Aiman, where are you??

Ni adalah tagline kegemaran Aiman sekarang.

Mama!! Wheeere aaaaare yoooooouuuu???

Asal aku hilang sekejap dari pandangan dia, mesti dia akan jeritkan soalan tu. Selagi aku tak jawab, selagi tu dia ulang. It quite surprised me masa first time aku dengar dia cakap tu. Aku tergelak, dan rasa gembira melihat perkembangan dia. Aiman sudah semakin pintar berbahasa dan diction pun semakin jelas. Ayat Bahasa Melayu pun dah makin teratur. Dah hampir 3 tahun kan umurnya. Hmm cepat betul masa berlalu.

Bila aku suruh dia cari mainan adik dia yang hilang, dia cakap “Green triangle, wheeere aaaare yooooouuu???“. Hmm..

Masa Aiman demam hari tu, aku saja-saja tanya dia. “Aiman nak balik Kota Bharu tak? Jumpa Siti dengan Sidi, Mayot, Papa Jam. Boleh tengok fish.” Spontan dia jawab, “Of course not!” Aku tergelak ok dengan jawapan tu. Very spontaneous! Mana la pulak dia belajar cakap macam tu. Aku pun tak guna frasa tu kat rumah. Hahaha!!

Rupanya dia belajar dari kartun ‘Tricky Tracks’ di BabyTv. Berbaloi la Papa dia dok bayar RM5 tiap-tiap bulan kat Astro tu. Kecil-kecil dulu tengok gambar je, besar-besar ni dah mula tangkap phrases dan dapat berbahasa Inggeris dengan fasih dengan menggunakan accent yang betul. Sebab tu la aku tak kisah pasang BabyTv tu sepanjang hari. Bukannya dia tengok sepanjang masa pun, tapi bila dia tengok, ada la yang masuk dalam kepala dia. Bila hampir sampai waktu solat, aku tukar ke Astro Oasis sebab waktu macam tu akan ada Asma’ul Husna, zikir munajat dan bacaan Al-Qur’an. Alhamdulillah Aiman belajar jugak zikir-zikir dan doa-doa dari saluran tu.

Hari ni baru aku perasan yang dia belajar tanya “where are you” tu pun dari kartun ‘Kenny and Goorie’ di BabyTV juga. Yang paling aku seronok adalah, dia tahu bila nak guna ayat-ayat tu sume, menunjukkan yang dia faham fungsi ayat tu.

The wonders of a child’s mind!

Tapi bila aku bawak muqaddam nak suruh dia duduk mengaji, dia main lari-lari pulak. Mujur ada Ipad apps yang ajar baca huruf berbaris tu, dan dia nak belajar dari app tu. Kalau tidak, susah jugak aku nak ajar dia. Boys, they just won’t stay put! Jadi, bergantung pada kreativiti aku la nak ajar dia.

Semalam, tiba-tiba dia hilang. Entah duduk kat mana senyap je tu. Cari punya cari, jumpa dia. Tengah khusyuk main gunting kertas aku yang dah tumpul, sibuk menggunting gambar Dumbo the Elephant. Alamak! Habis la buku cerita tu! Aku panggil dia. Dia punya terkejut, terus bangun dan hulur gunting tu kat aku. Takut aku marah la tu. Hmm time for art class nampaknya. Ok nanti mama free kita buat collage ye.

Antara aktiviti Aiman sehari-hari selain main Ipad dan membaca adalah bermain toy blocks. Mula-mula beli dulu, dia cuma curah habis blocks tu pastu tinggal. Hasil bimbingan Papanya, sekarang dah pandai bina macam-macam. Malam ni, Aiman bina keretapi lengkap dengan treknya sekali. Bongkah kuning dan merah yang bersusun tu lah keretapinya. Kadang-kadang dia bina trek lumba untuk kereta-kereta mainan dia.

 

Main toy blocks

Main toy blocks

Alhamdulillah sejak aku freak out aritu, bila dia sembuh dari demam, terus selera makan dia bertambah-tambah. Setiap hari makan je kerja. Alhamdulillah aku bersyukur dengan perkembangan tu. I hope I will always remember not to freak out anymore..hehehe.

