Happy Birthday Mustaqim~!

Assalamualaikum

Lama betul tak menaip kat sini. I’ve been away for a week. Balik bercuti di kampung. Bawa Aiman dan Irfan jumpa Siti, Sidi, Papa Jam dan Mama Yok. Aiman tiap-tiap hari angkat beg mainan dia dan tunjuk-tunjuk pintu nak ajak “Balik Bawu (Kota Bharu)”. Pastu dok sebut-sebut Siti dan Sidi, Papa Qim, Papa Jam, Mayok. Tiba-tiba pula teringat. Maka Papa Aiman pun dengan murah hatinya telah menghantar kami balik kampung dan mengambil kami semula setelah seminggu.

Anyway, entri kali ini adalah dedikasi khusus buat adinda yang paling jauh di mata tapi tetap dekat di hati iaitu Izzat Mustaqim yang kini berada di Kaherah. Beliau belajar di Universiti Al-Azhar dalam bidang Pengajian Islam. Tengah elok-elok buat Diploma Kejuruteraan Mekanikal di UiTM, tiba-tiba cakap nak tukar kursus. Apapun, permintaan itu disambut dengan gembira oleh kedua ibubapa aku sebab mereka memang lebih suka anak mereka belajar agama. Selepas ini pula, adik kepada Mustaqim yang baru dapat keputusan SPM iaitu Mu’azam pula akan menyusul ke sana dalam bidang yang sama. Alhamdulillah.

Mustaqim adalah anak yang keempat dari enam beradik. Sejak kecil, adik aku yang satu ni dah menunjukkan kelebihan yang orang lain takde. Dia ada built-in GPS. Tinggal la dia kat mana-mana pun, mesti dia akan jumpa cari jalan balik. Kalau bawa dia berjalan di shopping mall, kalau dia tiba-tiba hilang, tak payah susah-susah cari, mesti dia akan muncul semula, tak kira la kita dah tinggalkan dia berapa batu pun. Benda ni bukan hanya berlaku waktu dia dah besar, tapi sejak dia kanak-kanak kecil lagi. Kalau budak lain, mesti dah menangis tengok mak bapak takde. Mungkin sebab masa Mama mengandungkan dia, Mama pergi buat umrah, sebab tu dia suka berjalan, menghilangkan diri dan tiba-tiba muncul balik. Mungkin juga sebab itulah, gambar Mama bersama dia sewaktu bayi lah yang paling besar tergantung dalam bilik Mama. Huhuhu~

Pastu, dia juga sangat suka ‘melawat kawasan’. Di mana saja dia berada, mesti dia akan meninjau, melihat-lihat, membelek-belek apa saja yang ada di sekeliling. Kerana itu lah Mama kami memberi jolokan YB atau wakil rakyat kepadanya.

Satu lagi ‘kelebihan’ Mustaqim adalah, sejak dia belum pandai berjalan lagi, dia adalah explorer. Tubuhnya kecil saja, tetapi sangatlah aktif meneroka segenap sudut rumah. Antara hobi dia adalah memasukkan jari atau apa jua objek ke dalam power socket. Syukurlah dia masih hidup ke hari ini tanpa kecacatan apa-apa.

Kerana tabiat explorer itu juga, Mustaqim adalah satu-satunya adik aku yang telah berjaya ‘meneroka’ longkang di belakang rumah kami di Kelana Jaya. Waktu itu usianya belum pun setahun. Baru sahaja pandai berjalan, sekitar umur 9 bulan. Ligat sungguh berjalan ke sana ke mari, antara senget-senget nak tumbang. Bila berjalan di laman rumah, dia mesti sibuk nak membuka selak pagar. Kerana dia lah, selak pagar rumah terpaksa diletakkan mangga supaya dia tidak dapat membuka selak tersebut.

Nak dijadikan cerita, suatu petang sewaktu kedua ibubapaku sedang sibuk mengemas laman rumah, Mustaqim pun sibuk juga. Ke sana ke mari, meneroka segala benda menarik yang ada di laman rumah kami. Ketika semua orang sudah masuk ke rumah, entah bila la pulak, dia keluar, dan cuba membuka selak pagar belakang. Tiada siapa yang menyedari kehilangannya. Sedar-sedar, bunyi tangisan kuat dari arah belakang rumah. Intai-intai, tak nampak. Ish mana la budak ni? Terasa nak jenguk ke bawah. Ya Allah! Mustaqim di dalam longkang dengan mukanya terlangkup ke bawah!

Papa kami terus mengangkatnya keluar, dan memandikannya di bawah pili di luar rumah, dan memberinya minum air zamzam. Huhu! Tuhan saja yang mengetahui apa yang ada dalam air longkang yang tak seberapa dalam tu.

Sedar-sedar dah hampir 19 tahun peristiwa itu berlaku, dan usia adikku ini sudah menginjak ke 20 tahun. Beliau banyak menghabiskan zaman remaja dia Maahad Tahfiz Sain (MTS) Tanah Merah, dari Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5. Setiap kali aku pulang bercuti semester, dapatlah didengar suara garangku mengajar Mustaqim dan Mu’azam Bahasa Inggeris dan Matematik. Hai susah sungguh mengajar budak-budak loyar buruk ni.

Itu lah serba sedikit kenangan manis bersama adikku ini.

Selamat hari lahir yang ke 20 buat adindaku Izzat Mustaqim, semoga panjang umur, dimurahkan rezeki, berjaya dunia akhirat, mendapat isteri solehah, dan bahagia selalu. Dengan ingatan dari Abang Mie, Kakak, Aiman dan Irfan. We love you.. mmuahhhhh~

 

My sweet little brother Izzat Mustaqim.. (sorry bukan gambar terkini)

My sweet little brother Izzat Mustaqim.. (sorry bukan gambar terkini)

IMG_3032

Diapit 2 kakak di Kensington Garden, London