Vaksin Bahagian 2: Isi Kandungan

Dalam Bahagian 1, aku cakap pasal Garis Panduan Farmakovigilans Keselamatan Vaksin di Malaysia, hari ni nak cerita pulak pasal isi kandungan vaksin-vaksin yang ada di muka bumi ni. Tak susah nak cari maklumat pasal kandungan vaksin. Sama ada kita minta kertas dalam paket vaksin tu (vaccine insert) dengan doktor, ataupun cari je dalam internet. Oleh kerana vaksin yang digunakan di seluruh dunia hampir kesemuanya dikilang di Amerika Syarikat, maka kita boleh rujuk ke laman web Centers for Disease Control and Prevention (CDC). Ia adalah sebuah agensi kerajaan Amerika Syarikat di bawah US Department of Health and Human Services yang berperanan mengawal sesuatu wabak penyakit dan menjalankan usaha-usaha pencegahan sesuatu penyakit itu daripada menular.

Oleh itu, aku tampalkan lagi kat bawah ni sedutan-sedutan dari laman web CDC tu. Kalau nak puas hati lagi, boleh baca kat sini.

Cuba tengok kenyataan terakhir dalam imej di atas. Kanak-kanak yang pernah tunjuk reaksi alahan pada mana-mana bahan di atas mesti memaklumkan kepada doktor yang berkenaan. Sila ambil langkah berjaga-jaga ok. Contoh paling mudah, kalau alergi dengan telur, memang sah-sah tak boleh terima vaksin yang mengandungi protein telur. Tapi sebelum cucuk, takde pun doktor atau misi buat allergy test ke apa kan, pakai cucuk je. Terutamanya pada bayi baru lahir. Entah-entah alergik pada formaldehyde ke, aluminum ke, thimerosal (merkuri) ke, MSG ke, antibiotik ke. Jadi, kiranya kita gamble je. Kalau anak kita ok, ok la. Kalau tengok-tengok lepas cucuk jadi pelik-pelik (reaksi alahan yang teruk), siapa nak jawab? Kita tengok dalam garispanduan farmakovigilans tu pun ada tulis yang tiada had masa untuk kematian yang dipercayai berkaitan dengan kesan vaksin. Hmm haru jugak tu.. takkan nak tunggu apa-apa jadi pada anak kita baru nak buat allergy test? Asalnya bagi vaksin supaya sihat sejahtera tak kena penyakit yang divaksin tu, tengok-tengok penyakit lain pulak yang datang. Merkuri dan aluminum tu adalah logam berat yang boleh jadi sangat berbahaya dan deadly bagi orang yang sistem imunitinya sangat lemah. Sebab tu kalau nak bawak anak gi cucuk, anak tu kena sihat.

Anyway, dalam sayur-sayuran yang kita makan sehari-hari pun ada je aluminum dan logam-logam lain. But mind you, metal yang masuk ke badan kita melalui ingestion (ditapis dan diserap oleh usus) adalah sama sekali tidak sama dengan injected (disuntik dan bahan itu terus masuk ke dalam darah dan mengalir ke seluruh organ dalaman dan otak kita).

Ni baru additives, belum tengok bahan yang digunakan sepanjang proses penghasilan lagi. Bahan yang digunakan sepanjang proses memang tak ditulis dalam kandungan vaksin. Sebagai contoh, vaksin untuk Rotavirus iaitu RotaTeq (Merck Frosst) dan Rotarix (GlaxoSmithKline).

Apa itu Vero Cells? Tengok sini: Growth and Maintenance of Vero Cell Lines

Kita tengok dalam senarai kandungan takde unsur babi kan. Unsur haiwan yang ada dalam senarai ni cuma “bovine” iaitu lembu. So apakah “porcine circovirus (PCV)” tu dan dari mana datangnya?

Common in pigs? Kalau common in pigs, macam mana boleh ada dalam vaksin ni?

See? Sesuatu bahan yang tidak disenaraikan dalam kandungan tetapi digunakan dalam proses pembuatan. Mungkin inilah sebabnya kadang-kadang kita dengar laporan JAKIM tentang sesetengah produk yang didapati ada DNA babi. Memang produk itu tidak mengandungi babi sebagai salah satu bahan tetapi digunakan dalam proses pengilangan. Adakah kita sebagai orang Islam boleh menggunakan produk ini? Bagaimana pula dengan golongan vegetarian?