Esok balik Kota Bharu mesti Siti gembira Aiman dah tembam semula. Aiman pun seronok dah nak balik ‘Bawu” (Kota Bharu). Sepanjang hari ni asyik dok tanya mana Aqim, Ajam, Yok, Siti, Sidi. Habis semua dia sebut. Teringat la tu. Kesian Siti dengan Sidi, Yok, Ajam dan Aqim pun tengah rindu kat Aiman dan Irfan jugak. Sejak minggu lepas lagi dah siapkan bilik tunggu kita balik Bawu. Esok lepas kerja kita balik ye. Tapi Aqim takde la, Aqim kat Mesir.

Wallahu A’lam~

 

Irfan, Ezenide dan Bubur Nasi

Banyak cerita nak tulis dalam blog ni. Tapi kebanyakannya isu yang agak serius, jadi kena buat research dulu betul-betul sebelum membentangkan teori dan fakta. Silap cakap kang jadi misleading pulak. Bila dah banyak benda dalam kepala ni, nak tulis topik-topik yang santai macam ni pun jadi malas. Tambahan pulak memang agak busy kebelakangan ni.

Dalam entri yang lepas, aku ada sebut pasal Ezenide, iaitu ubat yang Dr Syed bagi untuk eczema Irfan tu kan. Ia bukan steroid-based tapi tetap ada hint of steroid jugak. Out of curiousity, aku pun cuba la sapu kat Irfan. Sekali je pun sapu, lepas balik klinik tu. Lepas tu ubat tu missing in action jap. So aku tak sapu la untuk beberapa hari. Not surprising though, eczema tu beransur hilang. Yang penuh kat belakang badan Irfan dah makin takde. Kulit dia dah hampir licin. Tapi aku takde la rasa ia sebab sapu steroid. Aku rasa, simply sebab memang dia dah makin ok. Bila Irfan mandi swimming pool kat PD tu, naik balik atas belakang dia. So obviously memang steroid ni hanya sembunyikan masalah tu, bukan menyembuhkan. Ini adalah fakta yang aku memang dah tahu. Tapi aku saja cuba sebab nak tengok sendiri apa yang steroid ni buat. Pendek katanya, eczema ni sama je macam alergi dan asma. You can stop the symptoms for a while and avoid everything that causes it, but you cannot heal it. Oleh itu, case resolved.

Tutup cerita pasal ekzema, bukak cerita lain pulak.

Aktiviti yang menyeronokkan yang aku buat bersama anak-anak di rumah sejak pulang dari PD adalah..jeng jeng jeng..

IMG_3033

Bubur nasi dengan ayam dan lobak merah!

Setelah memberi puri brokoli pada Irfan, aku ada buat puri betik yang pakcik sebelah rumah kasi. Tapi tengok-tengok Irfan batuk dan selsema pulak masa tu. Tak berani la pulak nak bagi sebab kadang-kadang makan betik boleh buat sakit tekak.

Lepas tu, rasa malas pulak nak buat puri ni. Penat woo nak menapis seme yang dah blend tu. Nak guna 4-day-wait rule pun malas jugak. Antaranya sebab aku rasa macam tak berapa praktikal nak tunggu 4 hari, sebab mengikut logik fikiran aku, kalau setakat nak perkenal sayur dan buah tu, mana ada tindakbalas alergi kan. Tak tahu la orang lain tapi tu teori yang aku guna pakai mengikut pengalaman keluarga dan logik akal aku la. Alhamdulillah anak-anak aku pun takde masalah. Cuma tentunya aku elakkan telur dulu awal-awal ni.

Oleh kerana minggu ni baru rasa rajin, maka baru minggu ni la Irfan dapat makan lagi. Kali ni Mama buatkan bubur nasi dengan lauk ayam dan lobak merah. Basuh beras, letak ayam yang dah dipotong kecil dan lobak merah yang diparut, dan masak dengan rice cooker. Senang! Macam aku bagi Aiman makan dulu.

