Penjaga Peti Sejuk

Rumah ni dah ada penjaga peti sejuk yang baru!

Penjaga yang baru ni berperanan menggantikan abang beliau yang dah bersara 2 tahun yang lalu.

Rummaging through.. cari apa-apa yang menarik..

Rummaging through.. cari apa-apa yang menarik..

Caught in action!

Caught in action! Buat muka macam Mama yang kacau daun pulak tu!

Catch of the day.. susu kotak Kholah

Catch of the day.. susu kotak Kholah

Bezanya, masa abang dia jaga peti sejuk tu, peti sejuk tu tak berfungsi. Oleh itu, Mama buat tak kisah je. Lagipun, Mama tak perlu bayar gaji. Sekarang ni, peti sejuk tu bekerja menyimpan banyak barang, oleh itu, kalau selalu ada orang nak jaga peti sejuk tu, habis la barang dalam tu rosak nanti.

Ni la kerja Irfan setiap kali Mama memasak kat dapur.

Alang-alang, ni la yang Mama tengah masak. Makanan Irfan!

Nasi Irfan sedang dimasak

Nasi Irfan sedang dimasak

Hari ni cuba resepi baru. Tumis bawang merah dan bawang putih guna minyak kelapa. Selalunya guna minyak zaitun. Pastu masukkan ayam, air, tomato cherry honey dan bayam merah. Pastu masukkan beras yang dah dibasuh. Menariknya, hanya dengan menggunakan minyak kelapa, rasa masakan ni sebijik macam masak lemak! Bau pun macam santan. Hmm ok jugak tu. Lain kali boleh buat lagi. Pasni bila dah masak, kena blend. Walaupun Irfan dah 11 bulan lebih, kadang-kadang dia tak kunyah makanan. Terutamanya bila dia makan carrot. Macam mana Mama potong carrot tu, macam tu la keluar balik bila dia yak-yak. So blend je la senang. Kadang-kadang, Abang Aiman pun tumpang sekaki makan nasi adik.

Huhuhu~

2 thoughts on “Penjaga Peti Sejuk

  1. aah kak noen, peti ais zaman 80an lagi tuh.. dah byk rosak sblm ni, tu yg beli peti ais yg satu lagi kat sblh tu, tp tengok2 lps tu bule baiki.. lepas baiki tak guna pun, cuma sejak adik saya bersalin baru guna semula sbb dia nk wat simpan stok ebm dia.. 😀

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>