Link untuk isi kandungan vaksin: Vaccine ingredients sorted by vaccine dan Informed Choices

Secara ringkasnya, kalau kita dengar orang kata vaksin ni diperbuat dari sel janin yang digugurkan (MRC-5), sel dari monyet, tikus, lembu (tak disembelih), memang betul la tu. Sila buat research sendiri untuk lebih puas hati dan lebih faham.

Tak kira la korang ni memang golongan yang vaksinkan anak, atau dari golongan yang tak vaksin anak, pengetahuan ini adalah penting untuk ibubapa, sebab apa yang masuk ke dalam tubuh anak-anak adalah tanggungjawab ibubapa. In case apa-apa terjadi pada anak, apa-apa penyakit yang datang, ibubapa lah yang akan mengambil tindakan yang wajar untuk menyelamatkan anak. Tindakan itu semestinya berpandukan pada pengetahuan tentang aktiviti anak, pemakanan mereka bahkan ubat-ubatan anak juga. Apa yang masuk ke tubuh anak-anak itulah yang akan membentuk darah daging mereka. Bahkan di akhirat nanti pun, ibubapa juga la yang akan dipersoalkan tentang apa yang mereka beri kepada anak-anak mereka.

Doesn’t it make you think of a witch’s brew? Tengok dalam tv kan, orang nak sihir suami supaya tunduk kat dia, apa yang dia bubuh dalam makanan dan minuman suami dia? Benda-benda kotor dan bernajis kan? Dalam vaksin-vaksin ni pun tak sama ke? Bahan-bahan yang digunakan untuk membuat dan memprosesnya adalah terdiri dari bahan najis juga. Najis mutawasitoh, najis mughallazoh. So, macam mana? Fikir-fikirkanlah..

Sekian, bersambung..

Vaksin Bahagian 1: Garis Panduan Farmakovigilans Keselamatan Vaksin di Malaysia

OK hari ni rasa nak tulis pasal vaksin pulak. Setelah sekian lama dok buat research, ada la beberapa benda yang aku jumpa yang aku rasa wajar dikongsikan di sini. Aku bukan doktor, pakar imunologi, mahupun saintis terulung. Hanya seorang ibu yang sangat menyayangi anak-anaknya.

First thing yang kita semua perlu tahu bila kita nak vaksinkan anak-anak kita adalah kita mesti tahu apa itu vaksin, tujuan vaksin diberi, apa vaksin yang ada, vaksin yang mana yang mesti diberi (mengikut jadual imunisasi Kementerian Kesihatan Malaysia) dan vaksin yang mana yang disyorkan. Panduan-panduan ini boleh didapati dalam rekod kesihatan anak.  Selain itu, kita juga MESTI AMBIL TAHU apa kesan baik dan buruk yang mungkin timbul setelah vaksin diberi dan apa yang perlu dilakukan sekiranya anak terkena kesan buruk akibat vaksin. Untuk pengetahuan ibubapa sekalian, Kementerian Kesihatan Malaysia ada mengeluarkan garis panduan berkaitan hal ini. Garispanduan ini boleh didapati dari laman web ini: Garis Panduan Farmakovigilans Keselamatan Vaksin di Malaysia

Bila kita bawak anak pergi cucuk, doktor atau misi takkan ada masa nak terangkan semua ni kat kita. Jadi, kita sebagai ibubapa la mesti ambil tahu supaya kalau jadi apa-apa, takde la panik. Muat turun garis panduan dari link di atas, pastu baca sampai khatam ye. Tak panjang pun. Pendek je berbanding manfaat yang kita boleh dapat daripada garis panduan ni. Jangan malas-malas ye.

Aku tampalkan kat sini kesan-kesan yang kita kena awasi pada anak setiap kali lepas cucuk. Imej di bawah ni diambil dari garis panduan farmakovigilans yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dalam Mukasurat 7.

Screen Shot 2013-04-22 at 12.03.05 PM Screen Shot 2013-04-22 at 12.03.43 PM

Ha kalau tak baca benda ni, tak tahu pun boleh ada kekejangan, kejutan toksik, tangisan berterusan yang tidak dapat dipujuk (persistent inconsolable screaming) dan macam-macam kemungkinan lagi! Huhuhu! Apapun, sebagaimana ubat-ubat lain pun ada kesan sampingan, macam tu la jugak dengan vaksin.

