Marilah Mari.. Pergi Mengundi..

Musim pilihanraya dah hampir 3 minggu berlalu. Tapi aku baru nak tulis cerita pilihanraya pertama aku. Huhuhu memang lambat sangat sebab masa di Kota Bharu, aku tak bawak balik laptop aku, so kurang la feeling nak tulis blog. Pastu bila nak menulis kat PC plak, rasa sakit mata (makin tua dah mata aku ni). Skrin besar sangat, so banyak sangat cahaya yang masuk dalam mata ni. Akhirnya tak jadi tulis.

Maka di sini, aku coretkan pengalaman pertama aku yang sangat best campur tak best.. hehehe..

Alkisahnya pusat mengundi aku adalah di Dun N9 Kota Lama dan Parlimen P 021 Kota Bharu. Suami aku pulak mengundi di Cheras, di kawasan parlimen yang sekarang di bawah tanggungjawab Tan Sri Khalid Ibrahim. Kalau ikutkan, asalnya rasa macam tak dapat la nak balik mengundi tahun ni. Memikirkan nak travel dengan anak kecil, balik mengundi sehari pastu balik KJ semula, mesti memenatkan. Tapi tanpa disangka-sangka, suami aku kena attend Oil and Gas Conference di Houston, Texas selama seminggu. Apa lagi, bos takde ni, balik je la Klate! Huguhuguhugu~

Sampai di Kelantan, dalam perjalanan dari airport ke rumah aku di Jalan Bayam, aku tengok dah meriah poster bergantungan di sana sini. Memang beraya poster! Siap ada kapal terbang mini yang dibina oleh penyokong PAS lagi. Makin bersemangat la rasanya nak mengundi! By the time sampai rumah, …

Membangun bersama Islam

Membangun bersama Islam

Hmm nak tergelak pulak tengok-tengok ada bendera PAS besar terpacak kat pagar rumah. Rumah aku ni tepi jalan besar. Jalan yang nampak tu la namanya Jalan Bayam. Eh semangatnya Papa ni pacak bendera PAS! Mana dia dapat?

Rupanya jiran kitorang yang pacak. Yang menariknya, rumah-rumah yang sederet dengan rumah aku pacak bendera PAS, manakala deret rumah berhadapan pulak pacak bendera BN dan banner UNDILAH BARISAN NASIONAL. Kalau korang nak tahu, semuanya pun rumah saudara mara aku jugak. Memang best la tengok suasana tu. Perbezaan diraikan, maka kita akan nampak variety. 😀 Tak perlu la sampai bergaduh saudara mara kan.

Di tempat aku ni, calon PAS menentang calon BN. Muka-muka yang dah familiar bagi aku. Calon DUN adalah Dato’ Anuar Tan (PAS) yang merupakan penyandang kerusi sejak PRU 11 kalau tak silap dan Encik Tan Ken Ten (BN). Calon bagi parlimen pula adalah Dato’ Takiyudin Hasan (PAS) dan Datuk Mohamad Fatmi Che Salleh (BN). Oh have I mentioned that pusat mengundi aku adalah di Maahad Muhammadi Perempuan, Jalan Merbau? That was my high school, u know. Batch SPM 2001. So secara otomatiknya aku lebih excited! Mama, Papa dan adik-adik aku Syazwan dan Ayuni pun mengundi di pusat yang sama. Malangnya Syazwan dan Ayuni tak dapat balik sebab masing-masing tengah exam dan sibuk dengan sekolah.

Jam 12 tengah hari, Papa, Mama, adik-adikku Mu’azam dan Humairaa’, anak-anakku dan aku keluar untuk mengundi. Papa yang dah beberapa hari demam tiba-tiba jadi sihat dan bersemangat untuk mengundi. Aku, Papa dan Mama masuk ke kawasan sekolah, manakala adik-adikku dan anak-anakku menunggu di dalam kereta.

Maahad Muhammad Perempuan (front gate)

Maahad Muhammad Perempuan (front gate)

Rindunya tempat ni 😀 Di padang yang luas ni la tempat aku dan Faezah selalu melepak lepas exam. Sangat damai duduk kat padang ni, merasa tiupan angin yang sepoi-sepoi bahasa. Kat tepi-tepi padang ni banyak pokok asam jawa. Kat Maahad ni la aku kenal pokok asam jawa, pokok cermai, dan pokok petai belalang.

Padang MMP

Padang MMP

Suasana dalam sekolah sunyi sepi. Agaknya ramai orang keluar mengundi waktu pagi. Memang takde orang, tak perlu beratur, tak perlu menunggu. Masuk ke saluran masing-masing dan terus mengundi. 5 minit kemudian, selesai. Cuma aku agak terkejut, bila tengok kertas undi tu, ada 3 calon iaitu calon bebas. Aku hairan sangat sebab boleh dikatakan aku takde langsung nampak poster calon bebas tu tapi nama dia ada.

Dakwat kekal.. masih basah

Dakwat kekal.. masih basah

Inilah rupa dakwat kekal. Ramai sangat orang post gambar jari kat facebook hari tu kan. Hehehe. Basah dakwat ni, sampaikan kena lap dengan tisu supaya tak terselet kat mana-mana. Setibanya di rumah, aku tak sibuk nak basuh pun jari. Dah ramai orang test dalam FB menyebabkan aku pun malas nak join in the crowd. Bila tiba jam 6 petang, waktu Irfan nak dinner, baru la aku basuh tangan untuk fix dinner dia. So jadi la macam dalam gambar di bawah.

Lepas makan dan cuci pinggan

Masih kekal

Untuk pengetahuan korang, dakwat pada jari aku ni, masuk hari ni pun masih nampak lagi calit-calit kat tepi kuku. Aku faham, inilah yang dimaksudkan kekal. Maksudnya dakwat tu bukan la kekal biru di keseluruhan jari, tapi akan kelihatan di celah-celah jari dan kuku. Kekal la tu kan. Yang riuh kata tak kekal tu, mungkin sebab diorang expect dakwat tu nak stay the same biru sepanjang jari. Siap report polis pulak, alahai..

Sekianlah cerita mengundi.. hehehe~

5 thoughts on “Marilah Mari.. Pergi Mengundi..

  1. i miss that padang too…huhu…
    mak k.noen completely hilang kesan dakwat tu..tp k.noen punya keesokan tu still ada lg biru2 kat celah kuku…hmmm entah la…pelik ada yg tahan lama ad yg tak..quality berbeza ke?

  2. agaknya depend pada kulit orang tak? seriously saya punya lama gile baru btol2 hilang! 😀

  3. selepas sekian lama baru baca..haha..tak sangka ada jugak nama ambo terselit situ.. :)
    selepas pilihanraya, hampir 3minggu berkabung..minggu ke4 dah sibuk dgn urusan kahwin abg..

  4. Pergh! Bukan awak je ajah, saya pun berkabung jgk.. Mujo la ari besday saya aritu ada panggilan istimewa dari jauh dan kunjungan istimewa dari awak dan dayah, baru la abis berkabung.. Huhuhu btw tahniah dapat kakak ipar baru! Tak sabar nak tunggu turn awak pulak..ehehe

  5. Pingback: Hamba-hamba Berhati Mulialiyanahelmy | liyanahelmy

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>