Homeschooling & I: Projek Aiman~

Assalamualaikum,

Honestly, this entry is waaaaay overdue. In my last homeschooling entry, aku ada cakap pasal betapa susahnya nak ajar Aiman membaca sebab dia dah tak nak duduk menghadap buku dan belajar macam masa dia kecil dulu. Aku seboleh- bolehnya nak tengok dia pandai membaca seawal tiga tahun. Nak lawan rekod mama aku ajar aku sampai pandai membaca pada usia empat tahun. Tapi oleh kerana Aiman tak nak belajar membaca dan nampaknya lebih berminat bermain Lego dan blok kayu, maka terpaksalah aku biarkan dia buat eksplorasi ilmu dengan cara dia sendiri. Yang penting dia tetap nak belajar kan!

Menariknya, dalam eksplorasi Aiman kali ni, Papa Aiman pun involved sekali dengan menggunakan alat bantu mengajar yang sangat menarik iaitu Youtube dan ensiklopedia Grolier yang aku pernah tunjuk dulu kat link ni! Hasil bimbingan Papa, Aiman telah menghasilkan beberapa projek yang baik, cukup untuk membuatkan aku tersenyum lega.

So, meh aku nak sajikan biji mata korang dengan hasil projek Aiman bila mama dan papa bekalkan dia sekotak Lego dan blocks. Enjoy~

IMG_0109

Ini adalah asas binaan untuk projek Aiman

IMG_0110

Sedang asyik bekerja

IMG_0113

Kapal terbang

IMG_0112

Kapal terbang lagi

IMG_0107

Err.. tak pasti apa ni.. kereta bomba agakya..

IMG_0106

Helikopter

IMG_0118

Kapal terbang lagi, sambil tunggu Mama dirawat oleh chiropractor

Gambar di bawah ni menunjukkan model Antonov yang dibina selepas Papa Aiman menunjukkan video Antonov pada Aiman. Boleh search di Youtube atau tanya google images kalau nak tengok rupa sebenar Antonov ye. Bagaimanapun, Antonov is characterized by very long wings dan sangat lah banyak enjin tergantung pada sayapnya. Antonov adalah kapal terbang pengangkut (carrier), oleh itu ia memang sangat besar dan berat!

IMG_0114

Antonov versi Aiman

IMG_0119

Parking lot

IMG_0115

Aiman kata ni ‘house’

Gambar yang di bawah ni pula adalah jet pejuang Harrier yang Aiman tengok dalam Youtube dengan Papa. Gambarnya boleh tengok di link ni. Interesting~!

IMG_0117

Helikopter dan Harrier fighter jet

Sekian untuk cerita projek Lego Aiman. Lepas ni cerita lagi. Adios!

2 thoughts on “Homeschooling & I: Projek Aiman~

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>