Kisah Dua Makcik

Pada zaman dahulu, di negeri Kelantan, ada dua orang makcik. Sorang tinggal di jalan masjid, di tengah-tengah bandar Kota Bharu. Sorang lagi, tak tahu la kat mana dia tinggal. Dia tak cakap pulak. Makcik yang tinggal di KB tu nama dia Nik Yah, dan sorang lagi makcik tu, emm tak tahu la apa nama dia. Dia tak cakap pulak. Kononnya nama dia Som la ye.

Alkisahnya, pada suatu hari, sedang Nik Yah berehat di rumah, ada orang bagi salam kat depan pagar. Pastu bunyi orang buka pagar. Ish sape ni? Nik Yah pun jenguk ke luar. Nampak la ada sorang perempuan duduk di tangga rumah membawa besen besar berisi sambal daging (orang KL panggil serunding). Nik Yah buka pintu.

“Nok beli samba daging ko?” tanya Som.

“Emm takpolah. Ambo toksey” jawab Nik Yah.

Som pujuk-pujuk Nik Yah, tak jalan jugak sebab Nik Yah memang tak ada hasrat nak beli sambal daging. Akhirnya, Som mengalah. Tapi, Som masih tak berganjak. Nampak macam ada sesuatu yang sedang dia fikirkan.

“Bulih ko nok mitok sedekoh? Anok ambo nok masuk U ni, tapi tok dapat pinjamey lagi. Nok mitok la serial duo wak blanjo sebelum dapat pinjamey ni.” kata Som.

Nik Yah confuse sekejap. Tak pernah pulak orang menjaja barang minta sedekah macam tu. Nik Yah pun interview la Som serba sedikit. Rupanya Som adalah seorang balu beranak 4. Dah kematian suami, anak-anak pula yang paling tua baru dapat tempat di UIA dalam bidang agama. Anak yang nombor 2 pulak masih di sekolah menengah dan 2 yang kecil masih di sekolah rendah. Nik Yah antara dua. Bukan tak nak beri, tapi, maklum la orang yang tak dikenali kan. Akhirnya Nik Yah beri juga barang seringgit dua. Semoga bermanfaat la hendaknya seringgit dua tu untuk jadi saham di akhirat kelak. Som pun berlalu dengan penuh kesyukuran.

Sejak hari tu, ada la beberapa kali lagi Som datang menjaja, tapi tak minta sedekah. Kadang-kadang ada juga dia minta. Bila dia minta, Nik Yah bagi. Kiranya, kalau Som tu benar, semoga sedikit bantuan tu mampu meringankan beban Som, tapi kalau Som menipu pun, Nik Yah tetap dapat pahala, selebihnya biarlah Som yang menanggung di akhirat kelak. Tapi Som minta duit bermusim, iaitu musim nak buka sekolah, nak periksa besar, dan musim universiti nak masuk semester baru. Selalunya Som minta duit tambang bas untuk anak yang di universiti. Kadang-kadang Som beriĀ update pada Nik Yah tentang anak-anaknya. Anak yang sulung hanya makan maggi di universiti. Berjimat untukĀ survive dengan apa saja sen yang ada di tangan.

Kisah ni berlaku di awal milenium, agak-agak dalam tahun 2003 atau 2004. Lepas tu, anak Som sorang demi sorang masuk ke universiti dan sekolah berasrama penuh. Anak Som pandai-pandai. Sampai ke hari ni pun, Som masih setia menjaja sampai ke rumah Nik Yah. Lepas Nik Yah berpindah ke jalan bayam kota bharu, terjumpa lagi Som secara tidak sengaja. Jauh rupanya Som berjalan saban hari menjaja sambal dagingnya demi sesuap nasi.

Jarang-jarang sekali, Nik Yah suruh Som bawa anak dia yang sulung tu datang bertandang ke rumah. Nak jugak kenal anak yang dibantu ni. Mana la tahu, dapat Nik Yah carikan tajaan untuk dia belajar. Tapi anak Som tak mahu datang. Malu katanya. Malu? Huhu bertuah betul. Bukankah kalau pandai berbahasa, lebih murah rezekinya nanti.

Setelah beberapa tahun berlalu sejak kali pertama Som jejak kaki di tangga rumah Nik Yah, anak kedua Som pula dapat masuk universiti. Tapi, takdir Allah, anak perempuan sulung Som meninggal dunia sewaktu belajar jurusan profesional di UiTM akibat denggi berdarah. Sedihnya Som bukan kepalang. Anak sulung yang dah berjaya graduate dari UIA tu pula masih belum mendapat kerja tetap walaupun sudah bertahun-tahun habis belajar.

Sampai ke hari ni pun, Som masih setia menjaja ke rumah Nik Yah. Sekali sekala pulang dengan gembira bila dapat bawa pulang barang-barang terpakai. Boleh la nanti diagihkan sesama anak beranak buat ganti yang sudah usang.

Besar sungguh pengorbanan Som. Membesarkan anak-anak tanpa suami. Menebalkan muka meminta sedekah demi kebajikan anak. Apatah lagi setelah kehilangan anak yang paling diharapkan.

Kepada yang masih punya suami, jangan lupa berdoa semoga suami dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki. Jangan lupa berdoa untuk ibu bapa sama ada yang masih hidup atau yang telah tiada. Jasa dan pengorbanan mereka tiada bandingannya. Kepada yang punya anak, jagalah anak sebaiknya kerana mereka adalah saham ibubapa di masa hadapan dan di akhirat kelak.

Kalau ada barang-barang atau kain baju yang dah tak nak pakai, berikan pada orang. Ada orang yang akan gembira menerimanya.

Jangan membazir. Bersyukur dengan apa yang ada. Bersederhanalah.

Wallahu a’lam..

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>