Oleh itu, setiap kali pergi cucuk, jangan lupa catatkan nama vaksin, batch number, nama manufacturer dan tarikh vaksin diberi. Tujuannya, kalau kita nak buat laporan tentang side effect yang dialami oleh anak kita, senang la pihak berkenaan nak buat siasatan dan seterusnya ambil tindakan yang perlu.

Satu lagi, kalau (na’udzubillahi min zalik) ada simptom seperti di atas berlaku selepas suntikan vaksin, kena laporkan pada orang yang betul, iaitu pada Pegawai Farmasi. Dalam dokumen garispanduan ni ada lampiran borang yang perlu diisi jika simptom-simptom dalam imej di atas berlaku. Sampul surat pun ada, boleh terus hantar kepada pihak yang berkenaan. Ha bacalah sendiri untuk maklumat lanjut.

Baca sini untuk kisah kematian seorang bayi baru lahir akibat kesan buruk (adverse reaction) suntikan vaksin Hepatitis B: Ian’s Life

(mungkin) bersambung…

Senyumlah Anakku~

My smiling, toothless baby

Rasanya mana-mana ibu pun akan susah hati bila anak dia sakit. Walaupun sekadar demam biasa. Well, she should. Demam biasa kalau melarat boleh jadi demam luar biasa! Apapun alhamdulillah, sejak semalam, nampak perubahan yang ketara pada Irfan. Bangun pagi je, … Continue reading 

Irfan dan Roseola..

Kasihan anakku ini..

IMG_3021

Irfan demam sejak Khamis lepas. Tiba-tiba je demam. Alhamdulillah takde runny nose ataupun batuk. Suhu badan Irfan pun tak la tinggi sangat macam Aiman hari tu. Kadang-kadang suhu naik, kadang-kadang turun balik. Bila suhu badan dia naik, aku tanggalkan baju dan seluar. Biar dia bercawat je. Pastu lapkan badan dengan tuala basah. Lepas lap, tuala tu aku letakkan di kepala. Memang bahaya kalau suhu panas tu naik ke kepala. Terutamanya bagi bayi.

Seboleh-bolehnya aku elak dari memberi Irfan makan panadol. Well, kita semua tahu kan, panadol bukan untuk dimakan macam gula-gula. Makan bila betul-betul perlu sahaja. Baby macam Irfan ni lagi la, sistem-sistem dalam badan dia dan otak dia sedang berkembang pesat. Jadi, kita tak nak la beri pencemaran bahan kimia dan toksik dalam badan dia di usia semuda ini. Kalau badan dah panas sangat-sangat (39 deg C ke atas), baru aku akan bagi panadol. Sebab bila dah panas macam tu, sangat bahaya.

Demam ni sebenarnya bukanlah satu benda yang tak bagus. Demam menunjukkan badan kita diceroboh oleh bakteria atau virus tertentu. Oleh itu, badan kita akan bertindakbalas untuk melawan penceroboh berkenaan. Dalam tempoh ‘peperangan’ ini, suhu badan kita akan meningkat. The good thing is, bila dah sembuh, badan kita menjadi lebih kuat. Sebab tu, kalau bawa anak pergi jumpa doktor pun, doktor bagi panadol je, pastu pesan suruh minum air dan rehat banyak-banyak. Takde ubat tertentu. So solution untuk demam adalah, let the fever run its course. Pastikan anak kita well-hydrated and well-rested.

Credit to firstaid.webmd.com

Credit to firstaid.webmd.com

OK so apa cerita roseola pulak ni?

Setelah 3 hari demam, alhamdulillah semalam demam Irfan dah surut. Badan dah tak panas. Tapi tak tahu la kenapa pulak malam tadi Irfan asyik terjaga dari tidur dan menangis macam x selesa. Golek kanan, golek kiri. Kena pujuk baru senyap. Pastu pagi ni, bila dia bangun, naik rash pulak kat badan dia! Bintik-bintik penuh di muka dan leher! Aduuu apa pulak ni?

Aku ambil gambar dia dan tweet pada Papanya sambil aku sendiri cuba mencari jawapan. Nampak macam measles tapi bukan measles. Akhirnya dah buntu, aku pun buat appointment dengan Dr Syed. Syukur lah sebelum aku sempat keluar rumah, Papa Irfan tweet balik cakap itu adalah Roseola.

