Irfanwearing~

Assalamualaikum

Sejak masuk group Malaysian Babywearers dalm pesbuk ni, asyik tengok orang upload gambar diorang ‘babywear’ anak diorang je. So kebetulan aku dok belek-belek photo album aku, terjumpa la beberapa gambar yang tak seberapa keping aku tengah babywearing Irfan. Tak banyak gambar sebab most of the time aku lebih suka tolak Irfan dalam stroller. Tambahan pula, tak dapat nak babywear selalu sebab bila aku pakai carrier ni, kedudukan Irfan mengena tepat kat kawasan parut cesarean. Kalau letak Irfan menghadap depan, punggung dia tekan perut aku. Kalau letak dia menghadap aku, lutut dia pulak kena perut aku. Kan baru 8 bulan, parut sebelah dalam belum betul-betul sembuh lagi. Jadi, aku akan rasa lemah-lemah badan bila ada pressure applied dalam jangkamasa yang agak lama pada kawasan parut cesarean tu.

Kalau tak tahu babywearing tu apa, cuba bayangkan ibu-ibu zaman dulu yang kerja bersawah padi atau berkebun yang letak anak dalam kain batik atas belakang mereka. Ataupun bibik indonesia yang kadang-kadang dukung anak majikan diorang berjalan-jalan bawak dalam kain batik lepas tu. Ha tu basic babywearing la tu.

Setelah beberapa kali menggunakan carrier dari Mothercare (ada aku ceritakan dalam posting “Yeay! Nak dapat baby! Bahagian 2), rasa macam leceh je nak setup carrier tu. Setiap kali nak pakai kena sambung 4 klip dan velcro pada Irfan, pastu klipkan satu hip support kat belakang, bla bla bla. Tengok orang lain pakai ring sling, mei tai, wrap dan macam-macam jenis lagi nampak senang je, awat aku punya nampak macam susah? Ni yang tak puas hati ni. Tapi bila bawak Irfan jalan-jalan dalam carrier tu, selesa la jugak carrier Mothercare ni. Carrier yang aku beli ni nama dia 3-way Carrier. Apa yang 3 way tu? Saspen plak bunyinya. Maksudnya, baby boleh diletakkan dalam carrier tu dalam 3 posisi; iaitu memandang ke hadapan, menghadap orang yang mendukung ataupun di belakang orang yang mendukung (ala-ala galas beg gitu). Boleh tengok gambar-gambar di bawah untuk lebih jelas. Bagaimanapun, aku cuma pernah dukung Irfan kot depan je, tak pernah lagi babywear dia kat atas belakang aku. Insya Allah nanti nak cuba jugak.

IMG_3207

3-way Carrier from Mothercare
Irfan menghadap depan

IMG_3206

3- way Carrier from Mothercare
Irfan menghadap Mama

Baru-baru ni, aku travel to and from Kota Bharu bersama Aiman dan Irfan. Balik mengundi. Papa diorang pergi ke Houston, Texas selama seminggu atas urusan kerja. Maka terkedek-kedekla kami tiga beranak berjalan di lapangan terbang. Masa di KLIA untuk ambil flight MAS ke Kota Bharu, aku relax je la tolak Irfan dalam stroller. Aiman pulak happy jalan atas walkalator. Tapi masa nak balik dari KB ke KL, aku tertempah Firefly. Kena jalan kaki jauh! Carrier pulak tak bawak dan stroller memang tak praktikal langsung sebab di airport KB kena turun tangga untuk pergi ke kapal terbang. So aku pun pinjam la adik aku punya carrier jenama Sweet Cherry.

IMG_3199

Sweet Cherry Carrier
Irfan menghadap depan

Notice the shoulder strap? Terlalu hampir dengan leher dan tidak terletak elok di atas bahu, sebaliknya seolah tergulung. Mau tak sakit bila heavylifting dengan strap macam tu. Material carrier tu pun berbeza jugak. Kain carrier Mothercare lebih lembut manakala kain carrier Sweet Cherry agak kasar.

Huhuhu baru la rasa jauhnya beza! Carrier Sweet Cherry takde hip support, so rasa agak kurang selesa la sikit. Tapi tak menjadi masalah besar pun. Cuma yang ketara adalah rasa tak selesa di leher. Rasa macam nak terjerut dengan strap di kiri dan kanan bahu. Strap tu tak properly rest atas bahu aku sebaliknya cenderung untuk rest dekat sangat dengan leher aku. Macam nak cekik aku pulak. Tambahan pulak aku angkat beg galas lagi atas belakang. Depan galas Irfan, belakang galas beg. Tangan kanan pimpin Aiman. Selama ni rasa tak best dengan carrier Mothercare tu, bila dah guna yang Sweet Cherry ni, baru la rasa bagai langit dengan bumi! Baru la reti nak bersyukur dengan pilihan dan pelaburan yang aku dah buat dulu.

 Ternyata sedikit harga lebih yang dibayar itu memberi perbezaan ketara pada tubuh badan orang yang mendukung dan juga bayi yang didukung. OK la tu takde la mahal sangat harga carrier Mothercare aku nak dibandingkan dengan banyak jenis carrier lain di pasaran yang berjenama lebih gempak yang kita mungkin tak familiar seperti Ergo, Snugbaby, Bjorn dan sebagainya yang price range nya sekitar RM400 ke atas. Kalau pandai menjahit, boleh search sendiri dalam youtube cara-cara untuk buat ring sling, wrap, ataupun mei tai. Lagi murah. Nak pakai yang jenis mana bergantung pada keselesaan si pemakai dan bayi yang dikendong. Sesetengah orang prefer carrier macam aku punya, dan sesetengah orang lain mungkin prefer ring sling, dan lain-lain lagi. Kalau nak yang free, cari kain batik lepas yang sangat panjang tu (tak pasti panjang mana), ikat je.
IMG_3209

My now 8kg baby

Sekian wassalam~

2 thoughts on “Irfanwearing~

  1. Pingback: Bestnya irfanwearing~!liyanahelmy | liyanahelmy

  2. salam sis..sgt setuju dengan komen sis mengenai sweet cherry..sangat tidak selesa utk anak dan ibu..sakit-sakit badan dibuatnya..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>