Senyumlah Anakku~

Rasanya mana-mana ibu pun akan susah hati bila anak dia sakit. Walaupun sekadar demam biasa. Well, she should. Demam biasa kalau melarat boleh jadi demam luar biasa!

Apapun alhamdulillah, sejak semalam, nampak perubahan yang ketara pada Irfan. Bangun pagi je, dia meniarap, kepala dia tegak, dan terus tersenyum melihat Mama. Oh, you have no idea how much i missed that smile!

My smiling, toothless baby

My smiling, toothless baby

Lepas bermain dengan Irfan, aku bawa ke bilik air untuk mandi. Dia sangat excited, nampak cermin pun tersengih memanjang, nampak je bath support dia, terus excited jenguk ke bawah. Tak tahu la kenapa dia suka sangat tengok bath support dia. Mungkin dia berkenan tengok corak-corak tu kot. Sanggup pusing 180 darjah nak tengok. Pastu masa mandi pun senyum je kat Mama. Sesekali membebel-bebel dalam bahasa dia. Takpun dia menjerit dengan suara halus. Bila badan kena air, muka gelabah, terus masukkan ibu jari dalam mulut. Itu lah Irfan. Bila dia rasa insecure, dia akan masukkan ibu jari dalam mulut. Termasuk masa nak tidur. Hmm lama Mama tak tengok senyuman masa mandikan Irfan.

Makan nasi pun sangat berselera macam sebelum demam.

Bila boring main toys dia, merengek-rengek tanpa sebab kat Mama. Huhu!

Sangat lega bila dapat tengok senyuman Irfan semula. Masa Aiman demam hari tu pun macam ni jugak perasaan aku. Selama Aiman demam, selama itulah aku rindu nak dengar dia panggil “Mama” 100 kali sehari dan mengekor aku ke sana kemari.

Inilah ‘harga’ yang paling mahal yang aku dapat sebagai ganti mengorbankan impian dulu. Waktu-waktu yang indah bersama anak-anak 24 jam sehari 7 hari seminggu. Setiap hari dan malam dapat berguling-guling berpeluk-peluk bersama.

Oh, I’m so gonna miss all these when they grow up.

Nikmatilah sepenuhnya apa yang ada sekarang.

Oh by the way, Irfan’s first tooth dah kelihatan! Hahaha tapi tak dapat nak ambil gambar letak sini. No wonder la asyik gigit Mama je minggu lepas. Sakit!

Irfan juga dah menyelusur sekarang. Bila la nak start merangkak pulak ni. Abang Aiman merangkak masa 6 bulan setengah. Irfan ni dah 7 bulan. It’s ok take your time sweetie. Nanti dah start merangkak Mama pulak kena kerja keras nak babyproof rumah. Huhuhu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>