Also known as Sixth Disease, Roseola adalah viral fever that is very common in babies and kids aged 6 months to 2 years old. Ia menghasilkan lifelong immunity bagi sesiapa yang pernah terkena demam ini. Antara simptomnya adalah demam selama 3-5 hari, setelah kebah, naik pula ruam (rash) di muka, leher, dan bahagian lain. Tapi ruam tu cuma untuk beberapa jam atau beberapa hari sahaja. Yang penting, ruam itu tidak gatal. Cuma pesakit akan keletihan dan monyok je, macam Irfan sekarang. Senyum kat mama pun tak nak. Cuma senyum bila nampak Henry dalam BabyTv je. 😛

Kalau nak tahu lanjut pasal Roseola boleh tengok sini: Roseola

Semoga Irfan cepat sembuh dan bertambah kuat ye. Amin~

 

Abang Aiman ceria.. Irfan monyok.. maklum la demam..

Abang Aiman ceria.. Irfan monyok.. maklum la demam..

 

Tuan Haji Soleh, Tuan Haji Hakeem dan Tuan Haji Irfan memakai kopiah pemberian Kholah

Tuan Haji Soleh, Tuan Haji Hakeem dan Tuan Haji Irfan memakai kopiah pemberian Kholah

Kisah Dua Makcik

Pada zaman dahulu, di negeri Kelantan, ada dua orang makcik. Sorang tinggal di jalan masjid, di tengah-tengah bandar Kota Bharu. Sorang lagi, tak tahu la kat mana dia tinggal. Dia tak cakap pulak. Makcik yang tinggal di KB tu nama dia Nik Yah, dan sorang lagi makcik tu, emm tak tahu la apa nama dia. Dia tak cakap pulak. Kononnya nama dia Som la ye.

Alkisahnya, pada suatu hari, sedang Nik Yah berehat di rumah, ada orang bagi salam kat depan pagar. Pastu bunyi orang buka pagar. Ish sape ni? Nik Yah pun jenguk ke luar. Nampak la ada sorang perempuan duduk di tangga rumah membawa besen besar berisi sambal daging (orang KL panggil serunding). Nik Yah buka pintu.

“Nok beli samba daging ko?” tanya Som.

“Emm takpolah. Ambo toksey” jawab Nik Yah.

Som pujuk-pujuk Nik Yah, tak jalan jugak sebab Nik Yah memang tak ada hasrat nak beli sambal daging. Akhirnya, Som mengalah. Tapi, Som masih tak berganjak. Nampak macam ada sesuatu yang sedang dia fikirkan.

“Bulih ko nok mitok sedekoh? Anok ambo nok masuk U ni, tapi tok dapat pinjamey lagi. Nok mitok la serial duo wak blanjo sebelum dapat pinjamey ni.” kata Som.

Nik Yah confuse sekejap. Tak pernah pulak orang menjaja barang minta sedekah macam tu. Nik Yah pun interview la Som serba sedikit. Rupanya Som adalah seorang balu beranak 4. Dah kematian suami, anak-anak pula yang paling tua baru dapat tempat di UIA dalam bidang agama. Anak yang nombor 2 pulak masih di sekolah menengah dan 2 yang kecil masih di sekolah rendah. Nik Yah antara dua. Bukan tak nak beri, tapi, maklum la orang yang tak dikenali kan. Akhirnya Nik Yah beri juga barang seringgit dua. Semoga bermanfaat la hendaknya seringgit dua tu untuk jadi saham di akhirat kelak. Som pun berlalu dengan penuh kesyukuran.

Sejak hari tu, ada la beberapa kali lagi Som datang menjaja, tapi tak minta sedekah. Kadang-kadang ada juga dia minta. Bila dia minta, Nik Yah bagi. Kiranya, kalau Som tu benar, semoga sedikit bantuan tu mampu meringankan beban Som, tapi kalau Som menipu pun, Nik Yah tetap dapat pahala, selebihnya biarlah Som yang menanggung di akhirat kelak. Tapi Som minta duit bermusim, iaitu musim nak buka sekolah, nak periksa besar, dan musim universiti nak masuk semester baru. Selalunya Som minta duit tambang bas untuk anak yang di universiti. Kadang-kadang Som beri update pada Nik Yah tentang anak-anaknya. Anak yang sulung hanya makan maggi di universiti. Berjimat untuk survive dengan apa saja sen yang ada di tangan.