Bila dah masak, tunggu sejuk sikit, aku blend (Ya Allah, berilah pahala berganda kepada hambaMu yang hadiahkan blender ni pada perkahwinan aku dulu..Amin~). Dulu masa aku bagi Aiman makan di usia 6 bulan, aku tak blend pun. Sebab aku terlupa dan aku tengok dia makan pun rilek je. Tapi dengan Irfan ni, aku dah ingat dan Irfan agak kurang mahir menelan lagi berbanding abangnya pada usia ini. Jadi, aku tak nak ambil risiko. Maka inilah hasilnya..nampak rupa macam Cerelac!

Setelah dikisar

Setelah dikisar

Aku masak 1 pot kecil beras je. Tapi nampak macam banyak pulak! Rasa-rasa untuk Aiman dulu pun aku masak 1 pot jugak. Tapi tak banyak macam tu. Oleh kerana dah banyak, aku pun masukkan dalam bekas-bekas kecil dan simpan dalam freezer. Simpan portion kecil je dalam peti sejuk di bahagian bawah untuk minggu ni.

Irfan pun dah tak sabar ni..

Lambatnya Mama nih!

Sedapnya!!!

Sedapnya!!!

Rancak dia makan. Habis satu senduk nasi yang aku bubuh untuk dia. Irfan ni bagi apa saja semua dia akan makan sampai habis. Alhamdulillah.. tiada pembaziran~

Aku bagi dia minum air guna picagari yang guna untuk makan ubat tu. Kalau pakai sudu nanti tumpah-tumpah dan tak masuk mulut. Baik guna picagari lebih efektif.

Bila dah kenyang, Irfan pun suka hati.. Jambul yang tadinya tegak dah turun setelah kekenyangan..

Yeay dah kenyang!

Yeay dah kenyang!

Alhamdulillah..sekianlah dulu kisah Adel Irfan~

Inilah Barisan Kita!!

Tetiba rasa bersemangat bila dengar lagu ni dalam tv. Aku rasa, composition lagu ni oleh Encik Saiful Bahari memang terbaek! Dan penyanyi lagu ni pun, Encik Jamaludin Alias, bawa lagu ni dengan cemerlang. Memang masyuk habis!

Selalunya dengar lagu ni memang rasa naik semangat. Tapi dalam keadaan Malaysia sedang menghadapi situasi genting diceroboh di timur Sabah ni, lagu ni membawa kesan yang lebih mendalam dan lebih bermakna! Tambahan pula, Malaysia kehilangan lapan perwira negara bunga bangsa di mana enam daripada mereka terkorban dalam keadaan yang sungguh menyayat hati. :( Tak lupa juga kepada anggota polis yang cedera, dan anggota polis dan tentera yang masih giat menjalankan tugas. Hanya Allah yang mampu membalas jasa kalian, dan pengorbanan keluarga kalian.

Secara peribadi, isu pencerobohan di Lahad Datu telah mengubah pandanganku terhadap negaraku Malaysia, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia. Aku melihat dengan perspektif yang berbeza kini. Sebelum ni pun aku takde la pandang rendah ke apa, sebelum ni neutral je, sebab takde isu serius dalam negara kita ni. Tapi dengan apa yang telah berlaku, aku rasa kagum dan bersyukur. Wah jadi memang betul la ye orang kata anggota komando Malaysia ni antara yang terbaik di peringkat dunia. Alhamdulillah.

Semoga keamanan di Malaysia berkekalan hendaknya hingga ke anak cucu cicit ciut dan seterusnya. Amin~

*Kredit kepada tuan empunya video ini.

Happy Belated Women’s Day! erk..emm apa-apa jelah!

Sekarang ni rasa macam nak bercakap pasal bersalin (birthing/childbirth).

Sabtu lepas, sepatutnya aku sekeluarga pergi ke Hotel Grand Seasons Jalan Pahang. Ada program “Celebrating Birth and Motherhood” sempena Hari Wanita Antarabangsa. Dianjurkan oleh The Gentle Birthing Group Malaysia. Tapi kita hanya merancang, dan Allah adalah Perancang yang Terbaik, maka kami sekeluarga tak dapat hadir ke program tu sebab semua jatuh sakit. Takde rezeki. Nampaknya lain kali la ye.

