Alkisah Kerteh dan Teluk Cempedak

Dikisahkan, pada petang Isnin yang lalu, tiba-tiba suami aku hantar SMS ajak pergi Kerteh. Eh, guano pulok tuh? Ada apa kat Kerteh? Dipendekkan cerita, suami aku ada urusan kerja kat sana. Harapnya sempat la bermalam kat sana sambil-sambil mengimbau nostalgia berbulan madu. Malang sekali, takde bilik kosong di hotel yang kitorang nak tuju tu. Jadi kitorang pun tempah aje la bilik hotel di Teluk Cempedak. Takde la dekat mana dengan Kerteh, tapi tu kira dalam perjalanan balik la kan.

Naik kereta nak ambil Papa kat ofis

Naik kereta nak ambil Papa kat ofis

Maka awal Selasa pagi, sebelum Subuh lagi kitorang dah bertolak. Di kedinginan pagi, suami aku memandu dan anak-anak semua tidur dalam kereta. Mak dia pun tidur jugak, hehehe mengantuk la.

Lepas gedebak-gedebuk setel urusan yang berkenaan, bermulalah road trip kitorang menghala ke Kuantan pula. Masya Allah, tak dapat dibayangkan betapa tak menariknya pemandangan di kiri dan kanan jalan. Huhuhu. Hanyalah pokok, pokok dan pokok. Masa tu kitorang lalu Kerteh – Kijal – Kemaman – Kuantan. Bila dah rasa macam forever dok tengok pokok tu, tiba-tiba nampak bangunan yang cantik tersergam di dalam kawasan berpagar. Intai punya intai, ada tulisan “Faculty of Dentistry”. Eh UIA Kuantan rupanya! Oh, akhirnya sampai juga di bandar Kuantan. Alhamdulillah.

Jem tat! Alahai, nak sampai ke Teluk Cempedak tu jem pulak sepanjang jalan. Hahaha cobaan betol nak pergi berjalan kali ni. Irfan pulak dah bising mintak lunch. Makan dalam kereta je la jawabnya.

Akhirnya, setelah aku pun tak tahu berapa jam, sampai la juga di hotel yang kitorang tempah tu, Hyatt Regency Kuantan. Betul-betul tepi pantai Teluk Cempedak. First impression tengok hotel tu, waaaa cantiknya! Kecil je nampak dari entrance, rupanya bila masuk dalam, luas betul kawasannya. Betul-betul di sebelah kawasan hotel tu ada bangunan Burger King, KFC dan McDonald’s. Reasonable distance to walk from the hotel. Ada juga deretan kedai lain yang berhampiran. Kira best jugak la kawasan tu. Macam-macam ada.

Lepas check in, kitorang pun masuk ke bilik. Suami aku ambil bilik yang ada pemandangan pantai. Bila buka pintu, emm aku agak terkejut. In all my years of travelling aroung the world, ni la pertama kali aku tengok bilik hotel sekecil ni. Biliknya takde carpet, simply lantai mozek yang sama dengan mozek kat lantai luar bilik. King-sized bednya pun kecil je. Adakah bilik dan katil tu nampak kecil sebab takde carpet? Atau sebab kali ni keluarga aku dah berempat instead of berdua? Macam tak masuk akal pulak. Hyatt Regency is definitely not budget hotel, bahkan bintangnya sampai 5 bijik! This hotel has been around for a very long time and has a large chain of hotels worldwide. Mungkin sebab tu aku tengok design dia macam ketinggalan zaman sikit kot. *However, please note that bila aku nak masuk bilik ni, I was actually expecting of something like Grand Lexis. Hey! It’s HYATT what!* 😛

Lupakan dulu pasal bilik, kitorang pun turun semula ke Kampung Restaurant untuk makan tengah hari. Perut dah berbunyi dari tadi lagi.

Tengok dari jauh, nampak cantik restoran tu. Frankly, aku rasa tempat ni memang sangat cantik. Tapi rupanya, semua tu hanyalah first impression, which would not stick to me.