Kisah ni berlaku di awal milenium, agak-agak dalam tahun 2003 atau 2004. Lepas tu, anak Som sorang demi sorang masuk ke universiti dan sekolah berasrama penuh. Anak Som pandai-pandai. Sampai ke hari ni pun, Som masih setia menjaja sampai ke rumah Nik Yah. Lepas Nik Yah berpindah ke jalan bayam kota bharu, terjumpa lagi Som secara tidak sengaja. Jauh rupanya Som berjalan saban hari menjaja sambal dagingnya demi sesuap nasi.

Jarang-jarang sekali, Nik Yah suruh Som bawa anak dia yang sulung tu datang bertandang ke rumah. Nak jugak kenal anak yang dibantu ni. Mana la tahu, dapat Nik Yah carikan tajaan untuk dia belajar. Tapi anak Som tak mahu datang. Malu katanya. Malu? Huhu bertuah betul. Bukankah kalau pandai berbahasa, lebih murah rezekinya nanti.

Setelah beberapa tahun berlalu sejak kali pertama Som jejak kaki di tangga rumah Nik Yah, anak kedua Som pula dapat masuk universiti. Tapi, takdir Allah, anak perempuan sulung Som meninggal dunia sewaktu belajar jurusan profesional di UiTM akibat denggi berdarah. Sedihnya Som bukan kepalang. Anak sulung yang dah berjaya graduate dari UIA tu pula masih belum mendapat kerja tetap walaupun sudah bertahun-tahun habis belajar.

Sampai ke hari ni pun, Som masih setia menjaja ke rumah Nik Yah. Sekali sekala pulang dengan gembira bila dapat bawa pulang barang-barang terpakai. Boleh la nanti diagihkan sesama anak beranak buat ganti yang sudah usang.

Besar sungguh pengorbanan Som. Membesarkan anak-anak tanpa suami. Menebalkan muka meminta sedekah demi kebajikan anak. Apatah lagi setelah kehilangan anak yang paling diharapkan.

Kepada yang masih punya suami, jangan lupa berdoa semoga suami dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki. Jangan lupa berdoa untuk ibu bapa sama ada yang masih hidup atau yang telah tiada. Jasa dan pengorbanan mereka tiada bandingannya. Kepada yang punya anak, jagalah anak sebaiknya kerana mereka adalah saham ibubapa di masa hadapan dan di akhirat kelak.

Kalau ada barang-barang atau kain baju yang dah tak nak pakai, berikan pada orang. Ada orang yang akan gembira menerimanya.

Jangan membazir. Bersyukur dengan apa yang ada. Bersederhanalah.

Wallahu a’lam..

 

 

 

Happy Birthday Mustaqim~!

Assalamualaikum

Lama betul tak menaip kat sini. I’ve been away for a week. Balik bercuti di kampung. Bawa Aiman dan Irfan jumpa Siti, Sidi, Papa Jam dan Mama Yok. Aiman tiap-tiap hari angkat beg mainan dia dan tunjuk-tunjuk pintu nak ajak “Balik Bawu (Kota Bharu)”. Pastu dok sebut-sebut Siti dan Sidi, Papa Qim, Papa Jam, Mayok. Tiba-tiba pula teringat. Maka Papa Aiman pun dengan murah hatinya telah menghantar kami balik kampung dan mengambil kami semula setelah seminggu.

Anyway, entri kali ini adalah dedikasi khusus buat adinda yang paling jauh di mata tapi tetap dekat di hati iaitu Izzat Mustaqim yang kini berada di Kaherah. Beliau belajar di Universiti Al-Azhar dalam bidang Pengajian Islam. Tengah elok-elok buat Diploma Kejuruteraan Mekanikal di UiTM, tiba-tiba cakap nak tukar kursus. Apapun, permintaan itu disambut dengan gembira oleh kedua ibubapa aku sebab mereka memang lebih suka anak mereka belajar agama. Selepas ini pula, adik kepada Mustaqim yang baru dapat keputusan SPM iaitu Mu’azam pula akan menyusul ke sana dalam bidang yang sama. Alhamdulillah.