Nak cerita kat sini, setiap hari aku rajin melayari laman ICAN Malaysia / VBAC Support dan The Gentle Birthing Group Malaysia di Facebook. Laman pertama tu adalah kumpulan  sokongan (support group) untuk ibu-ibu yang pernah melalui pembedahan cesarean dan berhasrat untuk melahirkan secara normal untuk kelahiran seterusnya (vaginal birth after cesarean, VBAC). Tak kira la sama ada baru melalui satu, dua atau lebih pembedahan. Kumpulan ini juga menjadi tempat ibu-ibu ni memberi sokongan moral kepada ahli-ahli kumpulan yang telah melalui saat-saat yang traumatik dan menyakitkan dalam proses kelahiran terdahulu. Laman kedua tu pula, laman yang boleh dijadikan sumber rujukan dan tempat pertanyaan untuk  gentle birth. Gentle birth ni bukan satu kaedah, tetapi ia adalah suatu konsep, iaitu konsep melahirkan anak secara semulajadi. Back to nature gitu. Bakal ibu digalakkan untuk mencari ilmu dan memahami fisiologi tubuh mereka, peranan hormon-hormon waktu bersalin, memahami proses sebenar bersalin, cara menggunakan hormon semulajadi dalam tubuh untuk memudahkan proses bersalin dan cara untuk mengatasi rasa sakit bersalin. Memang menarik!

Sehari-hari dok melepak dalam kumpulan-kumpulan ni buat aku rasa betapa jahilnya aku dulu sampaikan tak pasal-pasal kena cser, sedangkan ada ibu yang mengalami situasi yang sama macam aku (iaitu bayi dalam keadaan posterior) berjaya bersalin secara normal. Kat rumah pulak tu! Gerak hati aku kuat kata aku mampu bersalin normal macam mama aku. Tapi kerana kurang ilmu tentang bersalin, aku cuma mampu mengikut je saranan doktor. Sebab aku tak tahu yang ada doktor yang sengaja cser pesakit diorang sebab taknak menunggu lama untuk proses tu berlaku sendiri!

Jadi, aku rasa, setiap wanita yang bakal menjadi ibu, termasuk suami mereka, patut menghadiri kelas antenatal (childbirth classes). Tak kira la hypnobirthing class ke, AMANI birth class (search on facebook: “AMANI Malaysia: Childbirth Educator & Doula”), yang penting kena pergi kelas. Setakat kelas antenatal kat hospital tu tak payah la. Kebanyakkan akan ajar cane push, cane nak menyusu, pastu kempenkan epidural la, ubat itu ini. Tak payah! Serius aku cakap ni tak payah! Cari kelas yang tidak berkait dengan hospital ok. Cari certified independent childbirth educator. Pastu kena rajin la menimba ilmu pengetahuan pasal nak bersalin ni. Jangan pakai serah diri kat hospital, kat doktor aje. Bukan semua doktor rajin nak tunggu proses bersalin tu berlaku sendiri. Lambat! Silap haribulan kena induce. Tahu tak induce tu risiko dia tinggi dan boleh membahayakan nyawa? Dan selalunya ibu yang kena induce, dah la sakit tak terperi, pastu tunggu dua tiga jam, doktor suruh cser. Alasan baby lemas la, itu la ini la. Please jangan telan bulat-bulat semua ni ok. The fact is, even breech baby, posterior baby, mothers with GDM (gestational diabetes melitus), high BP pun, kalau rajin cari ilmu dan jaga kesihatan diri dengan baik, insya allah boleh elak dari cser. Once dah kena cser ni, haih Tuhan je la tahu betapa susahnya hati nak keluar dari kepompong ‘once a cesaerian, always a cesaerian‘ ni. Kita tak mahu macam tu ok! :)

Ok back to gentle birth tadi. Secara amnya, melalui gentle birth ni kita akan belajar yang untuk melahirkan anak sebenarnya tak perlu susah-susah push. Yang terbaik adalah membiarkan bayi keluar sendiri dengan kuasa contraction (aka surges) tu je. Push tu la yang selalunya menyebabkan koyakan pada perineum. Breathe the baby down, don’t push. Let your body do the work. You push, you tear.

