang dan dimurahkan rezeki.

Suatu masa dulu, aku pernah menanam azam untuk memohon kerja dengan Boeing. Namun, aku juga sudah berniat, andai jodohku yang sampai dahulu sebelum aku sempat memulakan karier, maka aku tanpa berfikir dua kali akan menjadi stay-at-home-mum. No thinking twice. Antara keluarga dan karier, aku tetap akan memilih keluarga. Aku mahu anak-anakku sentiasa dapat melihat mama mereka di depan mata sepertimana aku suka dapat melihat mama aku sepanjang masa.

Takdirnya, aku bertemu jodoh waktu presentation final year project di semester terakhir. Maka aku tahu yang takdir aku bukan dalam bidang kejuruteraan aeronautik, tapi menjadi home maker.

Ia bukan jalan yang mudah kerana boleh dikatakan aku sentiasa teringat bidang kejuruteraan yang sangat aku minati. Tapi setelah hampir 5 tahun menjadi isteri dan ibu sepenuh masa, aku merasakan pilihanku dulu adalah sangat berbaloi. Lebih-lebih lagi setelah aku menemui bidang kedua yang aku sangat cintai, iaitu kelahiran alamiah dan yang berkaitan dengannya seperti penyusuan, babywearing dan attachment parenting. Family and natural childbirth will be the two things that I will work for, for the rest of my life.

Goodbye aeronautics, and hello AMANI Birth.

************************************************

Seandainya anda sampai ke blog ini melalui forum cari, saya sangat berharap supaya anda dapat mempelajari sesuatu dari blog saya. Itu lebih berfaedah dari mengumpat dan mengetawakan pengalaman pahit orang lain. Ia menunjukkan betapa tidak matangnya pihak yang rajin sangat printscreen blog saya lepas tu ketawakan saya ni. Obviously anda belum pernah menjadi seorang ibu, kerana ibu yang pernah merasa sakitnya bersalin tidak mungkin akan mengetawakan pengalaman pahit ibu lain ketika melahirkan. And apparently anda juga masih terlalu baru dalam bidang perubatan to realise the reality of maternal healthcare di Malaysia dan serata dunia. Amat malang jika anda hanya berpandu pada buku “Obstetrics by 10 Teachers” dan 2,3 buku zaman belajar yang lain tu. Broaden your horizon and keep on learning.

2 thoughts on “AMANI Birth CBE & Doula In Training

  1. congrats liyana! Im happy that you’ve got your certifications :)

    only ppl who’s been in our shoes understands how it feels to be not in control of what’s happening.

    I was threaten about the things that may go wrong if i vbac after 1yr of gap and was directly scheduled to be under the knife for the 2nd time for the reason of “poor spacing”.

    a decision that i regret before but now i finally learned to accept.
    should have known better, but i try to find the silver lining beneath it :)

    Cheers,

    Zahra

  2. I do believe in the path you’re choosing. Bukan mudah mendidik dan mengubah mereka keluar dari “sistem”. Ilmu Allah terlalu banyak lagi untuk di treasure dan tak salah untuk bow down your professional cert for the sake to learn more and be a good Muslim/Muslimah. Alangkah indahnya jika graduan2 yg lahir tu bukan untuk to feed the system perhambaan kapitalis moden (wang adalah tuhan), tetapi menjadi pelapis cendekiawan Islam seperti Ibnu Sina. Di sisi Allah, keimanan itu yg dikira, bukan gaji mahupun title Dr. yang menjadi priority. Harmoni dan bijak bukan sistem Allah ni.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>