Bestnya irfanwearing~!

Teruja nak menulis tentang suatu pengalaman baru berkaitan dengan babywearing. Semalam, kitorang satu keluarga keluar jalan-jalan ke Paradigm Mall seberang LDP tu. 10 minit je dari rumah, dan yang penting tak ramai orang sebab hari bekerja kan. Niat asalnya nak beli roti je, tapi ni la masalahnya kalau melencong niat, maka ada la duit yang terbang tu. Haish~!

Aku masuk ke kedai First Few Years dengan niat untuk meninjau jenis-jenis baby carrier yang dijual di kedai. Memang ada niat nak beli, tapi ingat nak survey dulu. Kalau diikutkan kat Fabulous Mom ada lagi banyak pilihan, dan di Tiny Tapir, dan di Mom’s Little Ones, Mom’s Care pun dengarnya ada jual jugak. Tapi entah bila la nak sampai sana. Kedai online pun banyak yang jual benda ni. Just make sure tak beli yang imitation ok.

Dipendekkan cerita, aku pun masuk, belek. Kat kedai tu ada jual carrier jenama Ergo dan BabyBjorn je. Satu, dua jenis je pulak tu for each brand. Very limited choice. Maka aku pun mintak la nak testdrive Ergo tu. Aku pilih Ergo Original sebab Ergo lagi satu tu (Ergo Organics), tersangatlah mahalnya! RM500 lebih! Baik jangan sentuh sebab mahal sangat kang tersangkut susah. Yang Original tu murah sikit.

IMG_3513

First time in soft-structured carrier

**Baju nursing jenama Aqeela dari butik Al Mumtaaz, Ergo SSC dan beg tangan tajaan Encik Yasser, seluar mama dan baju Irfan tajaan Puan Nik Yah, spek tajaan Encik Mustafa Kamal.. jurugambar Mokning.. terima kasih semua.. huhuhu macam retis pulak ­čśŤ

OK nak cerita sikit pasal carrier ni. Apa yang istimewa sangat sampaikan aku gi cari carrier baru pulak sedangkan aku dah ada carrier yang aku beli kat Mothercare dulu tu (ceritanya di sini)?

Ceritanya begini, aku ni sangat la malas nak mendukung anak-anak, sebab anak-anak aku ni berat. Mungkin la sebab aku yang tak cukup kuat kot. Tapi anak-anak aku ni terutamanya masa baby la kan, asyik nak suruh dukung je. Bila dukung, tangan lenguh. Maka sebab tu la aku sentiasa fikirkan cara untuk dapat dukung anak, dalam masa yang sama tangan aku free supaya aku boleh buat kerja lain dan badan pun tak lenguh.

Atas sebab ini la, sejak dari mengandungkan Irfan lagi aku dah rajin mencari baby carrier. So I ended up with a Mothercare 3-way carrier (gambar bawah). Takde la mahal sangat pun tapi sedap la jugak pakai. Aku pernah review antara carrier Mothercare dan Sweet Cherry di sini. Untuk pengetahuan korang, carrier jenis tu adalah crotch carrier.

IMG_3207

Irfan dalam crotch carrier jenama Mothercare

Tapi yang tak seronoknya, setiap kali lepas guna carrier ni, mesti bahu aku lenguh, pastu Irfan pulak macam tak suka je duduk dalam tu. Setiap kali aku letak dalam carrier mesti muka dia masam. Acah-acah pun tak nak senyum. Pastu bila nak pakai kat rumah pulak rasa macam lecehnya nak buckle sana buckle sini pastu kena tarik strap untuk kemaskan la. Renyah!

(Perkara pertama yang mesti dipastikan adalah baby carrier tu dah dipakai dengan cara yang betul.)

Akhirnya aku rasa tak gembira jugak sebab tak dapat nak guna carrier ni sepertimana yang aku nak.

