Cerita Aku dan Chik

Pagi Jumaat yang lepas, tiba-tiba suami aku ajak aku balik ke rumah parents aku di Kota Bharu. Aku macam terkezut gak. Balik Jumaat lepas kerja pastu balik KL semula hari ahad. Sekejap je. Belum sempat hilang penat travel ke Kota Bharu, dah kena drive balik semula ke KL. Of course la kena drive. Bila dah 4 beranak ni, nak tempah tiket kapal terbang last minute dah tentu-tentu la kena bayar full fare. Bayangkan betapa mahalnya tambang pergi dan balik.

Maka malamnya, suami aku balik dari opis, aku pun dah bersedia menunggu dengan beg baju dan anak-anak yang dah siap mandi, kitorang pun berlepas. Menyinggah dulu ke Giant untuk cari LA Coffee yang Papa aku kirim, pastu ke rumah makcik aku di Subang untuk ambil wheelchair nenek aku yang dikirim oleh Mama. Oh ye, aku masih ada seorang nenek iaitu mak kepada Mama aku. Nenek-nenek aku dan atuk-atuk aku yang lain semuanya dah meninggal. Nenek aku yang masih ada sekarang ni duduk dengan mak aku di Kota Bharu. Aku panggil dia Chik.

Dipendekkan cerita, pada hari kitorang nak berangkat pulang ke KL, tiba-tiba Chik lain macam. Mak aku kata, tentu Chik tu tengah stres. Lama dia duduk dalam bilik air. Mak aku dah risau. Pintu bilik air berkunci. Bila dipanggil-panggil, Chik cuma jawab sepatah dengan suara yang lain macam. Akhirnya keluar juga dari bilik air setelah hampir 20 minit.

Risau la weh, kang entah pengsan ke dalam tu, camne nak buat!

Rupanya Chik duduk menangis dalam bilik air.

Rindukan anak-anak, cucu-cucu.. Tambah menghimpit jiwa bila merasakan diri bagai tak berguna lagi.. Nak makan kena orang hidang, lepas makan pun tak mampu nak angkat pinggan sendiri ke sinki. Pendek kata, semuanya kena harapkan orang! Chik rasa stres!

Kitorang pujuk Chik. Jangan menangis lagi Chik.. Semua orang sayangkan Chik, tak kisah nak berbakti pada Chik. Jangan la risau Chik, nanti kitorang balik lagi jenguk Chik.

Alhamdulillah akhirnya Chik senyum jua. Maka kami pun berangkat pulang dengan hati yang lega.

Dalam kereta, aku termenung. Sebanyak mana aku tak suka kena cser masa melahirkan Aiman dan Irfan dulu, aku terpaksa menerima hakikat yang pembedahan itu telah banyak mengubah diri aku. Antaranya, aku dapat memahami perasaan orang-orang tua yang telah hilang upaya. People who have become highly dependent on others.

Aku dapat memahami penderitaan fizikal almarhumah ibu mertuaku yang menghidap Parkinson; betapa susahnya bila diri tidak lagi ‘mobile’ dan bebas bergerak seperti orang biasa.

Aku dapat memahami tekanan emosi yang dirasai Chik; merasakan diri kurang upaya, terpaksa bergantung pada orang lain. Walaupun Chik masih lagi boleh berjalan perlahan-lahan, tapi Chik banyak penyakit, menyebabkan Chik tak dapat lagi bergerak bebas ke sana kemari.

Sesuatu yang ramai orang tak tahu, apabila tubuh badan dah tak kuat macam dulu, bila fizikal dah lemah, memang amat mudah untuk merasa tertekan.

Semuanya aku dapat rasai masa dalam tempoh berpantang. Badan yang masih sakit lepas operation, jaga anak-anak sendiri, nak buat kerja remeh-temeh pun tak mampu. Terpaksa bergantung dengan orang lain. Dua-dua kali kena cser, dua-dua kali la aku rasa sangat tertekan dalam tempoh berpantang. Hanya kerana badan yang masih sakit.

Itu sakit sementara je, bayangkan macam mana penderitaan arwah Mak, penderitaan Chik yang tak akan dapat sembuh seperti dulu lagi..

Mengingatkan aku, bahawa selagi kita tak memakai kasut yang sama dengan orang tu, kita tak layak nak komen dia. Kalau tak pandai nak beri kata semangat, kalau tak pandai nak ‘say the right things’, just keep quiet dan pergi main jauh-jauh. Selagi kita tak pernah rasa apa yang dia rasa, kita tak layak nak suruh dia bersyukur kerana itu ini. Dia bercerita, dia merintih, bukan kerana dia tak bersyukur. Tapi untuk meringankan beban di hatinya. Oleh itu, jadilah pendengar yang baik. Tak perlu cakap banyak pun takpe. Just listen!

Satu lagi, sebagai anak, kena rajin balik kampung jenguk ibubapa atuk nenek ye. Tak perlu tunggu cuti panjang, cuti weekend sabtu ahad pun balik je. Ibubapa tetap rasa gembira dapat tatap muka anak cucu walaupun sekejap. Yang lebih menggembirakan mereka adalah KESUNGGUHAN anak-anak untuk menjenguk mereka. Ibubapa faham dengan kesibukan anak-anak, tapi kalau nak diikutkan sibuk, memang memanjang sibuk. Kerja akan sentiasa bertimbun. Luangkan masa, balik lah jenguk mak bapak. Itu lebih berkat.

Syukur kepada Allah kerana suamiku tak berkira untuk memandu balik kampung sejauh Kota Bharu. Syukur juga kerana kami sekeluarga masih berpeluang, masih ada waktu dan masih mampu untuk menjelajah keliling Malaysia menjenguh Abah di Batu Pahat, dan Mama dan Papa dan Chik di Kota Bharu. Segalanya atas keizinan Allah jua..

Langkah kanan, dapat makan nasi ayam Mama.. uu sedapnyeee!!!

Langkah kanan, dapat makan nasi ayam Mama.. uu sedapnyeee!!!