Pastu, waktu nak bersalin tu, sepatutnya ibu kena bergerak instead of duduk diam-diam atas katil. Ada banyak posisi yang bagus untuk bersalin sebenarnya. Cuba tengok laman ni: Childbirth Positions: Giving Birth On Your Back Is Just NOT COOL!

Kalau korang ada pengalaman buruk waktu bersalin dulu (trauma), tak kira la csection atau vaginal birth, maknanya korang memang patut pergi kelas antenatal. Hmm sesetengah orang tak perasan pun yang diorang ada rasa trauma tu. Cuba jawab soalan-soalan berikut;

Bila korang ingat semula saat-saat bersalin tu, adakah korang rasa takut, sangat sakit dan serik?

Korang sanggup tak ingat balik saat-saat bersalin tu?

Ada tak rasa macam ‘serik’ bila ingat balik saat bersalin sampaikan rasa nak tangguh bertahun lagi untuk tambah anak?

Kalau ada yang korang jawab YA, maksudnya sesuai sangat la korang pergi kelas antenatal.

Birth is supposed to be gentle, relaxing, and happy. It is painful, yes, but when you understand your body and the actual process of birthing, how to use your natural hormones for ease of delivery, you will actually be surprised that birth becomes a totally happy experience for you.

Educate yourself!

Knowledge is power!

 

 

The Monster I’ve Become

Sepanjang minggu ni adalah minggu yang sangat sukar bagi aku. Sekarang ni memang musim sakit agaknya. Kitorang sekeluarga semuanya kurang sihat. Papa selsema, Mama selsema, Aiman demam (baru kebah sikit tapi masih belum cergas lagi), selsema dan batuk, Irfan pula batuk dan selsema.

Rasanya mana-mana ibu pun akan ada walau sikitpun rasa resah bila anak demam.

Begitu jugalah aku.

Terus terang, aku memang sangat risaukan Aiman. Dah la demam, tak nak makan langsung. OK standard la kan bila demam takde selera nak makan. Tapi yang buat aku sangat tertekan ialah melihat dia begitu kurus! Sejak sebelum dia demam lagi, macam-macam aku buat supaya dia terbuka selera nak makan. Aku masak makanan kegemaran dia, aku cuba suap dia makan, aku cuba suruh dia makan sendiri, aku cuba buat dia gembira supaya dia lebih berselera makan, aku suruh dia berlari-lari kat luar rumah supaya dia lapar nak makan, aku cuba buat dia sibuk dengan macam-macam aktiviti supaya dia penat dan nak makan banyak. Tapi satu pun tak berjaya!

Aku cuba bagi dia makan vitamin. Tapi vitamin pun dia tolak sekarang padahal sebelum ni dia suka sangat vitamin perisa anggur tu. Waktu dia tekun makan vitamin tu, dia sangat berselera makan. Sampai jadi tembam. Pipi dia jadi bulat. Tapi sekarang? :(

Berselera bebenor makan

Aku tak tahu dah apa yang aku patut buat supaya selera makan dia kembali pulih.

Dah la dia tak minum susu. Kalau minum susu, sekurang-kurangnya ada la jugak zat yang masuk dalam badan dia sehari-hari.

Semua makanan dia tolak, tapi kalau offer coklat, laju je! Aku cuba ban semua jenis coklat, biskut dan makanan lain yang sewaktu dengannya. Maknanya kalau lapar, cuma boleh makan nasi atau roti sahaja. So dia end up makan roti peanut butter sahaja..untuk sehari.

Ya Allah, honestly I am at the edge of freaking out tengok dia sekarang. He should eat real food to thrive! Takde idea dah nak suruh dia makan.

