Irfan, Ezenide dan Bubur Nasi

Banyak cerita nak tulis dalam blog ni. Tapi kebanyakannya isu yang agak serius, jadi kena buat research dulu betul-betul sebelum membentangkan teori dan fakta. Silap cakap kang jadi misleading pulak. Bila dah banyak benda dalam kepala ni, nak tulis topik-topik yang santai macam ni pun jadi malas. Tambahan pulak memang agak busy kebelakangan ni.

Dalam entri yang lepas, aku ada sebut pasal Ezenide, iaitu ubat yang Dr Syed bagi untuk eczema Irfan tu kan. Ia bukan steroid-based tapi tetap ada hint of steroid jugak. Out of curiousity, aku pun cuba la sapu kat Irfan. Sekali je pun sapu, lepas balik klinik tu. Lepas tu ubat tu missing in action jap. So aku tak sapu la untuk beberapa hari. Not surprising though, eczema tu beransur hilang. Yang penuh kat belakang badan Irfan dah makin takde. Kulit dia dah hampir licin. Tapi aku takde la rasa ia sebab sapu steroid. Aku rasa, simply sebab memang dia dah makin ok. Bila Irfan mandi swimming pool kat PD tu, naik balik atas belakang dia. So obviously memang steroid ni hanya sembunyikan masalah tu, bukan menyembuhkan. Ini adalah fakta yang aku memang dah tahu. Tapi aku saja cuba sebab nak tengok sendiri apa yang steroid ni buat. Pendek katanya, eczema ni sama je macam alergi dan asma. You can stop the symptoms for a while and avoid everything that causes it, but you cannot heal it. Oleh itu, case resolved.

Tutup cerita pasal ekzema, bukak cerita lain pulak.

Aktiviti yang menyeronokkan yang aku buat bersama anak-anak di rumah sejak pulang dari PD adalah..jeng jeng jeng..

IMG_3033

Bubur nasi dengan ayam dan lobak merah!

Setelah memberi puri brokoli pada Irfan, aku ada buat puri betik yang pakcik sebelah rumah kasi. Tapi tengok-tengok Irfan batuk dan selsema pulak masa tu. Tak berani la pulak nak bagi sebab kadang-kadang makan betik boleh buat sakit tekak.

Lepas tu, rasa malas pulak nak buat puri ni. Penat woo nak menapis seme yang dah blend tu. Nak guna 4-day-wait rule pun malas jugak. Antaranya sebab aku rasa macam tak berapa praktikal nak tunggu 4 hari, sebab mengikut logik fikiran aku, kalau setakat nak perkenal sayur dan buah tu, mana ada tindakbalas alergi kan. Tak tahu la orang lain tapi tu teori yang aku guna pakai mengikut pengalaman keluarga dan logik akal aku la. Alhamdulillah anak-anak aku pun takde masalah. Cuma tentunya aku elakkan telur dulu awal-awal ni.

Oleh kerana minggu ni baru rasa rajin, maka baru minggu ni la Irfan dapat makan lagi. Kali ni Mama buatkan bubur nasi dengan lauk ayam dan lobak merah. Basuh beras, letak ayam yang dah dipotong kecil dan lobak merah yang diparut, dan masak dengan rice cooker. Senang! Macam aku bagi Aiman makan dulu.

Bila dah masak, tunggu sejuk sikit, aku blend (Ya Allah, berilah pahala berganda kepada hambaMu yang hadiahkan blender ni pada perkahwinan aku dulu..Amin~). Dulu masa aku bagi Aiman makan di usia 6 bulan, aku tak blend pun. Sebab aku terlupa dan aku tengok dia makan pun rilek je. Tapi dengan Irfan ni, aku dah ingat dan Irfan agak kurang mahir menelan lagi berbanding abangnya pada usia ini. Jadi, aku tak nak ambil risiko. Maka inilah hasilnya..nampak rupa macam Cerelac!

Setelah dikisar

Setelah dikisar

Aku masak 1 pot kecil beras je. Tapi nampak macam banyak pulak! Rasa-rasa untuk Aiman dulu pun aku masak 1 pot jugak. Tapi tak banyak macam tu. Oleh kerana dah banyak, aku pun masukkan dalam bekas-bekas kecil dan simpan dalam freezer. Simpan portion kecil je dalam peti sejuk di bahagian bawah untuk minggu ni.

