Alergi dan Habbatussauda’

Dari kiri: Habbatussauda' (rupa sebenar), Kapsul Habbatussauda' 500mg, Minyak Habbatussauda'

Dari kiri: Habbatussauda’ (rupa sebenar), Kapsul Habbatussauda’ 500mg, Minyak Habbatussauda’

Assalamualaikum

Hari ni nak cerita pasal habbatussauda’ atau dalam Bahasa Melayunya bijian hitam. Orang putih panggil black seed. Nama saintifiknya nigella sativa.┬áKalau korang ada keluarga yang baru balik dari Mekah, mesti korang pernah tengok biji hitam ni. Rasanya Masya Allah sangatlah pahit! Lepas makan, rasa nafas pun panas. Nafas pun rasa pahit sikit. Tapi takde la sampai mulut berbau.

Tengok gambar kat atas tu. Yang paling kiri adalah biji habbatussauda’ dalam rupanya yang sebenar. Halus je. Yang tengah tu pula adalah serbuk habbatussauda’ yang diisi di dalam kapsul. Satu kapsul mengandungi 500mg serbuk habbatussauda’. Yang paling kanan pula adalah minyak habbatusauda’ yang asli tanpa dicampur apa-apa.

Antara ketiga-tiga bentuk habbatussauda’ ni, yang paling pantas memberi kesan adalah minyak habbatussauda’. Rasanya pun yang paling pahit dan paling panas di tekak. Aku pernah terkena serangan alergi yang sangat teruk sampaikan bersin tanpa henti sepanjang hari sejak pagi. Penat woo asyik bersin sampaikan tekak rasa perit, bahu dan seluruh badan rasa penat sangat. Tengahari aku makan kapsul habbatussauda’ ni, tapi macam tak berhenti jugak bersin, cuma kurang je tak seteruk pagi. So malamnya aku cuba yang minyak pula. Aku makan satu sudu besar. Alhamdulillah dengan izin Allah, keesokannya berhenti bersin dan saluran pernafasan aku rasa sangat clear. Kesannya memang cepat, padan dengan rasanya yang teramat pahit.

Jadi, aku sangat rekemen habbatussauda’ ni untuk orang yang ada allergy rhinitis, asma, bronchitis, sinusitis, resdung, selsema dan apa jua yang berkait dengan sistem pernafasan. Syaratnya, jangan lupa untuk tinggalkan makanan atau sebarang alergen yang menyebabkan alergi tu, sebolehnya cuba keluarkan kahak yang ada dalam tekak, jangan disedut atau ditelan pulak kahak tu. And definitely NO SMOKING.

Habbatussauda’ adalah makanan yang bersifat panas. So orang mengandung terutamanya kena berhati-hati kalau nak makan jugak habbatussauda’ ni. Jangan terlebih ambil sebab boleh keguguran. Makan yang kapsul ok la kot. Standard sukatan makan untuk orang dewasa adalah 2 gram sehari (4 kapsul) ataupun 1 sudu besar (minyak habbatussauda’). Untuk kanak-kanak pula 1 sudu teh sehari.

Aku punya habbatussauda’ ni aku kirim dari adik aku yang belajar kat mesir, kebetulan dia nak balik cuti semester. Sebelum ni, dapat dari keluarga yang balik dari mekah. Ada orang kata, boleh beli habbatussauda’ ni kat kedai-kedai arab.

Wallahu A’lam

*disclaimer: not intended as medical advice. tidak bertujuan menggantikan nasihat perubatan.

7 thoughts on “Alergi dan Habbatussauda’

  1. Somehow end up kena resdung dan alergi semula..after 17years. (somehow it sound too old)
    At first kena sebijik macam citer hitch, 2jam lepas makan seafood. terpaksa cari air kepala..minum macam nk buang racun je.haha then semenjak hari tuh sentiasa naik ‘beddil’ merah macam kena gigik nyamuk sebesar telapak tangan yang tak tahu dari mana puncanya..walaupun pedih nak garu tp sebab sibuk kerja jadi biarkan aje..smpai ptg atau tghari dah surut dah..3hari lepas bangun dgn mata bengkak..(aiseyy macam kena tumbuk laa pulak)..mula2 ingat alergi..rupa2nya sinus dah kembali..subhanalLah..jadi start laa men’consume’ habbatussauda’..moga2 Allah mudahkan proses penyembuhan..in sya Allah

  2. saya try guna minyak sapu atas tangan anak yg ada eczema, Alhamdulillah banyak perubahan. kalau gatal2 biasa tu lagi cepat kesannya.

  3. Pingback: Alergi dan Habbatussauda’ (dan kawan-kawan) | liyanahelmy

  4. habbatussauda memang mantap, saya hari hari minum 1 sendok pagi, 1 sendok malam sebelum tidur, alhamdulillah tak pernah penat hari hari, badan selalu segar.

  5. habatus sauda memang terbaik….saya ada resdung kronik dah 12 tahun…hidung sentiasa kuar lendir warna hijau dan berbau busuk..sehingga hampir menyerang mata sebelah kiri…..setelah mengamalkan habatus sauda ALHAMDULILLAH…
    Resdung saya amat berkurangan…kini tidak lagi berkahak,berlendir,bersin,…tekak hidung suma rasa kering dan lapang….batuk pun tiada.

    syukur ALHAMDULILLAH kerana menemukan saya dengan herba
    arab yang sungguh ajaib ini…..
    jika ingin kan maklumat lanjut dan testimoni contact saya da
    0193057090

    saya sedia membantu anda..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>