Some Overdue Wishes

Assalamualaikum

Dalam entry kali ni, aku nak buat beberapa ucapan yang dah wayyyyy overdue.. Syawal pun dah abis.. tapi better late than never kan.. so belasah je la.. hehehe

Pertama: SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI kepada semua sanak saudara, rakan taulan yang mengenali kami sekeluarga. Maafkan segala salah dan silap dan mintak dihalalkan segala yang termakan terminum dan terpinjam tak pulang.

Raya tahun ni kitorang beraya di Kota Bharu. Alhamdulillah, sempat jugak menziarah saudara mara yang tinggal berdekatan walaupun ramai jugak yang tak sempat diziarahi. Terima kasih kepada saudara mara dan sahabat handai yang telah datang memeriahkan aidilfitri di rumah kami. Dayah, Mekbil, terima kasih sebab datang rumah saya. Saya tak sempat nak gi rumah korang. Ajah, if you are reading this, sorry sangat-sangat tak sampai jugak ke rumah awak. Tetamu datang tak putus-putus.

Finally, dapat jugak tayang gambar satu keluarga. First aidilfitri bersama Irfan. Tak la vogue macam gambar first raya bersama Aiman dulu (I think it’s the background), tapi OK la tu. Ada la jugak dari takde kan. Rasa macam ala kadar je, maklum la nak control DUA BOYS. Elok yang ni dah senyum, yang sorang lagi plak struggle nak turun dari pangkuan, dan sebaliknya.

1 Syawal 1434 H Kota Bharu

1 Syawal 1434 H
Kota Bharu

Kedua: HAPPY 1ST BIRTHDAY IRFAN!

Screen Shot 2013-09-18 at 4.53.37 PM

Amin Amin Amin.. Hadoi pemalas betul nak menaip. Copy paste dari FB je terus hehehe.

Sejak seminggu sebelum birthday Irfan lagi aku dah excited. Rasa excited sebab mengenangkan baby yang aku lahirkan, besarkan bulan demi bulan, baby yang suka terjun dari katil tapi tak nangis, dah cukup 1 tahun! Lepas ni kalau orang tanya umur berapa, tak perlu dah cakap bulan. Cakap tahun terus.

Hari ulangtahun kelahiran Irfan juga mengimbau kembali kenangan merasa sakitnya nak bersalin, dan cubaan VBAC yang digagalkan oleh doktor aku sendiri. Well, so tempted to call her ^&*$%#^ tapi fikir-fikir balik macam takde faedah pulak. Dia bukan tahu pun. So biar je la.

Maybe bila-bila rajin nanti aku akan tuliskan birth story Irfan pulak.

Adios~

2 thoughts on “Some Overdue Wishes

  1. Better late than never..haha..I just read this on the 1st of October.
    Nak Raya haji dah..and again will be in KL after eid.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>