Dr Syed, Aiman Demam, dan Irfan Eczema

Hmm dari tajuk boleh agak ke aku nak tulis apa? Hehehe..

Pagi tadi, nampak bintik-bintik kat muka Aiman. Bintik-bintik ni dah ada sejak dia demam lagi, tapi tak terang sangat. Tapi sejak demam dia dah kebah ni, makin terang pulak bintik-bintik tu.

Aku risau takut chicken pox atau cacar atau apa saja yang sewaktu dengannya je.

Bila aku suarakan kebimbangan tu pada Papanya, terus Papa Aiman ajak aku gi jumpa Dr Syed Nazir di Kelana Jaya Medical Center. Dr Syed ni adalah Aiman and Irfan’s paediatrician sejak lahir.

Kebetulan pulak Irfan belum cucuk final jab untuk DPT/Hib/whatsoever tu. So ada la alasan untuk gi jumpa Dr Syed.

The thing about Dr Syed yang buat kitorang sangat selesa dengan beliau is that dia sangat simple orangnya. Selalunya gi jumpa dia bila nak cucuk. So lepas dia cucuk Aiman, dia akan terus tanya ada apa-apa isu yang nak tanya dia berkenaan Aiman? So kitorang pun akan bertanya la apa-apa yang patut, dan dia akan jawab dengan ringkas dan padat. Takde bercerita panjang lebar macam baca skrip (macam gynae aku tu). Gaya percakapan juga adalah santai dan memberi isyarat “don’t worry ma’am, there’s nothing wrong with your child”.

Dia juga tak gila nak suruh orang datang jab dengan dia. Siap cakap kalau nak gi cucuk kat klinik biasa pun boleh. Kiranya tak gila nak mengumpul patient dan $$$ la.

Tak tahu la apa pendapat pesakit dia yang lain kan, yang pasti aku rasa selesa bawa anak aku jumpa dia setiap kali ada isu.

Oleh itu, yang pasti, aku dah dapat tenangkan dan lapangkan fikiran aku dari semua kerisauan aku minggu lepas.

Main 'Peek-A-Boo" dengan Mama

Main ‘Peek-A-Boo” dengan Mama

Alhamdulillah, bintik-bintik di muka Aiman tu hanya kesan dari demam dia hari tu yang disahkan sebagai viral fever. Owh, sama macam masa dia kecil dulu, dah pernah kena sekali. Siang demam, malam kebah, selama seminggu lebih. Doktor cuma bagi paracetamol je tu pun untuk dimakan bila perlu. Tu yang best dengan Dr Syed tu, dia tak sibuk suruh makan ubat. Kalau mintak baru dia bagi tu pun dia pesan makan JIKA PERLU. Oleh itu selalunya aku tak bagi la.

Aku tanya jugak pasal selera makan Aiman yang merisaukan aku tempoh hari. Jawapan Dr Syed sangat mudah sampaikan aku rasa nak ternganga kat situ jugak. “Normal la tu kids 3 to 5 years. They are very choosy. Kalau dia nak makan baru dia makan. Takpe jangan risau. Itu normal”

“Susu pun tak minum. Tapi dia kurus sangat la doktor, takpe ke?”

“Tuh tengok mak dia la”. Alamak! Aku pulak yang terkena. Takkan la mende ni genetik pulak.

Aku tak terkata sesaat, pastu tanya doktor “Patutkah bagi dia makan vitamin ke atau apa-apa suplemen lain?”

Doktor tu jawab, “Kalau I, I takde bagi la. Tapi kalau U nak bagi takde masalah suka hati U la”

Erk! Yang aku dok risau bagai nak gila monster tu, semudah tu aje penyelesaiannya?

Somehow aku tiba-tiba rasa familiar dengan permasalahan ni. Rasanya suatu masa dulu aku pernah tanya pasal ni jugak kat Dr Syed dan dia pun dah bagitau pasal ni.

Yang penting hati aku lega lepas dengar penjelasan doktor. Diulangi, SANGAT LEGA!! Alhamdulillah Aiman ok.Fuhh!!

IMG_3044

Budak tembam buat muka tak puas hati lepas kena cucuk

Irfan pulak, lepas ditimbang, berat dia cuma 7.955 kg. Ish betul ke ni? Rasa maca berat gila tapi tak sampai 8 kg pun ke? Aku ingat dah 10 kg dah!

Masa gi cucuk umur 4 bulan pun 7.4 kg. Nak kata tak cukup susu, tembam je budaknya. Hmm susu memang banyak, sampai boleh simpan stok, tapi Irfan yang minum sikit. Diet kot. Abang Aiman umur 4 bulan 7.2 kg dan umur 6 bulan 8.4 kg. Irfan pulak umur 4 bulan 7.4 kg.  Fuh berat anak-anak aku nih. Last-last aku yang kurus kering. Mana taknya kerja mendukung budak-budak berat ni ke hulur ke hilir heheh.

So lepas cucuk, bagitau la Dr Syed yang Irfan ada eczema. Sekali lagi dia bagi jawapan yang paling sempoi. “Don’t worry, eczema is normal, come and go. Bila panas dia naik, then dia hilang balik. Sebelum ni U sapu apa-apa tak? Nak I bagi Ezenide?” Aku macam konfius-konfius sikit. “Tu krim steroid ke?” “Tak” “Emm ok la, sebelum ni sapu gel gamat je” Huhuhu doktor tersengih alamak je dengar aku cakap kitorang sapu gamat.

Bila aku balik cek losen Ezenide tu, ada tulis desonide 0.05%. Ayu cakap, ni steroid la ni, tapi 0.05% je so tak dikira sebagai ubat steroid la. Untuk masalah kulit macam ni memang perlu steroid untuk sembuhkan dia. Bezanya banyak dan sikit je. So setakat 0.05% ni sikit sangat so ok la. Yang penting, kita bukan nak amalkan losen ni selalu. Dan bla bla bla panjang lagi cermah Ayu pasal steroid ni kat aku.

Alahai gitu la pulak. Hmm tak kisah la. Benda dah ada, kalau rasa nak guna, aku guna, kalau tak nak, tak payah guna. Alang-alang benda dah ada, aku bagi la jugak Ayu sapu kat badan Soleh.

Kesimpulannya, aku rasa sangat lega dengan perkembangan ni. Aiman is ok and Irfan’s eczema is just temporary. Alhamdulillah.

And finally…

IMG_3045

Berpelukan mesra di ruang menunggu di kaunter farmasi

I always love to see the way Aiman treats his baby brother; loving and very fondly. I am also amazed by the way Irfan responds to his elder brother; full of admiration and fondness.

I pray that the bond of brotherhood remain strong til Jannah. Amin~

5 thoughts on “Dr Syed, Aiman Demam, dan Irfan Eczema

  1. Amin~. Huhu.. Cutenye aiman.. Yg duk kat tingkap tu… Irfan pon same… Huhu… Kakak.. Nnt cuti bulan 3 ni kakak mai la sini… :)

  2. Emm insya allah..kena plan la dulu..bila cuti? Bape lama? Nanti kakak pos aiman dgn irfan dalam kotak ke KB.. Bule tengok fish dengan sidi hari2..

  3. Haha.. Emm mmg nak update psl steroid tu pun tp skrg tgh bz research psl vaksin tu yg x byk update tu. nanti sy bg testimoni psl ubat steroid pulak.

  4. Pingback: Irfan, Ezenide dan Bubur Nasiliyanahelmy | liyanahelmy

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>