Kebetulan ada kawan rekemen kat aku suruh masuk group Malaysian Babywearers. Aku pun join la, tapi rasa blur sebab tengok dalam group tu semua orang pakai carrier yang pelik-pelik yang aku tak pernah tengok orang pakai. So aku pun mula la follow group tu untuk belajar pasal babywearing (perbuatan menggendong bayi).

Sedikit sebanyak pengetahuan yang aku dapat tu la mendorong aku untuk tinjau carrier baru. Aku nak lepas ni bila aku kendong anak aku dalam carrier, aku rasa seronok dan anak aku pun rasa seronok duduk dalam carrier.

So, meh aku kongsi sikit apa yang aku belajar dari group tu. Aku cuba terangkan kat bawah ni.

Cuba korang tengok antara gambar pertama dengan gambar kedua ni. Nampak tak apa perbezaan antara kedua-dua carrier? Dalam gambar pertama aku menggunakan soft structured carrier (ssc) jenama Ergo Original manakala dalam gambar kedua aku menggunakan crotch carrier (cc) jenama Mothercare 3-way Carrier.

Bila Irfan duduk dalam ssc tu, kedudukan dia macam koala bear peluk pokok, iaitu tulang peha ke arah depan, which is the most ideal position bila duduk dalam carrier. Bila duduk dalam crotch carrier pulak, kaki dia tergantung macam tu je. Ia kurang baik untuk peredaran darah di bahagian kaki lebih-lebih lagi kalau duduk dalam crotch carrier tu untuk jangkamasa yang lama. Nak pulak bila dia menghadap ke depan. Lagi la NO NO. Memang sangat tak selesa. Mungkin sebab tu muka Irfan asyik masam je bila duduk dalam crotch carrier tu.

Satu lagi, design ssc memastikan yang berat Irfan ditampung sepenuhnya oleh kaki aku. Sebab tu la aku tak rasa lenguh langsung bila guna ssc. Sedangkan design crotch carrier pula mengagihkan berat Irfan ke bahu dan pinggang aku. Sebab tu aku rasa lenguh sangat.

Senang cerita, soft structured carrier adalah lebih ergonomik berbanding crotch carrier!

Menariknya, ssc boleh digunakan untuk front carry, back carry dan hip carry. Semalam aku dah cuba front carry dan back carry. Masa try front carry, dalam 5 minit je Irfan dah tertidur dalam tu sebab cozy sangat. Masa try back carry pulak, dia terlalu excited dan sibuk nak explore kiri kanan. Sengih memanjang. Aku pulak rasa macam bawak beg sekolah. Dahla cara pakai pun senang, macam cara nak pakai beg sekolah ke. Pakai hip support, sarung tangan kanan, sarung tangan kiri, klipkan buckle di dada dan jalan!

Kesimpulannya, guna ssc ni sangat sangat selesa. Selain ssc, ada beberapa jenis lagi jenis carrier yang lain seperti ring sling, mei tai, pouch dan wrap. Kalau ada rezeki, aku nak cuba jugak jenis-jenis yang lain tu. Makanya carrier Mothercare aku tu akan jadi perhiasan dalam muzium je la, kalau takde orang nak beli. Kalau korang berminat nak belajar pasal babywearing, boleh join group Malaysian Babywearers di Facebook.

Adios~ :)

4 thoughts on “Bestnya irfanwearing~!

  1. macam best je tengok baby duk dalam ergo ssc tu..saya pun tengah survey2 pasal ergo carrier gak..hehe..bte, terima kasih utk sharing yg menarik ni :)

  2. ergo mmg convenient bagi saya dan suami dan anak2.. apa pun just make sure awak beli yg original ye :) kalau yg ridiculously cheap tu mmg sah bukan ori la tu. bukan apa sbb it is not tested for safety. dah banyak org report kes buckle patah masa anak dalam carrier siap ada budak yg koma lagi :)

  3. As salam sis. Nak tanya, Ergo original yang sis beli ni berapa ye? Saya pon dah terbeli cc sweetcherry. Sekarang dah tau yang tu x bagus utk baby, kena tukar. Yang saya banyak tgk kat FB semuanya >RM500. Terima kasih.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>