If you think I am over-reacting, please shut your yap! I am a mother, that’s what mothers do.

Masa baby, menyusu dengan mama, tembam sangat!

Tembam!

Bila dah berhenti menyusu dengan mama, dah tak nak minum susu langsung. Makan pun main-main je.

Kali terakhir makan nasi dengan bersemangat

Kali terakhir makan nasi dengan bersemangat

Malam tadi, tak pasal-pasal aku jadi monster. Kerana terlalu risau. Rasa susah sangat nak kawal kerisauan yang dah lama dipendam tu. :(

*Susah hati*

Irfan, eczema, dan jatuh katil..lagi

Yesterday had been very traumatic for me. Mana taknya, pagi semalam, lepas Papa Aiman pergi kerja, aku pun mula membuat kerja rumah. Sementara menunggu mesin siap membasuh, aku terasa letih sikit, so aku tidur la sekejap sebelah Irfan yang kebetulan nak menyusu. Aku jarang tidur balik pagi-pagi sebab banyak benda nak buat. Tapi last weekend had been very eventful, so I was a bit tired, maka aku pun tertidur.

Tak tahu la berapa lama aku tertidur, aku siap mimpi dok buat house chores lagi. By the time aku nak jemur kain (masih dalam mimpi ni), tiba-tiba macam ada satu angin bertiup. Angin tu macam syaitan la kononnya (macam dalam anime la pulak). Angin tu terbangkan aku sampai aku terpaksa berpegang pada tali jemur kain (macam tahpape jek). Aku pun (tak tahu nape), instead of baca ayat kursi, gi baca doa khatam Qur’an pulak sampai habis, dengan suara yang paling kuat. Selesai je aku baca doa tu, aku terdengar suara tangisan yang sangat kuat. IRFAN!

Cepat-cepat aku buka mata. Aiman sorang je ada atas katil sambil pandang aku dengan terkebil-kebil muka blur. Mana Irfan????

Aku tengok bawah katil. Irfan jatuh katil lagi! Terus aku angkat dan peluk dia. Aduh kesian anakku. Dengan aku sekali rasa nak menangis. Tapi air mata tak keluar. Tengok hidung dia ada darah! Ya Allah!

Aku lari keluar bilik dan panggil adik aku Ayuni yang kebetulan takde kelas semalam. Safuan (adik ipar aku) dan Ayuni tolong cek. Aku cemas sangat. Selalunya kalau hidung berdarah ni bermakna ada kecederaan dalaman. “Oh ni takde pape ni kak, bukan internal bleeding. Cuma scratch sikit kat hidung. Mungkin sebab masa dia jatuh tu jari dia tercucuk hidung dia.”

Kesian..cedera di hidung

Kesian..cedera di hidung

Lepas Ayuni cek dan bersihkan luka di hidung Irfan, Irfan pun tidur dalam pangkuan aku. Aku masih rasa sangat risau selagi aku tak tengok dia ketawa. Aku peluk dia sampai dia terjaga semula. Buka je mata, mula pandang sana sini, pastu membebel-bebel panggil Papa. Hmm dah ok la tu nampaknya.

Video Irfan Membebel

Syukur la takde apa-apa. But I am not taking any chances. Masih memantau keadaan Irfan dari semasa ke semasa. Bila pasang BabyTv terus bersemangat dan bergelak ketawa. Alhamdulillah.

Dah happy dah! Alhamdulillah~

Dah happy dah! Alhamdulillah~

Somehow, rasa susah sangat nak buang perasaan sedih dan kesal ni. Rasa sangat bersalah kalau terjadi apa-apa pada Irfan. Lebih-lebih lagi kalau sampai menyebabkan kecederaan serius. Kenapa la cuai sangat ni? Tapi bila diingat-ingat semula, aku dah letak bantal keliling Irfan. Sejak kali pertama Irfan jatuh tiga minggu lepas, aku selalu ambil langkah berjaga-jaga. Bila Irfan duduk atas katil, aku akan pastikan dia duduk di tengah-tengah dan letak bantal sebagai ‘kubu’. Selalunya tak jatuh pun, tapi kenapa kali ni boleh jatuh lagi?