Irfan pun dah tak sabar ni..

Lambatnya Mama nih!

Sedapnya!!!

Sedapnya!!!

Rancak dia makan. Habis satu senduk nasi yang aku bubuh untuk dia. Irfan ni bagi apa saja semua dia akan makan sampai habis. Alhamdulillah.. tiada pembaziran~

Aku bagi dia minum air guna picagari yang guna untuk makan ubat tu. Kalau pakai sudu nanti tumpah-tumpah dan tak masuk mulut. Baik guna picagari lebih efektif.

Bila dah kenyang, Irfan pun suka hati.. Jambul yang tadinya tegak dah turun setelah kekenyangan..

Yeay dah kenyang!

Yeay dah kenyang!

Alhamdulillah..sekianlah dulu kisah Adel Irfan~

10 thoughts on “Irfan, Ezenide dan Bubur Nasi

  1. hi.. i sbnrnya tgh google psl ezenide, skali jumpa blog u.. nk tny psl broccoli, baby u ok eh mkn broccoli? nk try tp takut sbb baby i pun ada eczema.. sayur warna hijau apa lg yg u pernah try eh? hope u can share.. tq.. :)

  2. hai aina.. sorry i missed your comment.. :)

    actually i used ezenide 2,3 kali pastu stop sbb ragu2 dgn ubat tu, and found that steroid tetap steroid jugak. no matter how many percentage it is. time sapu ekzema tu hilang la sekejap then keluar balik. macam main tipu je. i tak sapu apa2 dah. i avoid sabun mandi especially yg ada SLS. in fact, mandi tak sabun pun. just sabun kat area pampers je. berpantang makan pun tak sebab im sure he was not really allergic to the food im eating. i tried sapu gamat gel, but turned out gamat pun adalah natural steroid, which explains why ekzema hilang kejap then keluar balik. haha. alhamdulillah now dah takde ekzema.

    masa ni, bagi broccoli tu bila dia poo poo mmg habis keluar hijau2 broccoli tu macam tak hadam je. my bad jugak sbb i missed the fact that broccoli is suitable for older babies (8 months and above). kalau 6-8 months, the better option is buah yg isi lembut like apples (macam fuji apples), pisang, avocado, pumpkin, mango, kacang hijau..

  3. hi liyana..

    tq so much for yr reply. nk reply asyik terlupa jer. mommy brain! lol!

    about ezenide.. ic.. igtkan ok.. i tgh pki ezenide and moogoo cream.. ezenide kat affected area jer.. canie kena stop la kut..

    my baby still has colic occassionally, another reason i takut nk intro broccolli sbb dgr citer baby bleh angin mkn ni.. tu la, hv to wait until she’s 8 mths baru bleh try la kut.. for now stick to the same stuff m already giving her hehehe..

    tq again for yr reply! :)

  4. aina, moogoo is wonderful! tak perlu top up dgn ezenide pun takpe. ur baby’s eczema is mild ke atau banyak? hopefully not the bad ones la ye.. :) if you need eczema help or support, just tell me, i will direct you to eczema support group..

    it’s ok to delay if you rasa risau..at this age, susu ibu yang paling penting kan.. btw, if your baby has colic, you might want to try massaging her tummy. cuba tepuk2 perut dia dgn hujung jari. tepuk perut belah kiri, then tepuk belah kanan. kalau bunyi angin kat belah kanan maksudnya perut masuk angin, kalau bunyi angin kat belah kiri maksudnya dia nak yak2 tapi macam susah nak yak gitu. so what you can do, amik minyak yuyi or minyak telon, sapu kat perut dia sket and massage with your two fingers clockwise from bottom left naik atas to upper right turun ke bawah.. massage sampai dia tenang dan happy semula. kalau dia susah nak yak tu, just tambah sket lepas massage tu buat bicycle exercise, pegang dua kaki dia dah kayuh ala2 naik basikal gitu..

    hope this helps :)

  5. hi liyana..

    ok, will try to use moogoo only.. :) my baby has very mild eczema alhamdulillah.. m already in fb group for eczema.. hehe..

    ooo tq for so much for the tips for angin!! :)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>