Homeschooling & I: Reverse Engineering

Ferrari

Ferrari

Masa Aiman umur setahun lebih, dia ada satu hobi yang aku amat tak suka, iaitu mencabut bahagian-bahagian kereta mainannya. Habis semua kereta jadi rongak, kehilangan tayar, patah dan tercabut bumper. Rasa macam rugi sangat, beli mainan tapi habis dirosakkan. Lebih-lebih lagi mainan plastik. Memang sah-sah la tak sempat nak wariskan pada adik-adik.

Termasuklah juga mainan keretapi, bas, motosikal, helikopter, jet, semua lah! Tak kira lah plastik, die cast, apa saja! Asalkan dia boleh cabut, dia akan cabut.

Rasa semak sangat otak tengok tayar pelbagai saiz, bumper kereta, cermin sisi, tayar yang dah terpisah dengan rim, di atas lantai di segenap penjuru rumah. Seriously dia cabut SATU PERSATU, SETIAP BAHAGIAN yang dia boleh cabut dengan jari-jemari dia yang halus tu. Aduuu~

Aku adukan hal ni pada Mama aku.

My wise mother gave me the most brilliant idea ever!

“Kumpulkan semua parts yang tercabut tu, simpan dalam satu bekas. Bila dia dah besar, bagi balik kat dia. Nanti dia akan pasangkan semula semuanya.”

Sejujurnya, pada masa tu, aku tak yakin dengan idea tu. Tak dapat bayangkan Aiman nak sambung balik semuanya? Macam tak mungkin je. Mana Mama dapat idea tu ye, sedangkan seingat aku takde adik-adik aku takde yang macam tu?

Setelah beberapa tahun berlalu (sekarang Aiman dah 3 tahun), semalam tiba-tiba aku nampak dia bersungguh korek bakul mainan dia, sambil pegang kereta Ferrari dalam gambar ni. Aku malas nak tanya apa yang dia cari, tapi aku perasan lepas tu dia susun 4 biji tayar atas sofa, dan cuba pasangkan balik tayar tu pada kereta. Aku sangat terkejut! Ternganga kejap. Dia masih ingat pulak tu yang mana satu tayar untuk kereta Ferrari tu.

Tak sangka setelah hampir 2 tahun, dia betul-betul buat apa yang Mama aku pernah cakap dulu. Talk about wisdom.. huh! See? Mothers know best!

Mungkin dah sampai masanya aku bagi pada dia tayar-tayar trak mainan dia yang dah setahun duduk dalam handbag aku. Jasa Mamayok tolong kumpulkan kesemua tayar tu dulu.

Adios~!

 

5 thoughts on “Homeschooling & I: Reverse Engineering

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>