Puas aku fikir sampai ke petang. Baru teringat. Masa aku baring dengan Irfan, Aiman pun baring sebelah Irfan juga. Jadi, bila Aiman bangun, dia alih bantal yang jadi kubu untuk dia dan Irfan tu. Maka bila Irfan guling, jatuh la Irfan. Hmm aku tak ingat langsung peranan orang ketiga iaitu Aiman. Kalau macam tu lepas ni tak boleh dah duduk atas katil. Kena duduk atas toto kat bawah.

Tujuan aku catit kejadian ni adalah supaya ia kekal menjadi peringatan buat aku, dan juga peringatan dan pesanan untuk siapa-siapa yang baca ni. Semoga ini yang terakhir. Wallahu A’lam~

By the way, alhamdulillah eczema Irfan dah semakin hilang. Pada hari aku post tentang eczema Irfan tu, ramai rakan yang sudi bagi tips. Terima kasih ye semua. Oleh kerana gamat gel je yang ada kat rumah ni, maka aku pun cuba la sapu gamat gel tu. Keesokan harinya, dah makin kurang eczema kat muka dan leher Irfan. Cepat juga tindakan gamat ni ye. Maka aku pun tekun la sapu gamat kat badan Irfan, di samping mengelakkan sabun badan Irfan waktu mandi, dan elakkan pakai bedak atau losen kat badan dia. Alhamdulillah tetap wangi walaupun tak pakai sabun dan bedak. Baby kan. Bila aku berhenti berpantang makan pun Irfan tetap ok. Alhamdulillah syukur.

Wallahu A’lam…

Dan Hari Minggu Pun Berlalu…

Dah masuk Isnin dah?! Haih tak puas lagi dengan weekend. Alhamdulillah the four of us had an amazing weekend and quality time together. 

SABTU

Had a great lunch kat Solaris Dutamas di Jalan Duta. Pastu masuk la MPH, nak cari buku untuk Aiman tapi sampai sudah tak jumpa buku yang sesuai. Hmm maybe next time. Lagi best kalau dapat pergi Big Bad Wolf Book Sale tu. Tengah berlangsung sekarang. Banyak gilaaaaaaa buku dan sangaaaaaaaat murah! Teringin nak pergi sebab nak tambah buku untuk Aiman. He likes books. Encyclopedia yang beli untuk dia dulu pun dia suka baca. So elok la disokong minat dia tu kan.

My boys at MPH Solaris Dutamas

My boys at MPH Solaris Dutamas

Balik dari Solaris, pergi ke majlis tahlil di Kg Tunku. Glad to see aunties and uncles and cousins. Sempat lagi dapat tips untuk mengajar anak kecil membaca dari my cousin, Teacher Amani.

AHAD

Lepak-lepak di rumah. Bila petang, tiba-tiba semua boys hilang. Rupanya ini kerja mereka. 😀

Splash!!!

Splash!!!

Petang ahad keluar beli donut sebab Mama teringat nak makan donut pulak. Bila balik rumah, jumpa Soleh!

Irfan & cousin, Ammar Soleh

Irfan & cousin, Ammar Soleh

Irfan ucapkan tahniah pada Soleh kerana telah meniarap kali pertama dengan jayanya! Yeay!

Yang penting, sepanjang weekend ni, Mama dapat cuti! Tak masak, tak buat laundry, tak mengemas, dan segala ‘tak’ yang lain termasuk tak menulis blog pun! Sukee! Terima kasih Papa sebab bagi Mama cuti walaupun secara tak rasmi. (Bukan orang kerja ofis je nak cuti tau, surirumah pun nak jugak cuti dari jaga anak dan buat kerja rumah)

Yang penting juga, the little ones pun sangat gumbira dibelai-belai oleh Papa dan dapat melepaskan diri dari Mama yang garang dan asyik nak suruh Aiman kemas toys dan books je ni.

Like people say, Papa is always fun and Mama is always boring. Huhuhu!

OK esok masuk ofis semula. Fighting!