Vaksin dari Sudut Pandang Neutral

[artikel ini adalah bersifat neutral. bukan nak menjatuhkan hukum, bukan nak menentukan pihak yang salah atau betul, apatah lagi nak mengeluarkan fatwa sendiri. sesuai dibaca oleh orang yang nak tahu pasal vaksin dari sudut pandang neutral]

Rasa semak otak pulak tengok orang dok berperang sesama sendiri pasal isu vaksin ni. Haih.. one thing i can say is, if you want to know which is true, or if you want to really understand the situation, you have to open your heart and listen to both sides. Aku kata LISTEN, bukan HEAR. HEAR maksudnya dengar sahaja, LISTEN pula maksudnya DENGAR DAN HADAM.

Kalau tak dengar both sides, cane nak adil dalam penilaian!

First rule of thumb, kalau kita nak tahu jawapan di sebalik sesuatu persoalan, is to have an open mind, be prepared to look and see what’s going on, dan apa sebab musababnya. Kalau approach orang dah siap dengan niat nak serang orang tu, memang dapat mesin gun je la. Cer kalu approach dengan sopan santun, takde orang nak marahnya.

Aku dok perati tengok dalam fb ni ada dua jenis manusia..

pertama: golongan pro-vaccine atau nama glemernya pro-vax

  • mereka ni adalah orang yang menyampah dengan orang-orang yang against vaccination. aku yakin sangat mereka ni adalah orang-orang yang tak pernah tengok anak beranak mereka yang jauh mahupun dekat terkena side effect vaksin. kalau kena pun memang sure diorang pun tak tahu yang itu adalah side effect vaksin. macam aku jugak la. sebelum ni tak pernah terfikir yang vaksin ni ada side effect. sejujurnya, sebelum ni, usahkan side effect, sebab nape kena vaksin pun aku tak pernah amik pusing. just buat sebab seme orang buat.
  • ada juga dalam golongan ni yang memegang fatwa bahawa vaksin itu harus seperti yang ditetapkan oleh majlis fatwa kebangsaan. so kalau orang kata dalam tu ada babi ke, monyet ke ape ke, takde masalah la sebab majlis fatwa dah kata harus. boleh cek laman web majlis fatwa kebangsaan untuk pandangan majlis fatwa terhadap vaksin-vaksin tertentu.
Majlis Fatwa Kebangsaan Malaysia

Majlis Fatwa Kebangsaan Malaysia

  • majoriti kaum doktor dan isteri/suami doktor juga berada dalam golongan ni. hujah popular yang aku selalu dengar, termasuk dari adik aku, adalah “you have no idea what we see in the hospital, orang sakit tibi, budak-budak kena measles sampai mati budak tu, bla bla bla and whatsoever.”

kedua: golongan yang menolak vaksin atau nama glemernya anti-vax @ pro-choice

mereka ini adalah orang yang memang tak nak vaksin. say no to vaccines. ataupun mana-mana ubat yang berasaskan dadah for that matter.

  • ada yang menolak vaksin sebab anak mereka, sanak saudara mahupun kaum kerabat dah terkena side effect vaksin yang teruk. so kalau doktor kata “you have no idea what we see in the hospital”, golongan ni pulak kata “you have no idea what we see happening to our baby at home after the jabs”. sebagai contoh, aku pernah tengok gambar baby umur 2 bulan yang kena lymphadenitis akibat suntikan BCG. sampai umur 6 bulan pun tak surut-surut lagi bengkak kat nodus limfa baby tu. well, lymphadenitis memang terkandung dalam senarai kesan AEFI serius (adverse effect following immunisation) yang dikeluarkan oleh kementerian kesihatan malaysia. boleh cek kat link ni.