Mustaqim adalah anak yang keempat dari enam beradik. Sejak kecil, adik aku yang satu ni dah menunjukkan kelebihan yang orang lain takde. Dia ada built-in GPS. Tinggal la dia kat mana-mana pun, mesti dia akan jumpa cari jalan balik. Kalau bawa dia berjalan di shopping mall, kalau dia tiba-tiba hilang, tak payah susah-susah cari, mesti dia akan muncul semula, tak kira la kita dah tinggalkan dia berapa batu pun. Benda ni bukan hanya berlaku waktu dia dah besar, tapi sejak dia kanak-kanak kecil lagi. Kalau budak lain, mesti dah menangis tengok mak bapak takde. Mungkin sebab masa Mama mengandungkan dia, Mama pergi buat umrah, sebab tu dia suka berjalan, menghilangkan diri dan tiba-tiba muncul balik. Mungkin juga sebab itulah, gambar Mama bersama dia sewaktu bayi lah yang paling besar tergantung dalam bilik Mama. Huhuhu~

Pastu, dia juga sangat suka ‘melawat kawasan’. Di mana saja dia berada, mesti dia akan meninjau, melihat-lihat, membelek-belek apa saja yang ada di sekeliling. Kerana itu lah Mama kami memberi jolokan YB atau wakil rakyat kepadanya.

Satu lagi ‘kelebihan’ Mustaqim adalah, sejak dia belum pandai berjalan lagi, dia adalah explorer. Tubuhnya kecil saja, tetapi sangatlah aktif meneroka segenap sudut rumah. Antara hobi dia adalah memasukkan jari atau apa jua objek ke dalam power socket. Syukurlah dia masih hidup ke hari ini tanpa kecacatan apa-apa.

Kerana tabiat explorer itu juga, Mustaqim adalah satu-satunya adik aku yang telah berjaya ‘meneroka’ longkang di belakang rumah kami di Kelana Jaya. Waktu itu usianya belum pun setahun. Baru sahaja pandai berjalan, sekitar umur 9 bulan. Ligat sungguh berjalan ke sana ke mari, antara senget-senget nak tumbang. Bila berjalan di laman rumah, dia mesti sibuk nak membuka selak pagar. Kerana dia lah, selak pagar rumah terpaksa diletakkan mangga supaya dia tidak dapat membuka selak tersebut.

Nak dijadikan cerita, suatu petang sewaktu kedua ibubapaku sedang sibuk mengemas laman rumah, Mustaqim pun sibuk juga. Ke sana ke mari, meneroka segala benda menarik yang ada di laman rumah kami. Ketika semua orang sudah masuk ke rumah, entah bila la pulak, dia keluar, dan cuba membuka selak pagar belakang. Tiada siapa yang menyedari kehilangannya. Sedar-sedar, bunyi tangisan kuat dari arah belakang rumah. Intai-intai, tak nampak. Ish mana la budak ni? Terasa nak jenguk ke bawah. Ya Allah! Mustaqim di dalam longkang dengan mukanya terlangkup ke bawah!

Papa kami terus mengangkatnya keluar, dan memandikannya di bawah pili di luar rumah, dan memberinya minum air zamzam. Huhu! Tuhan saja yang mengetahui apa yang ada dalam air longkang yang tak seberapa dalam tu.

Sedar-sedar dah hampir 19 tahun peristiwa itu berlaku, dan usia adikku ini sudah menginjak ke 20 tahun. Beliau banyak menghabiskan zaman remaja dia Maahad Tahfiz Sain (MTS) Tanah Merah, dari Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5. Setiap kali aku pulang bercuti semester, dapatlah didengar suara garangku mengajar Mustaqim dan Mu’azam Bahasa Inggeris dan Matematik. Hai susah sungguh mengajar budak-budak loyar buruk ni.

Itu lah serba sedikit kenangan manis bersama adikku ini.

Selamat hari lahir yang ke 20 buat adindaku Izzat Mustaqim, semoga panjang umur, dimurahkan rezeki, berjaya dunia akhirat, mendapat isteri solehah, dan bahagia selalu. Dengan ingatan dari Abang Mie, Kakak, Aiman dan Irfan. We love you.. mmuahhhhh~

 

My sweet little brother Izzat Mustaqim.. (sorry bukan gambar terkini)

My sweet little brother Izzat Mustaqim.. (sorry bukan gambar terkini)

IMG_3032

Diapit 2 kakak di Kensington Garden, London