Home Sweet Home~

Hari Isnin kembali lagi. Alhamdulillah, hari minggu yang baru saja berlalu telah dimanfaatkan dengan percutian keluarga yang sangat menyeronokkan walaupun agak meletihkan. Kitorang telah pergi bercuti di Grand Lexis, Port Dickson. Dulu dah pergi sana masa family day SapuraCrest (sekarang SapuraKencana), duduk 2 malam. This time kitorang duduk satu malam je. Sekejap tapi very fulfilling.

Sampai je di Port Dickson, tempat pertama yang kami tuju adalah Kedai Kopi Paklang. Kedai ni adalah salah satu kedai makan yang kami wajib masuk bila datang PD ni. Saja-saja suka datang sini. Yang seronok adalah apabila Aiman makan 3/4 dari sepinggan nasi ayam yang aku order untuk dia. Berselera betul! Mama is happy about it 😀

Dah setel makan, kitorang pun check-in ke hotel. Kali ni Papa tempah bilik yang atas laut tu (lupa la nama ‘saintifik’ dia). Bilik kitorang adalah yang ketiga dari kanan. Masa kitorang sampai, air laut tengah surut. Jadi, instead of air laut, ada pasir dan banyak sampah sarap je bawah rumah-rumah ni.  Bilik-bilik yang atas laut ni ada lantai cermin yang membolehkan kita tengok air laut di bawah bilik.

IMG_3038

Water Homes

So, yang best pasal Grand Lexis ni adalah dalam setiap bilik ada private swimming pool yang dilengkapi pintu untuk keselamatan kanak-kanak. Lepas guna swimming pool boleh tutup dan kunci semua pintu tu supaya kanak-kanak tak boleh masuk ke kawasan pool tanpa pengawasan orang dewasa.

Bila dah check-in dan sampai ke bilik, apa lagi ditunggu, terjun la!

IMG_3039

Aiman bergaya je lebih tapi takut air hahaha

Aiman sikit punya excited tapi bila dah masuk air, asyik menjerit je sebab takut. Irfan pulak, dengan muka selamba dan jari dalam mulut, diam je bila masuk air. Tapi nampak menggigil jugak sebab air pool tu agak sejuk. Nampak satu macam je Irfan ni, so Papa keluarkan Irfan dari kolam dan balut dengan tuala, pastu letak dia atas bantal tepi pool. Terus dia pengsan!

IMG_3041

Baby Irfan Bundled in Towel

Rupanya dia mengantuk..nak tidur.

Keesokan harinya, pergi makan di Restoran Duyung kat hotel tu. Dapat baucar sarapan percuma so kena pergi la. Buffet lagi tu. Eat all you want! Maka aku ambil hampir semua makanan yang ada, dan makan sama-sama dengan Papa dan Aiman.

Yang menariknya, masa aku tunggu Papa Aiman pergi ambil makanan, ada seorang wanita Cina datang ke meja aku dan sibuk ambil gambar Irfan yang sebelum tu sikit punya galak mengetuk meja, dan menjerit. Beriya dia ambil gambar. Elok pulak masa tu Irfan memang diletak meniarap atas meja. Rugi pulak masa tu jambul Irfan turun. Hahaha.

IMG_3042

My Angels

Masa kitorang makan, datang sorang lagi lelaki Cina ambil gambar Irfan. Suami wanita tadi agaknya. Sambil ambil gambar tu dia bercakap dengan keluarga dia di meja sebelah. Dengar bahasa percakapan dia tu macam accent dalam cerita Meteor Garden la. Hahaha so aku agak diorang ni mungkin pelancong. Cuba kalau aku letak topi tepi Irfan tu agak-agak ada tak orang nak letak duit dalam tu? Heheh.

Balik makan, sambung berenang lagi. Kali ni Irfan sangat excited main air. Dia asyik apungkan badan dia je. Rugi pulak tak ambil video.

Lepas check out, kitorang pergi ke satu lagi port makan yang kitorang wajib singgah bila pergi PD iaitu gerai cendol depan Pizza Hut. Lepas makan rojak dan cendol, kitorang pun balik.

Walaupun cuma one-night getaway, ia tetap sangat seronok!

Apa pun, bila dah sampai rumah, aku dan suami tetap setuju on one thing, THERE IS NO OTHER PLACE LIKE HOME..HOME SWEET HOME~ 😀

2 thoughts on “Home Sweet Home~

  1. Mmg best kak noen nak mandi kolam xyah pakai baju mandi. Nanti nak sambut anniversary ke besday ke pegi la. Weekdays lg murah dari weekend dan jgn pegi masa cuti skolah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>