Garis Panduan Farmakovigilans Keselamatan Vaksin di Malaysia

  • ada juga yang menolak vaksin kerana ragu-ragu dengan isi kandungan dalam vaksin tu. well, dalam vaksin tu sume memang pun ada macam-macam. bukan semata-mata dadah dan virus yang dilemahkan atau dimatikan. apa yang macam-macam tu korang boleh tengok kat link di bawah ni:

Ingredients of Vaccines – Centers for Disease Control and Prevention

  • satu lagi jenis manusia yang tak nak vaksin ni adalah orang-orang yang memang sejak azalinya lebih gemarkan sesuatu yang semulajadi. contohnya, bab makan pun takde nak makan processed food. banyak pengawet dan dah hilang banyak zat katanya. pastu ubat gigi, sabun mandi, shampu pun sume guna bahan-bahan semulajadi macam apple cider vinegar dan lain-lain. ataupun pakai organic-based products. kalau diorang ni sakit demam, diorang amalkan minum air kelapa, minyak kelapa dara, minyak bawang putih dan sebagainya. so orang-orang ni boleh dikatakan logik la kalau tak nak amik vaksin.

ok sape-sape yang suka panggil orang doktor ijazah google tu kan, meh nak habaq mai sket. link-link yang aku bagi kat atas ni, satu dari kementerian kesihatan malaysia, dan satu lagi dari centers for disease control and prevention iaitu agensi kerajaan Amerika Syarikat di bawah US Department of Health and Human Services. so jangan sesuka hati menuduh orang yang bukan-bukan sebelum korang sendiri tahu kebenarannya. nampak sombong gila weh berperangai macam tu. jangan le sombong sangat. Allah marah tau! entah-entah, orang yang korang kata doktor lulusan universiti google tu lebih terer dari korang bila bercakap bab vaksin dan perkaitannya dengan sistem dalam badan kita ni. apapun, berpada-padalah.

dalam masa yang sama, aku setuju dengan sharing seorang hamba Allah yang menyarankan ibubapa yang tak nak vaksin anak ni supaya share kan juga cara-cara mengenalpasti penyakit-penyakit yang ada vaksin tu dan cara mengawalnya. ada juga sesetengah budak yang diberi vaksin tu kemudiannya dijangkiti penyakit tersebut. oleh itu, aku rasa tak kira la korang vaksinkan anak atau tidak, korang tetap kena tahu pasal pasal penyakit-penyakit tu. Macam mana nak kenalpasti, macam mana nak kawal, apa tanda-tandanya anak tu kena dibawa ke hospital. Kalau korang sendiri ada pengetahuan ni, insya allah korang takkan panik dan tahu apa yang korang perlu lakukan.

Akhir kalam, vaksinkan anak ni adalah suatu usaha semata-mata. Ia berkesan untuk sesetengah orang, tidak berkesan untuk sesetengah orang yang lain, dan ia juga boleh memudaratkan orang-orang tertentu yang mempunyai alahan terhadap mana-mana bahan di dalam vaksin tu. Berkesan atau tidak vaksin itu kita serahkan pada Allah. Yang penting, jangan mudah menghukum kalau orang tu berbeza pandangan dengan kita.

Seorang cikgu aku, bila ditanya pendapatnya tentang nak amik vaksin atau tidak, telah menjawab dengan dua persoalan yang akan menjadi penentu:

  1. Camne kalau bila korang cucuk vaksin tu, dan anak korang terkena side effect, ataupun terkena reaksi alahan yang teruk dari bahan-bahan dalam vaksin tu, sedangkan niat asalnya vaksin tu nak suruh sihat dan bebas dari penyakit berkenaan?
  2. Camne pula kalau korang tak nak bagi vaksin, tapi tengok-tengok terkena penyakit tu sedangkan patutnya boleh dapat imuniti dari vaksin tu?

owh by the way, imuniti dari vaksin tu bukanlah imuniti sepanjang hayat. sebab tu ada dos booster. aku nak kongsi cerita pasal aku sendiri, masa mengandungkan Aiman, doktor cek paras imuniti terhadap Hepatitis B dalam badan aku adalah sangat rendah, so dia suruh aku pergi cucuk lagi kat klinik biasa. tapi bila aku pergi klinik biasa, doktor kat klinik tu tak nak cucuk aku pulak atas alasan yang aku tak berapa nak faham.

Sekian, yang baik itu daripada Allah dan segala kekurangan itu dari diriku sendiri..wallahu a’lam~

One thought on “Vaksin dari Sudut Pandang Neutral

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>