Aiman the Fun Thinker

Pada suatu hari yang hening, sedang aku duduk lepak-lepak di atas sofa (dahlah aku ni jarang-jarang baru dapat melepak), datanglah Aiman membawa satu beg besar berwarna kuning yang agak berat baginya. Eee ah eee ah.. susah payah dia mengangkat beg itu, dan meletakkannya di hadapanku.

IMG_2988

Hmm nak belajar la tu.

Kukorbankan jua waktu rehat yang jarang kudapat ni, duduk di bawah bersama dia.

Fun Thinkers ni adalah salah satu produk pembelajaran oleh Grolier. Aku dah pernah cerita pasal Grolier sebelum ni. Kalau yang belum tahu, boleh tengok sini. Dalam beg Fun Thinkers ni ada 10 buah buku; 3 siri buku English, 3 siri buku Maths, 3 siri buku Thinking Skills dan 1 buku Rhymes & Reasons. Selain buku, ada satu bingkai dipanggil Match Frame. Ada number tiles dari nombor 1 sampai 16. Cara nak guna ni mudah je. Buka frame, buka buku, letak frame atas buku macam gambar kat bawah ni, pastu suaikan dengan muka surat sebelah. Ala lebih kurang je macam kita dok buat masa Darjah 1 dulu. Cuma kat sekolah kita suaikan dengan pensel. Set Fun Thinker ni pulak dia guna papan nombor.

Mula-mula susun number tiles dari 1 hingga 16

Mula-mula susun number tiles dari 1 hingga 16

Hmm nak letak mana ye?

Hmm nak letak mana ye?

Dah siap!

Dah siap!

Perhatikan dalam gambar-gambar di atas, ada yang kena suaikan gambar dengan bilangan objek dalam gambar (numbers), ada yang kena suaikan warna, ada yang kena suaikan bentuk. Yang Aiman buat ni adalah English, Maths dan Thinking Skills Level 1. Bila dah khatam ketiga-tiga buku Level 1 baru naik ke Level 2, dan seterusnya Level 3. Bila buat latihan-latihan dalam buku ni baru boleh nampak sejauh mana pemahaman dia tentang sesuatu konsep yang aku ajar dia selama ni. Mana-mana yang dia tak faham, aku ajar semula.

Budak macam Aiman ni, kalau nak ajar dia mesti kena ada alat bantu yang menarik perhatian dia. Kalau tidak jangan harap la nak duduk diam belajar. Rasanya most boys pun macam tu kan. So bergantung pada kreativiti masing-masing la nak suruh anak belajar. Jangan paksa-paksa. Misi utama adalah menyampaikan ILMU kepada dia. Bukan sekadar nak suruh dia score. Betul tak? Score tak semestinya menunjukkan orang tu arif tentang sesuatu subjek. Jadi, aku lebih suka kalau Aiman menguasai sesuatu ilmu dan kemahiran berbanding sibuk nak score. Dia akan menjadi seorang yang hebat dengan ILMU, bukan dengan score. Bila ilmu dikuasai dengan baik, score A tu akan datang sendiri. Betul tak, Aiman?

Tadaaa!!! Rambut baru! :D

Tadaaa!!! Rambut baru! :D

Wallahu A’lam~

 

 

 

 

 

 

8 thoughts on “Aiman the Fun Thinker

  1. Kan kiut tuh.. At least kemas la dari sblm ni serabai je. Potong sendiri kt umah je. Abg mie yg potong.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>