Bila dah duduk di meja, takde sape pulak datang nak bagi menu, apatah lagi nak ambil order. Waiter, aku nampak ada la dalam 6 orang juga, agak ramai nak dibandingkan dengan jumlah meja yang ada pelanggan. Majoritinya muka anak-anak remaja. Aku usha-usha, takde pulak papan tanda “Self-Service”. Kena panggil, baru waiter yang ada tu bagi menu. Haih~

Kampung Restaurant

Kampung Restaurant.. sengaja ambil gambar macam ni sebab nak highlight air laut yang biru :)

Dipendekkan cerita lagi, menu di hotel ni basically ada Nasi Goreng, Mi Goreng, Chicken Chop, Fish and Chips. Mana-mana hotel pun mesti ada 4 item ni. Selalunya rasa dia sama ada tak sedap ataupun ‘boleh la’. Selalunya la kan. Di restoran ni, aku order nasi goreng. Nasi goreng dia OK, cuma agak pedas untuk Aiman, ada sate ayam yang sedap, ada ayam bersalut tepung yang sangat hambar rasanya dan keropok udang yang dah lemau. Seriously, elok la cari makan kat luar dari makan kat hotel. Makanan di restoran biasa selalunya lebih kurang sama atau mungkin juga lebih sedap, dan harganya jauh lebih logik.

Dah setel makan, balik semula ke bilik. Berbalik pada cerita ketinggalan zaman tu, tang mana yang aku rasa ketinggalan zaman ye? Hmm first and foremost, it is not child-proofed. So kalau ada anak kecil terutamanya yang baya Aiman yang tengah lasak tu, memang agak bahaya. Terutamanya balkoni bilik tu.

Balkoni - depan

Balkoni – depan

Balkoni direka macam ni agaknya untuk jadi tempat jemur kain kot. Yang jadi masalahnya, Aiman boleh jenguk senang-senang je ke bawah. Cuba tengok gambar di bawah ni. Aiman dok usha ruang swimming pool sambil melepak kat atas dinding balkoni. Sebelah kaki di atas dan sebelah kaki di atas lantai. Riuh sekejap bila ada parents yang tengah teman anak mereka mandi dalam pool tu nampak Aiman nampak macam nak jatuh ke bawah. Mereka memanggil-manggil aku. Takut Aiman jatuh. Sebenarnya aku memang tengah mengawasi Aiman pun. Diorang je yang tak nampak aku. But I appreciate their concern. Pintu ke balkoni ni pun tak boleh ditutup rapat, apatah lagi nak dikunci.

Aku cari jugak borang untuk tulis komplen. Tapi tak jumpa. Hanya jumpa sehelai kertas ‘penghargaan’ kepada Tuan Pengerusi hotel (penghargaan la sangat!) yang dah diconteng oleh anak penghuni terdahulu. Hmm they don’t even bother to replace that form. Fine!

Balkoni - tepi

Balkoni – tepi

Well, this is all my personal opinion la, please don’t take it as a quality ranking whatsoever. Aku pun tak tahu kenapa aku asyik nak banding hotel ni dengan Grand Lexis. Maybe sebab bila Aiman dah makin lasak ni, child-proofed hotel room sangat penting bagi aku, dan di Grand Lexis, memang child-proofing dia aku suka. Siap ada reminder untuk parents lagi. King-sized bed dia pun memang as big as you can stretch. Puas hati! No complaints at all! But then, harga pun dah memang jauh beza kan so tak patut la nak banding hahaha.

Oh, have I mentioned that bila intai bawah katil tu, boleh nampak macam-macam? I was peeking to find Aiman’s toy car, dan aku nampak ada botol air la, selipar sebelah la dan macam-macam lagi. I am not going to say what we found in the toilet! 😛

Bad housekeeping, not child-proofed and certainly not hospitable!

Anyhow, yang seronoknya bilik airnya ada bath tub! Aiman la yang paling seronok berendam. Berjam-jam dia berendam dalam tu, berkali-kali keluar masuk balik.

Satu lagi, kalau pelawat hotel yang menginap untuk menikmati keindahan pantai, memang hotel ni sangat sesuai. Belakang hotel tu ada tangga untuk keluar ke tepi pantai, dan disediakan air untuk cuci kaki. Terdapat juga papan tanda dan bendera berwarna untuk memberitahu pelawat sama ada pantai itu selamat untuk mandi atau tidak. Pantai Teluk Cempedak ni pun memang sangat cantik! Airnya biru dan bersih. Ombak pun tak berapa kuat.

Finally, bila dah malam, Papa Aiman ajak balik tidur kat rumah. Hahaha terkejut tak! Obviously he’s not happy with the hotel. So, aku pun bungkus-bungkus kain baju, maka pulang la kami anak beranak. Tidur di rumah, walaupun takde aircond, jauh lagi best! Huhuhu!

Home Sweet Home~

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>